Siri Pembangunan Penggerak Remaja/Siswa menerusi DPF dan TOT ini bertujuan melahirkan dan membina kumpulan penggerak dakwah remaja dan siswa yang kompeten, mahir, berkesan dan berkesinambungan di dalam membina generasi remaja soleh wa musleh.
Untuk tahun 2007, JIM Negeri menerusi JKPR dan JK JIM-IPT akan menyediakan program-program berikut :
Daurah Pengukuhan Fikrah (DPF) :- DPF-1 : 26 Januari 2007 DPF-2 : 30 Mac 2007 DPF-3 : 27 April 2007 DPF-4 : 27 Julai 2007 DPF-5 : 30 Ogos 2007 DPF-6 : 26 Oktober 2007 DPF-7 :30 November 2007
Untuk tujuan itu, DPF-1 yang akan diadakan pada 26 Januari 2007 ini adalah seperti dibawah :
Lokasi : Sekolah Rendah Islam al-Amin, Dungun (SRIAAD) Tarikh : 26 Januari 2007 (Jumaat) Masa : 9.00 pagi hingga 5.30 petang Yuran : RM10.00
Pengendali utama : Ustaz Hj Abdul Haris Bain, Pengurus KONSIS Network Sdn Bhd (beliau adalah bekas pensyarah UTM Skudai, Kolej Jaiputra dan sekarang berkhidmat sebagai petugas sepenuh masa dengan KONSIS Network mengendalikan aktiviti-aktiviti pembangunan pelajar di dalam dan luar negara) Keperluan peserta : Buku nota dan al-Quran terjemahan
Semoga siri pembangunan penggerak remaja ini direbut dan disertai dengan penuh iltizam dan istiqomah oleh semua penggerak remaja/siswa seluruh Terengganu, insyaAllah |
Post a Comment