<$BlogMetaData$>
 

 

 

Terengganu

www.krj-tganu.blogspot.com

 
Cikgu Norfizam bin Said
PENGARAH KRJ TERENGGANU
Demi Masa, Sesungguhnya Manusia Itu Berada Di Dalam Kerugian..


KALENDAR AKTIVITI TERKINI


  • EKSPEDISI REMAJA KENTAL 2008!
    NANTIKAN PENGUMUMAN SELANJUTNYA
  • Chat @ KRJ Tganu

    ALBUM KRJ
  • Album 2008
  • Album 2007
  • Album 2006
  • Album 2005
  • JELAJAH INFORMASI
  • Utusan Online
  • BHarian Online
  • Harian Metro
  • NSTP
  • Harakahdaily
  • AMIR
  • ABIM
  • Islamonline
  • Palestinkini
  • JAKIM
  • LINK PENDIDIKAN
  • Kementerian Pendidikan Msia
  • Universiti Islam Antarabangsa
  • Universiti Kebangsaan Msia
  • Universiti Malaya
  • Universiti Putra Malaysia
  • Universiti Sains Malaysia
  • Universiti Utara Malaysia
  • Universiti Teknologi Msia
  • Universiti Msia Sabah
  • Universiti Msia Sarawak
  • Universiti Telekom
  • UiTM
  • KUSZA
  • Yayasan Pelajaran MARA
  • Politeknik Malaysia
  • KUKUM
  • KUIM
  • KUTKM
  • KUITTHO
  • KUSTEM
  • Maktab
  • BARISAN KEPIMPINAN JAWATANKUASA REMAJA KRJ SESI 2006-2007. JASAMU DIKENANG !

    PENGERUSI : Muhammad Mus'ab Bin Muzahar.

    TIMBALAN PENGERUSI 1 : Hafizuddin Bin Mohd Ridzuan

    TIMBALAN PENGERUSI 2 (Ketua Puteri) : Munirah Bt Mazlan

    SETIAUSAHA KEHORMAT : Maisarah Bt Zulkifli

    BENDAHARI : Nur Ilyana Amani bt Mohd Nasir

    HUBUNGI KAMI
    Maklumat lanjut boleh hubungi moderator, Akh Mohd Sufian Mat Ali, 014-836 8371
    krjtgg_mod@yahoo.com
    Tanda Buku Pelawat
     

          PENGENALAN KRJ       DAFTAR ONLINE          

             HOME    FORUM

    VIDEO KLIP LAGU KRJ TERENGGANU      
    sureJIMT 2007
    Wednesday, February 28, 2007

    KRJ TERENGGANU
    dengan kerjasama
    ISMA

    akan menganjurkan

    SUKAN REMAJA JIM TERENGGANU
    (sureJIMT 2007)

    bertempat di
    Maktab Perguruan Kuala Terengganu

    Tarikh :
    8-9 Mac 2007

    Acara yang dipertandingkan :
    Futsal - Lelaki
    Badminton - Lelaki & Perempuan
    Bola Tampar - Lelaki dan perempuan
    Bola Jaring - Perempuan

    Sebanyak 6 pasukan akan berentap dan bertarung, memperagakan pelbagai aksi utk merebut kejuaraan TERULUNG!!!

    Siapakah mereka???
    KRJ Chukai
    KRJ Kerteh
    KRJ Dungun
    KRJ Kuala Terengganu
    2 Pasukan dari ISMA (Dungun dan KT)

    Mampukah KRJ Dungun mempertahankan kejuaraan dl sureJIMT yang lepas???


    utk maklumat lanjut, boleh hubungi :
    Cikgu Jalal - 019-9835675
    Akh Hakim - 019-9734150

    Nantikan hebahan seterusnya..
    posted by KRJ TERENGGANU @ 9:43 pm   0 comments
    Sejenak Bersama SM Sains Dungun
    Monday, February 26, 2007


    Alhamdulillah, pada 22-24 Februari yg lalu telah diadakan Kem Kepimpinan Pelajar Sek Men. Sains Dungun utk Badan Dakwah dan Kerohanian (BADAR) pelajar sek. tersebut.. mereka ada naqib dan usrah sendiri utk membantu pihak sekolah menyeru kebaikan dan mencegah kemungkaran.


