<$BlogMetaData$>
 

 

 

Terengganu

www.krj-tganu.blogspot.com

 
Cikgu Norfizam bin Said
PENGARAH KRJ TERENGGANU
Demi Masa, Sesungguhnya Manusia Itu Berada Di Dalam Kerugian..


KALENDAR AKTIVITI TERKINI


  • EKSPEDISI REMAJA KENTAL 2008!
    NANTIKAN PENGUMUMAN SELANJUTNYA
  • Chat @ KRJ Tganu

    ALBUM KRJ
  • Album 2008
  • Album 2007
  • Album 2006
  • Album 2005
  • JELAJAH INFORMASI
  • Utusan Online
  • BHarian Online
  • Harian Metro
  • NSTP
  • Harakahdaily
  • AMIR
  • ABIM
  • Islamonline
  • Palestinkini
  • JAKIM
  • LINK PENDIDIKAN
  • Kementerian Pendidikan Msia
  • Universiti Islam Antarabangsa
  • Universiti Kebangsaan Msia
  • Universiti Malaya
  • Universiti Putra Malaysia
  • Universiti Sains Malaysia
  • Universiti Utara Malaysia
  • Universiti Teknologi Msia
  • Universiti Msia Sabah
  • Universiti Msia Sarawak
  • Universiti Telekom
  • UiTM
  • KUSZA
  • Yayasan Pelajaran MARA
  • Politeknik Malaysia
  • KUKUM
  • KUIM
  • KUTKM
  • KUITTHO
  • KUSTEM
  • Maktab
  • BARISAN KEPIMPINAN JAWATANKUASA REMAJA KRJ SESI 2006-2007. JASAMU DIKENANG !

    PENGERUSI : Muhammad Mus'ab Bin Muzahar.

    TIMBALAN PENGERUSI 1 : Hafizuddin Bin Mohd Ridzuan

    TIMBALAN PENGERUSI 2 (Ketua Puteri) : Munirah Bt Mazlan

    SETIAUSAHA KEHORMAT : Maisarah Bt Zulkifli

    BENDAHARI : Nur Ilyana Amani bt Mohd Nasir

    HUBUNGI KAMI
    Maklumat lanjut boleh hubungi moderator, Akh Mohd Sufian Mat Ali, 014-836 8371
    krjtgg_mod@yahoo.com
    Tanda Buku Pelawat
     

          PENGENALAN KRJ       DAFTAR ONLINE          

             HOME    FORUM

    VIDEO KLIP LAGU KRJ TERENGGANU      
    Disaster and Emergency Relief Unit (DERU)
    Thursday, December 28, 2006
    DERU ialah Unit Bantuan Bencana dan Kecemasan di bawah Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM) yang diwujudkan berikutan banjir di Johor pada 19 Disember 2006. Bermula 20 Disember, petugas JIM DERU telah digerakkan untuk menolong mangsa banjir daerah-daerah yang terlibat. Antara bantuan yang diberikan berbentuk wang, makanan, barangan keperluan dan pakaian. DERU mengalu-alukan sumbangan dari mana-mana pihak yang sudi meringankan beban mangsa banjir di seluruh Johor.

    Utk maklumat lanjut klik dibawah
    JIMDERU
    posted by KRJ TERENGGANU @ 11:26 am   0 comments
    'Diari Dari Dalam X-PeRT'
    Tuesday, December 19, 2006

    Assalamualaikum..

    Ada ker org yg sudi nak baca coretan yg panjang lebar ni !!


    Sudah ramai nampaknyer setiap KRJ negeri mencoretkan kisah duka mereka sepanjang XPeRT 2006 yang lalu.. ana bagi pihak KRJ Terengganu juga tidak tertinggal dari mencoretkan kisah suka duka kami sepanjang XPeRT walaupun agak lewat utk berkongsi cerita..

    Kami dari terengganu seramai 11 org peserta terdiri daripada 6 lelaki dan 5 perempuan (Mus’ab, Furqan, Aanal, Umair, Nazrin dan Zarif) dan yg perempuan (Munirah, Maisarah, Ilyana, Husna dan Izzah).. Persiapan kami telah lakukan sejak awal lagi dengan kami mengadakan pra XPeRT pada 1-2 disember di dungun. Pengiring seramai 6 org, abg din, abg sufi, abg izazie, abg fahmi, abg saufi dan kak salisa.



