<$BlogMetaData$>
 

 

 

Terengganu

www.krj-tganu.blogspot.com

 
Cikgu Norfizam bin Said
PENGARAH KRJ TERENGGANU
Demi Masa, Sesungguhnya Manusia Itu Berada Di Dalam Kerugian..


KALENDAR AKTIVITI TERKINI


  • EKSPEDISI REMAJA KENTAL 2008!
    NANTIKAN PENGUMUMAN SELANJUTNYA
  • Chat @ KRJ Tganu

    ALBUM KRJ
  • Album 2008
  • Album 2007
  • Album 2006
  • Album 2005
  • JELAJAH INFORMASI
  • Utusan Online
  • BHarian Online
  • Harian Metro
  • NSTP
  • Harakahdaily
  • AMIR
  • ABIM
  • Islamonline
  • Palestinkini
  • JAKIM
  • LINK PENDIDIKAN
  • Kementerian Pendidikan Msia
  • Universiti Islam Antarabangsa
  • Universiti Kebangsaan Msia
  • Universiti Malaya
  • Universiti Putra Malaysia
  • Universiti Sains Malaysia
  • Universiti Utara Malaysia
  • Universiti Teknologi Msia
  • Universiti Msia Sabah
  • Universiti Msia Sarawak
  • Universiti Telekom
  • UiTM
  • KUSZA
  • Yayasan Pelajaran MARA
  • Politeknik Malaysia
  • KUKUM
  • KUIM
  • KUTKM
  • KUITTHO
  • KUSTEM
  • Maktab
  • BARISAN KEPIMPINAN JAWATANKUASA REMAJA KRJ SESI 2006-2007. JASAMU DIKENANG !

    PENGERUSI : Muhammad Mus'ab Bin Muzahar.

    TIMBALAN PENGERUSI 1 : Hafizuddin Bin Mohd Ridzuan

    TIMBALAN PENGERUSI 2 (Ketua Puteri) : Munirah Bt Mazlan

    SETIAUSAHA KEHORMAT : Maisarah Bt Zulkifli

    BENDAHARI : Nur Ilyana Amani bt Mohd Nasir

    HUBUNGI KAMI
    Maklumat lanjut boleh hubungi moderator, Akh Mohd Sufian Mat Ali, 014-836 8371
    krjtgg_mod@yahoo.com
    Tanda Buku Pelawat
     

          PENGENALAN KRJ       DAFTAR ONLINE          

             HOME    FORUM

    VIDEO KLIP LAGU KRJ TERENGGANU      
    Diari PINTAR 2006
    Wednesday, August 23, 2006
    Assalamualaikum..

    Alhamdulillah Perhimpunan Remaja Soleh Solehah Terengganu (PINTAR 2006) telah pun berjaya dilaksanakan pada 17-19 Ogos 2006 dengan diserta peserta seramai 136 org peserta dari daerah Kuala Terengganu (36 org), Dungun (31 org) dan Kemaman (70 org). PINTAR 2006 diadakan di Kolej Teras Timur Dungun dan merupakan program yayng julung-julung kalinya di anjurkan oleh KRJ Terengganu.

    Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam PINTAR 2006 ini terutamanya team AJK yang diketuai oleh Pengarah PINTAR 2006 Abg Faidz, Kem Komanden Abg Din dibantu oleh Abg Sufi dan Abg Ammar serta barisan muallim sekolah al amin (Abg Izazie, Abg Fahmi dan Abg Saufi). Jazakallah tak terhingga untuk antum semua… Juga barisan ikhwah/akhawat senior JIM Dungun. Tak lupa juga buat team fasilitator yang di ketuai oleh Abg Fatihee dan Kak Shidah.. terima kasih banyak2 kerana menyediakan barisan fasilitator untuk PINTAR 2006.. Ana juga menghargai usaha-usaha team PINTAR 2006 kerana bukan sahaja AJK yang menguruskan program tetapi juga menjadi team sokongan kepada fasilitator, begitu juga dengan fasi, membantu AJK dalam urusan program.. Secara jujurnya PINTAR 2006 kekurangan tenaga kerja, tetapi alhamdulillah gandingan AJK+Fasi amat bermakna untuk kelancaran PINTAR 2006.

    PINTAR 2006 menekankan pengisian yang berbentuk 80% indoor (ceramah, kuliah, tamrin, LDK dsb) dan selebihnya aktiviti riadhah bermula pada 17 Ogos 2006 dengan sesi pendaftaran peserta dilakukan lebih kurang jam 6 ptg.. Peserta dari Kuala Terengganu dan kemaman tiba agak lewat sedikit (selepas maghrib). Sesi pertama adalah ice-breaking dengan peserta bermula selepas solat isya’ yang dikendalikan oleh Abg Din bersama team fasi. Pada permulaannya nampaok segan-segan dan malu kerana baru pertama kali sampai. Pembuka bicara dengan memperkenalkan semua fasi dan AJK, suasana agak bingit juga disebabkan ragam2 fasi yang pelbagai terutamanya Abg din (beliau suka melawak masa Ice-Breaking). Selepas perkenalan dengan fasi, people scavenger adalah permainan seterusnya, tapi kali ini telah diubah sedikit.(rahsia).. Kemudian pembahagian kumpulan, dan permainan belon dalam kumpulan dan diikuti dengan sesi ta’aruf ahli kumpulan dengan fasilitator. Tamat ice-breaking agak lewat (hamper jam 1 pagi).