    Telah mendapat jemputan dari penyelaras kem iaitu Us Amri utk KRJ Terengganu supaya mengendalikan slot Diskusi Bersama Pelajar IPT..

    Sebelum itu ada slot Bersamamu Palestin yang disampaikan oleh Akh Zameran pada khamis malam.


    Ahli penal terdiri daripada Akh Hakim, Akh Zaizul, Akh Sufian dan Ukht Norsuriani.. topik perbincangan berkisar tentang pengalaman manis semasa menjadi pelajar dari sekolah rendah hingga ke IPT.. Juga 'cerita' tentang penglibatan ahli panel dengan kegiatan kokurikulum dan akademik.. bagaimana utk melibatkan diri dengan kedua-duanya sehingga cemerlang.. Alhamdulillah sesi selama 2 jam 9-11 pg memang tidak mencukupi, topik perbincangan dapat dikupas dengan baik dan mendapat soalan yang bertalu-talu dari peserta sehingga terlebih masa..

    SM Sains Dungun adalah medan baru bagi KRJ Terengganu, peluang yang sebegini rupa yang jarang-jarang ditemui, kami pulun habis-habis. . team krj tganu menggempur Dahimah Guest Resort.. Walaupun slot cuma 2 jam, tapi kami bersama dapat bersama peserta hingga habis program kira-kira jam 4 ptg selepas di offer oleh Us Amri.. respon adik-adik cukup baik... sehingga nak balik pun masih ada yg nak berbincang bermacam-macam hal..

    Respon guru-guru, ustaz-ustaz dan penolong kanan akademik cukup positif dengan JIM dan KRJ.. Pen. Kanan kata, jarang ada NGO islam yang berani ke depan utk berdakwah tentang islam, dan dia menghargai usaha-usaha yang JIM dan KRJ buat..

    Soalan-soalan biasa seperti... abg din, apa itu krj??, ia pertubuhan apa, apa yg dia buat, kat mana ibu pejabat, bila tertubuhnya krj... abg din, apa yang krj buat utk ahlinya.. dan banyak lagi

    Umpama lubuk ada depan mata, ditangan ada pukat tunda, habis kami sapu bersih utk promote krj (sempat dengarkan lagu, website, segala aktiviti dan kelebihan menyertai krj).. masa yang ada lebih kurang 10 minit utk promote, curi masa kosong pelajar, masa tu guru-guru tiada dalam dewan.. sambil open table jual badge, laris macam pisang goreng panas...

    Sebelum balik.. ada kata-kata keramat yg dilontarkan oleh Us Amri ' terima kasih banyak-banyak, jangan habis setakat ni yer, teruskan lagi' .... itu merupakan lampu hijau utk krj pulun sek sains nampak nya..

    Dan kami berharap pelajar-pelajar SM Sains Dungun masih ingat kami lagi, supaya kami dapat bawa mereka menyertai program-program pentarbiyahan anjuran KRJ Terengganu.

    sekian... utk perkongsian i/a..
    Khairudin (Abg din)
    012-9775520
    posted by KRJ TERENGGANU @ 6:35 pm   0 comments
    Kerajaan Palestin memohon Arab dan Muslimin untuk mempertahankan Masjid Aqsa
    Friday, February 23, 2007
    Ismail Haniyyah, Perdana Menteri Palestin berikrar untuk memperceoatkan proses penyediaan perlembagaan yang berkaitan penubuhan kerajaan campuran Palestin, sambil meminta masyarakat dunia membantu mengangkat sekatan ke atas rakyat Palestin dan menghentikan penganiayaan ke atas mereka sebagai tanda komitmen moral kepada mereka.

    Beliau berkata, dalam ucapan pembukaan sidang kerajaan mingguan pada hari ini (14/2), "Sesungguhnya Majlis Menteri Palestin bersandarkan kepada Persepakatan Makkah dan memberkatinya, dan akan bekerja mengaplikasikannya segenap segi, seperti yang ditegaskan oleh kerajaan tentang kepentingan berpegang dengan persepakatan ini oleh setiap rakyat Palestin khususnya dalam hal mengelakkan pertumpahan darah.

