<$BlogMetaData$>
 

 

 

Terengganu

www.krj-tganu.blogspot.com

 
Cikgu Norfizam bin Said
PENGARAH KRJ TERENGGANU
Demi Masa, Sesungguhnya Manusia Itu Berada Di Dalam Kerugian..


KALENDAR AKTIVITI TERKINI


  • EKSPEDISI REMAJA KENTAL 2008!
    NANTIKAN PENGUMUMAN SELANJUTNYA
  • Chat @ KRJ Tganu

    ALBUM KRJ
  • Album 2008
  • Album 2007
  • Album 2006
  • Album 2005
  • JELAJAH INFORMASI
  • Utusan Online
  • BHarian Online
  • Harian Metro
  • NSTP
  • Harakahdaily
  • AMIR
  • ABIM
  • Islamonline
  • Palestinkini
  • JAKIM
  • LINK PENDIDIKAN
  • Kementerian Pendidikan Msia
  • Universiti Islam Antarabangsa
  • Universiti Kebangsaan Msia
  • Universiti Malaya
  • Universiti Putra Malaysia
  • Universiti Sains Malaysia
  • Universiti Utara Malaysia
  • Universiti Teknologi Msia
  • Universiti Msia Sabah
  • Universiti Msia Sarawak
  • Universiti Telekom
  • UiTM
  • KUSZA
  • Yayasan Pelajaran MARA
  • Politeknik Malaysia
  • KUKUM
  • KUIM
  • KUTKM
  • KUITTHO
  • KUSTEM
  • Maktab
  • BARISAN KEPIMPINAN JAWATANKUASA REMAJA KRJ SESI 2006-2007. JASAMU DIKENANG !

    PENGERUSI : Muhammad Mus'ab Bin Muzahar.

    TIMBALAN PENGERUSI 1 : Hafizuddin Bin Mohd Ridzuan

    TIMBALAN PENGERUSI 2 (Ketua Puteri) : Munirah Bt Mazlan

    SETIAUSAHA KEHORMAT : Maisarah Bt Zulkifli

    BENDAHARI : Nur Ilyana Amani bt Mohd Nasir

    HUBUNGI KAMI
    Maklumat lanjut boleh hubungi moderator, Akh Mohd Sufian Mat Ali, 014-836 8371
    krjtgg_mod@yahoo.com
    Tanda Buku Pelawat
     

          PENGENALAN KRJ       DAFTAR ONLINE          

             HOME    FORUM

    VIDEO KLIP LAGU KRJ TERENGGANU      
    Penghargaan Daripada Dr Danial
    Tuesday, January 24, 2006
    Salam. Syukur program di Kerteh dan Dungun pada 21-22 Januari tamat dengan selamatnya. Program keibubapaan di Petronas Carigali semoga membantu. Namun saya begitu seronok dengan program dengan remaja-remaja di Sekolah Teknik dan Politeknik di Dungun. Semoga pengisian dan soal jawab bermanfaat bagi mereka. Terima kasih kpd sahabat-sahabat seperti Puan Nurbaya, Hj Abdul Karim (YDP JIM Dungun), Hj Hanapiah dll yg mengiringi dan membantu.

    Thanks.
    DD
    dzcsyifa@streamyx.com
    posted by Fakhrul Anuar Zulkawi @ 11:44 pm   0 comments
    Cara Penyembelihan Islam Zalim?
    Binatang yang halal dalam Islam dibahagikan kepada dua kategori, pertamanya, yang susah ditangkap untuk disembelih (seperti rusa dan kijang), dan yang keduanya, yang mudah ditangkap untuk disembelih (lembu dan kambing). Hal ini dijelaskan Allah dalam surah al-Maidah ayat 94 yang bermaksud, "Wahai mereka yang beriman, sesungguhnya Allah mengujimu dengan sesuatu dari binatang buruanmu yang dapat ditangkap oleh tangan-tanganmu dan dengan menggunakan tombak-tombakmu." Daging binatang liar yang halal dimakan menjadi halal selepas ia diburu dengan menggunakan senjata tajam dan ia mati selepas dilukai oleh senjata itu. Berhubung dengan ini Adi ibn Hatim pernah bertanya nabi tentang binatang yang mati selepas terkena golok. Baginda bersabda, "Jika kamu melempar dengan golok dan golok itu menembusi kulitnya (dan melukainya) maka makanlah dagingnya. Jika tidak maka janganlah dimakan dagingnya." Hadis ini diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim.

