<$BlogMetaData$>
 

 

 

Terengganu

www.krj-tganu.blogspot.com

 
Cikgu Norfizam bin Said
PENGARAH KRJ TERENGGANU
Demi Masa, Sesungguhnya Manusia Itu Berada Di Dalam Kerugian..


KALENDAR AKTIVITI TERKINI


  • EKSPEDISI REMAJA KENTAL 2008!
    NANTIKAN PENGUMUMAN SELANJUTNYA
  • Chat @ KRJ Tganu

    ALBUM KRJ
  • Album 2008
  • Album 2007
  • Album 2006
  • Album 2005
  • JELAJAH INFORMASI
  • Utusan Online
  • BHarian Online
  • Harian Metro
  • NSTP
  • Harakahdaily
  • AMIR
  • ABIM
  • Islamonline
  • Palestinkini
  • JAKIM
  • LINK PENDIDIKAN
  • Kementerian Pendidikan Msia
  • Universiti Islam Antarabangsa
  • Universiti Kebangsaan Msia
  • Universiti Malaya
  • Universiti Putra Malaysia
  • Universiti Sains Malaysia
  • Universiti Utara Malaysia
  • Universiti Teknologi Msia
  • Universiti Msia Sabah
  • Universiti Msia Sarawak
  • Universiti Telekom
  • UiTM
  • KUSZA
  • Yayasan Pelajaran MARA
  • Politeknik Malaysia
  • KUKUM
  • KUIM
  • KUTKM
  • KUITTHO
  • KUSTEM
  • Maktab
  • BARISAN KEPIMPINAN JAWATANKUASA REMAJA KRJ SESI 2006-2007. JASAMU DIKENANG !

    PENGERUSI : Muhammad Mus'ab Bin Muzahar.

    TIMBALAN PENGERUSI 1 : Hafizuddin Bin Mohd Ridzuan

    TIMBALAN PENGERUSI 2 (Ketua Puteri) : Munirah Bt Mazlan

    SETIAUSAHA KEHORMAT : Maisarah Bt Zulkifli

    BENDAHARI : Nur Ilyana Amani bt Mohd Nasir

    HUBUNGI KAMI
    Maklumat lanjut boleh hubungi moderator, Akh Mohd Sufian Mat Ali, 014-836 8371
    krjtgg_mod@yahoo.com
    Tanda Buku Pelawat
     

          PENGENALAN KRJ       DAFTAR ONLINE          

             HOME    FORUM

    VIDEO KLIP LAGU KRJ TERENGGANU      
    HAMKA - ulama dan pujangga Nusantara
    Monday, February 06, 2006
    Tidak ramai ulama yang mempunyai bakat sepertinya. Dia seorang kiyai (ulama) disamping seorang pujangga dan sasterawan. Malah beliau amat dikenali di kalangan umat Islam di Malaysia khususnya pada tahun-tahun 70'an yang amat senang dengan pendekatan yang penuh hikmah, lembut dan sarat dengan nilai-nilai falsafah. Bagi peminat kisah-kisah roman (cereka), novel-novel beliau sehingga hari ini seperti Tenggelamnya Kapal Van Der Vick, Menunggu beduk berbunyi, Di lembah kehidupan, Merantau ke Deli, dan Di bawah lindungan Ka'abah masih di ulang cetak dan menjadi bahan kepustakaan sastera melayu yang sangat bernilai. Nilai-nilai seperti cinta, pengorbanan dan kesetiaan diadun dalam novelnya berlatarbelakangkan realiti masyarakat di zamannya yang melalui peralihan zaman sehingga menimbulkan konflik di antara kongkongan adat setempat dan tradisi dengan keluasan serta kesejagatan Islam yang progresif.

    HAMKA, satu nama yang tidak asing kepada dunia Islam khususnya di nusantara adalah nama pena dan sengkatan kepada nama penuhnya Hj Abdul Malik Karim Amrullah. Di lahirkan di Padang Panjang, Pariaman, Sumatera Barat pada tahun 1908. Kampung halamannya yang terletak di danau maninjau serta di kelilingi oleh Banjaran bukit Barisan yang indah itu besar pengaruhnya dalam membentuk jiwa seni dan sasterawannya yang halus. Sehingga pada usia remaja lagi beliau telah menghasilkan novelnya yang pertama Si Sabariah. Pengaruh didikan ayahnya, Hj Abdul Karim Amrullah, (telah disentuh dalam siri yang lebih awal) ulama progresif sangat besar dalam membentuk keperibadiannya. Polemik di antara kaum tua dan ayahnya yang mendukung fahaman 'kaum muda' melatari zaman kanak-kanaknya. Beliau juga dibesarkan di saat kefahaman komunis mula menular di Sumatera sehingga ramai anak-anak murid ayahnya yang mendapat pendidikan di Sumatera Tawalib (institusi yang dibangunkan oleh ayahnya) terpengaruh denganideologi tersebut; suatu yang sangat mengecewakan ayahnya.