    "Haniyyah menambah,"Kerajaan Palestin bergerak ke arah pembentukan kerajaan campuran berdasarkan persepakatan ini dan kami telah memulakan proses penyediaan perlembagaan yang berkaitan dan cuba mempercepatkannya agar harapan pembentukan kerajaan ini dapat bersinar dalam waktu yang paling singkat.

    "Dari satu sudut yang lain, Perdana Menteri tersebut mengisyaratkan bahawa kerajaan hari ini berdiri tegas menentang sebarang pencerobohan kepada Al-Aqsa, seraya menegaskan bahawa bandar Al-Quds terdedah kepada politik perubahan total yang banyak antaranya adalah pengusiran penduduk, rampasan tanah dan rampasan identiti.

    "Haniyyah berkata, " Kami meminta rakyat Palestin kita untuk menguatkan kesatuan negara demi Al-Quds dan demi Al-Aqsa, dan kami meminta seluruh negara Arab dan Islam serta pertubuhan dalam negara membantu memikul tanggungjawab menjaga Masjid Aqsa & Al-Quds.

    Kerajaan Penjajah Zionis telah membenarkan perobohan 2 buah bilik dan jejambat kayu yang bersambung dengan Masjid Aqsa Mubarak pada awal minggu ini sehingga mengundang kemarahan rakyat Palestin dan dunia Islam seluruhnya.

    Note: sumber : www.palestine-info.info (Arab)pernterjemah : wewr"
    posted by KRJ TERENGGANU @ 7:12 pm   0 comments
    Selamat Bermusafir Buat Team X-REK 07 KRJ Terengganu
    Thursday, February 15, 2007
    Salam,
    Kepada Ketua dan Peserta kontingen KRJ Terengganu
    Bagi pihak Jawatankuasa Pembangunan Remaja Negeri JIM Terengganu (JKPRN), kami mengucapkan selamat bermusafir dan menyertai Ekspedisi Remaja Kental (X-REK 2007) di Tapak Perkhemahan Balok Kuantan bagi kontingen KRJ Terengganu yang akan dipimpin Akhi Sufian bertindak sebagai ketua pengiring pasukan KRJ Terengganu.
    Mudah2an segala persediaan yang telah diadakan dapat memberikan kejayaan buat pasukan ini dan yang pastinya membawa balik segala ilmu dan pengalaman bagi memantapkan lagi usaha pembinaan remaja du'at di negeri Terengganu ini.
    Dilampirkan juga do'a musafir & menaiki kenderaan sebagaimana yang dipetik drpd hadis sahih, Sahih Sunan al-Tirmizi (III/156) :'Ali bin Rabi'ah berkata :
    "Aku telah menyaksikan 'Ali bin Abi Talib r.a. didatangkan kepadanya seekor haiwan (sebagai kenderaan) untuk ia menaikinya. Lalu pada saat beliau meletakkan kakinya pada tempat naik tunggangan, ia mengucapkan(sila rujuk teks Arab yang sebenar) :
    "Bismillah"(dengan menyebut nama ALLAH)Kemudian ketika telah berada di atas kenderaan, beliau mengucapkan :
    "Alhamdulillah"(segala puji bagi ALLAH)Kemudian mengucapkan :
    "Subhanallazi sahkharalanaa haaza wamaa kunnaa lahuu muqriniin wa inna ilaa robbina lamunqolibuun.
    "(Mahasuci Allah yang telah menundukkan (kenderaan) ini bagi kami, padahal sebelumnya kami tidak mampu menundukkannya (iaitu menguasainya). Dan sesungguhnya kepada Rabb kamilah kami akan kembali.)
    Kemudian mengucapkan :"Allahu Akbar" (Allah Maha Besar) 3 kali
    Lalu mengucapkan :"Subhaanaka inni dzolamtu nafsi, faghfirli, innahu laa yaghfiruzzunuba illa anta."(Mahasuci Engkau, sesungguhnya aku telah menzalimi diriku sendiri, maka ampunilah aku. Sesungguhnya tidak ada yang mengampuni dosa-dosa kecuali Engkau.)
    Ali r.a. berkata : 'Saya telah melihat Nabi s.a.w. mengerjakan sebagaimana yang saya kerjakan.' "Didalam hadis Sahih Muslim (II/978) pula, diajarkan kepada kita doa bermusafir iaitu :"Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar"
    "Subhanallazi sahkharalanaa haaza wamaa kunnaa lahuu muqriniin wa inna ilaa robbina lamunqolibuun."selanjutnya dengan do'a yang maksudnya :
    "Ya Allah, sesungguhnya kami memohon di dalam perjalanan kami ini kebaikan dan taqwa serta amalan yang Engkau redhai. Ya Allah, mudahkanlah perjalanan kami ini dan dekatkanlah jaraknya dari kami. Ya Allah, Engkaulah Pendampingku dalam perjalanan dan Pengganti bagi keluargaku. Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada kesukaran dalam perjalanan, pemandangan yang menyedihkan dan perubahan yang buruk pada harta dan keluarga.
    "Kami iringi pemusafiran antum dengan doa semoga selamat pergi ke destinasi program, selamat berprogram dan kembali semula dengan selamat ke rumah keluarga masing-masing. Hati-hatilah di dalam memandu, inshaAllah.
    Untuk rujukan keluarga masing-masing,
    sila hubungi :
    akh Md Khairudin bin Hasim (012-9775520) - akan bersama peserta sehingga sabtu malam.
    akh Mohd Sufian (014-8368371)