    Peserta dan Fasilitator XPeRT

    6 Disember 06

    Perjalanan kami bermula pada 6 hb selepas zohor yg mana ana sbg kapten pasukan menjemput peserta di Kuala Terengganu (nazrin, ilyana, izzah dan husna) dirumah mereka.. ana bawa toyota unser TAC 117 (no keramat tu).. memang mantap kereta2 dakwah ni, laju dan mengaum macam rimau. Ana tiba di dungun selepas maghrib bersiap dan menjemput pula peserta dari dungun. Van nissan vannett sedia menanti yg di pandu abg saufi.. Bertolak dari dungun jam 9.15 malam menuju ke kerteh menjemput mus’ab dan umair dan seterusnya ke kemaman utk menjemput baki peserta yg tinggal (aanal, zarif dan furqan).. kami semua berkumpul di rumah YDP JIM Kemaman Hj Zameran, mohon restu dari tua la katakan.. kat situ ambil kereta beliau avanza WMM 57 di pandu oleh abg sufi..

    Kenderaan meluncur laju, macam schumacer menuju ke destinasi seterusnya iaitu rumah abg sufi di Pekan Pahang utk berhenti rehat dan minum malam. Kami tiba agak lewat sekitar jam 1.30 pagi.. Jam 2.15 pg meneruskan perjalanan ke batu pahat johor, iaitu rumah kapten rombongan utk bersiap diri dan sarapan pagi.. sepanjang perjalanan menyusuri laluan gelap gelita sekali-sekala terbatuk-batuk kerana kesejukan dingin malam di tambah dengan air cond yg mencengkam kulit. Alhamdulillah jam 5.30 pagi tiba di Masjid Sultan Ismail Batu Pahat utk solat subuh berjamaah. Mata-mata driver nampak bengkak2 seharian memandu tanpa henti.. tak pe pengorbanan la katakan.. tiba di rumah abg din jam 7.00 pagi.. semua peserta masuk dlm suasana perkampungan org jawa.. agak kekok lidah depa dan telinga depa utk memahaminya...

    7 Disember 06

    Jam 8.00 pagi selepas bersarapan, bersiap dan bergambar kenangan dengan mak ana, kami bertolak terus ke destinasi iaitu Pekan Benut Pontian. Alhamdulillah kami tiba jam 10.00 pg di destinasi yg ditujui.. sepanjang perjalanan depa sume kena tinggal dengan ana semasa memandu, ana memandu laju utk kejar masa..hehehe.. nasib baik tak accident.. tiba di Benut terus mencari urusetia, team kami pelik, nak daftar dgn sape, dgn bus stand kot.. tapi jumpa dengan kak fida.. lega sikit.. di beri salam perkenalan dengan pakcik ismail, abg ammar, abg zayd dan fasi2 yg lain.. lihat la gambar kami dalam blog krj yer.. tugasan di berikan utk mencari rumah pak belalang serta menjual barang disekitar pekan benut utk mencari duit sebagai survive sepanjang XpeRT nanti.. mereka berjalan dlm satu team dengan beg2 yg besar beserta barang dagangan.. kami pengiring dan pakcik ismail beredar dulu utk ’ngeteh’ di kedai berhampiran sebelum ke Masjid Pt Mansor utk berehat dan melepaskan penat..