    Hari ke dua, dihiasi dengan qiamullail, tapi mula agak lewat mungkin peserta agak keletihan disebabkan tidur lewat malam tadi. Pagi jumaat hujan renyai-renyai, sesi riadhah dan senaman dibuat dalam dewan. Abg din telah memperkenalkan senaman baru iaitu ‘Semangat Laut’ ana takkan cerita macam mana semngat laut tu, tapi hanya yang dating PINTAR sahaja tahu apa itu semangat laut. Perasmian PINTAR telah dilaksanakan oleh TYDP JIM Terengganu Hj Khairuddin Bin Mohamad. Dan disusuli dengan Refleksi Kepimpinan 1 oleh Hj Muzahar Bin Hitam yang membawa tajuk Remaja Dan Perubahan. Agak bersemangat penyampaian tersebut serta mendapat pujian dan respon yang positif dari pendengar.

    Sepanjang PINTAR 2006, terdapat lagu tema iaitu lagu Generasi Baru (Shoutul Harakah) dan Lagu KRJ Terengganu yang menjadi dendangan sepanjang masa. Selepas solat jumaat, LDK 1 yang dikendalikan oleh Abg Fazrul membawa topic perbincangan kepada isu-isu semasa remaja, yang memerlukan peserta berbincang dalam kumpulan bersama dengan fasi serta membuat pembentanganu dalam bentuk talk show. Habis agak lewat petang kerana banyak isu yang dibentangkan. Solat asar berjamaah serta penyampaian tazkirah ringkas oleh peserta sendiri. Selepas itu riadhah ringkas untuk petang tersebut. Ramai peserta dating lewat, apa lagi Abg Din tunjuk belang dengan mengenakan ‘Popia’ kepada mereka… macam-macam warna muka mereka yang kena ‘Popia’.. Riadhah petang itu dikendalikan oleh peserta mengikut tugasan kumpulan yang telah diberikan. Peserta yang lewat juga dikehendaki membuat demo ‘semangat laut’ untuk diikuti oleh peserta yang lain.

    Malam seperti biasa, solat maghrib dan kuliah maghrib yang disampaikan oleh Abg Fazrul bertajuk Iman, Islam dan Ehsan. Dan selepas isya’ adalah Refleksi Kepimpinan 2 yang disampaikan oleh Ustaz Tajul bertajuk Jatuh Bangun Umat Islam seluru dunia. Pada malam ini ramai fasi dan ajk keletihan (habis ‘bateri’ Kak Shida kata).. tapi tetap digagahkan jua agar tanggungjawab ajk dan fasi terlaksana jua. Ada juga peserta yang ‘habis bateri’ gara-gara penangan PINTAR 2006. Tetapi sumbangan antum sebagai fasi dan ajk amat bermakna dalam PINTAR kali ini. Habis ceramah, peserta diberi minum malam dan kembali semula ke dewan untuk LDK 2, yang membincangkan semula tajuk yang disampaikan dalam Refleksi Kepimpinan 2. Peserta tidur selepas tamat LDK.

    Pagi sabtu (hari ketiga).. qiamullail terbatal dengan sendirinya kerana peserta lambat bangun.. pagi itu di gegarkan dengan suara Abg Ammar untuk menggerakkan peserta. Mereka yang lewat telah dikenakan denda senaman ‘biawak pasir’ agak pelik la abg din ni…macam2 senaman yang diciptanya. Riadha pagi tu buat di tepi pantai Laut China Selatan bertemankan tiupan angin dan deruan ombak memukul pantai. Disinilah senaman ‘biawak pasir’ dan ‘semangat laut’ dialaksanakan di atas gelanggang yang tepat. Habis sahaja riadhah diadakan kuliah ringkas oleh Ustaz Tajul berkaitan denganu Isra’ dan Mikraj.

    Tamatnya riadhah, peserta balik ke hostel untuk bersiap dan sarapan pagi.. Pagi tersebut Refleksi Kepimpinan menanti mereka yang di sampaikan oleh Adik Mus’ab Muzahar dari SMT Dungun anak kepada Hj Muzahar yang juga merupakan graduan LEADeRS. Palestin menjadi tajuk pilihan beliau, sambutan dan respon yang positif telah diberikan oleh pendengar. Dalam boring muhasabah ada antara peserta yang komen yang maksudnya lebih kurang begini ‘ bapa borek anak rintik’ ‘kemana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi’ .. Tahniah Mus’ab kerana memberikan persembahan yang terbaikp. Remaja lain patut mencontohinya kerana dalam usia yang begitu muda mampu tampil ke hadapan untuk menerangkan isu-isu semasa terutamnya isu palestin.

    Forum perdana disusuli selepas habisnya penyampaian Mus’ab, dengan dibarisi oleh 4 orang ahli panel iaitu Abg Fazrul, pasangan pengantin baru (Abg Faidz dan Kak Farhana) dan Kak Rashidah. Forum dipengerusikan oleh Ammar Rifdi juga dari SMT Dungun. Forum ini banyak berkisar tentang perkongsian pengalaman menjadi dan mengruskan remaja. Agak hangat perbincangan dengan dihujani pelabagai soalan dari penonton sehingga melewati masa yang telah ditetapkan.