    Sembelihan dalam Islam dilakukan dengan memutuskan saluran pernafasan (trachea) dan penghadaman (oesophagus) haiwan di samping pembuluh darah arteri karotid (carotid arteries) dan saluran darah jugular (jugular veins) di bahagian kiri dan kanan. Yang tidak boleh dipotong ialah saraf tunjang yang terletak di belakang leher haiwan itu. Pemotongan saluran pernafasan dan pembuluh-pembuluh darah ini menyebabkan darah terus melimpah keluar sekali gus menurunkan tekanan darah secara mengejut di samping menjadikan sistem otak terputus dari bekalan oksigen dan glukosa. Keadaan ini menyebabkan haiwan itu terus pingsan tanpa menderita sakit diikuti dengan kelupur beberapa saat selepas itu. Haiwan yang disembelih ini menggelupur disebabkan otaknya telah kehilangan oksigen dan bukannya disebabkan sakit. Walau bagaimanapun jantungnya masih terus mengepam darah disebabkan saraf tunjangnya yang mengawal sistem denyutan jantung masih berada dalam keadaan yang elok kerana ia tidak dipotong ketika penyembelihan dilakukan.

    Sebahagian golongan di barat menganggap cara penyembelihan yang dilakukan oleh umat Islam adalah kejam. Justeru mereka mengetengahkan pendekatan baru yang dikenali sebagai stunning sebelum penyembelihan dilakukan ke atas haiwan. Stunning bermaksud haiwan yang akan disembelih dipingsankan terlebih dahulu agar ia tidak berasa sakit ketika penyembelihan dilakukan. Pendekatan seperti ini dianggap sebagai tidak kejam. Benarkah begitu?

    Antara cara sembelihan yang dipopularkan di barat ialah menggunakan konsep Captive Bolt Pistol Stunning atau CBP. Mengikut Wikipedia Encyclopedia, CBP menggunakan sejenis pistol yang diisikan dengan peluru dalam bentuk besi pengancing (bolt) yang ditembak di bahagian dahi binatang. Bagi binatang biasa peluru besi pengancing ini ditembak pada kelajuan 55 meter./ saat dan bagi binatang yang besar 75 meter / saat. Terdapat dua jenis besi pengancing yang sering digunakan sebagai peluru. Pertamanya besi pengancing yang merosakkan bahagian utama otak iaitu bahagian serebrum dan serebelum dan yang keduanya besi yang sekadar memberikan gegaran kuat kepada otak. Selepas ditembak peluru akan memasuki semula ke dalam pistol. Kedua-dua pendekatan ini menyebabkan binatang sembelihan jatuh pingsan supaya selepas itu sembelihan dapat dilakukan ke atasnya tanpa binatang itu menderita sakit.

    Di samping C.B.P., sebahagian haiwan dipingsankan dengan mengenakan kejutan elektrik ke dalam otak melalui alat tertentu yang dipasang di kiri kanan kepala haiwan. Sesetengah haiwan pula, seperti itik, ayam dan angsa, dipingsankan melalui kejutan elektrik dalam tangki air (electric waterbath). Untuk tujuan ini, mengikut laporan yang dibuat oleh FAWC pada tahun 1982, haiwan-haiwan ini digantung melalui kakinya dan kemudiannya kepalanya dicelup ke dalam air untuk menerima kejutan elektrik.

