<$BlogMetaData$>
 

 

 

Terengganu

www.krj-tganu.blogspot.com

 
Cikgu Norfizam bin Said
PENGARAH KRJ TERENGGANU
Demi Masa, Sesungguhnya Manusia Itu Berada Di Dalam Kerugian..


KALENDAR AKTIVITI TERKINI


  • EKSPEDISI REMAJA KENTAL 2008!
    NANTIKAN PENGUMUMAN SELANJUTNYA
  • Chat @ KRJ Tganu

    ALBUM KRJ
  • Album 2008
  • Album 2007
  • Album 2006
  • Album 2005
  • JELAJAH INFORMASI
  • Utusan Online
  • BHarian Online
  • Harian Metro
  • NSTP
  • Harakahdaily
  • AMIR
  • ABIM
  • Islamonline
  • Palestinkini
  • JAKIM
  • LINK PENDIDIKAN
  • Kementerian Pendidikan Msia
  • Universiti Islam Antarabangsa
  • Universiti Kebangsaan Msia
  • Universiti Malaya
  • Universiti Putra Malaysia
  • Universiti Sains Malaysia
  • Universiti Utara Malaysia
  • Universiti Teknologi Msia
  • Universiti Msia Sabah
  • Universiti Msia Sarawak
  • Universiti Telekom
  • UiTM
  • KUSZA
  • Yayasan Pelajaran MARA
  • Politeknik Malaysia
  • KUKUM
  • KUIM
  • KUTKM
  • KUITTHO
  • KUSTEM
  • Maktab
  • BARISAN KEPIMPINAN JAWATANKUASA REMAJA KRJ SESI 2006-2007. JASAMU DIKENANG !

    PENGERUSI : Muhammad Mus'ab Bin Muzahar.

    TIMBALAN PENGERUSI 1 : Hafizuddin Bin Mohd Ridzuan

    TIMBALAN PENGERUSI 2 (Ketua Puteri) : Munirah Bt Mazlan

    SETIAUSAHA KEHORMAT : Maisarah Bt Zulkifli

    BENDAHARI : Nur Ilyana Amani bt Mohd Nasir

    HUBUNGI KAMI
    Maklumat lanjut boleh hubungi moderator, Akh Mohd Sufian Mat Ali, 014-836 8371
    krjtgg_mod@yahoo.com
    Tanda Buku Pelawat
     

          PENGENALAN KRJ       DAFTAR ONLINE          

             HOME    FORUM

    VIDEO KLIP LAGU KRJ TERENGGANU      
    Jom Bantu Remaja HAMAS
    Tuesday, February 21, 2006
    Tuesday, February 21, 2006

    Brotherhood plans worldwide campaign to finance Hamas

    CAIRO: The Muslim Brotherhood said on Monday it was launching a worldwide donation campaign for a Hamas-led Palestinian government in the face of USefforts to stop the flow of money to the hard-line group.

    The pledge by the Brotherhood, which has branches and affiliated groups in 86 countries, comes as US Secretary of State Condoleezza Rice started on Monday a Middle East shuttle to caution regional powers against giving money to a Hamas-led government. The United States and Europe, the world's two largest donors to the Palestinians, said they would not provide funding directly to the Palestinian Authority if Hamas heads the government.

    "This is injustice and an attempt to impose a blockade on the Palestinians,"said the Brotherhood's supreme leader, Mohammed Mahdi Akef.

    "We will appeal to each and every Muslim to help the Palestinians in the face of this unjust and fierce campaign (against Hamas)," Akef told the AssociatedPress. Akef did not give details about the campaign but he said it would be launched worldwide.

    Another Brotherhood leader said the group would ask its supporters to donate one quarter of their income to support Hamas. "The Muslim Brotherhood (supporters) are ready to give a quarter of their income of more to support the Palestinian cause and back Hamas," Mohammed Hilal told the Cairo-based Al-Masry Al-Yawm newspaper.

    Arab and Islamic governments are also trying to make up any shortfall in Palestinian finances caused by a cutoff in Western aid.

    The Organisation of the Islamic Conference, a 57-member grouping of Muslimnations, plans to provide institutional and financial aid to the Hamas-led Palestinian Authority, Malaysian Prime Minister Abdullah Ahmad Badawi said on Monday.

    "We will (provide funding). I have already spoken to some (OIC) leaders about it. We want to help, too," he told The Associated Press. Arab League Secretary-General Amr Moussa said the money is part of Palestinian funding the League approved last year - before Hamas' election victory in January. Saudi Arabia and Qatar have already contributed to the financially strapped Palestinian Authority and more money is on its way, Moussa said.

    Donations for the Palestinians in the past produced little and many Palestinians are skeptical that new pledges by fellow Arabs would come through.

    The United States considers Hamas a terrorist group, and Washington has ruled out direct funding for a Hamas-led government. Rice reiterated Friday that theUnited States will continue to finance humanitarian projects for the Palestinians. After its landslide election victory, Hamas now is moving to form a government and has nominated Ismail Haniyeh, a prominent Hamas leader in the Gaza Strip, as the prime minister. The new Hamas-led parliament convened Saturday.
    posted by Fakhrul Anuar Zulkawi @ 4:02 pm   0 comments
    Gembala Kecil Yang Bertaqwa
    Thursday, February 16, 2006
    Ingin berkongsi satu kisah yang telah ana sebut sepintas lalu malam tadi di kuliah Maghrib Masjid Sekolah Menengah Teknik Dungun.

    Kisah dari Abdullah bin Dinar, dimana beliau pernah berkata, Aku telah keluar bersama Saidina Umar al-Khattab ke Mekah, tatkala itu turun seorang budak gembala dari atas bukit yang berdekatan dengan kami, Umar pun berkata seakan menguji budak gembala itu.