    Tamat forum peserta bersiap untuk solat, makan, kemas bilik. Majlis penutup diadakan selepas selesainya solat zohor yang telah di rasmikan oleh Pengarah KRJ Terengganu. Pelbagai amanat dan pesanan telah disampaikan oleh beliau. Penyampaian sijil penyertaan telah pun dibuat dan kegembiraan jelas tergambar di wajah adik-adik semua. Masa ini lah telah dilancarkan Jawatankuasa KRJ yang akan digerakkan oleh remaja sendiri yang telah di pengerusikan oleh Muhammad Mus’ab Muzahar dan di Bantu oleh Adik Hafizudin Ridzuan dan Adik Munirah Mazlan. Pengerusi juga telah membacakan resolusi PINTAR 2006 iaitu ‘apa yang peserta akan laksanakan selepas PINTAR’.

    Majlis penutup PINTAR agak istimewa sedikit dari yang lainnya kerana ditayangkan klip video ‘The making of PINTAR’. Ketika ini ditayangkan segala aktiviti di sebalik tabir terjadinya PINTAR 2006. Dapatkan klip video tersebut dari Abg Sufi. Harga yang dikenakan insyaAllah berpatutan. Daripada klip video tersebut, terdapatnya cabutan bertuah. Seramai 4 org peserta telah pun memenangi cabutan bertuah tersebut. TAHNIAH!!!...

    Terdapat gerai jualan yang menjual cenderamata KRJ Terengganu sepanjang PINTAR 2006. Antara barangan yang dijual ialah pen, badge krj, bookmark dan lain-lain.


    PINTAR 2006 kali ini meninggalkan kenangan yang menyedihkan kerana kita akan kehilangan seorang aktivis krj yang berkebolehan iaitu Kak Rashidah yang akan melanjutkan pelajarannya di Universiti Al-Azhar Mesir. Dan PINTAR 2006 merupakan program terakhir beliau. Sedikit cenderahati ’istimewa’ telah pun disampaikan di penghujung majlis penutup.(lihat album PINTAR). Terima kasih tak terhingga di atas segala sumbangan yang Kak Rashidah telah berikan sepanjang hampir setahun bersama KRJ Terengganu. InsyaAllah mudah-mudahan usaha beliau diberkati Allah.

    Ana juga ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah pada adik-adik semua kerana berjaya menempatkan diri dan dapat mengharungi PINTAR 2006 selama 3 hari 2 malam, juga dapat bertahan melayan karenah abang-abang dan kakak-kakak fasi terutamanya abg din (sering mengenakan denda).

    Akhir kalam... mohon ampun dan maaf andai ada salah dan silap ana pada semua orang sepanjang PINTAR 2006. ana juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih yang tak terhingga kepada semua yang terlibat dalam menjayakan PINTAR 2006 yang julung-julung kali diadakan oleh KRJ Terengganu. Semoga pengalaman sepanjang PINTAR 2006 akan meninggalkan kenangan manis buat kita semua, dan insyaAllah dengan usaha kita yang sedikit di atas jalan dakwah ini beroleh keberkatan dan keredhaan Allah swt.

    Wallahualam..
    (sehingga kini, diriku masih merindui betapa indahnya suasana PINTAR 2006)
    posted by KRJ TERENGGANU @ 2:40 am   0 comments
    Wawancara Prof. Yusof Qardhawi
    Sunday, August 13, 2006
    Kenyataan ini dibuat oleh beliau ketika diwawancara oleh akhbar Mesir 'al-Wafd' pada hari Khamis 27 Julai 2006. Melalui wawancara tersebut, beliau mengalu-alukan pendirian dan sikap yang ditunjukkan oleh bangsa Arab tetapi dalam masa yang sama mengutuk sikap dan pendirian para pemerintah dan penguasa Arab yang mengkritik penentangan yang dilakukan terhadap Israel.

    Berikut adalah teks penuh wawancara tersebut:

    Soalan: Bagaimanakah keadaan ummat selepas tindakan ganas terhadap Lubnan?
    al-Qaradawi: Keadaan ummat kita adalah sebagaimana keadaan sedia ada pada hari ini iaitu dalam keadaan kekeringan dan kehinaan. Hanya satu perkara sahaja yang menunjukkan ummat ini masih hidup dan hati mereka masih mempunyai hubungan dengan kehidupan ialah penentangan yang kita dapat lihat di Palestin dan Lubnan. Selain dari itu, tiada apa-apa yang menggembirakan. Menyerah sahaja terhadap apa yang berlaku telah menjadi darah daging mereka terutama di kalangan para pimpinan kerajaan-kerajaan Arab.

    Soalan: Apakah faktor yang menyebabkan ummat Islam mengalami kehinaan sedemikian rupa?
    al-Qaradawi: Kerajaan-kerajaan Arab bertindak berdasarkan pegangan mereka terhadap beberapa perkara seolah-olah perkara itu adalah suatu yang tetap kekal, tidak lagi boleh berubah, atau mereka ingin menanamnya ke dalam kepala orang ramai. Antaranya ialah mereka berpegang bahawa Israel mempunyai kekuatan yang tidak mungkin boleh diatasi dan ditentang sama sekali. Oleh itu, kita hendaklah mengelak daripada bertembung dengannya.

    Dalam keadaan ini, kerajaan-kerajaan Arab menganggap penentangan yang dilakukan oleh HAMAS, Shuhada' al-Aqsa dan Solahuddin di Palestin, serta Hizbullah di Lubnan sebagai tindakan penuh bahaya dan tidak membawa apa-apa faedah serta menjerumuskan mereka ke kancah pertentangan terbuka dengan pihak Israel. Mereka bercakap tentang Israel seolah-olah Israel memiliki kekuatan yang tidak mungkin dikalahkan sebagaimana dikatakan tentang tentera Tatar dahulu. Dikatakan dahulu: "Jika dikatakan kepada anda bahawa Tatar telah kalah, janganlah percaya.