    Benarkah pendekatan barat dengan stunning tidak menzalimi binatang? Mengikut Rebecca Smith dalam artikel Sentenced to Death yang dilaporkan dalam laman web rasmi Viva (Vegetarians International Voice for Animals) di viva.org.uk, setiap tahun 900 juta binatang ternakan disembelih untuk dimakan di UK. Beliau menjelaskan, undang-undang UK menuntut agar setiap haiwan dipingsankan terlebih dahulu sebelum sembelihan dilakukan. Tujuannya ialah agar setiap haiwan tidak berasa sakit ketika sembelihan dilakukan. Namun, kata Rebecca Smith, "kami telah menganalisi kajian-kajian saintifik yang terkini serta mendapat pendapat pelbagai pakar berhubung perkara ini dan kami mendapati apa yang sebenarnya berlaku amat membimbangkan. Sebenarnya, pendekatan yang dilakukan adalah tidak efektif menyebabkan puluhan juta haiwan berada dalam keadaan sedar ketika sembelihan dilakukan. Setiap tahun lebih kurang 1.8 juta khinzir dan 5 juta kambing biri-biri yang dipingsankan melalui kejutan elektrik sedar semula ketika penyembelihan dilakukan. Tambahan dari itu terdapat kajian yang menunjukkan penggunaan kejutan elektrik memang tidak berkesan untuk menyebabkan haiwan pingsan. Mengikut seorang pakar, Dr Harold Hillman, haiwan sebenarnya berasa sakit ketika kejutan elektrik dikenakan dan baginya ini merupakan satu bentuk penyeksaan. Berhubung dengan penggunaan pistol berpeluru seperti pengancing besi (captive bolt pistol), setiap tahun penggunaan teknik yang salah menyebabkan 230,000 kambing terpaksa menanggung kesakitan selepas tembakan dilakukan di kepala. Kadangkala tembakan yang kedua terpaksa dilakukan disebabkan tembakan yang pertama gagal menyebabkan kambing-kambing itu pingsan. Kajian juga menunjukkan penggunaan kejutan elektrik melalui tangki air (electric waterbath) ke atas itik, ayam, turkeys, geese juga tidak mencapai matlamat yang dikehendaki. Lebih kurang 62 juta daripada binatang ternakan ini sedar semula ketika penyembelihan dilakukan."

    (Untuk perincian tentang tajuk ini bacalah dalam Majalah i terbitan Karangkraf bulan Februari, 2006)
    Nukilan Dr Danial Zainal Abidin (M.B.Ch.B. Alexandria)
    Pengarah Urusan Danial Zainal Consultancy & Motivator Radio Mutiara FM
    Mantan YDP JIM Pulau Pinang 1993-1999

    UNTUK MEMBACA IDEA-IDEA DR DANIAL
    DAPATKAN BUKU-BUKU BELIAU IAITU:
    a.. Buku 'Bahan Berdakwah Untuk Remaja Moden.'
    b.. Buku 'Kit Kombat Islam.'
    c.. Buku 'Perubatan Islam dan Bukti Sains Moden.'
    d.. Buku 'Bukti-bukti Sains dan Sejarah Kerasulan Muhammad.'
    e.. Buku 'Empayar Minda Muslim.'
    f.. Buku '7 Formula Individu Cemerlang.'
    g.. Buku Tip-Tip Cemerlang Daripada Quran.'
    posted by Fakhrul Anuar Zulkawi @ 11:20 pm   0 comments
    Latihan Nuqaba' & Fasi KRJ Siri 1
    Sunday, January 22, 2006
    InshaAllah JK TPSM JIM Tganu & JKPRN akan menganjurkan program Latihan Nuqaba' & Fasi KRJ Siri 1 seperti berikut :

    Tarikh : 27 Januari 2006 (Jumaat)
    Masa : 8.30 pagi - 5.30 ptg
    Lokasi : SRI Al~Amin Dungun
    Pengisian :
    Bagaimana Menjadi Fasilitator Yang Berkesan
    Pembentukan Nuqaba Murabbi
    Perlaksanaan Modul Tarbiah KRJ Sesi 2006

    Sasaran :
    Semua guru ahli JIM
    Semua aktivis KRJ Tganu
    Semua pimpinan KARISMA Tganu