    Tarikh program :
    16-18 Februari 2007

    Fi amanilLah. JazakumulLahu khairan.

    sekian :
    akh Md.Khairudin Hasim
    SU JKPRN JIM Terengganu
    012-9775520
    posted by KRJ TERENGGANU @ 8:21 pm   0 comments
    Jom Jogging
    Sunday, February 11, 2007
    KRJ Kuala Terengganu

    akan mengadakan program

    JOM JOGGING

    seperti maklumat berikut

    Tarikh :
    16 Feb 2007 Jumaat

    Masa :
    7.15 pagi

    Tempat :
    Bukit Apil( Bukit Kecil), Berkumpul Depan Bangunan TNB, depan GRAMMAR

    Peserta : Ahli KRJ, Anak-anak Ikhwah, juga Ikhwah dan Akhwat
    posted by KRJ TERENGGANU @ 12:39 am   0 comments
    Kemanisan Iman
    Saturday, February 10, 2007
    Di sini ana ingin kongsi sedikit coretan untuk renungan para pembaca...

    Sabda Rasulullah SAW.: "Tiga perkara yang barangsiapa terdapat(ketiga-tiga perkara itu) padanya nescaya dia memperolehi kemanisaniman (iaitu) Allah dan Rasul-Nya adalah lebih dia cintai daripadaselainnya (Allah dan Rasul), dan dia mencintai seseorang semata-matakerana Allah, dan dia benci untuk kembali kepada kekufuran (maksiat)sebagaimana dia benci dilemparkan ke dalam api".


    (Hadis Sahih Riwayat Bukhari dan Muslim dan lain-lain)

    MUKADDIMAH:

    Iman adalah membenarkan secara putus (jazim) tanpa ragu sedikitpundengan apa yang datang daripada Rasulullah SAW. yang diikuti denganketundukan hati dan ketenteraman jiwa menerima ketentuannya tanpaperasaan degil dan takabbur.

    Terkadang-kadang terdapat iman yang jazim pada seseorang dan tidak adakeraguan sedikitpun terhadap kebenaran yang datang daripada RasulullahSAW. tetapi sayangnya terkadang kadang iman tersebut diikuti oleh rasasombong dan enggan serta tidak mahu melaksanakan apa yang diyakininyaitu. Maka dalam keadaan seumpama ini, dia belum digolongkan sebagaiorang yang beriman.