    "Itulah yang berlaku dan dengan sebab kelemahan yang ada pada kita, mereka berjaya mengalahkan kota Baghdad, memusnahkan tamadun Islam di sana dan membunuh sejuta orang Islam. Sehinggalah Allah mengurniakan kepada ummat ini seorang pahlawan beriman iaitu Saifuddin Qutz yang berjaya mengalahkan mereka dan mendustakan kepercayaan tadi. Selepas itu, tentera Tatar tidak lagi berdaya melakukan apa-apa.

    Soalan: Apa lagi perkara-perkara yang ingin mereka tanam dalam kepala umat Islam?a
    l-Qaradawi: Antara perkara yang mereka ingin tanamkan ke dalam kepala umat Islam, tidak kira golongan berpendidikan, para pemerintah mahu pun rakyat ialah bahawa apa sahaja yang diinginkan oleh Amerika pasti akan berlaku, seolah-olah Amerika adalah tuhan alam ini yang tidak boleh dipersoalkan tentang apa yang ia lakukan.Beliau menambah: Umat Islam masih lagi alpa meskipun perancangan jelas yang dipimpin oleh Amerika bagi merubah peta rantau Arab bermula dengan menamakannya sebagai Timur Tengah yang baru. Berdasarkannya, Amerika bertindak sebagaimana seorang tuan bertindak terhadap hambanya, atau sebagaimana seorang pemilik bertindak terhadap barang-barang milikannya. Ganjilnya, kita tidak mampu menentang.

    Amerika Syarikat mahu rantau ini berubah dengan Israel menjadi satu-satunya kuasa yang mencengkam dan boleh memaksa agar segala kehendaknya terlaksana terhadap semua negara Arab. Sesiapa yang tidak percaya terhadap hakikat ini, dia hendaklah melihat kembali kepada peristiwa-peristiwa yang telah berlaku. Seluruh dunia menyeru agar genjata senjata segera dilakukan, namun Amerika adalah satu-satunya negara yang menentang dengan menyeru agar peluang diberikan bermatlamat untuk merubah hakikat realiti yang sedang berlaku.

    Bahkan lawatan yang dilakukan oleh Setiausaha Luar Amerika, Condoliza Rice lewat dilakukan bertujuan memberikan peluang kepada Israel untuk menyempurnakan perancangannya untuk memusnahkan semua prasarana kehidupan di Lubnan dengan meruntuhkan rumah-rumah, membunuh orang-orang yang tidak bersalah dan menyebabkan ribuan rakyat kehilangan tempat tinggal. Inilah Amerika sebenarnya. Selagimana ia menjadi pemberi perintah dan larangan kepada negara kita, maka selama itulah kita akan tetap menjadi hambanya yang sentiasa patuh kepada segala perintah dan larangannya!


    Soalan: Bagaimana pula sikap pemimpin-pemimpin Arab terhadap krisis ini?
    al-Qaradawi: Kerajaan-kerajaan Arab tidak mempu bernafas dan bercakap apa-apa. Jika kerajaan-kerajaan ini berkata kami tidak bersedia untuk menghadapi apa-apa peperangan, maka apa lagi yang boleh kita harapkan daripada mereka? Mereka telah memberikan lampu hijau kepada Israel agar Israel berbuat apa sahaja terhadap kita dan akhirnya menundukkan rantau ini sepenuhnya.

    Sehingga salah seorang pemimpin Arab pernah berkata: "Kita tidak mampu berhadapan dengan Israel." Seolah-olah mereka berkata kepada Israel:"Benamkanlah kepala kami ke dalam lumpur sebagaimana kamu inginkan! Musnahkanlah rumah-rumah kami! Cabulkanlah kehormatan kami! Bunuhlah kanak-kanak kami! Kami tidak mampu menghadapi kamu!" Adakah wujud di dunia ini seorang berakal yang berkata kepada musuhnya: "Aku tidak mampu menghadapi engkau?!"

    Seorang manusia yang merdeka akan berkata kepada orang yang mahu membunuhnya: "Aku sanggup menghadapi kematian kerana mempertahankan kehormatanku." Kehinaan yang kita saksikan pada para pemimpin Arab hari ini adalah bercanggah dengan adat kebiasaan bangsa Arab. Mereka lupa dan melupakan kita kepada bait-bait syair yang kita hafal yang berbicara tentang kemuliaan Arab. Di manakah syair yang diungkapkan oleh al-Mutanabbi:

    Kemuliaan yang tinggi pasti beriringan dengannya kesakitan. Sehingga ditumpahkan darah di sekitarnya.

    Di mana pula kata-kata Shawqi:
    Bagi mencapai kemerdekaan, mesti melalui pintu merah. Kerana diketuk dengan tangan berlumuran darah.

    Soalan: Apakah penyelesaiannya bagi menghadapi para pemimpin yang hanya mementingkan tampuk kekuasaan mereka?
    al-Qaradawi: Keadaan pelik ini tidak mungkin akan berterusan. Mungkin ia akan berterusan buat sementara waktu, tetapi ia tidak mungkin berterusan selama-lamanya. Pada waktu ini kita dapati banyak bangsa telah bangkit menentang pemerintah mereka. Para pemimpin Arab juga tidak mungkin akan terus berkuasa selama-lamanya selagi mana mereka tidak berubah. Jika ini juga tidak berlaku, maka logik mengatakan bahawa mana-mana pemimpin tidak akan berkekalan selama-lamanya.

