Ingin berkongsi satu kisah yang telah ana sebut sepintas lalu malam tadi di kuliah Maghrib Masjid Sekolah Menengah Teknik Dungun.
Kisah dari Abdullah bin Dinar, dimana beliau pernah berkata, Aku telah keluar bersama Saidina Umar al-Khattab ke Mekah, tatkala itu turun seorang budak gembala dari atas bukit yang berdekatan dengan kami, Umar pun berkata seakan menguji budak gembala itu.
Hai budak gembala, engkau jualkan saja seekor dari kambing biri-biri ini padaku. Kata budak gembala: Aku adalah hamba kepada tuanku sedangkan kambing-kambing ini adalah kepunyaannya.
Tanya Umar pula: Engkau katakan saja pada tuanmu, kambing itu dimakan serigala. Kata gembala: Kalau begitu dimanakah Allah? Tidakkah Dia Maha Melihat? Mendengar jawapan gembala itu, Saidina Umar menangis tersedu-sedu. Keesokannya, Umar menemui budak gembala itu dan tuannya, lantas membeli dan memerdekakannya. Umar berkata kepada hamba itu : Aku merdekakan engkau di dunia ini dari tuanmu, moga-moga engkau merdeka juga di Akhirat nanti.
Begitulah tarbiah iman yang berkesan kepada hati orang mukmin. Alangkah bersihnya jiwa orang yang bertaqwa. Segala yang dilakukan terasa ada orang melihat apatah lagi yang melihat itu ialah Allah. Moga Allah SWT memberikan kita ledakan taqwa yang berterusan di dalam jiwa dan dengannya kita melakukan tazkiah an-nafs (pembersihan jiwa).
Sepertimana yang disebut ialah Dr Danial Zainal Abidin di dalam karya beliau, Tujuh Formula Individu Cemerlang (PTS, 2004) :
Umat Islam berjaya membina kegemilangan kerana mereka memulakan langkah dari dalam iaitu daripada hati. Perubahan yang bermula daripada hati kekal lama. Justeru, umat Islam dituntut menghias hati mereka dengan bertaqwa kepada Allah. Dengan kekuatan taqwa, mereka dapat mengubah segala-galanya. Menurut Imam Muslim, Nabi s.a.w bersabda, Taqwa itu disini (dan baginda terus menunjukkan kepada dada baginda).
Assalamualaikum.. Saya Ahmad Fakhruddeen bin Zakaria memohon kebenaran untuk keluar daripada kelab ini kerana desakan seseorang.Sepanjang saya di dalam kelab ini ,banyak perkara baru yang saya terima dan saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Abg.Akhi Fakhrul,Abg.Ammar,dan Abg. Din kerana telah menjayakan kelab ini dengan sebaiknya .Diharap borang pendaftaran saya di batalkan.Sekian,wassalam.
Assalamualaikum..
Saya Ahmad Fakhruddeen bin Zakaria memohon kebenaran untuk keluar daripada kelab ini kerana desakan seseorang.Sepanjang saya di dalam kelab ini ,banyak perkara baru yang saya terima dan saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada
Abg.Akhi Fakhrul,Abg.Ammar,dan Abg. Din kerana telah menjayakan kelab ini dengan sebaiknya .Diharap borang pendaftaran saya di batalkan.Sekian,wassalam.