    Pastikan semua datang!!
    posted by Fakhrul Anuar Zulkawi @ 11:25 pm   0 comments
    Tazkirah Selepas Solat Jamaah Fardhu di SMTD
    Friday, January 20, 2006
    Alhamdulillah...baru selesai buat sesi taklimat perlaksanaan tazkirah selepas solat jamaah fardhu di Masjid Sekolah Menengah Teknik Dungun sebentar tadi bersama akhawat di kelas Tingkatan 5 dan pagi tadi usai solat subuh berjamaah bersama ikhwah di masjid yang sama...inilah kelebihan tinggal dekat depan sekolah ni...."menapak' je dah boleh sampai...alhamdulillah 33x..

    InshaAllah mulai 20 Januari 2006, 'anak-anak' usrah ikhwah dan akhowat di SMTD akan mulakan penyampaian tazkirah ini secara bergilir2 kepada semua ahli jamaah(asing2..ikhwah n akhowat) selepas solat di masjid dengan menggunakan kitab "Riyadus Shalihin" karya Imam al-Nawawi...kami sama2 gariskan empat objektif utama program ini iaitu :

    1. Untuk melatih ahli-ahli usrah menyampaikan tazkirah kepada rakan-rakan secara bergilir-gilir demi meningkatkan keyakinan dan keupayaan ahli2 usrah;

    2. Untuk memakmurkan masjid dengan aktiviti-aktiviti keilmuan dan tarbiah;

    3. Untuk menambahkan ilmu pengetahuan bila membaca hadis-hadis serta ayat-ayat al-Quran;
    4. Untuk menambahkan kefahaman dan galakan untuk menghayati kandungan hadis dengan lebih baik dan istiqomah.

    Moga usaha perintis abang2 dan kakak2 tingkatan 5 ini akan menjadi pencetus kepada sebuah kebangkitan baru generasi selanjutnya dan berkekalan di dalam barakah dan taufiq..inshaAllah.

    Naqib Usrah SMTD
    posted by Fakhrul Anuar Zulkawi @ 10:56 am   0 comments
    Notis Penangguhan XPDC Mendaki Gunung Tebu
    Thursday, January 19, 2006
    Salam..
    Di maklumkan bahawa XPDC Mendaki Gunung Tebu yang di adakan pada 19-21 Januari 2006 telah ditangguhkan atas arahan ranger hutan dan pihak polis berikutan hilangnya seorang penduduk kampung dengan penuh misteri 2 hari sebelum XPDC ini berjalan (rujuk Berita Harian 19/1/06 muka 4). Arahan dikeluarkan untuk memudahkan proses mencari dan menyelamat di jalankan.
    Program ini akan disambung semula selepas keadaan menjadi reda..nantikan perkembangan selanjutnya pada masa akan datang.
    Pihak penganjur memohon kemaafan di atas segala kesulitan peserta di atas penangguhan ini untuk kali yang ke-2.
    Md.Khairudin Hasim
    Moderator Program
    posted by KRJ TERENGGANU @ 11:34 pm   0 comments
    XPDC Mendaki Gunung Tebu 19-21 Jan 06
    Tuesday, January 17, 2006
    Salam buat ikhwah dan akhawat...

    Tinggal beberapa hari sahaja lagi antum akan beradu tenaga dan kekuatan utk menawan puncak gunung tebu.

    Niatkan dihati antum, bahawa kita berprogram ini hanyalah lillahita'ala untuk merapatkan ukhuwah ahli ahli yang mendapat capaian Karisma Terengganu untuk merapatkan dan mengukuhkan usaha-usaha dakwah mahasiswa di terengganu ini.

    Penyertaan istimewa dari adik-adik remaja (Kelab Remaja JIM Terengganu) hampir 10 orang insyaAllah dalam proses pembinaan remaja du'at.

    Mari kita berdoa supaya program ini akan diberkati dan dimudahkan urusan serta selamat pergi dan balik InsyaAllah.