    Tiba waktu zohor, semua peserta sampai di masjid tersebut utkl aktiviti seterusnya.. macam2 meeting mereka buat utk plan perjalanan seterusnya.. jgn ingat depa jer meeting.. kami pengiring pun ada meeting tersendiri.. hampir setiap masa kami ada meeting.. org kata ’meeting baik punya’... ptg tu peserta cari rumah pak belalang, tapi pengiring dah sampai dulu.. sblm sampai depa kena ziarah rumah dan beri sumbangan kepada fakir miskin di Pt Mansor.. terguris hati2 kami bila melihat rumah dan keluarga yg kami lawati, hampir menitiskan airmata.. semua peserta memberikan khidmat membersihkan rumah dan membantu keluarga tersebut..

    kami pengiring jadi ’pengawal pantai’ jer kpd mereka.. lewat ptg mereka smpi di rumah pak belalang, yg perempuan kat rumak mak som, lepas tu terus kena cari musang berjanggut.. rupa2 nyer musang berjanggut pak mail ada kat belakang rumah dia.. bukan musang dlm hutan tu yer.. tapi musang yg mcm dlm filem P Ramlee (musang berjanggut)..

    Mereka dikehendaki menyediakan masakan utk makan malam.. zarif dh terkorban jari.. tak biasa kat dapir kot.. alamak!!! Yg akhawat tak dapat citer la.. sebab ana kat rumah ikhwah..hehehehe.. lepas makan kami terus ke masjid.. salah seorang dari kami kena bagi kuliah maghrib.. alhamdulillah kami di terima olehh masyarakat di situ.. malam nyer depa prepair utk jurnal XpeRT.. kami pengiring prepair nak tidur jer...

    8 Disember 06

    Alhamdulillah dapat bangun dari mati yg sementara.. lepas solat subuh mereka kena masak sarapan pagi.. depa masak jemput-jemput atau cekodok.. sedap depa masak.. tukang masak makan sikit jer.. tak tau la nape.. kot2 depa dengki dlm masakan kot.. lepas sarapan depa ke masjid utk meeting program seterusnya... mereka dikehendaki utk menyediakan program utk anak2 masyarakat setempat.. depa planning dan buat publisiti sekali.. kami pengiring ada program sendiri.. pegi ronda2 di simpang renggam, air hitam dan kluang.. tengok buah naga di kluang.. kat tganu kami panggil dragon ball.. balik sebelum jumaat dan makan tgh hari.. ptg tu depa kena buat amazing race utk anak2 di situ.. pengiring makan cendol Pt Mansor,, pak mail belanja..

    lepas tu kami pengiring membiarkan anak2 buah kami buat ’kerja’ mereka, kami berjalan2 ke bandar Pontian, seterusnya ke Kukup dan akhir sekali ke Tanjung Piai (kawasan paling selatan benua asia).. pecah rekod tu bg kami aktivis dr tganu.. kami balik agak lewat.. kesian depa tunggu kami.. dihidangkan dengan makanan jawa ’nasi ambeng’.. kena sebut betul2 kalau tak sumbang bunyinyer... ana punya la kempunan sebab dh lama tak makan..

    Selepas isya’ ada ceramah palestin, peserta buat utk anak2 tempatan.. org yg sama ikut amazing race petang tadi.. depa tidur lewat malam tu.. kena siapkan jurnal XpeRT 06.. ana ke pekan spg renggam jam 1 pg. Temankan fasi beli hadiah utk zaujah pak mail yang kebetulan pada hari tersebut adalah hari lahirnya...

    9 Disember 06

    Tibalah saat dan waktunya.. hi hi bye bye kat Pt Mansor.. peserta akhawat meninggalkan rumah makcik som.. nampak dalam gambar macam sedih jer.. kami buat majlis perpisahan sikit di rumah pakcik ismail.. ada ucapan alu-aluan dan penyampaian cenderahati utk beliau dan isteri beliau sempena ulang tahun kelahirannya.. isk..isk..isk sedih nyer nak meninggalkan beliau.. selpeas bersalam-salaman kami bergambar beramai-ramai sebagai tanda kenangan... semoga kita berjumpa lagi yer pak mail dan makcik som..

    Bermula lah episod yg baru bagi peserta, selepas tu kami hantar depa di bus stop spg renggam utk depa meneruskan misi XPeRT iaitu ke Larkin dengan menaiki bas.. kami pengiring tak ikut depa, kami terus ke destinasi terakhir iaitu di Ulu Tiram Kota Tinggi.. team lelaki tertinggal barang dagangan dalam kereta ana pandu avanza WMM 57.. mcm mana yer, kesian depa tak dapat menjual..