    Bukti paling jelas ialah negara Kesatuan Soviet yang mencapai puncak kuasa yang tidak pernah dicapai oleh mana-mana negara dan menjadi kuasa dunia kedua terbesar. Namun ia tetap runtuh hasil daripada masalah dalaman yang berlaku. Ia juga sebagaimana firman Allah yang bermaksud: "Jika kamu berpaling, nescaya Allah akan menggantikan kamu dengan kaum yang lain."

    Soalan: Bagaimana pula tentang 'penentangan' (al-muqawamah ) dan sikap rakyat terhadapnya? Apakah hukum syarak terhadap apa yang dilakukan oleh Hizbullah?
    al-Qaradawi: Mana-mana negara dan mana-mana bangsa berhak untuk bangkit menentang penjajah. Dan sebagai orang Islam, kita wajib bangkit memberikan bantuan kepada saudara kita seIslam. Jumhur fuqahak Islam berkata mana-mana negeri yang dijajah oleh musuh, penduduknya wajib mempertahankannya dengan segala kemampuan yang ada.

    Dalam keadaan ini, segala hak individu gugur dan diutamakan hak umum, jihad menjadi fardu ain. Seorang perempuan hendaklah keluar berjihad meskipun tanpa keizinan suaminya, seorang anak meskipun tanpa keizinan bapanya, seorang hamba meskipun tanpa keizinan tuannya, kerana hak umat Islam hendaklah diutamakan daripada hak individu.J

    ika penduduk negeri itu tidak bertindak, maka jiran mereka hendaklah menyelamatkan mereka, kemudian jiran yang lebih jauh dan jiran yang lebih jauh, sehingga mencakupi ummat keseluruhannya. Sekarang kita semua berkewajipan bangkit mempertahankan Lubnan daripada serangan angkuh Israel yang memusnahkan sebuah negara hanya kerana tiga orang tenteranya yang ditawan. Sebelum itu, seorang Arab pun tidak bergerak demi menyelamatkan hampir 10 ribu tahanan di dalam penjara Israel yang bongkak dan angkuh itu.

    Peribahasa ada mengatakan: Wahai Firaun! Apakah yang menyebabkan engkau bertindak zalim?" Dia menjawab: "Kerana tak aku temui seorang pun menghalangku!"

    Soalan: Apa pandangan anda terhadap apa yang dilakukan oleh rakyat dan bangsa Arab serta kemarahan memuncak yang mereka tunjukkan?
    al-Qaradawi: Umat Islam sedang berada dalam keadaan yang boleh diratapi. Satu-satunya perkara yang menyeksakan saya ialah kemarahan yang mereka tunjukkan di jalan-jalan raya. Mereka semua kepanasan menahan api kemarahan dan mereka mahu keluar berperang dan berjihad serta membalas dendam terhadap para pembunuh. Tetapi malangnya, mereka tidak mempunyai jalan untuk merealisasikan cita-cita mereka untuk berjihad.

    Soalan: Apakah masalah yang menghalang umat Islam di negara-negara Arab untuk melaksanakan jihad?
    al-Qaradawi: Masalah mereka ialah kerana mereka tidak mempunyai kebebasan. Jika benar negara kita mempunyai kebebasan, nescaya jutaan umat Islam bersedia untuk berjihad dan memberikan bantuan kepada semua bentuk penentangan di seluruh negara Arab dan Islam.

    Soalan: Ada orang berkata 'penentangan' rakyat Lubnan adalah penentangan Syiah sedangkan majoriti kita adalah terdiri daripada ahlis sunnah?
    al-Qaradawi: Penentangan adalah perkara paling mulia yang dimiliki oleh umat ini, sama ada di Palestin atau Lubnan. Meskipun ia dilakukan oleh puak Syiah, namun ia tidak menjejaskan penentangan yang dilakukan oleh rakyat Lubnan itu, selagi mana merekalah yang mengangkat senjata dan mengambil tanggungjawab untuk membersihkan bumi Islam daripada kekotoran Israel. Sebelum ini mereka pernah menang, mengalahkan Yahudi dan yang hanya masih tinggal ialah Kebun Shib'a yang mereka akan bebaskan tidak lama lagi, insya Allah.

    Saya tidak membezakan antara Syiah dan Sunnah, meskipun Syiah berbeza dengan kita dalam beberapa perkara cabang. Mereka tetap terdiri daripada ahli La ilaha illallah. Mereka mempunyai persamaan dengan kita dalam banyak perkara-perkara prinsip. Mereka bersama-sama dengan kita dalam lingkungan umat Islam, sebahagian yang tidak terpisah daripadanya.

    Namun saya mempunyai kata-kata nasihat yang ingin saya sampaikan kepada mereka. Saya tidak bersetuju dan mengutuk sikap fanatik yang ditunjukkan oleh Syiah di Iraq. Saya menyeru agar mereka meninggalkan tindakan keganasan yang mereka lakukan terhadap saudara-saudara mereka dari kalangan ahlis sunnah. Mereka hendaklah menghalang daripada berlaku penyembelihan yang sedang berlaku, kerana ia hanya akan memberikan keuntungan kepada penjajah Amerika dan regim Zionis.

    Soalan: Apakah yang menjadikan anda kagum terhadap 'penentangan' Lubnan pada masa lalu?
    al-Qaradawi: Antara kebanggaan yang lakukan oleh penentangan Lubnan ialah buat pertama kalinya mereka berjaya menawan tentera Israel sedangkan sebelum ini Israellah yang menawan kita. Di dalam penjara-penjara Israel terdapat ribuan tawanan kita sedangkan tidak seorang pun yang kita tawan daripada mereka.

