Maksud pergaulan: bercampur antara silang jantina ajnabi disatukan tempat yang pada kebiasaannya membawa mereka berpandangan, bercakap dan berinteraksi.
Hukum asal pergaulan wanita dan lelaki ajnabi adalah ditegah Tiada nas sahih/jelas melarang pergaulan. Tegahan pergaulan ini hanya disimpulkan dari beberapa tegahan lain: - tegahan wanita musafir bersendirian tampa mahram - tegahan berkhalwat antara wanita dan lelaki ajnabi - tidak wajib salat jemaah ke atas wanita - tidak wajib salat Jumaat ke atas wanita - hukum-hukum khusus mengenai wanita dalam ibadat haji - tegahan wanita berjalan berseiring dengan lelaki.
Dari larangan-larangan inilah ulama menyimpulkan pergaulan wanita dan lelaki ajnabi ditegah.
Pergaulan yang dibenarkan adalah atas dasar pengecualian kerana keperluan:
- pergaulan atas sebab darurat - pergaulan untuk tujuan muamalat - pergaulan untuk tujuan melaksanakan tugas-tugas kehakiman - pergaulan menunaikan kesaksian - pergaulan atas tugas penguat kuasa undang-undang/peraturan (pegawai penguat kuasa) - pergaulan untuk tujuan melayan tetamu di rumah - pergaulan untuk tujuan menghormati tetamu dengan makan bersama - pergaulan dalam kenderaan awam bagi wanita yang melakukan kerja yang syarie dengan syarat hukum-hukum Islam yang lain dipenuhi. - pergaulan untuk melakukan kerja-kerja jihad - pergaulan untuk tujuan majlis ilmu, mendengar ceramah dan lainnya - pergaulan atas sebab kebiasaan dan teradat yang tidak bercanggah dengan syarak.
Dalam kitab Muwatta’ oleh imam Malik disebutkan : “ wanita (boleh) makan bersama lelaki apabila pada kebiasaan teradat bahawa wanita makan bersama-sama lelaki.”
- pergaulan semasa menziarahi keluarga terdekat dan teman handai pada majlis-majlis tertentu, makan dalam majlis yang sama dengan syarat memelihara adab sopan keislaman dan hukum-hukum Islam.
Pergaulan wanita dan lelaki dalam satu majlis bersama menuntut ilmu, ada dua pendapat:
- tidak boleh, hujah: hadis mengenai rungutan kaum wanita di zaman Rasulullah tentang kelebihan kaum lelaki mendapatkan ilmu, mereka minta masa khas untuk wanita lantas Rasulullah s.a.w. memperuntukkan satu masa belajar khusus bagi wanita. - boleh kerana pergaulan untuk tujuan muamalat dibolehkan. Oleh itu pergaulan untuk menuntut ilmu tentulah lebih boleh, kerana suasana menuntut ilmu lebih jauh dari fitnah berbanding suasana muamalat.
Tentang hadis yang menjelaskan pemisahan majlis lelaki dan wanita di atas,pengkhususan satu majlis untuk kaum wanita bukan kerana larangan pergaulan lelaki dan wanita semasa menuntut ilmu,tetapi kerana tabiat kaum wanita sentiasa banyak terhalang untuk keluar bersama Rasulullah. Tidak seperti kaum lelaki yang sentiasa berpeluang untuk berbuat demikian. Oleh itu wanita perlu dikhususkan satu masa bersama Rasulullah s.a.w..
Namun demikian keharusan ini hendaklah disertai dengan iltizam yang sungguh-sungguh hukum,adab dan tata susila Islam: - menjaga aurat - tidak tabarruj - tidak mengangkat suara tinggi-tinggi - serius,tidak ada manja-manja,melembut-lembutkan suara sewaktu bercakap - merundukkan pandangan,bukan mata galak,bukan curi pandang. - warak,tapi bukan warak-warak kucing.
sekian.. dari.. Munirah Mazlan (SMKA Sheikh Abdul Malik KT.)
Post a Comment