    Sebenarnya hubungan HAMKA dengan ayahnya terjejas apabila berlaku perceraian ayah dan ibunya; dan ayahnya berkahwin lain. Beliau melihat kemelut yang dilalui masyarakatnya sebagai natijah dari kongkongan adat perpatih yang menjadi pegangan masyarakat Minangkabau. Kerana itu beliau mempunyai pandangan yang kritikal terhadap adat setempat dan buah fikirannya di tumpahkan ke dalam dua buah buku iaitu Adat Minangkabau dan agama Islam (buku ini diharamkan oleh Belanda) dan Adat Minangkabau mengalami revolusi.

    Seperti kebanyakkan orang Minang HAMKA juga suka berkelana. Ketika usianya 16 tahun beliau berangkat ke Yogyakarta. Di sana dia berkenalan dan belajar dengan HJ Omar Said Chokrominoto pimpinan SI yang terkenal itu. Dari Yogya dia menuju Pekalongan untuk belajar dengan AR Sutan Mansur (ipar beliau), pimpinan Muhammadiyah. HAMKA pulang ke kampong halamannya di Padang Panjang dan menggerakkan tabligh (aktivisme) Muhammadiyah di rumah ayahnya. Pada tahun 1927 tanpa pengetahuan ayahnya, pada usia 19 tahun HAMKA telah belayar ke Mekah. Setelah pulang ke tanah air, beliau menjadi guru kepada buruh-buruh di sebuah kebun di Medan. Beliau dijemput oleh iparnya AR Sutan Mansur untuk kembali aktif dalam pergerakan Muhammadiyah. Beliau terus aktif berdakwah dalam organisasi Muhammadiyah sehinggalah pendudukan Jepun pada tahun 1942. Ketika itu ia memegang pimpinan Muhammadiyah Sumatera Timur.

    Semasa pendudukan Jepun, HAMKA dan ramai tokoh-tokoh ulama yang lain seperti KH Mas Mansur memberikan kerjasama kepada Jepun yang telah berjanji untuk memberikan kemerdekaan kepada Indonesia. Sebenarnya Jepun hanya menggunakan ulama untuk mendapat sokongan rakyat agar terus menjayakan gagasan 'Asia untuk Asia'. Jaminan itu tidak lebih dari muslihat mereka untuk mengukuhkan cengkaman imperialisma Jepun sebagai ganti kepada penjajahan Barat. Jepun bagaimanapun terpaksa memberikan kemerdekaan itu apabila sudah terang mereka berada di pihak yang kalah dalam perang pasifik. Proklamasi (kemerdekaan) diistiharkan pada 17 Ogos 1945. Belanda tidak mengiktiraf kemerdekaan ini dan telah meminta bantuan British untuk kembali menjajah Indonesia. Rakyat Indonesia yang bertekad untuk mempertahankan kemerdekaan tersebut telah melancarkan perang revolusi yang berlangsung selama 5 tahun. HAMKA sendiri menyertai pasukan bergerilya memerangi pihak Berikat di Sumatera Barat.

    Ketokohan HAMKA sebagai ulama dan tokoh gerakan Islam bermula pada tahun-tahun 1950'an. Beliau dilantik menjadi pegawai Kementerian agama pada tahun 1950. Dengan jawatan itu beliau telah ditugaskan untuk mengajar di beberapa Universiti dan Institusi seperti Perguruan Tinggi Agama Islam Negeri (PTAIN) Yogyakarta, Universiti Islam Jakarta, Fakulti Hukum dan Falsafah Muhammadiyah di Padang Panjang, Universiti Muslim Makasar dan Universiti Islam Sumatera Utara (UISU). Penglibatannya dalam politik bermula dengan Pemilihan Umum Pertama (PEMILU) Tahun 1955 di mana beliau dicalonkan sebagai anggota DPR (Dewan Perwakilan Rakyat) Masyumi, Jawa Tengah. Tindakan Sukarno yang menerapkan gagasan 'Demokrasi Terpimpin' menyebabkan Dewan Konstituante dan semua Parti-parti politik dibubarkan pada tahun 1960. (Demokrasi terpimpin adalah nama lain bagi kepimpinan autokratik atau dictator). Seiringnya arahan Presiden yang menghalang mana-mana pegawai kerajaan untuk terlibat dalam ORMAS (Organisasimasyarakat) maka Buya HAMKA melepaskan jawatan sebagai pegawai agama dan terus aktif dalam Muhammadiyah.

