Beberapa cebisan kalam Allah sebagai pembuka bicara :
"Wahai orang-orang yang beriman! diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang sebelum kamu agar kamu bertakwa" (Al-Baqarah, - 183).. Alhamdulillah, marilah kita sama-sama mengucapkan setinggi-tinggi kesyukuran kerana masih diberi peluang oleh Allah untuk berjumpa dan bertemu kembali dengan bulan Ramadhan yang akan kunjung tiba tidak lama lagi.. Bulan yang penuh keberkatan, kerahmatan dan keampunan dan bulan yang lebih baik dari seribu bulan...
Mari kita renungi sejenak maksud firman Allah di atas, kita diwajibkan berpuasa sebagaimana umat-umat yang terdahulu... Mengapa Allah perintahkan kita berpuasa?? adalah kerana semata-semata supaya kita bertaqwa kepada Allah swt. Disini, puasa adalah satu medan terbaik bagi kita untuk melatih serta mendidik jiwa dan peribadi supaya dan sentiasa dekat dengan Allah.. Puasa bukan sekadar menahan lapar dan dahaga, tetapi menahan segala anggota tubuh badan, malah hati dan fikiran juga, supaya tidak melakukan perkara-perkara yang membawa kepada dosa terhadap Allah.. Betapa unik nya puasa.. kerana ianya memerintahkan seluruh jiwa dan raga supaya tunduk dan patuh pada perintah Allah..
Dalam bulan ramadhan ini, seharusnya kita merebut peluang keemasan untuk melipatgandakan amal-amal soleh yang kita lakukan sepanjang hari seperti membaca Al quran, berzikir, qiamullail dan sebagainya, kerana pahala dan ganjaran yang Allah kurniakan adalah berlipat kali ganda dan tidak sama ganjarannya di bulan selain Ramadhan..
"Rugilah orang yang didatangi Ramadhan, kemudian bulan itu berlalu tetapi dosanya tidak diampuni" (HR Ahmad). Itu merupakan peringatan Rasullullah terhadap mereka yang lalai dari memanfaatkan kedatangan bulan Ramadhan.. Alangkah ruginya mereka... Sekiranya mereka tahu betapa besarnya nilai Ramadhan itu, maka akan ada mereka-mereka yang akan meminta supaya sepanjang bulan dalam setahun adalah bulan Ramadhan.
Bilangan hari dalam Ramadhan ini terbahagi kepada 3 fasa, 10 hari yang pertama (keampunan), 10 hari yang kedua (kerahmatan) dan 10 hari yang akhir (terlepas dari api neraka).. hendaklah kita memanfaatkan kesemuanya.. dan dalam bulan Ramadhan ini, Allah telah menghadiahkan kepada kita malam Lailatulqadar iaitu malam yang lebih baik dari seribu bulan.. malam ini lah yang ditunggu dan dinantikan oleh insan dan hamba-hamba yang di dalam hatinya telah merasai nikmat kemanisan iman dan taqwa.. mereka sentiasa merinduinya, berjaga setiap malam utk menemui apa yang dirindui kerana pada malam itulah segala amal-amal soleh akan dilipatgandakan ganjaran pahala oleh Allah swt.
Ramadhan hampir tiba, marilah kita tanya diri kita, adakah kita suka, tidak suka atau tidak ada rasa apa-apa, apabila ramadhan menjelang tiba??? seandainya di dalam jiwa kita telah bertahktanya kemanisan iman dan taqwa, bukan setakat suka.. malah terasa seolah-olah terubatnya kerinduan merindui seseorang yang dicintai, disayangi yang telah lama kita tidak temui.. Tepuk dada, tanyalah iman.
Oleh itu, ana dari Kelab Remaja JIM Terengganu ingin mengucapkan salam Ramadhan kepada semua umat islam, dimana jua anda berada..
Post a Comment