<$BlogMetaData$>
 

 

 

Terengganu

www.krj-tganu.blogspot.com

 
Cikgu Norfizam bin Said
PENGARAH KRJ TERENGGANU
Demi Masa, Sesungguhnya Manusia Itu Berada Di Dalam Kerugian..


KALENDAR AKTIVITI TERKINI


  • EKSPEDISI REMAJA KENTAL 2008!
    NANTIKAN PENGUMUMAN SELANJUTNYA
  • Chat @ KRJ Tganu

    ALBUM KRJ
  • Album 2008
  • Album 2007
  • Album 2006
  • Album 2005
  • JELAJAH INFORMASI
  • Utusan Online
  • BHarian Online
  • Harian Metro
  • NSTP
  • Harakahdaily
  • AMIR
  • ABIM
  • Islamonline
  • Palestinkini
  • JAKIM
  • LINK PENDIDIKAN
  • Kementerian Pendidikan Msia
  • Universiti Islam Antarabangsa
  • Universiti Kebangsaan Msia
  • Universiti Malaya
  • Universiti Putra Malaysia
  • Universiti Sains Malaysia
  • Universiti Utara Malaysia
  • Universiti Teknologi Msia
  • Universiti Msia Sabah
  • Universiti Msia Sarawak
  • Universiti Telekom
  • UiTM
  • KUSZA
  • Yayasan Pelajaran MARA
  • Politeknik Malaysia
  • KUKUM
  • KUIM
  • KUTKM
  • KUITTHO
  • KUSTEM
  • Maktab
  • BARISAN KEPIMPINAN JAWATANKUASA REMAJA KRJ SESI 2006-2007. JASAMU DIKENANG !

    PENGERUSI : Muhammad Mus'ab Bin Muzahar.

    TIMBALAN PENGERUSI 1 : Hafizuddin Bin Mohd Ridzuan

    TIMBALAN PENGERUSI 2 (Ketua Puteri) : Munirah Bt Mazlan

    SETIAUSAHA KEHORMAT : Maisarah Bt Zulkifli

    BENDAHARI : Nur Ilyana Amani bt Mohd Nasir

    HUBUNGI KAMI
    Maklumat lanjut boleh hubungi moderator, Akh Mohd Sufian Mat Ali, 014-836 8371
    krjtgg_mod@yahoo.com
    Tanda Buku Pelawat
     

          PENGENALAN KRJ       DAFTAR ONLINE          

             HOME    FORUM

    VIDEO KLIP LAGU KRJ TERENGGANU      
    Siri Tazkirah Ramadhan 3
    Saturday, September 30, 2006
    Ikhtilat

    Maksud pergaulan: bercampur antara silang jantina ajnabi disatukan tempat yang pada kebiasaannya membawa mereka berpandangan, bercakap dan berinteraksi.

    Hukum asal pergaulan wanita dan lelaki ajnabi adalah ditegah
    Tiada nas sahih/jelas melarang pergaulan. Tegahan pergaulan ini hanya disimpulkan dari beberapa tegahan lain:
    - tegahan wanita musafir bersendirian tampa mahram
    - tegahan berkhalwat antara wanita dan lelaki ajnabi
    - tidak wajib salat jemaah ke atas wanita
    - tidak wajib salat Jumaat ke atas wanita
    - hukum-hukum khusus mengenai wanita dalam ibadat haji
    - tegahan wanita berjalan berseiring dengan lelaki.


    Dari larangan-larangan inilah ulama menyimpulkan pergaulan wanita dan lelaki ajnabi ditegah.

    Pergaulan yang dibenarkan adalah atas dasar pengecualian kerana keperluan:

    - pergaulan atas sebab darurat
    - pergaulan untuk tujuan muamalat
    - pergaulan untuk tujuan melaksanakan tugas-tugas kehakiman
    - pergaulan menunaikan kesaksian
    - pergaulan atas tugas penguat kuasa undang-undang/peraturan (pegawai penguat kuasa)
    - pergaulan untuk tujuan melayan tetamu di rumah
    - pergaulan untuk tujuan menghormati tetamu dengan makan bersama
    - pergaulan dalam kenderaan awam bagi wanita yang melakukan kerja yang syarie
    dengan syarat hukum-hukum Islam yang lain dipenuhi.
    - pergaulan untuk melakukan kerja-kerja jihad
    - pergaulan untuk tujuan majlis ilmu, mendengar ceramah dan lainnya
    - pergaulan atas sebab kebiasaan dan teradat yang tidak bercanggah dengan syarak.


    Dalam kitab Muwatta’ oleh imam Malik disebutkan :
    “ wanita (boleh) makan bersama lelaki apabila pada kebiasaan teradat bahawa wanita
    makan bersama-sama lelaki.”

    - pergaulan semasa menziarahi keluarga terdekat dan teman handai pada majlis-majlis tertentu, makan

    dalam majlis yang sama dengan syarat memelihara adab sopan keislaman dan hukum-hukum Islam.

    Pergaulan wanita dan lelaki dalam satu majlis bersama menuntut ilmu, ada dua pendapat:

    - tidak boleh, hujah: hadis mengenai rungutan kaum wanita di zaman Rasulullah

    tentang kelebihan kaum lelaki mendapatkan ilmu, mereka minta masa khas untuk
    wanita lantas Rasulullah s.a.w. memperuntukkan satu masa belajar khusus bagi
    wanita.
    - boleh kerana pergaulan untuk tujuan muamalat dibolehkan. Oleh itu pergaulan untuk
    menuntut ilmu tentulah lebih boleh, kerana suasana menuntut ilmu lebih jauh dari
    fitnah berbanding suasana muamalat.

    Tentang hadis yang menjelaskan pemisahan majlis lelaki dan wanita di atas,pengkhususan
    satu majlis untuk kaum wanita bukan kerana larangan pergaulan lelaki dan wanita semasa
    menuntut ilmu,tetapi kerana tabiat kaum wanita sentiasa banyak terhalang untuk keluar bersama Rasulullah. Tidak seperti kaum lelaki yang sentiasa berpeluang untuk berbuat
    demikian. Oleh itu wanita perlu dikhususkan satu masa bersama Rasulullah s.a.w..


