<$BlogMetaData$>
 

 

 

Terengganu

www.krj-tganu.blogspot.com

 
Cikgu Norfizam bin Said
PENGARAH KRJ TERENGGANU
Demi Masa, Sesungguhnya Manusia Itu Berada Di Dalam Kerugian..


KALENDAR AKTIVITI TERKINI


  • EKSPEDISI REMAJA KENTAL 2008!
    NANTIKAN PENGUMUMAN SELANJUTNYA
  • Chat @ KRJ Tganu

    ALBUM KRJ
  • Album 2008
  • Album 2007
  • Album 2006
  • Album 2005
  • JELAJAH INFORMASI
  • Utusan Online
  • BHarian Online
  • Harian Metro
  • NSTP
  • Harakahdaily
  • AMIR
  • ABIM
  • Islamonline
  • Palestinkini
  • JAKIM
  • LINK PENDIDIKAN
  • Kementerian Pendidikan Msia
  • Universiti Islam Antarabangsa
  • Universiti Kebangsaan Msia
  • Universiti Malaya
  • Universiti Putra Malaysia
  • Universiti Sains Malaysia
  • Universiti Utara Malaysia
  • Universiti Teknologi Msia
  • Universiti Msia Sabah
  • Universiti Msia Sarawak
  • Universiti Telekom
  • UiTM
  • KUSZA
  • Yayasan Pelajaran MARA
  • Politeknik Malaysia
  • KUKUM
  • KUIM
  • KUTKM
  • KUITTHO
  • KUSTEM
  • Maktab
  • BARISAN KEPIMPINAN JAWATANKUASA REMAJA KRJ SESI 2006-2007. JASAMU DIKENANG !

    PENGERUSI : Muhammad Mus'ab Bin Muzahar.

    TIMBALAN PENGERUSI 1 : Hafizuddin Bin Mohd Ridzuan

    TIMBALAN PENGERUSI 2 (Ketua Puteri) : Munirah Bt Mazlan

    SETIAUSAHA KEHORMAT : Maisarah Bt Zulkifli

    BENDAHARI : Nur Ilyana Amani bt Mohd Nasir

    HUBUNGI KAMI
    Maklumat lanjut boleh hubungi moderator, Akh Mohd Sufian Mat Ali, 014-836 8371
    krjtgg_mod@yahoo.com
    Tanda Buku Pelawat
     

          PENGENALAN KRJ       DAFTAR ONLINE          

             HOME    FORUM

    VIDEO KLIP LAGU KRJ TERENGGANU      
    Coretan Kem Kepimpinan SMT Dungun
    Friday, February 22, 2008
    Bismillahirrahmanirrahim….
    Assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh.

    Alhamdulillah, Setinggi –tinggi kesyukuran ana panjatkan ke hadrat Illahi kerana dengan izinya. dapat lagi ana diberi kesempatan untuk menyelesaikan amanat yang telah diberi ini.Sejuta kemaafan ana pohonkan kerana terlambat menghantar laporan ini. Merenung alam ciptaaan Illahi,yang terhampar hijau di hadapan mata,mengatur nafas dengan bayu pagi selembut sutera membuatkan ana terfikir,Alangkah bertuahnya ana diberi keizinan oleh Allah untuk menatap dunia ini bagi yang keberapa ribu harinya ini.(Ana sebenarnya kat tingkat paling atas blok baru Al-Amin kemaman ni)

    Mulakan pagi dengan bertasbih pada Illahi. Renungi kembali tujuan kita diciptakan di atas muka bumi ini.Betapa beratnya amanah yang digalas untuk menjadi Khalifah Allah di alam ini.


