Hijrah satu peralihan Dalam meniti arus kehidupan Dari kejahilan kepada kebenaran..
1 Muharam yang disambut semalam kembali menyentakkan hati pada sebuah peristiwa agung ummah Islam.. permulaan bangkitnya sebuah tamadun yang disanjung dan diperkatakan. ..Kini kita mewarisinya .. walaupun dalam keadaan yang tercalar dan robek; dek penyimpangan manusia yang mula terpaut pada keutamaan dunia dan keliru dengan kemungkaran..
Pernahkah kita membayangkan bagaimana realiti seorang manusia agung saat memikul sebuah amanah berat Tuhannya.. pernahkan kita memikirkan ketabahan seorang lelaki yang dulunya digelar al-amin oleh kaumnya namun kemudian dikatakan gila hanya kerana dia membawa kebenaran Islam? Pernahkah kita fikir bagaimana mereka menahan lapar dan dahaga serta kesempitan hidup akibat pulauan manusia.. akibat penindasan kufar.. mereka hilang harta dan kedudukan ..keluarga dan segala kecintaan ...Pernahkah pula kita rasakan kesakitan mereka ditimpa dengan pelbagai kekerasan .. bukan hanya peluh dan keringat .. darah mereka tumpahkan!
Nilai sebuah hijrah .. nilai sebuah kejayaan dan pembangunan ... nilai sebuah kemenangan yang dijanjikan Allah ..
Kita inginkan perubahan.. kita ingin berjaya... kita ingin lihat ummah bangkit..
Tapi adakah kita sendiri bersedia untuk berhijrah?
Berhijrah dari kemalasan kepada kerajinan .., hijrah diri dari perkara-perkara lagha kepada yang bermanfaat, berhijrah dari perkara maksiat kepada amal soleh, berhijrah dari permusuhan dan kebencian kepada kesatuan dengan kasih sayang.. Hari ini umat terhina, ibarat buih air dan kelakatu berterbangan, hari ini umat ditindas dibunuh dan dinodai tanpa belas, hari ini umat diperlakukan sewenang .. oleh tangan-tangan yang sebenarnya begitu takut dengan kebenaran. Sikap diam diri tidak akan bawa apa-apa perubahan.. if you want things to change, you must change first..
Surah ar-Raad ayat11: "..Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri.." Sudah tiba masa kita hijrahkan diri.. mulakan daripada perubahan-perubahan yang kecil dan berterusan... tekad untuk sebuah perubahan yang besar pada umat hanya bisa tertunai jika diri sanggup memulai sebuah perubahan.
Susahkan mahu berubah apatah lagi mengekalkan perubahan ..sebab itu ia menuntut pengorbanan! "Dan di antara manusia ada yang mengorbankan dirinya kerana mencari keredaan Allah semata-mata dan Allah pula Amat belas-kasihan akan hamba-hambaNya" QS 2:207 p/s: Quantum leap change; tahun baru dengan azam dan semangat baru!
|
Post a Comment