    Lepas sampai ulu tiram, ana and the geng berpatah balik ke Larkin utk hantar barang dagangan pada peserta lelaki.. minta maaf abg dan akak fasi yer.. tolong senyap2 jer.. ada kisah melucukan sepanjang patah balik dari ulu tiram ke larkin.. tak leh la cerita.. RAHSIA.. hehehehe..

    Selepas menyiapkan tugasan di Larkin peserta pun bertolah ke bandar ulu tiram dan menyelesaikan tugasan di sana, masa tu duit tak cukup... apa lagi depa jadi pasar borong la... jual barang.. team terengganu sampai paling last di Tiram Indah Village.. tak pe la janji sampai.. depa di beri tugasan..

    Selepas solat zohor dan makan tengah hari, depa ada trekking.. banyak ceckpoint gak.. masa sampai sini la ana kenal pak uteh (penyimpan mohor besar raja2) hehehe gelaran baik punya ana bagi.. masa kumpul trekking terdengang jeritan pak long.. mantap paklong.. depa melalui detik2 trekking dengan tabah walaupun ada masalah komunikasi..

    Paling best sekali masa terjun dalam sungai.. ana hampir lemas gak sebab dalam dan arus deras.. botol air yg ana pegang terlepas, nasib baik jumpa balik.. tapi ana punya kompas hilang tak dapat di kesan... peserta perempuan kena redah sungai dlm laluan yang pendek jer... lelaki panjang, di penghujung laluan kena bom lagi.. sakit tau...

    Habis dekat maghrib juga.. depa solat maghrib dan makan malam.. lepas solat isyak ada akademi realiti.. masa tu la nampak kelibat kelibat pak anjang berceloteh.. hok perempuan tak dapat berita guana cerita.. lepas persembahan kami kumpul kat dewan.. utk siapkan jurnal XPeRT dan ada sesi bergambar bagi setiap kontinjen.. ana temankan adik2 tu sampai lewat malam.. bila selalu bersama, terasa betapa manisnya ukhuwah antara kami yg entah akan datang dapat rasa lagi atau tak...wallahualam.. dalam ana menemankan mereka, ana tumbang awal la dekat jam 2.30 pg tapi mereka bertahan smpi jam hampir 4.00 pagi... pastu TIDUR la..

    10 Disember 06..

    Ramai peserta bangun lewat termasuk ana and the geng.. penat sangat kot.. pagi tu lepas subuh ada sesi bersama pak anjang.. nampak nangis2 depa.. ana pun terkedu gak.. menjalankan tanggungjawab sebagai jurugambar pagi tu..hehehehe..

    Pagi tu selepas sarapan depa ada persembahan kumpulan dengan mempersembahkan jurnal XPeRT mereka.. ana melencong ke jusco berhampiran cari ubat utk umair... team kami dapat buat yang terbaik walaupun serba kekurangan.. (lap top pun pinjam).. yg gamat nyer dapat nyanyi ramai2 lagu krj terengganu.. itu la identiti kami antaranya...

    Selepas tamat persembahan, ada majlis penutup dan penyampaian hadiah.. menyanyi lagu satu perjuangan dan teman sejati benar2 menyentuh hati kami.. disamping lagu doa perpisahan ketika bersalaman dan berpelukan utk yg terakhirnya... kat mana lagi nak jumpa suasana yg seumpama ini??? Tak mungkin akan berulang kembali...

    Kami adalah team yg terakhir keluar dari resort tu.. masa tu dh sunyi sepi.. kami buat sesi bergambar antara kami2 sendir dan ucapan penggulungan tamatnyer XPeRT.. Lepas tu kami cadang nak berjalan ke danga bay, tapi tak jadi, kami ke tanjung pengelih... jalan-jalan cari makan.. terus ke mersing utk makan malam selepas puas di tjg pengelih... jam 10.00 malam teruskan perjalanan ke Kuantan iaitu rumah abg sufi yg satu lagi.. utk minum malam dan refreshment.. kami buat meeting lagi... pah ceroh meeting... last la katakan...

