Anugerah Juara Lagu ke-20 : Kebiadaban yang patut ditentang
Thursday, February 09, 2006
Adalah sedia maklum, 5 Febuari 2006 yang lepas menjadi satu kenangan yang cukup bermakna untuk artis-artis tanahair, kerana pada hari itu lah hari di mana artis ini dinilai bakatnya dan diberikan anugerah penghormatan dan kemenangan oleh juri-juri yang terdiri daripada juri profesionaldan juri 'sms'. Saya tidak dapat mengikuti sepenuhnya AJL ke 20 ni, tapi cukup dengan perkongsian dengan sahabat-sahabat lain yang menggambarkan kebiadaban artis-artis tersebut semasa berlangsungnya acara Red Carpet selepas berkumandangnya azan maghrib.
Merekakah orang islam, atau kafir? tidak tahu menghormati waktu solat!!! Di dalam suasana mutaakhir ini, ketika umat islam dihina dengan penyiaran karikatur Rasullullah S.A.W oleh sebuah akhbar Denmark Jyllands Posten, masih ada lagi sekelompok manusia yang mengaku bangsa melayu islam tergamak untuk melanggar batas-batas agama yang telah ditetapkan oleh Allah S.W.T. Jangan salahkan sesiapa jika ada pihak yang ingin menghina islam, mungkin salah kita umat islam lagi banyak, kerana umat islam sendiri ramainya tak mahu membela islam.
Ketua Wanita JIM Pusat Dr Harlina Haliza Siraj telah pun membuat kenyataan bantahan terhadap penganjuran AJL ke -20. antara petikannya adalah seperti berikut :
"Wanita JIM membantah penyiaran acara Red Carpet AJL ke 20 tersebut yang didapati diciplak dan ditiru secara borong dari budaya warisan golongan artis Hollywood yang mempamerkan gaya, pakaian dan aksesori pereka -pereka fesyen terkenal melalui tajaan ke atas para artis yang hadir ke majlis penganugerahan seperti Grammy Awards dan Golden Globe Awards. Semasa mereka berjalan di atas `permaidani merah ' ini, para artis tersebut bertindak sebagai `peragawan dan peragawati' yang akan memperagakan fesyen terkini yang dikatakan sensasi. Apa yang dipertontonkan kepada umum pada acara Red Carpet sebelum upacara AJL ke-20 berlangsung malam kelmarin ternyata amat bertentangan dengan nilai dan budaya rakyat Malaysia selama ini. Gaya pemakaian para artis dan pengacara yang kebanyakannya memakai gaun malam yang mendedahkan aurat didapati terlalu menjolok mata dan kelihatan amat kurang sopan terutamanya untuk tontonan masyarakat yang majoritinya beragama Islam" .
"Para pereka fesyen seolah-olah tidak langsung mengindahkan dan menghormati hasrat kerajaan yang mahu membudayakan budi bahasa dalam kehidupan sebagaimana Kempen Budi Bahasa yang sedang berjalan. Budi bahasa termasuklah juga cara penampilan dan pemakaian seseorang itu. Maruah diri juga banyak dikaitkan dengan gaya ketrampilan seseorang. Malaysia sendiri sememangnya terkenal kaya dengan budaya tenunan songket, sutera dan batik yang sudahpun mendapat pengiktirafan dunia antarabangsa. Mengapakah para pereka fesyen tidak berbangga dengan apa yang sudah sememangnya menjadi budaya warisan rakyat Malaysia sendiri? Wanita JIM kesal di atas sikap para pereka fesyen yang ternyata tidak sensitif dan menghormati budaya dan nilai pegangan agama rakyat Malaysia".
AJL ke 20 telah berjaya menarik jiwa-jiwa muda untuk menyertai program tersebut dengan menjadi juri-juri sms untuk mengundi artis-artis kesayangan mereka. Ini satu lagi langkah syarikat telekomunikasi untuk mengaut seberapa banyak keuntungan daripada poket-poket pengundi yang kebanyakannya adalah terdiri daripada muda-mudi. Yang ruginya adalah pengundi...duit habis, tapi artis yang menang itu adakah akan berkongsi duit hasil kemenangan itu dengan pengundi sms??
Selain itu juga, acara-acara yang seumpama ini adalah salah satu punca semakin merebaknya gejala sosial di negara ini, gejala mendedahkan aurat...seolah-olah tiada ada apa-apa kesalahan jika mendedahkan aurat hasil daripada teladan yang ditonjolkan artis-artis tanahair. Muda mudi akhir zaman ini telah menjadi seperti 'kijang' dengan menjadikan artis-artis sebagai idola mereka, telah hilang kekuatan dan pegangan, tidak seperti pada zaman sahabat, pemuda dan pemudinya seperti 'singa-singa yang mengaum'
Apakah yang ingin dikehendaki oleh masyarakat islam di negara ini...setengah pihak inginkan budaya melayu dan islam diamalkan oleh masyarakat dinegara ini..yang peliknya!!! orang yang sama juga lah yang meruntuhkan apa yang dilaung-laungkan sebagai inginkan budaya melayu dan islam ini diamalkan oleh masyarakat negara ini..
Itulah realiti yang berlaku sekarang ini, ibarat seseorang yang menanam pokok di pagi hari, tetapi disiram dengan racun selepas menanamnya..
Post a Comment