    Hai budak gembala, engkau jualkan saja seekor dari kambing biri-biri ini padaku. Kata budak gembala: Aku adalah hamba kepada tuanku sedangkan kambing-kambing ini adalah kepunyaannya.

    Tanya Umar pula: Engkau katakan saja pada tuanmu, kambing itu dimakan serigala. Kata gembala: Kalau begitu dimanakah Allah? Tidakkah Dia Maha Melihat? Mendengar jawapan gembala itu, Saidina Umar menangis tersedu-sedu. Keesokannya, Umar menemui budak gembala itu dan tuannya, lantas membeli dan memerdekakannya. Umar berkata kepada hamba itu : Aku merdekakan engkau di dunia ini dari tuanmu, moga-moga engkau merdeka juga di Akhirat nanti.

    Begitulah tarbiah iman yang berkesan kepada hati orang mukmin. Alangkah bersihnya jiwa orang yang bertaqwa. Segala yang dilakukan terasa ada orang melihat apatah lagi yang melihat itu ialah Allah. Moga Allah SWT memberikan kita ledakan taqwa yang berterusan di dalam jiwa dan dengannya kita melakukan tazkiah an-nafs (pembersihan jiwa).

    Sepertimana yang disebut ialah Dr Danial Zainal Abidin di dalam karya beliau, Tujuh Formula Individu Cemerlang (PTS, 2004) :

    Umat Islam berjaya membina kegemilangan kerana mereka memulakan langkah dari dalam iaitu daripada hati. Perubahan yang bermula daripada hati kekal lama. Justeru, umat Islam dituntut menghias hati mereka dengan bertaqwa kepada Allah. Dengan kekuatan taqwa, mereka dapat mengubah segala-galanya. Menurut Imam Muslim, Nabi s.a.w bersabda, Taqwa itu disini (dan baginda terus menunjukkan kepada dada baginda).
    posted by Fakhrul Anuar Zulkawi @ 6:43 am   1 comments
    Siri Tazkiah 02 - Taqwa Membuahkan Insan Berjaya dan Cemerlang
    Wednesday, February 15, 2006
    Imam as-Syafie pernah mewasiatkan : " Taqwa merupakan pakaian kebesaran dan hiasan akhlak Muslim sebenar. Ianya ibarat pokok zaitun, minyaknya membawa berkat, ianya juga memberi kejayaan dan kemenangan."

    Taqwa Sebagai Identiti Muslim

    Taqwa ialah lambang muslim sejati yang benar-benar beriman kepada Allah. Di dalam al-Quran dan hadis, sifat taqwa kerap dikaitkan sebagai antara sifat mukmin yang berjaya dan berbahagia pada akhirat kelak.

    Dari Abu Zar Jundub bin Junadah dan Abu Abdul Rahman Muaz bin Jabal r.a, bersabda Rasulullah s.a.w. : "Bertaqwalah kepada Allah dimana sahaja kamu berada. Dan ikutilah setiap perbuatan dosa dengan mengerjakan amalan kebaikan yang akan memadamkan dosa itu dan pergaulilah manusia dengan akhlak yang terpuji." (Riwayat al-Tirmizi)

    Berdasarkan nas itu, dapat disimpulkan, taqwa adalah sifat yang mendasari mukmin yang tunduk dan patuh kepada Allah. Ia tidak dapat dipisahkan daripada setiap detik kehidupan mukmin. Malah, taqwa adalah lambang dan simbol keteguhan Islam yang terpahat dalam hati Muslim.

    Walaupun begitu, ada umat Islam yang belum memahami pengertian sebenar taqwa dan kepentingannya dalam kehidupan ummah. Nabi s.a.w. mendefinisikan lagi taqwa dalam hadis berikut : " Sesiapa yang menyebut kalimah tiada Ilah yang berhak disembah melainkan Allah dengan ikhlas, nescaya dia dapat masuk syurga." Kemudian baginda ditanya lagi: "Apa maksud ikhlas itu?". Lantas baginda menjawab : "Iaitu kamu memelihara diri kamu daripada melakukan larangan Allah."

    Ringkasnya, taqwa menurut Quran dan hadis adalah menunaikan segala amalan yang difardukan Allah dan meninggalkan segala yang diharamkannya. Inilah pengertian umum bagi taqwa yang sekurang2nya perlu diketahui dan dihayati oleh umat Islam supaya dapat dilaksana dan diterjemahkan dalam kehidupan.

    Ibnu Abbas pernah menyatakan :
    "Orang yang bertaqwa ialah mereka yang sentiasa beringat akan seksaan Allah apabila meninggalkan segala perintahnya. Oleh itu, mereka tidak akan meninggalkannya dan sebaliknya melaksanakan perintahnya dengan penuh kepatuhan dan ketulusan serta sentiasa mengharapkan rahmatnya dan keredhaannya dalam semua urusan yang diperintahkannya."
    posted by Fakhrul Anuar Zulkawi @ 1:41 am   0 comments
    Monday, February 13, 2006
    Latihan Ekstensif Asas Dakwah
    dan
    Kepimpinan Remaja Musleh


    LEADeRs

    ::TarikH::
    12 hingga 15 Mac 2006

    ::TeMpaT::
    EDI Trainig Centre, Melaka

    :: Sasaran::
    Graduan X-Rek
    Ahli teras KRJ tingkatan 4
    posted by KRJ TERENGGANU @ 2:02 am   0 comments
    Anugerah Juara Lagu ke-20 : Kebiadaban yang patut ditentang
    Thursday, February 09, 2006
    Adalah sedia maklum, 5 Febuari 2006 yang lepas menjadi satu kenangan yang cukup bermakna untuk artis-artis tanahair, kerana pada hari itu lah hari di mana artis ini dinilai bakatnya dan diberikan anugerah penghormatan dan kemenangan oleh juri-juri yang terdiri daripada juri profesionaldan juri 'sms'. Saya tidak dapat mengikuti sepenuhnya AJL ke 20 ni, tapi cukup dengan perkongsian dengan sahabat-sahabat lain yang menggambarkan kebiadaban artis-artis tersebut semasa berlangsungnya acara Red Carpet selepas berkumandangnya azan maghrib.