    Meneruskan perjalanan ke terengganu.. kami hantar mereka sampai depan rumah... tiba lebih kurang jam 4.30 pagi di sapa dengan hujan lebat... ana dan yg lain-lain kepenatan terus tersungkur atas tilam meneruskan tidur yang tertunda beberapa hari..


    Jauh nye perjalanan kami, perjalanan yang menerbitkan bibit-bibit ukhuwah dan mencari keberkatan demi merealisasikan satu misi, satu destinasi, satu tujuan dan banyak pengaharapan di dalam XPeRT yang julung-julung kali kami lalui... banyak kenangan pahit dan manis sepanjang jaulah kami yang antaranya ada yg tak dapat nak di coret kan disini..kerana ianya kekal sebagai kenangan yang tak kan pudar di hati sanubari kami...


    Terima kasih tak terhingga kepada semua yang terlibat dalam menjayakan XPeRT 2006 kali ini, terutamanya semua peserta, pengiring2, JIMTRG, para dermawan dan juga pihak penganjur..

    XPeRT – dikau tetap di hati kami walaupun ianya sudah berakhir, tapi kenangan dan pengajaran akan kekal selama nya selagi nyawa di kandung badan..

    Semoga usaha kita mendapat keberkatan dari Allah s.wt. dalam memperkasakan gerakan pembangunan remaja... InsyaAllah..



    posted by KRJ TERENGGANU @ 4:41 pm   1 comments
    Madrasatul Hayyah MH-i Lepasan SPM 2006
    Monday, December 18, 2006

    " MADRASATUL HAYAAH-i "
    (MH-i )
    sebulan menjalani kehidupan terancang.....
    program khas anjuran bersama

    KARISMA
    JKPR
    JIM-IPT

    22 DIS 2006 - 22 JAN 2007
    d
    DESA SAUJANA, BANGI

    khas untuk anak-anak
    1) Remaja lepasan SPM 2006 - sedang menunggu keputusan
    2) Mereka yang akan meneruskan pelajaran di IPT


    Keperluan peserta sepanjang program:
    Pakaian harian
    Pakaian sukan dan kasut track
    Selimut / sleeping bag
    Al Quran & Maathurat
    Buku nota dan alat tulis
    Toiletries


    * Sebarang kemusykilan, sila hubungi Hussen Kari 019-3258660, Zaiton Ismail 019-2123026 atau Dhany 012-9307522

    Fakhrul Anuar Zulkawi
    Pengerusi JK Pembangunan Remaja JIM Terengganu
    019-3591268

    posted by KRJ TERENGGANU @ 7:42 am   0 comments
    JAWATANKUASA REMAJA KRJ NEGERI TERENGGANU 2008

    PENGERUSI : Muhammad Munzir Bin Muzahar (Sek Men Islam Al Amin Kemaman)

    TIMBALAN PENGERUSI : Muhammad Irfan Bin Bahrin (Sek Men Islam Al Amin Kemaman)

    NAIB PENGERUSI 1 : Humairaa' Bt Abdul Malek (Sek Men Islam Al Amin Kemaman)

    NAIB PENGERUSI 2 : Wan Hani Munirah Bt Wan Muhd Rosdi (Sek Men Keb Agama Tok Jiring Kuala Terengganu)

    SETIAUSAHA KEHORMAT : Nurul Najihah Bt Khairudin (Sek Men Islam Al Amin Kemaman)

    BENDAHARI : Hafizuddin Bin Mohd Ridzuan (Sek Men Islam Al Amin Kemaman)

    Alamat Pejabat KRJ Terengganu : No 5, Taman Seri Melor 4, Bt 6, 23000 Dungun, Terengganu Darul Iman

    TELEFON@SMS : 014-836 8371 (Penasihat JK Remaja KRJ Terengganu)

    Lagu KRJ Terengganu@mp3


    CARI ARTIKEL
    ARKIB KRJ
    PAUTAN KRJ
    LAMAN NASYID KONTEMPORARI
    SIARAN TELEVISYEN
    KREDIT


    BLOGGER




    © 2008 Kelab Remaja JIM Terengganu [Remaja Mithali Tunggak Kepemimpinan]Hak Cipta Terpelihara ; KRJ Terengganu.