    Pada 31 Januari- 2 Februari 2008 ,kami team KRJ lepasan SPM 2007 graduate ISK telah diberi peluang untuk menjadi fasilitator bagi Kem Kepimpinan Pelajar di Sekolah Menengah Teknik Dungun,Terengganu. Kebanyakan fasilitator yang hadir adalah dari kalangan mereka yang baru lepas menghadiri Mukhayam IPT di Al-Amin Dungun seminggu sebelumnya. Program ini memerlukan pengorbanan setiap fasilitator yang terpaksa meninggalkan’ rumahku syurgaku’ kerana kami diberitahu oleh Akh Fakhrul ketika Mukhayam itu berlangsung..Namun demi menunaikan tanggungjawab kami sebagai seorang khalifah Allah,kami tetap menggalas peranan kami sebagai fasilitator.Bagi memudahkan tugas, Akh Fakhrul telah memilih dari kalangan kami, peserta mukhayyam untuk menjadi fasilitator. Bagi Ikhwah dan Akhawat lain,Insyaallah,nanti giliran antum akan sampai.

    Program bermula pada petang khamis dengan slot berkenalan dengan fasilitator.Namun atas sebab-sebab tertentu beberapa fasilitator terpaksa datang lambat.Antara fasilitator yang hadir ialah Akh Mus’ab, Akh Aanal, Akh Fitri, Akh Mansur, Akh Hasan Amin, Akh Nazrin dan Akh ‘Aizat.Bagi Akhawat pula,Ukht Noraini,Ukht Athirah,Ukht Fatin, Ukht Shahidah dan Ukht Munirah.


    Peserta bagi kem ini terdiri daripada AJK Majlis Pelajar Islam Teknik Dungun (MAPITED) serta AJK Surau SMTD. Kesemua mereka terdiri daripada pelajar Tingkatan 5 yang bakal menduduki SPM pada tahun ini.Tahniah buat mereka kerana dalam kesibukan untuk menduduki TOV sedikit masa lagi, mereka masih mampu memberi komitmen yang sepenuhnya dalam program ini. Para peserta dibahagikan kepada 12 kumpulan dan setiap kumpulan dipantau oleh seorang fasilitator.

    Petang itu, kami ,fasilitator makan malam agak lambat berbanding para peserta .Semasa makan, sayup sayup kedengaran suara membaca ma’thurat secara beramai-ramai melalui pembesar suara di surau. Ana akui,ana agak ‘impressed’ dengan fenomena ini. Terdetik di hati kami,bagusnya budak-budak kat sini. Mereka meng’islamic’kan suasana di sekolah teknik ni. Baca mathurat rupa-rupanya dijadikan rutin sebelum azan maghrib berkumandang. Bagus….bagus. Apa yang baik kita jadikan teladan.Insyaallah.

    Selepas solat maghrib,kami membaca surah yasiin beramai-ramai. Sekali lagi surau SMTD bergema dengan kalimah suci dari para ramaja yang memakmurkan rumah Allah. Alhamdulillah … Masa yang terluang selepas bacaan Yasiin digunakan sepenuhnya untuk bermesra dengan pelajar dari kalangan peserta dan bukan peserta kem..Dan untuk pengetahuan para pembaca, kesemua pelajar Tingkatan 5 SMTD yang tinggal di asrama tidak pulang ke rumah hujung minggu tersebut. Namun hanya segelintir mereka yang dipilih oleh Allah untuk mendaftarkan diri dalam kem ini. Usai solat Isyak, kami bergegas ke dewan tertutup sekolah teknik yang seakan –akan dewan kuliah. Emm,selesa dan indah. Sekali lagi ana kagum kerana sekolah ini mempunyai dewan yang sedemikian rupa yang biasanya hanya terdapat di universiti2/ kolej2.