    Merekakah orang islam, atau kafir? tidak tahu menghormati waktu solat!!! Di dalam suasana mutaakhir ini, ketika umat islam dihina dengan penyiaran karikatur Rasullullah S.A.W oleh sebuah akhbar Denmark Jyllands Posten, masih ada lagi sekelompok manusia yang mengaku bangsa melayu islam tergamak untuk melanggar batas-batas agama yang telah ditetapkan oleh Allah S.W.T. Jangan salahkan sesiapa jika ada pihak yang ingin menghina islam, mungkin salah kita umat islam lagi banyak, kerana umat islam sendiri ramainya tak mahu membela islam.

    Ketua Wanita JIM Pusat Dr Harlina Haliza Siraj telah pun membuat kenyataan bantahan terhadap penganjuran AJL ke -20. antara petikannya adalah seperti berikut :

    "Wanita JIM membantah penyiaran acara Red Carpet AJL ke 20 tersebut yang didapati diciplak dan ditiru secara borong dari budaya warisan golongan artis Hollywood yang mempamerkan gaya, pakaian dan aksesori pereka -pereka fesyen terkenal melalui tajaan ke atas para artis yang hadir ke majlis penganugerahan seperti Grammy Awards dan Golden Globe Awards. Semasa mereka berjalan di atas `permaidani merah ' ini, para artis tersebut bertindak sebagai `peragawan dan peragawati' yang akan memperagakan fesyen terkini yang dikatakan sensasi. Apa yang dipertontonkan kepada umum pada acara Red Carpet sebelum upacara AJL ke-20 berlangsung malam kelmarin ternyata amat bertentangan dengan nilai dan budaya rakyat Malaysia selama ini. Gaya pemakaian para artis dan pengacara yang kebanyakannya memakai gaun malam yang mendedahkan aurat didapati terlalu menjolok mata dan kelihatan amat kurang sopan terutamanya untuk tontonan masyarakat yang majoritinya beragama Islam" .

    "Para pereka fesyen seolah-olah tidak langsung mengindahkan dan menghormati hasrat kerajaan yang mahu membudayakan budi bahasa dalam kehidupan sebagaimana Kempen Budi Bahasa yang sedang berjalan. Budi bahasa termasuklah juga cara penampilan dan pemakaian seseorang itu. Maruah diri juga banyak dikaitkan dengan gaya ketrampilan seseorang. Malaysia sendiri sememangnya terkenal kaya dengan budaya tenunan songket, sutera dan batik yang sudahpun mendapat pengiktirafan dunia antarabangsa. Mengapakah para pereka fesyen tidak berbangga dengan apa yang sudah sememangnya menjadi budaya warisan rakyat Malaysia sendiri? Wanita JIM kesal di atas sikap para pereka fesyen yang ternyata tidak sensitif dan menghormati budaya dan nilai pegangan agama rakyat Malaysia".

    AJL ke 20 telah berjaya menarik jiwa-jiwa muda untuk menyertai program tersebut dengan menjadi juri-juri sms untuk mengundi artis-artis kesayangan mereka. Ini satu lagi langkah syarikat telekomunikasi untuk mengaut seberapa banyak keuntungan daripada poket-poket pengundi yang kebanyakannya adalah terdiri daripada muda-mudi. Yang ruginya adalah pengundi...duit habis, tapi artis yang menang itu adakah akan berkongsi duit hasil kemenangan itu dengan pengundi sms??

    Selain itu juga, acara-acara yang seumpama ini adalah salah satu punca semakin merebaknya gejala sosial di negara ini, gejala mendedahkan aurat...seolah-olah tiada ada apa-apa kesalahan jika mendedahkan aurat hasil daripada teladan yang ditonjolkan artis-artis tanahair. Muda mudi akhir zaman ini telah menjadi seperti 'kijang' dengan menjadikan artis-artis sebagai idola mereka, telah hilang kekuatan dan pegangan, tidak seperti pada zaman sahabat, pemuda dan pemudinya seperti 'singa-singa yang mengaum'

    Apakah yang ingin dikehendaki oleh masyarakat islam di negara ini...setengah pihak inginkan budaya melayu dan islam diamalkan oleh masyarakat dinegara ini..yang peliknya!!! orang yang sama juga lah yang meruntuhkan apa yang dilaung-laungkan sebagai inginkan budaya melayu dan islam ini diamalkan oleh masyarakat negara ini..