    Juga terdapat orang yang memiliki iman yang jazim tanpa sedikitpun adaperasaan ragu, malahan dia tidak mempunyai sifat degil dan takabburterhadap apa diyakininya. Tetapi sayangnya kita lihat orang tersebuttenggelam kedalam dunia kelalaian, dia tidak pandai menilai kadar imansebagaimana semestinya, dia lalai untuk menunaikan kewajibanmensyukuri nikmat tersebut. Manusia seperti inilah yang dikatakanorang yang beriman atau " mukmin " yanq belum mendapatkan " kemanisan iman ".

    Hadis sahih yang termaktub diatas menjelaskan kepada kita beberapatanda orang-orang yang akan dapat merasakan kemanisan iman. Marilahkita berusaha menghias diri kita masing-masing untuk memiliki kesemuatanda-tanda tersebut semoga kita boleh hidup bahagia di dunia dan diakhirat.

    SYARAH AL HADIS:

    Tiga perkara yang barangsiapa terdapat (ketiga-tiga perkara itu)padanya nescaya dia memperolehi kemanisan iman.Hadis ini mengandunqi asas-asas utama bagi semua pintu kebaikan.Kemanisan iman adalah sesuatu yang dapat dirasakan oleh mukmin yangtenteram jiwanya terhadap nikmat yang telah dianugerahkan oleh Allahkepadanya untuk mencapai kebahagiaan dunia dan akhirat.Dengan kemanisan iman seseorang dapat menghadapi hidup dengan penuhceria. Keimanannya dapat membimbing dirinya untuk menghadapi kehidupanini walau bagaimanapun keadaan yang menimpanya. Jika sedang ditimpakesusahan dia boleh bersabar, dan dia dapat merasakan nikmatkesabaran. Dan jika dia mendapat nikmat kesenangan maka ia pandaibersyukur, dan dia dapat merasakan nikmat kesyukuran. Dia meyakinibahawa segala yang menimpanya apakah baik atau buruk adalah telahditentukan oleh Allah sejak azali. Oleh itu ia dengan jiwa tenangdapat menghadapi semua keadaan dengan rasa redha.

    Kalaulah begitu besar nikmat yang dia dapat rasakan ketika di dunialantaran kemanisan iman yang dimilikinya, sudah pasti lebih besar laginikmat yang bakal dia terima di sisi Allah kelak di akhirat.

    . Adalah Allah dan Rasul-Nya lebih dia cintai daripadaselainnya.Cinta ialah kecenderongan jiwa seseorang kepada sesuatu yang bolehmemberinya kelazatan, manfaat ataupun kerana sesuatu itu sesuai denganfitrah (tabiat) nya. Ada beberapa sebab yang boleh menimbulkan rasacinta seseorang. Menurut Imam Al Ghazali bahawa ada 5 sebab yangmendorong perasaan cinta seseorang:

    1. Cinta manusia kepada dirinya, kewujudannya, keberkekalan dankesempurnaannya.

    2. Cinta manusia kepada orang yang berbuat ihsan kepadanya danorangyang boleh mendatangkan manfaat kepadanya.

    3. Cinta manusia kepada orang yang suka berbuat ihsan semata-matakerana ihsannya. Walaupun dia sendiri tidak berhajat kepada ihsanorang tersebut.

    4. Cinta manusia kepada kecantikan dan keindahan. Keindahan yangmemikat ada yang hissy (fisical) seperti keindahan warna warni bungadan binatang, dan ada pula yang maknawy (abstrak) seperti akhlak yangluhur dan sifat mulia dari seseorang umpamanya: berilmu, cerdik,berani, adil, sabar, cekal dan lain lain.

    5. Cinta manusia kepada seseorang disebabkan kerana orang yangdicintainya itu memiliki persamaan sifat dengannya, walaupun semuasebab terdahulu atau sebahagiannya tidak wujud pada orang tersebut.Ini sesuai dengan sabda Nabi SAW.: Roh-roh adalah tentera tentera yangdipersenjatakan, maka apa yang sesuai dengannya dia akan mesra dan apayang bercanggah dengannya dia akan berbeza.

    Dan jika kita amat amati sebab sebab cinta diatas dengan cermatnescaya kita dapati kesemua sebab itu mewajibkan orang beriman yangbenar-benar mengenali Tuhannya untuk mencintai Allah dengan kadarcinta yang tidak ada tolok bandingannya.