    Khairudin
    Moderator Program.
    posted by KRJ TERENGGANU @ 1:47 pm   0 comments
    Kem Pasca SPM KRJ Terengganu
    Sunday, January 15, 2006
    Salam,
    KRJ Terengganu akan menganjurkan
    KEM PASCA SPM KRJ TERENGGANU
    Khusus untuk pelajar-pelajar lepasan SPM 2005 seluruh Terengganu
    Tarikh :
    9 - 11 Febuari 2006
    bertempat di,
    D'Pengkalan Resort Rantau Abang, Dungun
    Jom ramai-ramai semarakkan aktiviti berfaedah....
    Nantikan hebahan seterusnya...
    posted by KRJ TERENGGANU @ 1:36 pm   0 comments
    Agenda Kebangkitan Semula Ummah
    Friday, January 13, 2006
    Dimana Kita Bermula?

    Pembentukan dan pembinaan sebuah bangsa, merealisasikan sebuah impian dan memperjuangkan sebuah prinsip memerlukan seluruh bangsa atau sekurang-kurangnya sekumpulan manusia yang mahu mencapai cita-cita ini memiliki jiwa yang benar-benar kental yang dapat dilihat melalui beberapa aspek iaitu :-

    1- Kemahuan tinggi yang tidak mampu digugat oleh sebarang kelemahan.

    2- Kesetiaan sejati yang tidak mengenal erti kompromi dan pembelotan.

    3- Pengorbanan agung yang tidak mengenal erti tamak dan kedekut.

    4- Memahami prinsip, menyakini dan menghormatinya dengan tidak melakukan kesilapan, tidak terseleweng, tidak berkompromi dan tidak terpengaruh dengan prinsip lain.

    Hanya dengan memiliki kesemua asas yang berbentuk rohani serta kekuatan rohani yang agung inilah akan tertegak sebuah prinsip dan akan membentuk sebuah bangsa yang mampu bangkit, membentuk jiwa yang bersemangat waja dan akan bermula kembali suatu kehidupan bagi mereka yang telah sekian lama tidak merasainya.

    Mana-mana bangsa yang kehilangan keempat-empat sifat ini ataupun pemimpin dan pendokong pembaharuannya kehilangan sifat-sifat ini, bangsa ini adalah bangsa yang tidak berharga dan malang. Bangsa ini tidak akan mampu mencapai kejayaan dan tidak akan dapat merealisasikan impian mereka. Mereka akan hanya hidup dalam dunia sangkaan, khayalan dan impian.

    "Sesungguhnya sangkaan itu tidak dapat memenuhi kehendak menentukan sesuatu dari kebenaran (iktikad)"
    (Yunus:36)

    Ini adalah undang-undang dan sunnah yang tetap. Allah tetapkan untuk alam ini dan tiada apa yang dapat mengubah sunnah ini.

    "Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka merubah apa yang ada pada diri mereka sendiri."
    (Al-Ra'd : 11)

    Undang-undang ini juga telah disentuh oleh Nabi s.a.w. dalam sepotong hadis yang diriwayatkan oleh Abu Dawud :
    "Hampir-hampir bangsa-bangsa lain mengerumuni kamu sepertimana manusia mengerumuni makanan mereka. Seorang sahabat bertanya : 'Apakah kerana kami sedikit waktu itu?' Baginda menjawab : 'Tidak, sebaliknya kamu ramai tetapi kamu umpama buih seperti buih banjir. Allah akan mencabut perasaan gerun pihak musuh terhadap kamu dan Allah akan mencampakkan al-wahan ke dalam hati kamu. Bertanya seseorang : 'Apakah al-wahan itu'? Baginda menjawab : ' Cintakan dunia dan bencikan mati.'

    Anda dapat saksikan bagaimana Nabi s.a.w. menjelaskan kelemahan dan kehinaan sesebuah bangsa. Ia berlaku apabila jiwa mereka lemah, hati mereka tidak berdaya, dan sanubari mereka tidak memiliki akhlak mulia dan sifat kejantanan sebenar.

    Bangsa yang tenggelam dengan kesenangan, leka dengan kemewahan, hanyut dengan keseronokan benda, asyik dengan kehidupan dunia, lupa untuk menanggung kesusahan, tidak mahu berdepan dengan masalah dan berjuang demi kebenaran, katakanlah selamat jalan kepada harga diri dan impian bangsa ini.