    Itulah realiti yang berlaku sekarang ini, ibarat seseorang yang menanam pokok di pagi hari, tetapi disiram dengan racun selepas menanamnya..

    posted by KRJ TERENGGANU @ 11:00 pm   0 comments
    HAMKA - ulama dan pujangga Nusantara
    Monday, February 06, 2006
    Tidak ramai ulama yang mempunyai bakat sepertinya. Dia seorang kiyai (ulama) disamping seorang pujangga dan sasterawan. Malah beliau amat dikenali di kalangan umat Islam di Malaysia khususnya pada tahun-tahun 70'an yang amat senang dengan pendekatan yang penuh hikmah, lembut dan sarat dengan nilai-nilai falsafah. Bagi peminat kisah-kisah roman (cereka), novel-novel beliau sehingga hari ini seperti Tenggelamnya Kapal Van Der Vick, Menunggu beduk berbunyi, Di lembah kehidupan, Merantau ke Deli, dan Di bawah lindungan Ka'abah masih di ulang cetak dan menjadi bahan kepustakaan sastera melayu yang sangat bernilai. Nilai-nilai seperti cinta, pengorbanan dan kesetiaan diadun dalam novelnya berlatarbelakangkan realiti masyarakat di zamannya yang melalui peralihan zaman sehingga menimbulkan konflik di antara kongkongan adat setempat dan tradisi dengan keluasan serta kesejagatan Islam yang progresif.

    HAMKA, satu nama yang tidak asing kepada dunia Islam khususnya di nusantara adalah nama pena dan sengkatan kepada nama penuhnya Hj Abdul Malik Karim Amrullah. Di lahirkan di Padang Panjang, Pariaman, Sumatera Barat pada tahun 1908. Kampung halamannya yang terletak di danau maninjau serta di kelilingi oleh Banjaran bukit Barisan yang indah itu besar pengaruhnya dalam membentuk jiwa seni dan sasterawannya yang halus. Sehingga pada usia remaja lagi beliau telah menghasilkan novelnya yang pertama Si Sabariah. Pengaruh didikan ayahnya, Hj Abdul Karim Amrullah, (telah disentuh dalam siri yang lebih awal) ulama progresif sangat besar dalam membentuk keperibadiannya. Polemik di antara kaum tua dan ayahnya yang mendukung fahaman 'kaum muda' melatari zaman kanak-kanaknya. Beliau juga dibesarkan di saat kefahaman komunis mula menular di Sumatera sehingga ramai anak-anak murid ayahnya yang mendapat pendidikan di Sumatera Tawalib (institusi yang dibangunkan oleh ayahnya) terpengaruh denganideologi tersebut; suatu yang sangat mengecewakan ayahnya.

    Sebenarnya hubungan HAMKA dengan ayahnya terjejas apabila berlaku perceraian ayah dan ibunya; dan ayahnya berkahwin lain. Beliau melihat kemelut yang dilalui masyarakatnya sebagai natijah dari kongkongan adat perpatih yang menjadi pegangan masyarakat Minangkabau. Kerana itu beliau mempunyai pandangan yang kritikal terhadap adat setempat dan buah fikirannya di tumpahkan ke dalam dua buah buku iaitu Adat Minangkabau dan agama Islam (buku ini diharamkan oleh Belanda) dan Adat Minangkabau mengalami revolusi.

    Seperti kebanyakkan orang Minang HAMKA juga suka berkelana. Ketika usianya 16 tahun beliau berangkat ke Yogyakarta. Di sana dia berkenalan dan belajar dengan HJ Omar Said Chokrominoto pimpinan SI yang terkenal itu. Dari Yogya dia menuju Pekalongan untuk belajar dengan AR Sutan Mansur (ipar beliau), pimpinan Muhammadiyah. HAMKA pulang ke kampong halamannya di Padang Panjang dan menggerakkan tabligh (aktivisme) Muhammadiyah di rumah ayahnya. Pada tahun 1927 tanpa pengetahuan ayahnya, pada usia 19 tahun HAMKA telah belayar ke Mekah. Setelah pulang ke tanah air, beliau menjadi guru kepada buruh-buruh di sebuah kebun di Medan. Beliau dijemput oleh iparnya AR Sutan Mansur untuk kembali aktif dalam pergerakan Muhammadiyah. Beliau terus aktif berdakwah dalam organisasi Muhammadiyah sehinggalah pendudukan Jepun pada tahun 1942. Ketika itu ia memegang pimpinan Muhammadiyah Sumatera Timur.

    Semasa pendudukan Jepun, HAMKA dan ramai tokoh-tokoh ulama yang lain seperti KH Mas Mansur memberikan kerjasama kepada Jepun yang telah berjanji untuk memberikan kemerdekaan kepada Indonesia. Sebenarnya Jepun hanya menggunakan ulama untuk mendapat sokongan rakyat agar terus menjayakan gagasan 'Asia untuk Asia'. Jaminan itu tidak lebih dari muslihat mereka untuk mengukuhkan cengkaman imperialisma Jepun sebagai ganti kepada penjajahan Barat. Jepun bagaimanapun terpaksa memberikan kemerdekaan itu apabila sudah terang mereka berada di pihak yang kalah dalam perang pasifik. Proklamasi (kemerdekaan) diistiharkan pada 17 Ogos 1945. Belanda tidak mengiktiraf kemerdekaan ini dan telah meminta bantuan British untuk kembali menjajah Indonesia. Rakyat Indonesia yang bertekad untuk mempertahankan kemerdekaan tersebut telah melancarkan perang revolusi yang berlangsung selama 5 tahun. HAMKA sendiri menyertai pasukan bergerilya memerangi pihak Berikat di Sumatera Barat.