    Buah atau kesan cinta seseorang kepada Allah akan menimbulkanketaatannya kepada Allah yakni melaksanakan suruhan Nya dan menjauhilaranqan-Nya. Tetapi perlu diingat bahawa terdapat perbezaan antarataat kerana cinta (mahabbah) dengan taat kerana mengharap dan takut(rakhbah dan Rahbah).

    Diriwayatkan bahawa Nabi Isa AS. pernah melalui suatu kaum yang sedangberibadah kerana takut kepada Allah atau kerana mengharap syurga, laluIsa berkata: Sesungguhnya kamu takut kepada makhluk dan mengharapkepada makhluk. Kemudian Isa meneruskan perjalanannya dan lalu padasuatu kaum yang sedang beribadah. Mereka berkata: Kami beribadahkepada Allah kerana kami cinta kepada-Nya dan kerana ta'zim(mengagungkan) -Nya. Nabi Isa berkata: Kamu semua adalah wali-waliAllah, dan aku diperintahkan agar duduk bersama kamu.

    Ini tidak bererti jika kita beribadah lalu kita tidak boleh mengharapsyurga dan takut kepada kepada neraka. Itu adalah diantara sifat orangyang beriman. Ini sebagaimana firman Allah:

    Lambung mereka jauh dari tempat tidur tidurnya (sering beribadahmalam) sedang mereka berdoa pada Tuhannya dengan rasa takut dan harap,dan mereka menafkahkan sebahagian dari rezki yang kami berikan kepadamereka. ( Al Sajadah / 32 : 16 )

    Ayat di atas menegaskan bahawa di antara sifat orang orang yangberiman ialah mereka selalu mendirikan malam dengan beribadat sambilmengrahap akan keredaan Allah dan shurga Allah dan didorong oleh rasatakut kepada murka Allah dan siksaan neraka-Nya. Hanya saja jika "rasa cinta " yang mendorong kita untuk taat kepada Allah, maka nilaiibadah itu adalah lebih tinggi kalau dibandingkan hanya sekadar keranatakut dan harap.

    Adapun cinta kepada Rasulullah SAW. adalah sebahagian daripada cintakepada Allah. Kerana bagi kita tidak ada seorangpun yang lebih kitapercayai selain orang telah dipilih oleh Allah sebagai utusan-Nya.Beliau telah diamanahkan oleh Allah untuk menyampaikan hidayah-Nyakepada umat manusia agar kita mendapat rahmat-Nya. Bagindalah orangyang paling berjasa menyelamatkan kita daripada kegelapan (kekufurandan syirik) kepada cahaya terang benderang (Islam dan hidayah).Bagindalah yang telah membimbing kita untuk menuju kebahagian hakikidi dunia dan di akhirat.

    Abdullah Bin Al Mubarak berkata:

    Para `ulama lebih utama daripada ibu bapa kamu. Mereka bertanya:Mengapa demikian (wahai tuan) ? Beliau menjawab: Ibu bapa kamumemelihara kamu dari api (kesusahan) dunia, sedangkan para `ulama pulamemelihara kamu dari api (kesusahan) akhirat.

    Demikianlah peranan dan jasa para `ulama yang ikhlas yang telahmembimbing manusia agar memiliki akidah yang betul agar terhindar darisyirik dan khurafat, yang telah mengajar mereka cara ibadat yang betulsehingga terhindar dari perbuatan bid'ah, yang telah mengajar merekabudi pekerti yang mulia sehingga dengan demikian, mereka bukan sajaterhindar daripada kesusahan di dunia tetapi juga akan terhindardaripada azab Allah yang amat pedih di akhirat. Dan kalaulah demikianperanan para `ulama, sudah tentu peranan Rasulullah saw jauh lebihbesar dari itu kerana semua ajaran para `ulama bersumber daripadaajaran Rasulullah saw.