    Namun demikian keharusan ini hendaklah disertai dengan iltizam yang sungguh-sungguh
    hukum,adab dan tata susila Islam:
    - menjaga aurat
    - tidak tabarruj
    - tidak mengangkat suara tinggi-tinggi
    - serius,tidak ada manja-manja,melembut-lembutkan suara sewaktu bercakap
    - merundukkan pandangan,bukan mata galak,bukan curi pandang.
    - warak,tapi bukan warak-warak kucing.

    sekian..

    dari.. Munirah Mazlan
    (SMKA Sheikh Abdul Malik KT.)
    posted by KRJ TERENGGANU @ 8:21 am   0 comments
    Siri Tazkirah Ramadhan 2
    Thursday, September 28, 2006
    Berkata Imam Nawawi: " Haram meriwayatkansesuatu hadis palsu (maudhu`) bagi orang yangmengetahui bahawa hadis itu maudhu` atau diahanya menyangka hadis ini maudhu`. Siapa yangmenceritakan hadis yang dia tahu atau dia sangkabahawa ianya maudhu` serta dia tidakmenerangkan keadaannya maka dia termasukdalam ancaman ini."

    Sejak beberapa tahun kebelakangan ini satu hadistentang kelebihan tarawikh pada malam-malamramadhan telah tersebar dengan meluassekali.Media-media elektronik,media-media cetakserta media-media massa turut sama memainkanperanan mereka menyebarkannya.

    Hadis yang dimaksudkan itu ialah satu hadis yangagak panjang kononnya diriwayatkan olehSayyidina Ali r.a.yang sebahagian darinya adalahseperti berikut :"Diriwayatkan oleh Sayyidina Alibahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabdaberkenaan dengan fadhilat sembahyang tarawihpada bulan Ramadhan antaranya:

    Malam Pertama: Keluar dosa-dosa orang mukminpada malam pertama seperti mana dia barudilahirkan(mendapat keampunan dari Allah Taala).

    Malam Keempat: Mendapat pahala sebagaimanapahala orang-orang yang membaca kitab Taurat,Zabur, Injil dan Al-Quran.

    Dan kelebihan-kelebihan seterusnya sehinggasampai kemalam yang ke-tiga puluh.

    Namun begitu setelah diajukan pertanyaan kepadabeberapa tokoh agama tanahair tentangkedudukan hadis ini, dari manakah iadiambil,semuanya tidak dapat memberikanpenjelasan. Dan setelah diteliti dalam kitab indukhadis seperti Sunan Sittah dan lain-lain kitab hadislagi, ianya tidak ditemui.Begitu juga dalam kitab-kitab hadis palsu (maudhu`aat)sendiri pun tidakdidapati hadis ini.

    Ini menunjukkan bahawa hadis ini merupakan satuhadis yang baru diada- adakan sehingga ulama-ulama hadis dahulu yang menulis tentang hadismaudhu` pun tidak mengetahui akan wujudnyahadis ini.

    Kita tidak menafikan kelebihan sembahyangtarawih dan kedudukannya didalam sunnah.Namun begitu kita tidak mahu umat Islam tertipudengan berbagai-bagai janji palsu yangmenyebabkan umat Islam mengerjakan amalan-amalan kebaikan dengan mengharapkan sesuatuyang sebenarnya tidak akan diperolehinya.

    Dengan tersebarnya hadis-hadis palsu seumpamaini juga akan mencemarkan kesucian hadisRasulullah s.a.w. yang dipelihara dengan denganbegitu baik oleh ulama-ulama kita dahulu.

    Rasulullah S.A.W. telah pun memberikan amaranterhadap orang-orang yang mengadakanpendustaan atas namanya dengan ancaman yangberat sebagaimana sabdanya : "Barang siapasengaja mengadakan dusta atas namaku makahendaklah dia menyediakan tempatnya dalamneraka."(Bukhori, Muslim)

    Hadis ini diriwayatkan dengan banyak sekalisehingga sampai keperingkat Mutawatir. Ancamanini merangkumi segala jenis pendustaan ke atasNabi S.A.W. sama ada dengan maksud memberigalakan supaya rajin beramal ibadat ataupunancaman supaya menjauhi segala larangan Allah.

    Mulla Ali Qari dalam Al-Asrarul-Marfu'ah selepasmembawakan lebih dari seratus riwayat hadistentang pendustaan atas nama Nabi MuhammadS.A.W. menukilkan kata-kata Imam Nawawi dalamsyarah Muslim. Kata Imam Nawawi: Harammeriwayatkan sesuatu hadis palsu (maudhu`) bagiorang yang mengetahui bahawa hadis itu maudhu`atau dia hanya menyangka hadis ini maudhu`.Siapa yang menceritakan hadis yang dia tahu ataudia sangka bahawa ianya maudhu` serta dia tidakmenerangkan keadaannya maka dia termasukdalam ancaman ini.

    Sebenarnya bagi mereka yang sukamenghidupkan malam Ramadhan tidak mestidengan adanya hadis rekaan yang seperti inimereka akan bersungguh-sungguh dalammenghidupkan amalan tarawih ini. Dan orang yangmalas bersembahyang bawalah hadis yangbagaimana teruk sekalipun siksaannya namunmereka tetap tidak mahu mengerjakannya.

    Walaupun begitu, janganlah kita lemah semangatuntuk melakukan solat tarawih kerana solattarawih merupakan sunnah Baginda RasulullahSAW.

    Allahu Ta'ala a'lam...

