Assalamualaikum...
Alhamdulillah Majlis Tautan Ukhuwah KRJ Dungun telah pun selesai diadakan pada 7-8 Sept. yang lepas di Sekolah Rendah Islam Al Amin Dungun (SRIAAD) dengan dihadiri seramai 42 org peserta dari sekitar daerah dungun.. Mereka adalah terdiri daripada SMK Sultan Omar, SMK Intan Zaharah, SMK Sura, SMT Dungun dan SMIAAK.
Majlis ini bertujuan mengumpulkan sejumlah ahli KRJ Dungun dan juga mengumpulkan graduan-graduan PINTAR 2006 yang datang dari dungun. Majlis bermula selepas maghrib dengan kuliah maghrib disampaikan oleh YDP JIM Dungun Hj Abdul Karim B. Awang Kechik berkisar tentang 'Remaja dan Pergaulan'.. kuliah tersebut banyak membincangkan mengenai batas-batas pergaulan antara lelaki dan perempuan.
Selepas solat isya' berjamaah, semua peserta makan malam sebelum majlis di sambung semula. Slot pertama adalah sesi ta'aruf bersama aktivis krj dan fasilitator, pengenalan KRJ, prosedur menjadi ahli (oleh abg din) dan penyampaian Resolusi PINTAR 2006 oleh Pengerusi Remaja KRJ Tganu Muhammad Mus'ab.
Selepas itu, diadakan perlantikan dan pembentukan JK Remaja KRJ bagi daerah Dungun, banyak jawatan penting telah dimonopoli oleh pelajar-pelajar dari SMT Dungun (dikendalikan oleh abg sufi).
Selepas perlantikan diadakan pula LDK (oleh abg izazie) yang banyak membincangkan bagaimana cara untuk melaksanakan Resolusi PINTAR 2006, setiap satu kumpulan membincangkan satu resolusi dan juga diminta memberi cadangan untuk melaksanakan program-program KRJ pada masa akan datang..
Selepas tugasan LDK selesai diberikan, semua peserta dibenarkan balik ke tempat tidur, maknanya masa perbincangan LDK adalah bebas.. ada juga yang tidur lewat semata-mata nak siapkan tugasan yang diberikan...
Pagi jumaat, dimulakan dengan Qiamullail, solat subuh diimamkan oleh Pengerusi JK Remaja KRJ Dungun Ahmad Fakhrudeen dan kuliah subuh disampaikan oleh abg fatihee... Peserta beriadhah di ketuai oleh Ahmad Fakhrudeen.. selepas khidmat diri dan sarapan diadakan usrah perdana (asing lelaki dan perempuan).. lelaki di bawa oleh abg faidz dan perempuan di bawa oleh zaujahnya kak farhana.. selepas tamat usrah, diadakan pula pembentangan hasil perbincangan LDK.. mantap mereka ni bila diberi peluang utk bercakap.. macam2 soalan bernas yang keluar.. sampai tak boleh nak jawab... majlis tamat agak lewat kerana pembentangan mengambil masa yang panjang disebabkan banyak soalan bernas semasa pembentangan..
Juga terdapat jualan islamic badge dari britherhood dengan diskaun yg cukup menari.. (RM2/ unit)... Terdapat juga soalan kuiz 'on the spot'.. hadiahnya adalah badge free palestin... Penutup, ringkas jer.. abg sufi yang tutup dan diakhiri dengan nyanyian lagu krj, generasi baru dan ruhul jadid.. serta bacaan doa oleh Mus'ab..
Akhir sekali, ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua fasi-fasi akhawat kerana kesudian utk membantu perjalanan majlis ini.. juga kepada adik-adik peserta kerana masih berkeinginan utk hadir ke program seperti ini.. insyaAllah mudah-mudahan akan terus istiqamah.
Semoga usaha kita yang tak seberapa ini akan membangkitkan dan dapat menjentik hati adik-adik ini, supaya mereka tetap di atas jalan islam insyaAllah..
sekian... abg din |
Post a Comment