    Kepentingan Tarbiyyah Untuk Pemimpin… nampak ringan tajuk ni tapi intipatinya amat berat. Slot pertama ini disampaikan oleh Akh Mus’ab. Sekaligus, slot ini dijadikan slot pengenalan kepada ISK yang akan disampaikan esok hari.. Ya.. sebagai pengenalan supaya mereka jelas akan hala tuju mereka dan apa yang patut mereka lakukan selepas kem ini berakhir. Para fasilitator di serbu oleh peserta yang menagih jawapan setiap kali penceramah memberikan soalan. Adus ! pening lah jugak kami ni Tiba-tiba aja saudara penceramah kata “Tahu tak kenapa? Haa Tanya fasi kamu..” Mula-mula agak kelam kabut la kami.. tak sangka kena serbu sedemikian rupa oleh adik-adik tercinta yang menagih jawapan dari kami. Isy ….rasa macam artis kena serbu peminat la pulak J…. Apapun, alhamdulillah kami udah bersedia dan berkat dari apa yang kami dengar sebelum nih, kami cuba berikan yang terbaik buat mereka. Slot malam tu berakhir dengan jayanya. Sebelum balik ke kamar masing- masing, kami menyanyikan lagu ‘ADAKAH KAU LUPA’ dengan penuh semangat, bagi mereka yang pertama dengar lagu tu pun,, terikut2 dengan rentak dan liriknya… semoga mereka memahami apa yang tersirat di sebalik lagu ini. Emm ….setakat malam ni, tak de la lagi peserta yang nak tarik diri daripada join kem ini. Kesemuanya kelihatan bersemangat untuk meneruskan hari esok. Semangat orang muda la kata kan… kami yang dah berumur pun jadi turut bersemangat.. J

    Qum , taqarrubillah! Pagi-pagi lagi kami dah dikejutkan oleh Biro ( pengawas asrama ) melalui pembesar suara yang menyuruh kami bangun untuk ber qiamullail. Nak qiam mesti lah bangun awal kan.. Qiam bermula pada pukul 5.15 pagi dan diketuai oleh Akh Fitri selaku jurucakap dan pak imam . Dia dengan bersemangat menceritakan kelebihan kelebihan solat sunat serta cara mengerjakannya. Rasa mengantuk kami cuba lawan habis habisan . Terbit rasa syukur dihati ini kerana berpeluang untuk bangun mendekatkan diri pada Ilahi di kala orang lain berselimut rapi. Semoga kami berpeluang untuk beristiqamah dalam melakukan ibadah ini. Amin ..

    Sejurus selepas berkumandang azan subuh , surau SMTD sekali lagi di penuhi dengan pelajar termasuk yang bukan peserta . Masyaallah ! hampir 5 saf bagi Ikhwah . Kalau di tempat lain (bukan nak kata), kadang kadang nak ada 2 saf pun susah …….selepas solat subuh , para peserta bergegas ke dewan untuk mendengar kuliah subuh yang di sampaikan oleh Akh Megat. Remaja Dan Dakwah.. besar peranan kita selaku generasi yang akan mengubah ummah sekaligus membawa ummah ke arah yang lebih baik. Dalam masa yang sama , Akh Fakhrul pula menyampaikan kuliah subuh kepada pelajar yang tidak menyertai kem ini. Kira seri lah kan.. ikut kem ke atau tak ikut, dapat jugak pengisian. Alhamdulillah … Selepas kuliah, peserta bergegas ke dewan makan untuk sarapan sebelum turun ke court untuk riadah.. akal yang cerdas datangnya dari badan yang sihat. Banyak hikmah yang tersirat di sebalik apa yang baik untuk diri kita. Melalui riadah yang ringkas lagi santai ini secara tak langsung dapat mengeratkan ukhuwwah antara kami..