    Bermula tahun 1960'an Buya HAMKA mula menerima pelbagai mehnah kerana sikapnya yang tegas seringkali menimbulkan pertembungan dengan pihak pemerintah. Tindakan Sukarno menerapkan 'demokrasi terpimpin' dibidas oleh HAMKA sebagai 'jalan lurus menuju neraka'. Pendiriannya yang tegas ini menyebabkan beliau menjadi sasaran pemerintah. Pada tahun 1964 beliau ditahan atas tiga tuduhan subversif di bawah akta ISA (Anti Subversive Act). Salah satu dari tuduhan itu ialah terlibat sama dalam komplot untuk membunuh Presiden Sukarno dengan menerima sejumlah wang dari Tunku Abdul Rahman (Persekutuan Tanah Melayu). Kesemua tuduhan itu adalah merupakan fitnah yang direka-reka untuk mencari 'kambing hitam' ketika Sukarno mengistihar 'ganyang Malaysia' dalam peristiwa konfrantasi. Ketika dipenjarakan selama dua tahun (1964-66) itulah Buya HAMKA melengkapkan tafsir Al-Azhar (30 juzu') yang merupakan karya beliau yang teragung.

    Di bawah Order Baru, beliau dibebaskan dan kembali aktif berdakwah. Pada tahun 1975 HAMKA dilantik menjadi Ketua Majlis Ulama Indonesia. Jawatan ini dipegangnya sehingga beliau meletakkan jawatan pada tahun 1981 kerana mempertahankan fatwanya yang mengharamkan 'natal bersama' (umat Islam disaran turut merayakan hari natal). Atas desakan Menteri Agama beliau telah menarik balik penyiaran fatwa ke press (media) tetapi menegaskan bahawa fatwa tersebut tetap dipertahankan. Menteri Agama H. Alamsyah mengugut untuk mengundur diri. Demi untuk mengendurkan ketegangan, Buya HAMKA telah membuat keputusan agar dialah sebagai Ketua Majlis Ulama yang bertanggungjawab atas peredaran fatwa yang diputuskan oleh Komisi Fatwa itu meletakkan jawatan.

    Buya HAMKA akan terus dikenang sebagai ulama yang tegas dengan pendiriannya. Ketika ada usaha untuk mengiktiraf 'agama Jawa' yang disebut sebagai 'KEPERCAYAAN' beliaulah antara ulama yang paling lantang mengingatkan Presiden Suharto agar bersikap tegas tidak tunduk kepada desakan golongan tersebut. Bila ada pihak yang melarang memuatkan tafsir surah al-ikhlas dalam kurikulum pelajaran, dengan tegas beliau mengatakan 'Kalau tafsir surah al-ikhlas itu dilarang, kerana mahu menenggang (menjaga hati) golongan yang bertuhan tiga, apa lagi ertinya kami yang meyakini keesaan Tuhan!'. Apabila ada desakan supaya kalimah jihad dianggap sebagai merbahaya, maka didepan pegawai tinggi ABRI (Angkatan Bersenjata Rep. Indonesia - hari ini TNI) beliau mengatakan 'Saya akan merasa sangat terhormat bila dianggap sebagai Kepala Komando Jihad'.

    HAMKA juga merupakan seorang ahli sejarah. Beliaulah yang telah merongkai teori pensejarahan kedatangan Islam dinusantara dan dengan tegas menolak pandangan orientalis yang mengatakan Islam datang dari Benua Kecil India. Buya HAMKA telah membentangkan kajiannya dalam seminar kedatangan Islam di Medan pada tahun 1963 di mana dirumuskan Islam di nusantara datang langsung dari Semenanjung Arab pada zaman permulaan Islam lagi iaitu pada kurun ke 7 Masehi. Pendapat ini beliau tegaskan untuk menolak rumusan sarjana barat yang mendakwa Islam yang dianuti di nusantara tidak asli sebaliknya diwarnai oleh kebudayaan dan pengaruh Hindu/Buddha. Sumbangan penulisan beliau terbesar dalam bidang sejarah ialah 'Sejarah Umat Islam' sebanyak 4 jilid yang diusahakan selama lebih dari 30 tahun.

    HAMKA juga merupakan seorang ahli bahasa dan tegas dalam mempertahankan Bahasa Melayu-Indonesia yang diperkaya dengan istilah dan perbendaharaan Arab. Apabila wujud usaha untuk menolak kalimah Arab dan menggantikannya dengan istilah sanskrit, dengan menggunakan satu contoh beliau mengajak supaya ditukar kalimah 'hajat' atau keperluan dalam bahasa melayu kepada istilah 'butuh'. Justeru kerana hendak menolak ciri-ciri Arab/Islam maka bahasa melayu/Indonesia wajib diperkaya walaupun dengan secara 'carut-marut!', tegasnya.