    #rujukan lanjut boleh dibuat di beberapa laman webterpilih spt. al-ahkam.net, al-firdaus.com,qa.sunnip

    sekian..dari,
    Syazwani Mohd Sariffuddin

    p/s : setiap artikel yang di paparkan bukan menunjukkan pendirian dan pendapat Kelab Remaja JIM Terengganu, tetapi sekadar perkongsian dan makluman untuk semua. Sekiranya ada kesilapan boleh hubungi moderator.
    posted by KRJ TERENGGANU @ 8:13 pm   0 comments
    15 ALASAN 'RINDUKAN' RAMADHAN (Siri Tazkirah Ramadhan 1)
    Tuesday, September 26, 2006
    Seperti seorang kekasih, selalu diharap kedatangannya. Rasanya tidak ingin berpisah walaupun hanya cuma sedetik. Begitulah Ramadhan seperti digambarkan sebuah hadith yang diriwayatkan Ibnu Khuzaimah, "Andaikan tiap hamba mengetahui apa yang ada dalam Ramadhan, maka ia bakal berharap satu tahun itu puasa terus."

    Sesungguhnya, apa adanya di dalam Ramadhan itu, ikutilah berikut ini:

    1. Gelaran taqwa

    Taqwa adalah gelaran tertinggi yang dapat diraih manusia sebagai hamba Allah. Tidak ada gelaran yang lebih mulia dan tinggi dari itu. Maka setiap hamba yang telah mampu meraih gelaran taqwa, ia dijamin hidupnya di syurga dan diberi kemudahan-kemudahan di dunia. Dan puasa adalah infrastruktur untuk mendapatkan gelaran taqwa itu.

    "Hai orang-orang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertaqwa." QS al-Baqarah: 183

    Kemudahan-kemudahan yang diberikan Allah kepada hambanya yang taqwa, antara lain:

    a. Jalan keluar dari semua masalah
    Kemampuan manusia amat terbatas, sementara persoalan yang dihadapi begitu banyak. Mulai dari masalah dirinya, anak, isteri, saudara, orang tua, pejabat dan sebagainya. Tapi bila orang itu taqwa, Allah akan menunjukkan jalan bagi persoalan itu. Bagi Allah tidak ada yang sulit, kerana Dialah pemilik kehidupan ini.

    "...Barangsiapa bertaqwa kepada Allah, nescaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar." QS. Ath Thalaaq: 2 "...

    Dan barangsiapa bertaqwa kepada Allah, nescaya Allah menjadikan baginya kemudahan dalam urusannya." QS. Ath Thalaaq: 4

    b. Dicukupkan keperluannya
    "Dan memberinya rezeki dari arah yang tak disangka-sangkanya. Dan barangsiapa bertawakkal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkan (keperluan)nya...." QS. Ath Thalaaq: 3

    c. Ketenangan jiwa,
    tidak khuatir dan bersedih hati Bagaimana boleh bersedih hati, bila di dalam dadanya tersimpan Allah. Ia telah menggantungkan segala hidupnya kepada Pemilik kehidupan itu sendiri. Maka orang yang selalu mengingat-ingat Allah, ia bakal memperoleh ketenangan.

    "Hai anak-anak Adam, jika datang kepadamu rasul-rasul daripada kamu yang menceritakan kepadamu ayat-ayat-Ku, maka barangsiapa bertaqwa dan mengadakan perbaikan, tidaklah ada kekhuatiran terhadap mereka dan tidak (pula) mereka bersedih hati." QS. al-A'raaf: 35

    2. Bulan pengampunan

    Tidak ada manusia yang tiada berdosa, sebaik manapun dia. Sebaik-baik manusia bukanlah yang tanpa dosa, sebab itu tidak mungkinterjadi. Manusia yang baik adalah yang paling sedikit dosanya, lalu bertaubat dan berjanji tidak mengulangi perbuatan dosa itu lagi. Kerana dosa manusia itu, maka Allah telah menyediakan alat penghapus yang canggih. Itulah puasa pada bulan Ramadhan. Beberapa hadith menyatakan demikian, salah satunya diriwayatkan Bukhari Muslim dan Abu Dawud,

    "Barangsiapa berpuasa pada bulan Ramadhan kerana keimanannya dan kerana mengharap redha Allah, maka dosa-dosa sebelumnya diampuni."

    3. Pahalanya dilipatgandakan

    Tidak hanya pengampunan dosa, Allah juga telah menyediakan bonus pahala berlipat-lipat kepada sesiapapun yang berbuat baik pada bulan mulia ini. Rasulullah bersabda,

    "Setiap amal anak keturunan Adam dilipatgandakan. Tiap satu kebaikan sepuluh lipat gandanya hingga tujuh ratus lipat gandanya." HR. Bukhari Muslim

    Bahkan amalan-amalan sunnah yang dikerjakan pada Ramadhan, pahalanya dianggap sama dengan mengerjakan amalan wajib. HR. Bahaiqi dan Ibnu Khuzaimah Maka perbanyakkanlah amal dan ibadah..

    4. Pintu syurga dibuka dan neraka ditutup

    "Kalau tiba bulan Ramadhan terbuka pintu syurga, tertutup pintu neraka, dan syaitan-syaitan terbelenggu." HR Muslim Kenapa pintu syurga terbuka? Kerana sedikit sahaja amal perbuatan yang dilakukan, boleh membawa seseorang itu ke syurga. Boleh diibaratkan, bulan puasa itu bulan "Sale". Orang yang tidak membeli akan merasa rugi. Amal sedikit saja dilipatgandakan ganjarannya sedemikian banyak. Ganjaran itu untuk mendorong orang melakukan amal-amal kebaikan di bulan Ramadhan. Dengan demikian secara automatik pintu neraka tertutup dan tidak ada lagi kesempatan untuk syaitan menggoda manusia.

    5. Ibadah istimewa

    Keistimewaan puasa ini dikatakan Allah melalui hadith qudsinya, "Setiap amalan anak Adam itu untuk dirinya, kecuali puasa. Itu milik-Ku dan Aku yang membalasnya kerana ia (orang yang berpuasa) meninggalkan syahwat dan makanannya kerana Aku." HR Bukhari Muslim

    Menurut Quraish Shihab, ahli tafsir dari IAIN Syarif Hidayatullah Jakarta, puasa dikatakan untuk Allah dalam erti untuk menauladani sifat-sifat Allah. Itulah substance puasa. Misalnya, dalam bidang jasmani, Allah tidak makan, tapi memberi makan. Itu ditauladani, maka ketika berpuasa kita tidak makan, tapi kita memberi makan. Kita dianjurkan untuk mengajak orang berbuka puasa. Ini tahap dasar menauladani Allah.