    Seperti yang telah dijanjikan, pagi itu bermulalah slot leadership training atau dalam kata lain Inilah Sejarah Kita (ISK) oleh Akh Megat yang diimport khas dari kerteh, kemaman. Dari jauh beliau datang dengan misi untuk mengubah pemikiran anak bangsa supaya bangga dengan identity kita sebagai seorang muslim. Satu demi satu idea dikupas dan para peserta diajak berbincang berkenaan kegemilangan kita suatu ketika dahulu. Sekali lagi fasilitator menjadi tumpuan peserta yang dahagakan penjelasan. Di tengah kehangatan meyelami modul inilah sejarah kita, semua warga dewan berdiri dan menyanyikan lagu adakah kau lupa sebagai pembakar semangat. Terdengar ungkapan para peserta di telinga ana yang mengatakan bahawa mereka bukan lupa akan kegemilangan kita suatu ketika dahulu, tetapi mereka tidak pernah mengetahuinya. Masyaallah, tugas siapa lagi yang akan menyampaikan kepada mereka kalau bukan kita yang tahu.. slot leadership training berlangsung sepanjang hari hingga pukul 4.30 petang dengan hanya berhenti untuk rehat, makan dan solat. Sesekali diselang dengan nyanyian lagu Adakah Kau Lupa yang membakar semangat kami. Segala input yang disampaikan akan cuba kami hayati dalam kehidupan seharian. Petang itu, beberapa orang fasi ikhwah bersama Akh Megat bertolak ke Besut untuk menyampaikan isk kepada ihwah di sana yang belum mendengarnya. Ukht Noraini pula bertolak ke kerteh pada sebelah malamnya sebelum meneruskan perjalanan ke Universiti Islam Antarabangsa Malaysia ( UIAM ) Gombak bagi menghadiri Muzakarah IPT Nasional (MIN) di bawah anjuran Karisma Nasional. Semoga Allah memberkati perjalanan mereka.

    Sebelah malamnya usai solat Isya’ berjemaah, kami dihidangkan pula dengan pengisian oleh Akh Fakhrul di bawah modul kepimpinan naqib dan berkenaan Manhaj Perubahan Ummah. Para peserta diberikan penerangan tentang kepentingan usrah sebagai satu unit asas dalam merealisasikan matlamat ini. Semoga kami diberikan kekuatan dalam menghadapi mehnah dan tribulasi dalam dakwah. Di tengah ceramahnya, Akh Fakhrul sempat memasang klip video kumpulan Soldiers Of Allah yang bertajuk 1924 dan Bring Back Islam. 1924 sarat dengan sejarah ummah kita dari zaman kegemilangannya hinggalah zaman kejatuhannya. Klip video yang direka oleh pelajar Malaysia yang melanjutkan pelajaran ke UK itu begitu menarik perhatian para peserta termasuk para fasilitator.

    Minna , ohayo! Pagi keesokan harinya, sekali lagi kami harus bangun awal bagi sesi qiamullail. Namun begitu, qiam pada hari ini bermula agak lewat kerana terlambat bangun. Nak wat camne kan..diorang letih sangat kot. Selepas solat subuh berjemaah, para peserta bergerak ke dewan untuk mendengar kuliah subuh yang disampaikan oleh Akh Umair Badrul. Rasa mengantuk di perangi habis-habisan oleh para peserta demi meneguk secangkir ilmu. Menjelang pukul 9.15 pagi, slot remaja 1 pun bermula. Dalam slot ini, para fasilitator ikhwah membentangkan kesimpulan daripada apa yang telah disampaikan oleh akh Megat semalam. Seorang demi seorang keluar ke hadapan demi menyampaikan ilmu mereka. Sekaligus, mereka melakarkan graf kebangkitan Islam dan zaman kejatuhannya. Terdengar keluhan lega daripada peserta kerana apabila melihat graf ni, barulah senang nak ingat apatah lagi nak faham..


    Slot remaja 2 bermula pada pukul 10.30 pagi. Dalam slot ini, para fasilitator di minta menjadi mata-mata bagi meneliti setiap peserta dalam kumpulan masing2. ehmm. Suspens gak la. Akh fakhrul meminta kami meneliti bacaan Al-Quran setiap peserta. Mereka yang bagus bacaannya akan dipilih untuk menjadi naqib/ naqibah bagi kumpulan usrah yang akan ditubuhkan. Alhamdulillah penerusan tarbiyyah ada dalam sekolah ni. Dalam masa yang sama, para peserta juga dimestikan berbincang akan aktiviti2 yang akan mereka lakukan di sekolah bermula selepas habis kem hinggalah bulan 7. kenapa bulan 7? Semua peserta adalah terdiri daripada ajk MAPITED dan ajk surau dan kesemua ajk adalah terdiri daripada pelajar ting. 5. SPM kan dah dekat tu. Tak nak lah bagi diorg sibuk sangat. Namun, telah diingatkan, usrah tetap jalan.. Hasil perbincangan dibentangkan di depan dewan group by group. Para peserta begitu bersemangat menyampaikan plan of the year mereka. Insyaallah, semoga apa yang mereka rancangkan terhasil dengan jayanya.

