Ismail Haniyyah, Perdana Menteri Palestin berikrar untuk memperceoatkan proses penyediaan perlembagaan yang berkaitan penubuhan kerajaan campuran Palestin, sambil meminta masyarakat dunia membantu mengangkat sekatan ke atas rakyat Palestin dan menghentikan penganiayaan ke atas mereka sebagai tanda komitmen moral kepada mereka.
Beliau berkata, dalam ucapan pembukaan sidang kerajaan mingguan pada hari ini (14/2), "Sesungguhnya Majlis Menteri Palestin bersandarkan kepada Persepakatan Makkah dan memberkatinya, dan akan bekerja mengaplikasikannya segenap segi, seperti yang ditegaskan oleh kerajaan tentang kepentingan berpegang dengan persepakatan ini oleh setiap rakyat Palestin khususnya dalam hal mengelakkan pertumpahan darah.
"Haniyyah menambah,"Kerajaan Palestin bergerak ke arah pembentukan kerajaan campuran berdasarkan persepakatan ini dan kami telah memulakan proses penyediaan perlembagaan yang berkaitan dan cuba mempercepatkannya agar harapan pembentukan kerajaan ini dapat bersinar dalam waktu yang paling singkat.
"Dari satu sudut yang lain, Perdana Menteri tersebut mengisyaratkan bahawa kerajaan hari ini berdiri tegas menentang sebarang pencerobohan kepada Al-Aqsa, seraya menegaskan bahawa bandar Al-Quds terdedah kepada politik perubahan total yang banyak antaranya adalah pengusiran penduduk, rampasan tanah dan rampasan identiti.
"Haniyyah berkata, " Kami meminta rakyat Palestin kita untuk menguatkan kesatuan negara demi Al-Quds dan demi Al-Aqsa, dan kami meminta seluruh negara Arab dan Islam serta pertubuhan dalam negara membantu memikul tanggungjawab menjaga Masjid Aqsa & Al-Quds.
Kerajaan Penjajah Zionis telah membenarkan perobohan 2 buah bilik dan jejambat kayu yang bersambung dengan Masjid Aqsa Mubarak pada awal minggu ini sehingga mengundang kemarahan rakyat Palestin dan dunia Islam seluruhnya.
Note: sumber : www.palestine-info.info (Arab)pernterjemah : wewr" |
Post a Comment