    Masih ada tahap lain yang lebih tinggi dari sekadar itu. Maha Pemurah adalah salah satu sifat Tuhan yang seharusnya juga kita tauladani. Maka dalam berpuasa, kita dianjurkan banyak bersedekah dan berbuat kebaikan. Tuhan Maha Mengetahui. Maka dalam berpuasa, kita harus banyak belajar. Belajar boleh melalui membaca Al-Qur'an, membaca kitab-kitab yang bermanfaat, meningkatkan pengetahuan ilmiah.

    Allah swt setiap saat sibuk mengurus makhluk-Nya. Dia bukan hanya mengurus manusia. Dia juga mengurus binatang. Dia mengurus semut. Dia mengurus rumput-rumput yang bergoyang. Manusia yang berpuasa menauladani Tuhan dalam sifat-sifat ini, sehingga dia harus selalu dalam kesibukan.

    Perlu ditekankan menauladani Tuhan itu sesuai dengan kemampuan kita sebagai manusia. Kita tidak mampu untuk tidak tidur sepanjang malam, tidurlah secukupnya. Kita tidak mampu untuk terus-menerus tidak makan dan tidak minum. Kalau begitu, tidak makan dan tidak minum cukup sejak terbitnya fajar sampai tenggelamnya matahari saja.

    6. Dicintai Allah Nah,

    seseorang yang meneladani Allah sehingga dia dekat kepada- Nya. Bila sudah dekat, minta apa saja akan mudah dikabulkan. Bila Allah telah mencintai hambanya, dilukiskan dalam satu hadith Qudsi, "Kalau Aku telah mencintai seseorang, Aku menjadi pendengaran untuk telinganya, menjadi penglihatan untuk matanya, menjadi pegangan untuk tangannya, menjadi langkah untuk kakinya." HR Bukhari

    7. Doa dikabulkan

    "Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu mengenai Aku, katakanlah bahawa Aku dekat. Aku mengabulkan permohonan orang berdoa apabila dia berdoa, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah)Ku." QS. al-Baqarah: 186

    Memperhatikan penyusunan kalimah ayat di atas, bererti ada orang berdoa tapi sebenarnya tidak berdoa. Iaitu doanya orang-orang yang tidak memenuhi syarat. Apa syaratnya? "maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah) Ku."

    Benar, berdoa pada Ramadhan mendapat tempat khusus, seperti dikatakan Nabi saw, "Tiga doa yang tidak ditolak; orang berpuasa hingga berbuka puasa, pemimpin yang adil dan doanya orang teraniaya. Allah mengangkat doanya ke awan dan membukakan pintu- pintu langit. 'Demi kebesaranKu, engkau pasti Aku tolong meski tidak sekarang." HR Ahmad dan Tirmidzi

    Namun harus diingat bahawa segala makanan yang kita makan, kesucian pakaian, kesucian tempat, itu mempunyai hubungan yang erat dengan pengabulan doa. Nabi pernah bersabda, ada seorang yang sudah lusuh pakaiannya, kusut rambutnya berdoa kepada Tuhan. Sebenarnya keadaannya yang lusuh itu dapat membawa doanya dia diterima. Tapi kalau makanannya haram, minumannya haram, pakaiannya yang dipakainya diambil dari barang yang haram, bagaimana dapat dikabulkan doanya?

    Jadi doa itu berkait erat dengan kesucian jiwa, pakaian dan makanan. Di bulan Ramadhan jiwa kita diasah hingga bersih. Semakin bersih jiwa kita, semakin tulus kita, semakin bersih tempat, pakaian dan makanan, semakin besar kemungkinan untuk dikabulkan doa.

    8. Turunnya Lailatul Qadar

    Pada bulan Ramadhan Allah menurunkan satu malam yang sangat mulia. Tersangat mulianya Allah menggambarkan malam itu nilainya lebih dari seribu bulan. QS. al-Qadr

    Dikatakan mulia, pertama lantaran malam itulah awal Al-Qur'an diturunkan. Kedua, begitu banyak anugerah Allah diturunkan pada malam itu.

    Beberapa hadith shahih meriwayatkan malam laulatul qadar itu jatuh pada sepuluh hari terakhir bulan Ramadhan. Seperti dirawikan Imam Ahmad, "Lailatul qadar adalah di akhir bulan Ramadhan tepatnya di sepuluh terakhir, malam keduapuluh satu atau duapuluh tiga atau duapuluh lima atau duapuluh tujuh atau duapuluh sembilan atau akhir malam Ramadhan. Barangsiapa mengerjakan qiyamullail (sholat malam) pada malam tersebut kerana mengharap redha-Ku, maka diampuni dosanya yang lampau atau yang akan datang."

    Mengapa di akhir Ramadhan, bukan pada awal Ramadhan? Oleh kerana dua puluh malam sebelumnya kita mengasah dan mengasuh jiwa kita. Itu adalah suatu persiapan untuk menyambut lailatul qadar.

    Ada dua tanda lailatul qadar. Al Qur'an menyatakan, "Pada malam itu turun malaikat-malaikat dan malaikat JIbril dengan izin Tuhan mereka untuk mengatur segala urusan. Malam itu (penuh)kesejahteraan/kedamaian sampai terbit fajar. QS al-Qadr: 4-5

    Malaikat bersifat ghaib, kecuali bila berubah bentuk menjadi manusia. Tapi kehadiran malaikat dapat dirasakan. Syekh Muhammad Abduh menggambarkan, "Kalau anda menemukan sesuatu yang sangat berharga, di dalam hati anda akan tercetus suatu bisikan, 'Ambil barang itu!' Ada bisikan lain berkata, 'Jangan ambil, itu bukan milikmu!'