    Oleh itu, Israel menjadi gila setelah tenteranya ditawan, sedangkan sebelum ini hanya Israel yang boleh menawan, membunuh dan memusnahkan. Seolah-olah hanya tentera mereka adalah manusia sedangkan tentera kita bukan manusia. Penentangan Lubnan itu telah memberikan pengajaran yang menyakitkan kepada regim Israel dan membalas dendam demi mempertahankan kehormatan kita seluruhnya.

    Beliau seterusnya menambah: Antara kebanggaan yang dilakukan oleh 'penentangan' Lubnan juga ialah kemampuannya untuk melancarkan roketnya hingga ke dalam kawasan Israel sehingga menyebabkan mereka lari bertempiaran mencari tempat perlindungan. Buat pertama kali, Israel mengaku kehilangan nyawa dan berlaku kecederaan hasil daripada pengeboman yang dilakukan oleh Hizbullah terhadap beberapa bandar di Israel sehingga menyebabkan kerugian yang ditaksirkan berjuta-juta dolar.

    Hanya orang yang tahu sahaja menyedari betapa besarnya kerugian yang dialami oleh Israel kerana ia berlaku pada masa kebiasaannya Israel dikunjungi oleh ramai pelancong yang memberikan keuntungan jutaan dolar kepada mereka. Tetapi kini, para pelancong tidak lagi berani datang ke sana. Manakala kemalangan jiwa dan kecederaan yang berlaku pada pihak kita, maka kita mengatakan sebagaimana dikatakan oleh Rasulullah saw ketika Perang Uhud: "Orang-orang yang terbunuh di kalangan mereka di dalam neraka, tetapi orang-orang yang terbunuh di kalangan kita di dalam syurga.

    "Kita berperang demi memperoleh dua ganjaran iaitu sama ada kemenangan atau mati syahid. Sebagaimana firman Allah swt yang bermaksud: "Jika kamu merasa sakit, mereka juga merasa sakit sebagaimana kamu merasainya, tetapi kamu berharap kepada Allah sedangkan mereka tidak."

    'Penentangan' Lubnan berjaya menyebabkan kerugian besar kepada tentera terkuat yang di belakangnya terdapat Amerika dan sekalipun Israel berperang menggunakan senjata canggih Amerika, di samping sokongan Amerika dari sudut politik, ekonomi, ketenteraan dan senjata veto, tetapi Hizbullah berperang dengan kekuatan keimanan.

    Soalan: Adakah anda melihat ada bibit-bibit kebaikan selepas umat Islam memperlihatkan kemarahan mereka terhadap tindakan serangan yang dilakukan oleh Israel?
    al-Qaradawi: Dalam tempoh terdekat masih belum kelihatan bibit-bibit kebaikan itu. Namun dalam jangka masa panjang, berbekalkan kekuatan dalaman yang ada pada kita, kita dapati banyak terdapat bibit-bibit kebaikan itu. Umat Islam memiliki banyak perkara yang tidak boleh dipandang mudah. Dari sudut bilangan, mereka mencapai angka satu setengah bilion. Dari sudut ekonomi, mereka memiliki minyak di samping bumi mereka adalah bumi yang mempunyai pelbagai jenis kekayaan. Mereka juga mempunyai pantai, lautan dan lembah yang indah.

    Di samping itu, kita juga memiliki kekuatan ruh terhadap risalah terakhir yang diturunkan Allah. Kita juga memiliki al-Quran, dokumen ilahi yang tidak dimiliki oleh orang lain. Di samping itu, kita juga memiliki kekuatan tamadun. Kita adalah kawasan tamadun-tamadun kuno bertapak, tamadun Firaun di Mesir, tamadun Babylon di Iraq dan tamadun Parsi di Iran. Amerika pula hanya mempunyai umurnya yang berjumlah 2 ribu tahun sahaja. Kita juga merupakan tempat lahirnya semua risalah langit.


    Soalan terakhir: Adakah semua ini sudah memadai bagi kita mencapai kemenangan dalam menghadapi segala perancangan musuh?
    al-Qaradawi: Kita berkeyakinan bahawa kita berada di atas kebenaran sedangkan musuh kita berada di atas kebatilan. Sekalipun kebenaran itu menghadapi beberapa rintangan, tetapi ia pasti akan menang akhirnya. Lihatlah kepada sejarah! Golongan Salib telah datang ke Palestin dan mereka mendirikan tembok serta benteng, namun Allah swt menghantar beberapa orang pahlawan bagi orang-orang Islam yang dapat mengalahkan mereka dengan teruk.

    Hari-hari pasti akan bertukar ganti. Dalam kehidupan ini pasti sentiasa berlaku sunnah 'pertukaran ganti' itu. Zaman terdapat dua hari. Satu hari bagi mereka, dan satu hari bagi kita, insya Allah. Ya Allah! Perlihatkanlah pada mereka bagi suatu hari (yang memenangkan kami terhadap mereka) dan goncangkanlah mereka. Ya Allah! Tolonglah penentangan yang gagah berani di Palestin, Lubnan dan setiap negara umat Islam."

    sumber : palestinkini.info
    posted by KRJ TERENGGANU @ 11:15 am   0 comments
    Tuesday, August 08, 2006

    KELAB REMAJA JIM TERENGGANU
    akan menganjurkan program
    Perhimpunan Remaja Soleh Solehah Terengganu
    (PINTAR 2006)
    pada
    17-19 Ogos 2006