    Sayonara na….tiba masa untuk majlis penutup. Rasa sayang nak berpisah dengan adik-adik. Namun, apakan daya, hidup mesti diteruskan. Majlis penutup berjalan dengan lancer. Turut hadir bagi memeriahkan majlis ialah PK HEM SMTD, Cikgu Md Yatim bin Mat. Beliau menyampaikan ucapan perasmian penutup yang begitu panjang lebar. Beliau juga telah meletakkan harapan yang begitu tinggi kepada para peserta supaya membawa perubahan apabila sesi persekolahan bermula keesokan harinya. Jangan hanya hangat-hangat tahi ayam.

    Secara keseluruhannya, program berjalan dengan lancar. Cuma pada masa akan datang, kita perlulah merancang dengan lebih terperinci apabila menerima sebarang tawaran. Contohnya, bagi akhawat kami mengalami masalah kekurangan fasilitator kerana pada awalnya kami diberitahu tidak perlulah terlalu ramai fasi. Tempat program amat memuaskan kerana cukup segala facilities yang kami perlukan. Cuma apa yang penting adalah penerusan tarbiyyah terhadap para peserta. Mereka adalah asset penting yang perlu kita jaga. Akan tetapi kebanyakan kami menetap di daerah kemaman dan kuala terengganu, oleh itu untuk kami keep in touch dengan mereka agak terbatas tambahan pula mereka tidak dibenarkan membawa handphone ke asrama…. Sekian saja untuk kali ini. Sebarang tersalah kata mahupun tersalah maklumat ana dahului dengan berbanyak kemaafan. Semoga kita terus istiqamah dalam menjalankan tugas kita sebagai seorang daie dalam kesempatan yang kita ada ini. Segala yang baik itu dari Allah dan yang tersilap dan tersalah itu dari kelemahan ana sendiri. Hakikatnya dari Allah. Wassalam….

    Abulcasis
    12 Sofar 1429h..
    posted by KRJ TERENGGANU @ 6:48 pm   0 comments
    JAWATANKUASA REMAJA KRJ NEGERI TERENGGANU 2008

    PENGERUSI : Muhammad Munzir Bin Muzahar (Sek Men Islam Al Amin Kemaman)

    TIMBALAN PENGERUSI : Muhammad Irfan Bin Bahrin (Sek Men Islam Al Amin Kemaman)

    NAIB PENGERUSI 1 : Humairaa' Bt Abdul Malek (Sek Men Islam Al Amin Kemaman)

    NAIB PENGERUSI 2 : Wan Hani Munirah Bt Wan Muhd Rosdi (Sek Men Keb Agama Tok Jiring Kuala Terengganu)

    SETIAUSAHA KEHORMAT : Nurul Najihah Bt Khairudin (Sek Men Islam Al Amin Kemaman)

    BENDAHARI : Hafizuddin Bin Mohd Ridzuan (Sek Men Islam Al Amin Kemaman)

    Alamat Pejabat KRJ Terengganu : No 5, Taman Seri Melor 4, Bt 6, 23000 Dungun, Terengganu Darul Iman

    TELEFON@SMS : 014-836 8371 (Penasihat JK Remaja KRJ Terengganu)

    Lagu KRJ Terengganu@mp3


    CARI ARTIKEL
    ARKIB KRJ
    PAUTAN KRJ
    LAMAN NASYID KONTEMPORARI
    SIARAN TELEVISYEN
    KREDIT


    BLOGGER




    © 2008 Kelab Remaja JIM Terengganu [Remaja Mithali Tunggak Kepemimpinan]Hak Cipta Terpelihara ; KRJ Terengganu.