    Bisikan pertama adalah bisikan syaitan. Bisikan kedua adalah bisikan malaikat." Dengan demikian, bisikan malaikat selalu mendorong seseorang untuk melakukan hal-hal positif. Jadi kalau ada seseorang yang dari hari demi hari sisi kebajikan dan positifnya terus bertambah, maka yakinlah bahawa ia telah bertemu dengan lailatul qadar.

    9. Meningkatkan kesihatan

    Sudah banyak terbukti bahawa puasa dapat meningkatkan kesihatan. Misalnya, dengan puasa maka organ-organ pencernaan dapat beristirahat. Pada hari biasa alat-alat pencernaan di dalam tubuh bekerja keras. Setiap makanan yang masuk ke dalam tubuh memerlukan proses pencernaan lebih kurang lapan jam. Empat jam diproses di dalam perot dan empat jam di usus kecil (ileum).

    Jika malam sahur dilakukan pada pukul 4.00 pagi, bererti pukul 12 tengahari alat pencernaan selesai bekerja. Dari pukul 12 tengahari sampai waktu berbuka, lebih kurang selama enam jam, alat pencernaan mengalami istirahat keseluruhannya.

    Meningkatkan sistem pertahanan tubuh. Berdasarkan penelitian yang dilakukan para ahli kesihatan, ternyata dengan berpuasa sel darah putih meningkat dengan pesat sekali. Penambahan jumlah sel darah putih secara automatik akan meningkatkan sistem kekebalan tubuh.

    Menghalang perkembangan atau pertumbuhan bakteria, virus dan sel kanser. Dalam tubuh manusia terdapat parasit-parasit yang menumpang makan dan minum. Dengan menghentikan pemasukan makanan, maka kuman-kuman penyakit seperti bakteria-bakteria dan sel-sel cancer tidak akan dapat bertahan hidup. Mereka akan keluar melalui cairan tubuh bersama sel-sel yang telah mati dan toksin.

    Manfaat puasa yang lain adalah membersihkan tubuh dari racun, mempercepat regenasi kulit, menciptakan keseimbangan elektrolit di dalam perut, memperbaiki fungsi hormon, meningkatkan fungsi organ reproduksi, meremajakan atau mempercepat regenerasi sel-sel tubuh, meningkatkan fungsi fisiologis organ tubuh, dan meningkatkan fungsi susunan saraf.

    10. Penuh harapan

    Ketika berpuasa, ada sesuatu yang diharap-harapkan. Harapan itu kian besar menjelang petang. Sehari penuh menahan lapar dan dahaga, lalu datang waktu berbuka, wah... rasanya lega sekali. Alhamdulillah. Itulah harapan yang terkabul. Apalagi harapan bertemu Tuhan, masya' Allah, menjadikan hidup lebih bermakna. "Setiap orang berpuasa selalu mendapat dua kegembiraan, iaitu tatkala berbuka puasa dan saat bertemu dengan Tuhannya." HR. Bukhari

    11. Masuk syurga melalui pintu khusus, Rayyaan

    "Sesungguhnya di syurga itu ada sebuah pintu yang disebut rayyan yang akan dilalui oleh orang-orang yang berpuasa pada hari kiamat nanti, tidak diperbolehkan seseorang melaluinya selain mereka. Ketika mereka dipanggil, mereka akan segera bangkit dan masuk semuanya kemudian ditutup." HR. Bukhari

    12. Minum air telaganya Rasulullah saw

    "Barangsiapa pada bulan Ramadhan memberi makan kepada orang yang berbuka puasa, maka itu menjadi keampunan bagi dosa-dosanya, dan mendapat pahala yang sama tanpa sedikit pun mengurangi pahala orang lain. Mereka (para sahabat) berkata, 'Wahai Rasulullah, tidak setiap kami mempunyai makanan untuk diberikan kepada orang yang berbuka puasa.' Beliau berkata, 'Allah memberikan pahala kepada orang yang memberi buka puasa meski dengan sebutir kurma, seteguk air, atau seteguk susu... Barangsiapa memberi minum orang yang berpuasa maka Allah akan memberinya minum seteguk dari telaga dimana ia tidak akan haus hingga masuk syurga." HR. Ibnu Khuzaimah dan Baihaqi

    13. Berkumpul dengan sanak keluarga

    Pada 1hb Syawal umat Islam merayakan Hari Raya Idil Fitri. Inilah hari kemenangan setelah berperang melawan hawa nafsu dan syaitan selama sebulan Ramadhan. Ketika itu orang ramai melakukan silahtuhrahim dan saling memaafkan satu dengan yang lain. Termasuk kerabat-kerabat jauh yang datang berkunjung. Orang-orang yang bekerja di kota pulang untuk merayakannya di kampung bersama kedua orang tuanya. Maka setiap hari raya selalu terjadi pemandangan khas, iaitu orang berduyun-duyun dan berhimpit-himpit menaiki kenderaan mudik ke kampung halaman. Silahturahim dan saling memaafkan itu menurut ajaran Islam boleh dilakukan bila-bila saja. Tidak semestinya pada Hari Raya sahaja. Tetapi itu juga tidak dilarang. Justeru itu momentum yang seeloknya. Mungkin, pada hari biasa kita sibuk dengan urusan masing-masing, sehingga tidak sempat lagi menjalin hubungan dengan tetangga dan saudara yang lain. Padahal silahturahim itu dianjurkan Islam, sebagaimana dinyatakan hadith, "Siapa yang ingin rezekinya dibanyakkan dan umurnya dipanjangkan, hendaklah ia menghubungkan tali silaturahim!" HR. Bukhari

    14. Qaulan tsaqiilaa

    Pada malam Ramadhan ditekankan disunnahkan untuk melakukan solat malam dan tadarus al-Qur'an. Waktu paling baik menunaikan solat malam sesungguhnya seperdua atau sepertiga malam terakhir. QS Al Muzzammil: 3 Tetapi demi kesemarakan syiar Islam pada Ramadhan ulama membolehkan melakukan solat sunat tarawikh pada awal malam setelah solat isya' dengan berjemaah di masjid. Solat ini lebih popular disebut solat sunat tarawikh. Solat malam itu merupakan peneguhan jiwa, setelah siangnya sang jiwa dibersihkan dari nafsu-nafsu kotor lainnya. Ditekankan pula selesai solat malam untuk membaca al-Qur'an secara tartil (memahami maknanya). Dengan membaca al-Qur'an, seseorang bakal mendapat wawasan-wawasan yang luas dan mendalam kerana al-Qur'an merupakan sumber pengetahuan dan ilham. Dengan keteguhan jiwa dan wawasan yang luas itulah Allah kemudian mengurniakan qaulan tsaqiilaa (perkataan yang berat). Perkataan- perkataan yang berwibawa. Ucapan-ucapannya selalu berisi kebenaran. Maka orang-orang yang suka melakukan solat malam wajahnya bakal memancarkan kewibawaan.