    (dipetik daripada himpunan risalah Halatuju Dakwah Kita,
    Imam asy-Syahid Hasan al-Banna)
    posted by Fakhrul Anuar Zulkawi @ 2:09 am   0 comments
    Program Pembangunan Remaja Du'at Siri 1
    Thursday, January 12, 2006
    Salam..
    Program pembangunan remaja du'at siri pertama akan diadakan pada
    Tarikh :
    13 - 14 Januari 2006
    Tempat :
    Sekolah Rendah Islam Al-Amin Dungun
    Peserta :
    Terdiri daripada remaja capaian usrah KRJ Dungun
    Program ini bertujuan untuk melatih dan membimbing remaja supaya mampu memimpin dan mengendalikan usrah di sekolah-sekolah sasaran KRJ Dungun
    Maklumat lanjut boleh hubungi
    Kelab Remaja JIM Dungun
    019-3591268 (Fakhrul)
    012-5926172 (Ammar)
    012-9645037 (Syidah)
    posted by KRJ TERENGGANU @ 12:47 pm   0 comments
    Salam Aidiladha 2006 M/1426 H
    Saturday, January 07, 2006
    KRJ Terengganu dengan sukacitanya ingin mengucapkan selamat menyambut Hari Raya Aidiladha kepada semua warga KRJ seluruh malaysia dan juga kepada pelawat-pelawat laman blogspot ini dimana jua antum berada..

    Mari kita renungi bersama..betapa besar nilainya Aidiladha yang Allah kurniakan kepada kita umat islam berbanding Aidilfitri..ini dapat dibuktikan apabila Allah menyuruh hambanya bertasbih,bertahmid, dan bertakbir selama 4 hari iaitu pada 10,11,12, dan 13 Zulhijjah sebagai satu tanda rasa bersyukur dan kehambaan pada Allah s.w.t. Tidak sama kan jika dibandingkan dengan Aidilfitri.. Juga disunatkan pada umat Nya menjalankan ibadah Qurban sebagai tanda kesyukuran pada yang Maha Pencipta..

    Tetapi lumrah kehidupan masyarakat pada hari ini, lebih meriah menyambut Aidilfitri berbanding Aidiladha (kecuali pantai timur)..mengapa yea!!!

    InsyaAllah mudah-mudahan kita diberi kesempatan untuk bertemu dengan Aidiladha pada tahun akan datang..

    Wassalam..
    Khairudin

    posted by KRJ TERENGGANU @ 4:23 pm   0 comments
    Modul Tarbiah dan Pembangunan Sumber Remaja
    JazakumulLahu khairan kepada ikhwah akhawat yang telah hadir ke Mesyuarat Pertama Modul Tarbiah dan Pembangunan Sumber Remaja (TPSR) pagi tadi di Dungun. Alhamdulillah, dengan perkongsian kertas kerja tersebut, kita telahpun meneliti semula modul & akan melaksanakan beberapa perkara berikut mengikut dua komponen Tarbiah & PSR iaitu :-

    Bagi komponen Modul Tarbiah :

    1- Sistem Perlaksanaan & Penyebaran Modul Tarbiah KRJ (Modul 1-7) untuk dilaksanakan disekolah-sekolah mengikut empat (4) model iaitu :-
    a) Model A : Sekolah Yang Ada Guru-guru JIM
    b) Model B : Sekolah Menengah Islam Al-Amin
    c) Model C : Sekolah Aktivis bukan Guru terlibat (rasmi atau tidak rasmi)
    d) Model D : Sekolah Yang Menerima Tawaran Modul KRJ

    2- Bahan Perlaksanaan Usrah Modul 1 & 2 bagi tahun 2006 serta perincian bahan dalam bentuk risalah kecil mingguan yang lebih mudah difahami dan efektif (dengan pengecualian kepada Model B yang memerlukan pengubahsuaian). Semua risalah akan disiapkan dan dihantar kepada KRJ Terengganu pada 20 Januari 2006 ini.