    Yuran :
    RM25 Seorang

    bertempat di
    Kolej Teras Timur Dungun
    Siapa yang perlu hadir?????
    remaja-remaja tingkatan 1-5 (tingkatan 1,2&4 di utamakan)
    Objektif
    1.1 Sebagai medan untuk ahli KRJ berkongsi pendapat, ilmu pengetahuan dan komen terhadap isu yang dibangkitkan.
    1.2 Untuk memberi kefahaman yang lebih mendalam kepada ahli tentang kesyumulan Islam dari konteks remaja.
    1.3 memberi kefahaman kepada ahli terhadap asas asas kepimpinan dalamv Islam.
    1.4 Mengeratkan ukhuwah antara ahli krj dan barisan kepimpinan Kelab Remaja JIM.
    80% pengisian adalah berbentuk indoor (ceramah, kuliah, tamrin dll)
    Maklumat lanjut dan pendaftaran di buka sekarang boleh hubungi :
    Akhi Fakhrul - 019-3591268 (Dungun)
    Cikgu Jalal - 019-9835675 (Kuala Terengganu)
    Cikgu Norfizam - 019-9642812 (Kemaman)
    Us Muzahar - 019-9132463 (Kertih)
    posted by KRJ TERENGGANU @ 5:13 am   0 comments
    Roadshow Palestin Sekolah-sekolah di Terengganu - sehingga 31 Julai 06
    Tuesday, August 01, 2006
    Alhamdulillah, sehingga 31 Julai 2006, Jawatankuasa Pembangunan Remaja JIM Negeri Terengganu bersama Kelab Remaja JIM Negeri, JIM International dan Daerah telah menganjurkan siri Roadshow Palestin di beberapa buah sekolah seperti berikut dalam siri Roadshow 3 Bulan Julai hingga September 2006 :

    1. Sekolah Menengah Teknik Dungun, pada 29 Jun 2006, disertai seramai 800 orang pelajar serta guru. Kutipan yang dikumpulkan ialah sebanyak RM390.00. Derma telahpun dihantar kepada Bendahari JIM Dungun untuk dihantar semasa Konvensyen Tarbiah Nasional 15-16 Julai 2006 di Melaka. Penceramah oleh Tuan Hj Zameran Jusoh, YDP JIM Kemaman yang juga Trainer JIM International. Feedback yang diterima adalah baik dan menginsafkan.

    2. Sekolah Menengah Kebangsaan Kompleks Gong Badak, Kuala Terengganu, dengan jemputan oleh PKHEM sekolah pada 16 Julai 2006 disertai seramai 700 orang pelajar dan guru-guru. Program separuh hari bermula daripada ceramah semasa perhimpunan pagi serta persembahan multimedia secara berasingan untuk pelajar tingkatan 1-3 dan tingkatan 4-5 oleh kerana faktor keluasan dewan sekolah. Penceramah oleh trainer JIM International di kalangan KARISMA UIA Gombak seramai 4 orang iaitu akh Ahmad Taqiyuddin Azman, akh Abdullah Mujahid Hasanuddin, akh Mohd Khairul Adha M Jamil. Feedback yang diterima menerusi sms daripada PKHEM Cikgu Azman ialah, " ..program selesai dlm jam 12 tadi dan ramai pelajar berminat dgn slot multimedia. Thank you very much. Program ok dah, cuma kalau ada penceramah lebih berpengalaman lagi baik." Jumlah kutipan sekitar RM300.00 dan diserahkan terus kepada JIM International Pusat.

    3. Sekolah Kebangsaan Pulau Serai, Dungun untuk pelajar tahun 6 seramai 200 orang. Program anjuran PIBG sekolah, disampaikan oleh mantan YDP JIM Terengganu iaitu Hj Zulkifli Ali pada 11 Julai 2006. Menurut Hj Zul, program berjalan dengan baik. Tiada kutipan derma dibuat.

    4. Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Ismail 1, untuk pelajar2 asrama sekolah seramai 160 orang. Program digerakkan oleh guru-guru sekolah iaitu Cikgu Norfizam yang juga Pengurus KRJ Kemaman dan Cikgu Fadilah (zaujah Cikgu Malek, Pengetua SRIAAK) pada 27 Julai 2006. Disampaikan oleh Hj Zameran Jusoh. Kutipan tabung Palestin diterima sebanyak RM450.79.

    5. Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Ismail 2, untuk pelajar2 asrama sekolah seramai 100 orang. Program digerakkan oleh guru sekolah iaitu Ustazah Kamariah (zaujah Ustaz Mazlan, AJK JIM Terengganu) pada 27 Julai 2006. Disampaikan oleh akh Muzahar Hitam, SU JIM Terengganu. Kutipan tabung Palestin diterima sebanyak RM450.79. Komen akh Muzahar menerusi sms, "...rasanya tiada kutipan dibuat, kelam kabut sikit kerana ceramah mula 9malam tetapi sebahagian besar pelajar keluar pukul 9.30mlm kerana parents datang nak ambik pelajar. Selesai 10.30mlm. Persediaan pihak sekolah kurang rapi. Cikgu ramai yang datang."