    15. Hartanya disucikan

    Setiap Muslim yang mampu pada setiap Ramadhan diwajibkan mengeluarkan zakat. Ada dua zakat,iaitu fitrah dan harta. Zakat fitrah besarnya 2.5 kilogram per orang berupa bahan-bahan makanan pokok. Sedangkan zakat harta besarnya 2,5 peratus dari seluruh kekayaannya bila sudah mencapai batas nisab dan waktunya. Zakat disamping dimaksudkan untuk menolong fakir miskin, juga guna menyucikan hartanya. Harta yang telah disucikan bakal mendatangkan berkat dan menghindarkan pemiliknya dari seksa api neraka. Harta yang berkat akan mendatangkan ketenangan, kedamaian dan kesejahteraan. Sebaliknya, harta yang tidak berkat akan mengundang kekhuatiran dan ketidaksejahteraan...

    Wallahu'alam...

    Daripada: 014, Nur Ilyana Amani binti Mohd Nasir
    posted by KRJ TERENGGANU @ 6:57 pm   0 comments
    Salam Ramadhan
    Friday, September 22, 2006
    Assalamualaikum wbt..

    Beberapa cebisan kalam Allah sebagai pembuka bicara :


    "Wahai orang-orang yang beriman! diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang sebelum kamu agar kamu bertakwa"

    (Al-Baqarah, - 183)..

    Alhamdulillah, marilah kita sama-sama mengucapkan setinggi-tinggi kesyukuran kerana masih diberi peluang oleh Allah untuk berjumpa dan bertemu kembali dengan bulan Ramadhan yang akan kunjung tiba tidak lama lagi.. Bulan yang penuh keberkatan, kerahmatan dan keampunan dan bulan yang lebih baik dari seribu bulan...

    Mari kita renungi sejenak maksud firman Allah di atas, kita diwajibkan berpuasa sebagaimana umat-umat yang terdahulu... Mengapa Allah perintahkan kita berpuasa?? adalah kerana semata-semata supaya kita bertaqwa kepada Allah swt. Disini, puasa adalah satu medan terbaik bagi kita untuk melatih serta mendidik jiwa dan peribadi supaya dan sentiasa dekat dengan Allah.. Puasa bukan sekadar menahan lapar dan dahaga, tetapi menahan segala anggota tubuh badan, malah hati dan fikiran juga, supaya tidak melakukan perkara-perkara yang membawa kepada dosa terhadap Allah.. Betapa unik nya puasa.. kerana ianya memerintahkan seluruh jiwa dan raga supaya tunduk dan patuh pada perintah Allah..

    Dalam bulan ramadhan ini, seharusnya kita merebut peluang keemasan untuk melipatgandakan amal-amal soleh yang kita lakukan sepanjang hari seperti membaca Al quran, berzikir, qiamullail dan sebagainya, kerana pahala dan ganjaran yang Allah kurniakan adalah berlipat kali ganda dan tidak sama ganjarannya di bulan selain Ramadhan..

    "Rugilah orang yang didatangi Ramadhan, kemudian bulan itu berlalu tetapi dosanya tidak diampuni" (HR Ahmad).

    Itu merupakan peringatan Rasullullah terhadap mereka yang lalai dari memanfaatkan kedatangan bulan Ramadhan.. Alangkah ruginya mereka... Sekiranya mereka tahu betapa besarnya nilai Ramadhan itu, maka akan ada mereka-mereka yang akan meminta supaya sepanjang bulan dalam setahun adalah bulan Ramadhan.

    Bilangan hari dalam Ramadhan ini terbahagi kepada 3 fasa, 10 hari yang pertama (keampunan), 10 hari yang kedua (kerahmatan) dan 10 hari yang akhir (terlepas dari api neraka).. hendaklah kita memanfaatkan kesemuanya.. dan dalam bulan Ramadhan ini, Allah telah menghadiahkan kepada kita malam Lailatulqadar iaitu malam yang lebih baik dari seribu bulan.. malam ini lah yang ditunggu dan dinantikan oleh insan dan hamba-hamba yang di dalam hatinya telah merasai nikmat kemanisan iman dan taqwa.. mereka sentiasa merinduinya, berjaga setiap malam utk menemui apa yang dirindui kerana pada malam itulah segala amal-amal soleh akan dilipatgandakan ganjaran pahala oleh Allah swt.

    Ramadhan hampir tiba, marilah kita tanya diri kita, adakah kita suka, tidak suka atau tidak ada rasa apa-apa, apabila ramadhan menjelang tiba??? seandainya di dalam jiwa kita telah bertahktanya kemanisan iman dan taqwa, bukan setakat suka.. malah terasa seolah-olah terubatnya kerinduan merindui seseorang yang dicintai, disayangi yang telah lama kita tidak temui.. Tepuk dada, tanyalah iman.

    Oleh itu, ana dari Kelab Remaja JIM Terengganu ingin mengucapkan salam Ramadhan kepada semua umat islam, dimana jua anda berada..

    sekian...wassalam
    khairudin..
    posted by KRJ TERENGGANU @ 9:20 pm   0 comments
    Majlis Tautan Ukhuwah KRJ Kuala Terengganu
    Sunday, September 17, 2006
    Assalamualaikum...