    Ketokohan HAMKA sebagai ulama dan tokoh gerakan Islam bermula pada tahun-tahun 1950'an. Beliau dilantik menjadi pegawai Kementerian agama pada tahun 1950. Dengan jawatan itu beliau telah ditugaskan untuk mengajar di beberapa Universiti dan Institusi seperti Perguruan Tinggi Agama Islam Negeri (PTAIN) Yogyakarta, Universiti Islam Jakarta, Fakulti Hukum dan Falsafah Muhammadiyah di Padang Panjang, Universiti Muslim Makasar dan Universiti Islam Sumatera Utara (UISU). Penglibatannya dalam politik bermula dengan Pemilihan Umum Pertama (PEMILU) Tahun 1955 di mana beliau dicalonkan sebagai anggota DPR (Dewan Perwakilan Rakyat) Masyumi, Jawa Tengah. Tindakan Sukarno yang menerapkan gagasan 'Demokrasi Terpimpin' menyebabkan Dewan Konstituante dan semua Parti-parti politik dibubarkan pada tahun 1960. (Demokrasi terpimpin adalah nama lain bagi kepimpinan autokratik atau dictator). Seiringnya arahan Presiden yang menghalang mana-mana pegawai kerajaan untuk terlibat dalam ORMAS (Organisasimasyarakat) maka Buya HAMKA melepaskan jawatan sebagai pegawai agama dan terus aktif dalam Muhammadiyah.

    Bermula tahun 1960'an Buya HAMKA mula menerima pelbagai mehnah kerana sikapnya yang tegas seringkali menimbulkan pertembungan dengan pihak pemerintah. Tindakan Sukarno menerapkan 'demokrasi terpimpin' dibidas oleh HAMKA sebagai 'jalan lurus menuju neraka'. Pendiriannya yang tegas ini menyebabkan beliau menjadi sasaran pemerintah. Pada tahun 1964 beliau ditahan atas tiga tuduhan subversif di bawah akta ISA (Anti Subversive Act). Salah satu dari tuduhan itu ialah terlibat sama dalam komplot untuk membunuh Presiden Sukarno dengan menerima sejumlah wang dari Tunku Abdul Rahman (Persekutuan Tanah Melayu). Kesemua tuduhan itu adalah merupakan fitnah yang direka-reka untuk mencari 'kambing hitam' ketika Sukarno mengistihar 'ganyang Malaysia' dalam peristiwa konfrantasi. Ketika dipenjarakan selama dua tahun (1964-66) itulah Buya HAMKA melengkapkan tafsir Al-Azhar (30 juzu') yang merupakan karya beliau yang teragung.

    Di bawah Order Baru, beliau dibebaskan dan kembali aktif berdakwah. Pada tahun 1975 HAMKA dilantik menjadi Ketua Majlis Ulama Indonesia. Jawatan ini dipegangnya sehingga beliau meletakkan jawatan pada tahun 1981 kerana mempertahankan fatwanya yang mengharamkan 'natal bersama' (umat Islam disaran turut merayakan hari natal). Atas desakan Menteri Agama beliau telah menarik balik penyiaran fatwa ke press (media) tetapi menegaskan bahawa fatwa tersebut tetap dipertahankan. Menteri Agama H. Alamsyah mengugut untuk mengundur diri. Demi untuk mengendurkan ketegangan, Buya HAMKA telah membuat keputusan agar dialah sebagai Ketua Majlis Ulama yang bertanggungjawab atas peredaran fatwa yang diputuskan oleh Komisi Fatwa itu meletakkan jawatan.

    Buya HAMKA akan terus dikenang sebagai ulama yang tegas dengan pendiriannya. Ketika ada usaha untuk mengiktiraf 'agama Jawa' yang disebut sebagai 'KEPERCAYAAN' beliaulah antara ulama yang paling lantang mengingatkan Presiden Suharto agar bersikap tegas tidak tunduk kepada desakan golongan tersebut. Bila ada pihak yang melarang memuatkan tafsir surah al-ikhlas dalam kurikulum pelajaran, dengan tegas beliau mengatakan 'Kalau tafsir surah al-ikhlas itu dilarang, kerana mahu menenggang (menjaga hati) golongan yang bertuhan tiga, apa lagi ertinya kami yang meyakini keesaan Tuhan!'. Apabila ada desakan supaya kalimah jihad dianggap sebagai merbahaya, maka didepan pegawai tinggi ABRI (Angkatan Bersenjata Rep. Indonesia - hari ini TNI) beliau mengatakan 'Saya akan merasa sangat terhormat bila dianggap sebagai Kepala Komando Jihad'.

    HAMKA juga merupakan seorang ahli sejarah. Beliaulah yang telah merongkai teori pensejarahan kedatangan Islam dinusantara dan dengan tegas menolak pandangan orientalis yang mengatakan Islam datang dari Benua Kecil India. Buya HAMKA telah membentangkan kajiannya dalam seminar kedatangan Islam di Medan pada tahun 1963 di mana dirumuskan Islam di nusantara datang langsung dari Semenanjung Arab pada zaman permulaan Islam lagi iaitu pada kurun ke 7 Masehi. Pendapat ini beliau tegaskan untuk menolak rumusan sarjana barat yang mendakwa Islam yang dianuti di nusantara tidak asli sebaliknya diwarnai oleh kebudayaan dan pengaruh Hindu/Buddha. Sumbangan penulisan beliau terbesar dalam bidang sejarah ialah 'Sejarah Umat Islam' sebanyak 4 jilid yang diusahakan selama lebih dari 30 tahun.

    HAMKA juga merupakan seorang ahli bahasa dan tegas dalam mempertahankan Bahasa Melayu-Indonesia yang diperkaya dengan istilah dan perbendaharaan Arab. Apabila wujud usaha untuk menolak kalimah Arab dan menggantikannya dengan istilah sanskrit, dengan menggunakan satu contoh beliau mengajak supaya ditukar kalimah 'hajat' atau keperluan dalam bahasa melayu kepada istilah 'butuh'. Justeru kerana hendak menolak ciri-ciri Arab/Islam maka bahasa melayu/Indonesia wajib diperkaya walaupun dengan secara 'carut-marut!', tegasnya.