    3- Untuk tahun 2006, Program Katibah/Daurah/Mukhayyam Modul 1 & 2 akan dimasukkan ke dalam program-program KRJ Negeri/Daerah iaitu program bulanan REMM (Remaja Makmurkan Masjid), program musim cuti sekolah ialah Seminar Remaja Duat (SRD),Perkhemahan Generasiku (semua modul), Perkhemahan Remaja Terengganu (PINTAR) utk modul 2 dan Ekspedisi Remaja Kental (X-REK) juga utk modul 2.

    4- Semua bahan rujukan akan disimpan dan dikemaskini di Pusat Sumber KRJ di Dungun dan segala rujukan bahan tarbiah boleh didapati disitu.

    5- Pelancaran serta Latihan Sistem dan Modul TPSR Peringkat Negeri Terengganu akan diadakan pada 27 Januari 2006, inshaAllah di SRIAAD. Harap semua AJK KRJ Negeri & Daerah, Guru-guru & Asatizah, Penggerak & Aktivis Remaja hadir ke program yang penting ini supaya mulai Februari 2006, perlaksanaan modul 1 & 2 akan dijalankan secara serentak dan selaras.


    Bagi komponen Pembangunan Sumber Remaja akan di bincangkan dalam mesyuarat yang kedua pada 17 Januari 2006

    Fakhrul Anuar Zulkawi
    Pengerusi
    JKPRN JIM Terengganu
    019-3591268




    posted by KRJ TERENGGANU @ 4:09 pm   0 comments
    Wajib Berdakwah Walaupun Diri Belum Sempurna 2
    Friday, January 06, 2006
    Pada dasarnya, kewajipan berdakwah dituntut ke atas setiap orang yang mukalaf lagi berdaya. Syarat berdaya atau mampu perlu difahami dengan betul. Pada hakikatnya, Islam mengakui tahap-tahap kemampuan seseorang individu itu berbeza daripada individu lain. Rasulullah s.a.w. bersabda dengan maksud, "Barangsiapa di antara kamu melihat kemungkaran, maka hendaklah dicegah dengan tangannya. Jika tidak berdaya, hendaklah dicegah dengan kata-katanya, dan jika tidak berdaya, hendaklah dicegah dengan hatinya, dan mencegah dengan hati adalah tanda selemah-lemah iman." (riwayat Muslim)

    Apabila mencegah kemungkaran, kadar minima yang dituntut ialah mengingkari dengan hati. Perkara ini disentuh dalam kitab Dalil Falihin. "Mencegah dengan hati bermaksud membenci kemungkaran dengan hati, disertai dengan azam untuk mencegahnya dengan lisan ataupun dengan perbuatan apabila dia mampu nanti. Membenci maksiat dengan hati hukumnya ialah wajib ke atas setiap individu, dan sesiapa yang menyetujui kemungkaran bererti dia bersekongkol dengannya."

    Iman memerlukan bukti, dan salah satu di antara bukti-buktinya ialah membenci maksiat. Tanpanya, iman berkecai di hati. Rasulullah s.a.w. bersabda dengan maksud, " Tidak ada selepas itu iman, walaupun sebesar biji sawi." (riwayat Bukhari dan Muslim)
    Hati yang tidak mengingkari kemungkaran boleh membawa kepada kebinasaan. Sahabat Rasulullah s.a.w. yang bernama Abdullah bin Mas'ud menegaskan, "Binasalah orang yang tidak membezakan yang makruf dengan yang mungkar, dengan hatinya."