    Bertemu kembali dalam siri roadshow bertemu dengan graduan-graduan PINTAR dan ahli KRJ bagi daerah Kuala Terengganu.. Alhamdulillah majlis telah pun diadakan pada 16 Sept di rumah Cikgu Jalal di Kg Kubang Tangga KT. Seramai 20 orag peserta terlibat dari SMK Padang Midin dan SMKA Tok Jiring. Majlis dikendalikan oleh 'skuad elit' KRJ Terengganu (abg din, abg sufi, abg fahmi dan abg fatihee). Sayang sekali, memang lumrah dari KT yang ramainye adalah puteri yang putera tak nampak kewujudannya.. Dalam database ahli pun majoriti adalah puteri...

    Dapat maklumat nak buat program ni pun lewat petang sehari sebelum majlis..

    Majlis bermula pada jam 5.30 ptg. Sesi perkenalan fasi dan perkenalan KRJ dikendalikan oleh abg din.. Jzkk cikgu jalal kerana kat umah ada internet, dapat tunjukkan laman blog krj dan yahoogroups krj (soutul_shabab) kepada adik2.. inilah pertama kali krj menayangkan secara langsung websitenya..

    Sebelum peserta balik, diadakan tazkirah ringkas oleh abg fatihee tajuk tazkirah '7 formula insan cemerlang' ... gandingan lawak dan serius beliau membingitkan seketika rumah cikgu jalal..

    Akhir kalam.. terima kasih kepada tuan rumah, cikgu jalal, adik-adik peserta dan 'skuad elit' krj terengganu..

    tak lupa akhi zameran...bagi pinjam avanza.. anta punya avanza memang 'mantap'... jzkk..

    sekian..
    abg din
    'skuad elit' - insyaAllah mampu digerakkan on time..
    posted by KRJ TERENGGANU @ 9:34 am   0 comments
    Majlis Tautan Ukhuwah KRJ Dungun
    Monday, September 11, 2006
    Assalamualaikum...

    Alhamdulillah Majlis Tautan Ukhuwah KRJ Dungun telah pun selesai diadakan pada 7-8 Sept. yang lepas di Sekolah Rendah Islam Al Amin Dungun (SRIAAD) dengan dihadiri seramai 42 org peserta dari sekitar daerah dungun.. Mereka adalah terdiri daripada SMK Sultan Omar, SMK Intan Zaharah, SMK Sura, SMT Dungun dan SMIAAK.

    Majlis ini bertujuan mengumpulkan sejumlah ahli KRJ Dungun dan juga mengumpulkan graduan-graduan PINTAR 2006 yang datang dari dungun. Majlis bermula selepas maghrib dengan kuliah maghrib disampaikan oleh YDP JIM Dungun Hj Abdul Karim B. Awang Kechik berkisar tentang 'Remaja dan Pergaulan'.. kuliah tersebut banyak membincangkan mengenai batas-batas pergaulan antara lelaki dan perempuan.

    Selepas solat isya' berjamaah, semua peserta makan malam sebelum majlis di sambung semula. Slot pertama adalah sesi ta'aruf bersama aktivis krj dan fasilitator, pengenalan KRJ, prosedur menjadi ahli (oleh abg din) dan penyampaian Resolusi PINTAR 2006 oleh Pengerusi Remaja KRJ Tganu Muhammad Mus'ab.

    Selepas itu, diadakan perlantikan dan pembentukan JK Remaja KRJ bagi daerah Dungun, banyak jawatan penting telah dimonopoli oleh pelajar-pelajar dari SMT Dungun (dikendalikan oleh abg sufi).

    Selepas perlantikan diadakan pula LDK (oleh abg izazie) yang banyak membincangkan bagaimana cara untuk melaksanakan Resolusi PINTAR 2006, setiap satu kumpulan membincangkan satu resolusi dan juga diminta memberi cadangan untuk melaksanakan program-program KRJ pada masa akan datang..

    Selepas tugasan LDK selesai diberikan, semua peserta dibenarkan balik ke tempat tidur, maknanya masa perbincangan LDK adalah bebas.. ada juga yang tidur lewat semata-mata nak siapkan tugasan yang diberikan...

    Pagi jumaat, dimulakan dengan Qiamullail, solat subuh diimamkan oleh Pengerusi JK Remaja KRJ Dungun Ahmad Fakhrudeen dan kuliah subuh disampaikan oleh abg fatihee... Peserta beriadhah di ketuai oleh Ahmad Fakhrudeen.. selepas khidmat diri dan sarapan diadakan usrah perdana (asing lelaki dan perempuan).. lelaki di bawa oleh abg faidz dan perempuan di bawa oleh zaujahnya kak farhana.. selepas tamat usrah, diadakan pula pembentangan hasil perbincangan LDK.. mantap mereka ni bila diberi peluang utk bercakap.. macam2 soalan bernas yang keluar.. sampai tak boleh nak jawab... majlis tamat agak lewat kerana pembentangan mengambil masa yang panjang disebabkan banyak soalan bernas semasa pembentangan..

    Juga terdapat jualan islamic badge dari britherhood dengan diskaun yg cukup menari.. (RM2/ unit)... Terdapat juga soalan kuiz 'on the spot'.. hadiahnya adalah badge free palestin...

    Penutup, ringkas jer.. abg sufi yang tutup dan diakhiri dengan nyanyian lagu krj, generasi baru dan ruhul jadid.. serta bacaan doa oleh Mus'ab..

    Akhir sekali, ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua fasi-fasi akhawat kerana kesudian utk membantu perjalanan majlis ini.. juga kepada adik-adik peserta kerana masih berkeinginan utk hadir ke program seperti ini.. insyaAllah mudah-mudahan akan terus istiqamah.

    Semoga usaha kita yang tak seberapa ini akan membangkitkan dan dapat menjentik hati adik-adik ini, supaya mereka tetap di atas jalan islam insyaAllah..

    sekian...
    abg din

    posted by KRJ TERENGGANU @ 1:12 am   0 comments
    Apakah makna kebebasan yang diingini remaja MERDEKA?
    Thursday, September 07, 2006
    Bahang merdeka mungkin masih belum reda.. laungan MERDEKA! atau pekikan tanpa makna .. semangat patriotisme atau sampukan hedonisme .. pada capahan yang manakah remaja menafsirkan merdeka?