    6. Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Kuantan di Indera Mahkota pada 28 Julai 2006 disertai 600 orang pelajar sempena Hari Terbuka Ko-Kurikulum dan Asrama 2006. Jemputan dibuat oleh pihak sekolah kepada KRJ Terengganu. Kerjasama terus dibuat dengan KRJ Pahang menerusi Hj Mohd Husni Abdul Shukor. Program turut dihadiri oleh Pengetua Sekolah, Hj Basiron Abdullah Hasim serta para warden asrama dan guru-guru. Program disampaikan dengan penuh menarik oleh Hj Zameran Jusoh. Kutipan sebanyak RM903.01 telah berjaya dikumpulkan. Antara feedback pelajar ialah yang disampaikan menerusi sms ialah , "...terharu, naik semangat jihad, semangat jihad remaja, jgn tunjuk mayat yang hancur-geli, ingat sedara islam di negara lain, dpt rasa apa yg mereka rasa, kena syukur negara aman, umat islam perlu bersatu, rasa nak berjihad di lubnan, rasa lebih bertanggungjawab kerana sebelum ni hanya lihat dlm suratkhabar, rasa hairan kenapa org islam 300 juta, yahudi 5 juta tak boleh buat apa..". Respons pengetua juga baik cuma dia tegur, "....konsert PKS tu nampak kurang sesuai ditontonkan..". Program turut disertai ahli-ahli KARISMA UIA Kuantan dan 35 orang pelajar Kolej Professional Mara Indera Mahkota (ahli-ahli usrah KARISMA Kuantan).

    Laporan ini tidak termasuk program2 roadshow yang telah dilaksanakan di sekolah-sekolah kita iaitu al-Amin Chukai, Kerteh, Dungun dan Kuala Terengganu. Harap dapat dimaklumkan kepada ana sebagai melengkapkan lagi laporan ringkas ini.

    Roadshow ini akan diteruskan lagi dan diharap para aktivis serta guru-guru sekolah dapat terus memainkan peranan menyedarkan masyarakat generasi muda tentang perjuangan mendaulatkan Islam dan bumi Palestin serta mengenal perancangan musuh utama umat Islam iaitu Yahudi Zionis serta para kuffar Amerika dan Barat serta membangunkan jatidiri muslim mukmin di kalangan para remaja di Terengganu ini.

    Kita juga berharap agar aktivis remaja khususnya dapatkan melengkapkan diri dengan maklumat serta pengetahuan tentang Palestin dan negara umat Islam yang lain seperti Lebanon bagi memudahkan usaha-usaha penerangan dan dakwah dilakukan di sekolah-sekolah. Program TOT for Palestin - Training for Trainers - anjuran JIM International harus dihadiri oleh ikhwah akhowat semua. Program terdekat ialah di Kuala Lumpur pada 5-6 Ogos 2006. Bagi yang berminat, boleh hadir ramai-ramai bersama Hj Zameran Jusoh hujung minggu ini. Hubungi beliau di 012-9835577.

    Teruskan perjuangan membantu rakyat Palestin! Tumpang ruh jihad mereka! INFIRU FI SABILILLAH..

    "Hai orang-orang yang beriman, mengapa kamu, jika dikatakan orang kepadamu: "Berperanglah kamu pada jalan Allah", lalu kamu berlambat2 (duduk) di tanah? Adakah kamu suka dengan kehidupan di dunia ini daripada akhirat? Maka tiadalah keseronokan hidup di dunia, dibandingkan dengan akhirat, melainkan sedikit sekali." (at-Taubah : 38)

    "Keluarlah kamu (di jalan jihad) dengan berjalan kaki atau berkenderaan dan berjuanglah dengan harta dan dirimu di jalan Allah. Demikian itu lebih baik bagimu, jika kamu mengetahui." (at-Taubah:41)

    Susulilah mereka yang telah dikumpulkan dengan siri-siri sentuhan dakwah dan tarbiah selanjutnya sehingga mereka bersama-sama kita di dalam perjuangan ini samada sebagai penggerak dakwah jamaah ataupun penyokong perjuangan ini..

    Fakhrul Anuar Zulkawi
    Pengarah KRJ Terengganu
    019-3591268
    posted by KRJ TERENGGANU @ 10:22 am   0 comments
    JAWATANKUASA REMAJA KRJ NEGERI TERENGGANU 2008

    PENGERUSI : Muhammad Munzir Bin Muzahar (Sek Men Islam Al Amin Kemaman)

    TIMBALAN PENGERUSI : Muhammad Irfan Bin Bahrin (Sek Men Islam Al Amin Kemaman)

    NAIB PENGERUSI 1 : Humairaa' Bt Abdul Malek (Sek Men Islam Al Amin Kemaman)

    NAIB PENGERUSI 2 : Wan Hani Munirah Bt Wan Muhd Rosdi (Sek Men Keb Agama Tok Jiring Kuala Terengganu)

    SETIAUSAHA KEHORMAT : Nurul Najihah Bt Khairudin (Sek Men Islam Al Amin Kemaman)

    BENDAHARI : Hafizuddin Bin Mohd Ridzuan (Sek Men Islam Al Amin Kemaman)

    Alamat Pejabat KRJ Terengganu : No 5, Taman Seri Melor 4, Bt 6, 23000 Dungun, Terengganu Darul Iman

    TELEFON@SMS : 014-836 8371 (Penasihat JK Remaja KRJ Terengganu)

    Lagu KRJ Terengganu@mp3


    CARI ARTIKEL
    ARKIB KRJ
    PAUTAN KRJ
    LAMAN NASYID KONTEMPORARI
    SIARAN TELEVISYEN
    KREDIT


    BLOGGER




    © 2008 Kelab Remaja JIM Terengganu [Remaja Mithali Tunggak Kepemimpinan]Hak Cipta Terpelihara ; KRJ Terengganu.