    (dipetik dari buku "Kombat Kit Islam Untuk Remaja", Dr Danial Zainal Abdin, PTS Publications & Distributors Sdn Bhd, 2002)
    posted by Fakhrul Anuar Zulkawi @ 6:44 pm   0 comments
    Wajib Berdakwah Walaupun Diri Belum Sempurna 1
    Ramai orang sudah mengetahui bahawa berdakwah adalah tugas setiap individu, tetapi mereka tidak mahu melibatkan diri dalam kerja-kerja dakwah. Dalam konteks dakwah, di antara kekeliruan yang sering berlaku ialah seseorang itu menanti kesempurnaan diri sebelum mahu memulakan dakwah. Inilah faktor yang menyebabkan seseorang yang mampu mencegah kemungkaran tidak mahu bangun melakukannya, kerana dia merasakan amalannya belum cukup mantap dan masih terdapat kelemahan pada dirinya.

    Berkaitan dengan isu ini Imam Said bin Jubair berkata : " Jika seseorang tidak mahu mengajak kepada yang makruf dan mencegah yang mungkar sehinggalah dia berada dalam keadaan sempurna, maka tidak akan ada sesiapa pun yang mengajak kepada makruf dan mencegah yang mungkar." Imam Malik amat bersetuju dengan kenyataan Imam Said bin Jubair ini dan sebagai tanda sokongannya, beliau menambah, "Dan siapakah di antara kita yang lengkap dan sempurna?" Imam al-Hasan pula berkata, "Siapakah di antara kita yang melaksanakan kesemua perkara yang diserukannya? Syaitan amat menyukai apabila manusia terpedaya oleh sikap ini, sehingga tidak ada sesiapa yang mengajak kepada yang makruf dan mencegah yang mungkar."

    (dipetik dari buku "Kit Kombat Islam Untuk Remaja", Dr Danial Zainal Abidin, PTS Publications & Distributors Sdn Bhd, 2002)
    posted by Fakhrul Anuar Zulkawi @ 6:25 pm   0 comments
    Saingan dari KRJ Pulau Pinang!!
    Wednesday, January 04, 2006

    From:
    "Shahidan Saaid"
    Date:
    Mon, 2 Jan 2006 19:12:56 -0800 (PST)
    Subject:
    [aktivis-krj] Blogspot Krj P.Pinang

    Assalamualaikum...

    Untuk perhatian sahabat semua,
    KRJ Pulau Pinang juga telah melancarkan Blogspot selepas program KlaRS 2005...untuk memudahkan aktiviti seterusnya...lamannya ialah
    http://remajakrj.blogspot.com

    Diharapkan kita semua dapat berkongsi pandangan dan pengalaman di blog KRJ Negeri Pulau Pinang.

    Sekian Wassalam.

    Abu Atiyah
    posted by Fakhrul Anuar Zulkawi @ 1:13 am   0 comments
    JAWATANKUASA REMAJA KRJ NEGERI TERENGGANU 2008

    PENGERUSI : Muhammad Munzir Bin Muzahar (Sek Men Islam Al Amin Kemaman)

    TIMBALAN PENGERUSI : Muhammad Irfan Bin Bahrin (Sek Men Islam Al Amin Kemaman)

    NAIB PENGERUSI 1 : Humairaa' Bt Abdul Malek (Sek Men Islam Al Amin Kemaman)

    NAIB PENGERUSI 2 : Wan Hani Munirah Bt Wan Muhd Rosdi (Sek Men Keb Agama Tok Jiring Kuala Terengganu)

    SETIAUSAHA KEHORMAT : Nurul Najihah Bt Khairudin (Sek Men Islam Al Amin Kemaman)

    BENDAHARI : Hafizuddin Bin Mohd Ridzuan (Sek Men Islam Al Amin Kemaman)

    Alamat Pejabat KRJ Terengganu : No 5, Taman Seri Melor 4, Bt 6, 23000 Dungun, Terengganu Darul Iman

    TELEFON@SMS : 014-836 8371 (Penasihat JK Remaja KRJ Terengganu)

    Lagu KRJ Terengganu@mp3


    CARI ARTIKEL
    ARKIB KRJ
    PAUTAN KRJ
    LAMAN NASYID KONTEMPORARI
    SIARAN TELEVISYEN
    KREDIT


    BLOGGER




    © 2008 Kelab Remaja JIM Terengganu [Remaja Mithali Tunggak Kepemimpinan]Hak Cipta Terpelihara ; KRJ Terengganu.