    Saksikan realiti, dan perhitunglah diri..



    Renungkanlah bagaimana bapa kemederkaan sedunia, Rasulullah s.a.w. mengajarkan;
    "Islam datang untuk memBEBASkan manusia daripada perhambaan sesama manusia kepada perhambaan kepada Allah yang Esa, memBEBASkan manusia daripada kesempitan dunia kepada kelapangan dunia dan akhirat, serta memBEBASkan manusia daripada kezaliman kufar kepada keadilan Islam." seperti yang dimaksudkan oleh Rabi' bin Amir kepada panglima Parsi, Rustum.
    Kita akan terus dijajah... jika kita berkiblatkan musuh-musuh Islam, jika kita mengidolakan mereka, jika kita menganggap kemajuan itu mampu tercapai melalui peniruan budaya seluruhnya..
    Justeru, apakah sebenarnya kebebasan yang kita cari? Apakah kebebasan yang membelenggu jiwa dan minda dalam sembunyi?
    Jawapannya; terserah anda!

    selamat bertempur pada remaja yang sedang dan bakal menghadapi peperiksaan!

    posted by KRJ TERENGGANU @ 10:55 am   0 comments
    Majlis Tautan Ukhuwah KRJ Kemaman
    Tuesday, September 05, 2006
    Assalamualaikum...

    Alhamdulillah... Majlis Tautan Ukhuwah KRJ Kemaman telah pun berjaya dilaksanakan pada 31 Ogos 2006 yang lepas sempena menyambut hari kemerdekaan yang ke 49. Majlis tersebut telahpun diadakan di SMI Al Amin Kemaman (SMIAAK) dengan dihadiri seramai 98 orang peserta yang terdiri daripada 23 orang peserta dari SMK Sultan Ismail, 5 orang dari SMT Kemaman dan selebihnya dari SMIAAK. Peserta dari SMK Sultan Ismail dikenali sebagai ahli Kelab Hati di bawah kawal selia oleh pihak sekolah terbabit.

    Program ini bertujuan untuk mengumpulkan sejumlah ahli-ahli KRJ Kemaman dan juga graduan-graduan PINTAR 2006. Majlis bermula pada jam 9.30 pagi dirasmikan oleh Pengurus KRJ Kemaman akhi Norfizam dan berakhir selepas asar hari yang sama.

    Pada majlis ini lah telah dibentuk Jawatankuasa Remaja KRJ bagi daerah kemaman susulan selepas pembentukan JK Remaja di peringkat negeri. Antara pengisian majlis ialah permainan futsal dan congkak, LDK, tayangan filem Muhammad the last prophet dan juga diakhiri dengan mengedar pemplet kemerdekaan di Kemaman Centre Point.

    LDK telah menampilkan sebilangan fasilitator dari kalangan peserta sendiri (yang senior) untuk mengendalikan aktiviti LDK tersebut yang antara lain membincangkan semula topik yang terkandung dalam tayangan filem sebelumnya. Kelihatan bakat mereka amat terserlah dalam mem'fasilitate' kumpulan-kumpulan yang telah dipertanggungjawabkan kepadanya. Mungkin, jika diberi peluang lebih banyak dalam mengurus sesuatu, barulah insyaAllah bakat kepimpinan mereka dapat dicungkil.

    Selepas LDK, semua peserta bergerak ke Kemaman Centre Point utk mengedarkan pemplet.. Lebih 1000 pemplet telah diedarkan kepada orang ramai disekitar kompleoks tersebut. Alhamdulillah edaran pemplet berjalan lancar sungguhpun kami ternampak pemplet yang sudah mendarat dilantai.. Tapi tak apa lah asalkan mereka baca sedikit sebelum membuang (baca tajuk pun dah kira ok dah).

    Selepas solat asar, majlis penutup ringkas sekadar sembang-sembang dan perkongsian pengalaman sepanjang mengedarkan pemplet. Sebelum pulang mereka diberi peluang utk berposing istimewa.. Jgn lupa tengok kat album krj utk melihat lebih banyak lagi gambar-gambar menarik..

    sekian... wassalam
    posted by KRJ TERENGGANU @ 8:04 pm   0 comments
    JAWATANKUASA REMAJA KRJ NEGERI TERENGGANU 2008

    PENGERUSI : Muhammad Munzir Bin Muzahar (Sek Men Islam Al Amin Kemaman)

    TIMBALAN PENGERUSI : Muhammad Irfan Bin Bahrin (Sek Men Islam Al Amin Kemaman)

    NAIB PENGERUSI 1 : Humairaa' Bt Abdul Malek (Sek Men Islam Al Amin Kemaman)

    NAIB PENGERUSI 2 : Wan Hani Munirah Bt Wan Muhd Rosdi (Sek Men Keb Agama Tok Jiring Kuala Terengganu)

    SETIAUSAHA KEHORMAT : Nurul Najihah Bt Khairudin (Sek Men Islam Al Amin Kemaman)

    BENDAHARI : Hafizuddin Bin Mohd Ridzuan (Sek Men Islam Al Amin Kemaman)

    Alamat Pejabat KRJ Terengganu : No 5, Taman Seri Melor 4, Bt 6, 23000 Dungun, Terengganu Darul Iman

    TELEFON@SMS : 014-836 8371 (Penasihat JK Remaja KRJ Terengganu)

    Lagu KRJ Terengganu@mp3


    CARI ARTIKEL
    ARKIB KRJ
    PAUTAN KRJ
    LAMAN NASYID KONTEMPORARI
    SIARAN TELEVISYEN
    KREDIT


    BLOGGER




    © 2008 Kelab Remaja JIM Terengganu [Remaja Mithali Tunggak Kepemimpinan]Hak Cipta Terpelihara ; KRJ Terengganu.