    Membaca buku-buku roman (novel) dan buku-buku dalam bidang tasauf/falsafah seperti Tasauf moderen, Pandangan Hidup Muslim, Lembaga budi, Bohong di dunia dan Lembaga Hikmat akan membawa seseorang itu menikmati keindahan bahasa dan kata-kata hikmatnya. HAMKA mampu mengungkap pelbagai perasaan terutama rasa hiba dan kedukaan dalam tulisan-tulisannya sehingga seringkali yang membaca menitiskan air mata. Orang merasakan ia berbicara dengan kalbunya sendiri ketika membaca buku-buku beliau. Kata-kata hikmatnya juga sangat tepat dan memberi keinsafan yang mendalam seperti katanya 'jasa kalau disebut-sebut, jatuhlah nilainya'. Katanya lagi 'Jangan ditangisi barang yang hilang, sebaliknya disyukuri apa yang ada. Kelak nanti kalau yang ada itu hilang, ditangisi pula'. Dan lagi 'Jangan ditertawa orang yang jatuh, sebaliknya bersyukurlah kerana engkau sendiri tidak jatuh.'

    HAMKA juga mendapat pengiktirafan dunia Arab. Sumbangan kepada dakwah dan pemikiran Islam diiktiraf oleh Universiti Al-azhar sehingga diberi gelar Doktor Honoris Causa. UKM juga menganugerahkan ijazah Doktor Kehormat kepada beliau pada tahun 1974 kerana sumbangannya kepada umat Islam di Malaysia.

    Pada tahun 1981 beliau berpulang ke rahmatullah, meninggalkan kenang-kenangan dan sumbangan yang sangat besar ertinya dalam membangun jatidiri dan tamaddun islam di nusantara.

    DrHafidzi MN
    mantan Naib Presiden JIM Sesi 2003-2005

    Siri berikutnya: Kemunculan Masyumi
    Sumbangan dan pemikiran ulama-ulama nusantara seharusnya dibukukan dan dijadikan bahan rujukan sepertimana ulama-ulama dari timur tengah. Sebenarnya adalah sangat relevan jika pemikiran mereka dikaji sebagai bahan fikrah di samping bahan-bahan sedia ada. Pemikiran ulama seperti Buya HAMKA, Syeikh Hj Abdul Karim (ayah HAMKA), Hj Omar Said Chokroaminoto, Kiai Hj Ahmad Dahlan, AR Sutan Mansur, Muhammad Natsir, Prof Zulkifli Muhammad, Dr Burhanuddin Al-Helmy, Syeikh Abu Bakar Al-Baqir dan Syeikh Tahir Jalaluddin adalah khazanah yang tidak bolih dipandang sepi. Ini adalah kerana pemikiran mereka dibentuk dalam konteks sosio-budaya setempat. Sewajarnyalah kita yang bergerak di Malaysia/Nusantara mengambil manfaat dari pengalaman dan kebijaksanaan yang diambil oleh tokoh-tokoh tempatan dalam melakarkan gerak kerja dakwah kita.
    posted by Fakhrul Anuar Zulkawi @ 9:39 am   0 comments
    kongsi komentar...HAMAS dalam kenangan usia remajaku
    Saturday, February 04, 2006
    kongsi komentar teman blogger untuk manfaat bersama :

    Allahu akbar!.. moga kejayaan HAMAS menjadi pembakar perjuangan.

    remaja islam Malaysia.. realiti yang amat menyedihkan.. ibarat anak-anak singa garang yang sudah di'kijang'kan..anak-anak singa yang tidak menyedari bahawa mereka adalah singa-singa yang garang.. bahkan nenek moyang mereka pnh menjadi raja rimba satu masa dulu; pernah menguasai 2/3 rimba dan menundukkan seluruh penghuni rimba.. di bawah satu aqidah-ISLAM.. tunduk dan patuh pada Allah .. singa-singa Islam menegakkan Islam serata rimba

    ..Tp sayang.. satu waktu bila raja rimba sakit, lemah akhirnya meninggal dunia (1924).. seorang pelatih sarkas pula telah datang mencuri anak-anak singa lalu dilatih mereka menjadi kijang.. di ajar melompat gelung rotan, di ajar tunduk dan duduk .. bila mereka menurut ..daging ganjarannya..akhirnya masa yang panjang menjadikan anak-anak singa menjadi anak-anak kijang yang lemah, pengecut dan tunduk kepada pelatih sarkas

    ..sedarlah! pelatih2 sarkas ini ada matlamatnya .. ingin menguasai seluruh rimba dan membolot untung melalui pembalakan di dalam rimba yang kaya khazanahnya..

    mudah cara mereka.. mereka musnahkan raja rimba dan latih anak-anak singa menjadi anak kijang sehingga tidak akan wujud lagi anak-anak singa garang.. yang kenal erti JIHAD yang dulunya menegakkan kalimah Allah

    ..sekarang apa yang anak-anak singa tahu? Akademi Fantasia, Malaysian Idol? Mawi.. mawi.. mawi ..world..world..hebat sungguh perancangan si pelatih sarkas..tapi dia tak tahu .. mana boleh singa jadi kijang

    .. kembalikan anak-anak singa kepada fitrahnya dan mereka akan tahu!
    posted by Fakhrul Anuar Zulkawi @ 2:40 am   0 comments
    HAMAS dalam kenangan usia remajaku
    Thursday, February 02, 2006
    Allahu Akbar! Allahu Akbar! Allahu Akbar! WalilLahilHamd...itulah yang tercetus dalam hatiku bila menerima sms daripada Ummu Huzaifah pada pagi Jumaat yang lepas, 27 Januari 2006.. kemenangan majoriti HAMAS di dalam Pilihanraya di Palestin.