    Membaca buku-buku roman (novel) dan buku-buku dalam bidang tasauf/falsafah seperti Tasauf moderen, Pandangan Hidup Muslim, Lembaga budi, Bohong di dunia dan Lembaga Hikmat akan membawa seseorang itu menikmati keindahan bahasa dan kata-kata hikmatnya. HAMKA mampu mengungkap pelbagai perasaan terutama rasa hiba dan kedukaan dalam tulisan-tulisannya sehingga seringkali yang membaca menitiskan air mata. Orang merasakan ia berbicara dengan kalbunya sendiri ketika membaca buku-buku beliau. Kata-kata hikmatnya juga sangat tepat dan memberi keinsafan yang mendalam seperti katanya 'jasa kalau disebut-sebut, jatuhlah nilainya'. Katanya lagi 'Jangan ditangisi barang yang hilang, sebaliknya disyukuri apa yang ada. Kelak nanti kalau yang ada itu hilang, ditangisi pula'. Dan lagi 'Jangan ditertawa orang yang jatuh, sebaliknya bersyukurlah kerana engkau sendiri tidak jatuh.'

    HAMKA juga mendapat pengiktirafan dunia Arab. Sumbangan kepada dakwah dan pemikiran Islam diiktiraf oleh Universiti Al-azhar sehingga diberi gelar Doktor Honoris Causa. UKM juga menganugerahkan ijazah Doktor Kehormat kepada beliau pada tahun 1974 kerana sumbangannya kepada umat Islam di Malaysia.

    Pada tahun 1981 beliau berpulang ke rahmatullah, meninggalkan kenang-kenangan dan sumbangan yang sangat besar ertinya dalam membangun jatidiri dan tamaddun islam di nusantara.

    DrHafidzi MN
    mantan Naib Presiden JIM Sesi 2003-2005

    Siri berikutnya: Kemunculan Masyumi
    Sumbangan dan pemikiran ulama-ulama nusantara seharusnya dibukukan dan dijadikan bahan rujukan sepertimana ulama-ulama dari timur tengah. Sebenarnya adalah sangat relevan jika pemikiran mereka dikaji sebagai bahan fikrah di samping bahan-bahan sedia ada. Pemikiran ulama seperti Buya HAMKA, Syeikh Hj Abdul Karim (ayah HAMKA), Hj Omar Said Chokroaminoto, Kiai Hj Ahmad Dahlan, AR Sutan Mansur, Muhammad Natsir, Prof Zulkifli Muhammad, Dr Burhanuddin Al-Helmy, Syeikh Abu Bakar Al-Baqir dan Syeikh Tahir Jalaluddin adalah khazanah yang tidak bolih dipandang sepi. Ini adalah kerana pemikiran mereka dibentuk dalam konteks sosio-budaya setempat. Sewajarnyalah kita yang bergerak di Malaysia/Nusantara mengambil manfaat dari pengalaman dan kebijaksanaan yang diambil oleh tokoh-tokoh tempatan dalam melakarkan gerak kerja dakwah kita.
    posted by Fakhrul Anuar Zulkawi @ 9:39 am  
    <$BlogItemCommentCount$> Comments:

    Post a Comment

    << Home
     
    JAWATANKUASA REMAJA KRJ NEGERI TERENGGANU 2008

    PENGERUSI : Muhammad Munzir Bin Muzahar (Sek Men Islam Al Amin Kemaman)

    TIMBALAN PENGERUSI : Muhammad Irfan Bin Bahrin (Sek Men Islam Al Amin Kemaman)

    NAIB PENGERUSI 1 : Humairaa' Bt Abdul Malek (Sek Men Islam Al Amin Kemaman)

    NAIB PENGERUSI 2 : Wan Hani Munirah Bt Wan Muhd Rosdi (Sek Men Keb Agama Tok Jiring Kuala Terengganu)

    SETIAUSAHA KEHORMAT : Nurul Najihah Bt Khairudin (Sek Men Islam Al Amin Kemaman)

    BENDAHARI : Hafizuddin Bin Mohd Ridzuan (Sek Men Islam Al Amin Kemaman)

    Alamat Pejabat KRJ Terengganu : No 5, Taman Seri Melor 4, Bt 6, 23000 Dungun, Terengganu Darul Iman

    TELEFON@SMS : 014-836 8371 (Penasihat JK Remaja KRJ Terengganu)

    Lagu KRJ Terengganu@mp3


    CARI ARTIKEL
    ARKIB KRJ
    PAUTAN KRJ
    LAMAN NASYID KONTEMPORARI
    SIARAN TELEVISYEN
    KREDIT


    BLOGGER




    © 2008 Kelab Remaja JIM Terengganu [Remaja Mithali Tunggak Kepemimpinan]Hak Cipta Terpelihara ; KRJ Terengganu.