    Jadi mencintai Allah dan Rasul-Nya melebihi daripada mencintai yanglain, maksudnya ialah kita mestilah mencintai Allah dan Rasul-Nyamelebihi daripada kecintaan kita kepada ibu bapa, isteri, anak-anak,saudara mara, hatta terhadap diri kita sendiri. Dan selanjutnyakecintaan kita yang mendalam itulah yang mendorong kita untuk berbaktikepada Allah dan Rasul-Nya

    2. Dan dia mencintai seseorang semata-mata kerana AllahCinta jenis ini juga adalah cabang dari kecintaan seseorang terhadapAllah. Seseorang jika benar-benar cinta kepada Allah, maka kesancintanya itu akan mendorong dia untuk suka jika orang tersebut taatkepada Allah, dan sebaliknya dia akan bersedih dan berusaha menegurnyajika rakannya itu melakukan dosa.

    Ini tidak bererti jika ia mencintai seseorang kerana tujuan selain itulalu ia terkeluar daripada iman. Hanya saja sebagai bukti kemanisaniman seseorang ialah jika dia cinta kepada seseorang semata-matakerana Allah, dan jika ia benci kepada seseorang juga adalahsemata-mata kerana Allah.

    3. Dan dia benci untuk kembali kepada kekufuran (maksiat) sebagaimanadia benci dilemparkan kedalam api.

    Mukmin yang hakiki adalah orang yang tidak ragu lagi bahawa sekiranyadia kembali melakukan amal-amal kufur (dosa) setelah ia insaf danmendapat petunjuk Allah (taufiq) maka tidak mustahil dia akandilemparkan kedalam api neraka di akhirat nanti. Oleh sebab ituimannya yang mendalam mencegah dia daripada mengulangi lagi dosa-dosalampau sebagaimana dia benci dilemparkan ke dalam api di dunia ini.Dan sebagaimana kebenciannya kalau dirinya akan dihumban ke dalam apiyang bernyala-nyala, begitu jugalah darjat kebenciannya jika anaknya,ibu bapanya, isterinya dan saudara maranya akan dilemparkan kedalamapi.

    Adakah manusia yang melihat manusia lain, samada dia kenal atau tidak,walaupun musuhnya, yang akan terjatuh ke dalam api lalu dia biarkantidak segera ditolongnya? Demi perasaan kemanusiaan, biasanya manusiasegera akan menolongnya. Betapa kalau pendorongnya justeru keimanan?

    Jadi mukmin yang hakiki bukan saja benci kalau dirinya mengulangi dosadosa silam, malahan dia juga merasa benci kalau orang lain melakukandosa, lebih lebih lagi terhadap mereka yang mempunyai hubungankerabat dengannya...

    Salam Ukhuwwah,
    -yana200791
    posted by KRJ TERENGGANU @ 8:04 am   0 comments
    JAWATANKUASA REMAJA KRJ NEGERI TERENGGANU 2008

    PENGERUSI : Muhammad Munzir Bin Muzahar (Sek Men Islam Al Amin Kemaman)

    TIMBALAN PENGERUSI : Muhammad Irfan Bin Bahrin (Sek Men Islam Al Amin Kemaman)

    NAIB PENGERUSI 1 : Humairaa' Bt Abdul Malek (Sek Men Islam Al Amin Kemaman)

    NAIB PENGERUSI 2 : Wan Hani Munirah Bt Wan Muhd Rosdi (Sek Men Keb Agama Tok Jiring Kuala Terengganu)

    SETIAUSAHA KEHORMAT : Nurul Najihah Bt Khairudin (Sek Men Islam Al Amin Kemaman)

    BENDAHARI : Hafizuddin Bin Mohd Ridzuan (Sek Men Islam Al Amin Kemaman)

    Alamat Pejabat KRJ Terengganu : No 5, Taman Seri Melor 4, Bt 6, 23000 Dungun, Terengganu Darul Iman

    TELEFON@SMS : 014-836 8371 (Penasihat JK Remaja KRJ Terengganu)

    Lagu KRJ Terengganu@mp3


    CARI ARTIKEL
    ARKIB KRJ
    PAUTAN KRJ
    LAMAN NASYID KONTEMPORARI
    SIARAN TELEVISYEN
    KREDIT


    BLOGGER




    © 2008 Kelab Remaja JIM Terengganu [Remaja Mithali Tunggak Kepemimpinan]Hak Cipta Terpelihara ; KRJ Terengganu.