    Ini mengingatkanku kepada usia remajaku sekitar 18 tahun di bulan December 1987 dimana aku sempat menghadiri perhimpunan pelancaran dan penerangan tentang Intifadhah dan penubuhan HAMAS di sebuah masjid berdekatan tempat tinggalku di Roath, Cardiff, UK..bagiku yang baru menghirup udara segar kesedaran Islam, sesi penerangan itu amat bermakna dalam hidupku kerana ia mengajarku erti perjuangan....bermula dengan para remaja Palestin yang membaling batu ke arah kereta kebal Yahudi Zionis bagi menunjukkan kekentalan jiwa remaja menentang kezaliman Israel bagi membebaskan negara mereka dan menyahkan Israel daripada mukabumi ini..

    Remaja-remaja di Palestin hidup dengan menyaksikan ribuan para syuhada', bedilan mesingan dan kereta kebal yang menghancurkan kediaman mereka, kekejaman demi kekejamaan regim Yahudi.....namun ketabahan mereka benar2 teruji...hingga syahid pengasas HAMAS Syeikh Ahmad Yassin dengan pembunuhan yang paling kejam pernah disaksikan manusia...

    Remaja-remaja ku di Malaysia....alangkah ironinya hidup mereka dibuai keselesaan dan keseronokan dunianya...idolanya para artis, hiburannya muzik hedonis, hilang sifat malu untuk melakukan kejahatan demi kejahatan...

    Marilah kita kembali kepada hakikat perjuangan yang sebenar...mengembalikan jatidiri remaja mukmin yang sebenar!!

    Kenangan 18 tahun yang lalu membuka harapan baru membangun jiwa remaja yang merdeka!
    posted by Fakhrul Anuar Zulkawi @ 2:16 am   1 comments
    Siri Tazkiah 01 : Pedoman Akhlak Dalam Rukun Islam
    Rukun Islam yang mengandungi ibadah yang disyariatkan oleh Islam iaitu solat, puasa, zakat dan haji mendidik dan membersih jiwa manusia agar dapat hidup dengan akhlak yang baik.

    Dalam perihal solat : " Sesungguhnya solat itu mencegah dari perbuatan yang keji dan mungkar" (al-Ankabut:45). Solat dapat menjauhkan manusia daripada perkara yang tidak baik dan inilah hakikat solat. Sebuah hadis qudsi ada disebut : " Aku hanya menerima solat daripada orang yang merendah diri di hadapan keagungan-Ku, tidak menzalimi makhluk-Ku dan orang yang sentiasa ingat kepada-Ku, mengasihi orang miskin, musafir, janda dan orang-orang yang ditimpa musuh."

    Zakat yang diwajibkan oleh Islam bukanlah diambil begitu sahaja dari orang lain melainkan supaya dapat mewujudkan saling cinta-mencintai serta memperkukuhkan hubungan di antara pelbagai lapisan masyarakat. Al-Quran menjelaskan : "Ambillah (sebahagian) dari harta mereka menjadi sedekah (zakat), supaya dengannya engkau membersihkan mereka (dari dosa) dan mensucikan mereka (dari akhlak yang buruk)." (at-Taubah: 103) Pembersihan jiwa dari kekotoran serta mengangkat martabat masyarakat ke taraf yang lebih mulia adalah hikmah pertama yang terkandung di dalam wajib zakat. Oleh itu juga, Rasulullah s.a.w. memperluaskan pengertian zakat dengan sabdanya : "Senyum di hadapan saudaramu adalah sedekah, amar makruf dan nahi mungkar yang engkau lakukan adalah sedekah. Engkau menunjukkan jalan kepada orang sesat adalah sedekah. Kesediaanmu menyingkirkan gangguan, duri dan rintangan dari jalanan adalah sedekah. Menuangkan air dari timbamu ke timba saudaramu adalah sedekah. Kesediaanmu menuntun orang yang penglihatannya tidak terang adalah sedakah." (HR Bukhari)

    Begitu juga dengan puasa. Bukan sekadar meninggalkan makan dan minum. Tetapi ia sebagai langkah untuk menjauhkan diri daripada melakukan perkara yang tidak baik. Sabda Rasulullah s.a.w. : " Barangsiapa yang tidak meninggalkan ucapan dan perbuatan yang buruk, maka tidak ada erti bagi Allah orang itu meninggalkan makanan dan minumannya." (HR. Bukhari) Ini dijelaskan oleh Allah SWT sebagaimana firman-Nya : "Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa." (al-Baqarah:183)

    Allah SWT juga menegaskan dalam al-Quran mengenai manasik haji sebagai berikut : "(Masa untuk mengerjakan ibadah) haji itu ialah beberapa bulan yang termaklum. Oleh yang demikian, sesiapa yang mewajibkan dirinya(dengan niat mengerjakan) ibadah haji itu, maka tidak boleh mencampuri isteri dan tidak boleh membuat maksiat dan tidak boleh bertengkar dalam masa mengerjakan haji. Dan apa jua kebaikan yang kamu kerjakan adalah diketahui oleh Allah dan hendaklah kamu membawa bekal dengan cukupnya kerana sebaik-baik bekal ialah taqwa dan bertaqwalah kepada-Ku wahai orang-orang yang berakal (yang dapat memikir dan memahaminya) " (al-Baqarah:197)

    Jika seseorang tidak mengambil manfaat daripada ibadah-ibadah tersebut dan tidak mengetahui hubungan nya dengan Allah dan dengan sesama manusia, maka sia-sialah dia.

    Maksud firman Allah SWT dalam surah Taha :74-76 :-

    "Sebenarnya sesiapa yang datang kepada Tuhannya pada hari akhirat sedang ia bersalah maka sesungguhnya adalah baginya neraka jahannam yang ia tidak mati di dalamnya dan tidak pula hidup."

    "Dan sesiapa yang datang kepada-Nya sedang ia beriman, serta mengerjakan amal-amal yang soleh, maka mereka itu akan beroleh tempat-tempat tinggal yang tinggi darjatnya."

    "(iaitu) syurga-syurga yang kekal, yang mengalir padanya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya dan yang demikian itu ialah balasan orang2 yang MEMBERSIHKAN dirinya daripada perbuatan kufur dan maksiat
    ."
    posted by Fakhrul Anuar Zulkawi @ 1:03 am   0 comments
    Hijrahkan diri
    Wednesday, February 01, 2006
    Hijrah satu peralihan
    Dalam meniti arus kehidupan
    Dari kejahilan kepada kebenaran..


    1 Muharam yang disambut semalam kembali menyentakkan hati pada sebuah peristiwa agung ummah Islam.. permulaan bangkitnya sebuah tamadun yang disanjung dan diperkatakan. ..Kini kita mewarisinya .. walaupun dalam keadaan yang tercalar dan robek; dek penyimpangan manusia yang mula terpaut pada keutamaan dunia dan keliru dengan kemungkaran..

    Pernahkah kita membayangkan bagaimana realiti seorang manusia agung saat memikul sebuah amanah berat Tuhannya.. pernahkan kita memikirkan ketabahan seorang lelaki yang dulunya digelar al-amin oleh kaumnya namun kemudian dikatakan gila hanya kerana dia membawa kebenaran Islam? Pernahkah kita fikir bagaimana mereka menahan lapar dan dahaga serta kesempitan hidup akibat pulauan manusia.. akibat penindasan kufar.. mereka hilang harta dan kedudukan ..keluarga dan segala kecintaan ...Pernahkah pula kita rasakan kesakitan mereka ditimpa dengan pelbagai kekerasan .. bukan hanya peluh dan keringat .. darah mereka tumpahkan!

    Nilai sebuah hijrah .. nilai sebuah kejayaan dan pembangunan ... nilai sebuah kemenangan yang dijanjikan Allah ..

    Kita inginkan perubahan.. kita ingin berjaya... kita ingin lihat ummah bangkit..

    Tapi adakah kita sendiri bersedia untuk berhijrah?

    Berhijrah dari kemalasan kepada kerajinan .., hijrah diri dari perkara-perkara lagha kepada yang bermanfaat, berhijrah dari perkara maksiat kepada amal soleh, berhijrah dari permusuhan dan kebencian kepada kesatuan dengan kasih sayang..

    Hari ini umat terhina, ibarat buih air dan kelakatu berterbangan, hari ini umat ditindas dibunuh dan dinodai tanpa belas, hari ini umat diperlakukan sewenang .. oleh tangan-tangan yang sebenarnya begitu takut dengan kebenaran.

    Sikap diam diri tidak akan bawa apa-apa perubahan.. if you want things to change, you must change first..

    Surah ar-Raad ayat11: "..Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri.."

    Sudah tiba masa kita hijrahkan diri.. mulakan daripada perubahan-perubahan yang kecil dan berterusan... tekad untuk sebuah perubahan yang besar pada umat hanya bisa tertunai jika diri sanggup memulai sebuah perubahan.

    Susahkan mahu berubah apatah lagi mengekalkan perubahan ..sebab itu ia menuntut pengorbanan!

    "Dan di antara manusia ada yang mengorbankan dirinya kerana mencari keredaan Allah semata-mata dan Allah pula Amat belas-kasihan akan hamba-hambaNya" QS 2:207

    p/s: Quantum leap change; tahun baru dengan azam dan semangat baru!

    posted by Anonymous @ 11:14 am   0 comments
    JAWATANKUASA REMAJA KRJ NEGERI TERENGGANU 2008

    PENGERUSI : Muhammad Munzir Bin Muzahar (Sek Men Islam Al Amin Kemaman)

    TIMBALAN PENGERUSI : Muhammad Irfan Bin Bahrin (Sek Men Islam Al Amin Kemaman)

    NAIB PENGERUSI 1 : Humairaa' Bt Abdul Malek (Sek Men Islam Al Amin Kemaman)

    NAIB PENGERUSI 2 : Wan Hani Munirah Bt Wan Muhd Rosdi (Sek Men Keb Agama Tok Jiring Kuala Terengganu)

    SETIAUSAHA KEHORMAT : Nurul Najihah Bt Khairudin (Sek Men Islam Al Amin Kemaman)

    BENDAHARI : Hafizuddin Bin Mohd Ridzuan (Sek Men Islam Al Amin Kemaman)

    Alamat Pejabat KRJ Terengganu : No 5, Taman Seri Melor 4, Bt 6, 23000 Dungun, Terengganu Darul Iman

    TELEFON@SMS : 014-836 8371 (Penasihat JK Remaja KRJ Terengganu)

    Lagu KRJ Terengganu@mp3


    CARI ARTIKEL
    ARKIB KRJ
    PAUTAN KRJ
    LAMAN NASYID KONTEMPORARI
    SIARAN TELEVISYEN
    KREDIT


    BLOGGER




    © 2008 Kelab Remaja JIM Terengganu [Remaja Mithali Tunggak Kepemimpinan]Hak Cipta Terpelihara ; KRJ Terengganu.