Di sini ana ingin kongsi sedikit coretan untuk renungan para pembaca...
Sabda Rasulullah SAW.: "Tiga perkara yang barangsiapa terdapat(ketiga-tiga perkara itu) padanya nescaya dia memperolehi kemanisaniman (iaitu) Allah dan Rasul-Nya adalah lebih dia cintai daripadaselainnya (Allah dan Rasul), dan dia mencintai seseorang semata-matakerana Allah, dan dia benci untuk kembali kepada kekufuran (maksiat)sebagaimana dia benci dilemparkan ke dalam api".
(Hadis Sahih Riwayat Bukhari dan Muslim dan lain-lain)
MUKADDIMAH:
Iman adalah membenarkan secara putus (jazim) tanpa ragu sedikitpundengan apa yang datang daripada Rasulullah SAW. yang diikuti denganketundukan hati dan ketenteraman jiwa menerima ketentuannya tanpaperasaan degil dan takabbur.
Terkadang-kadang terdapat iman yang jazim pada seseorang dan tidak adakeraguan sedikitpun terhadap kebenaran yang datang daripada RasulullahSAW. tetapi sayangnya terkadang kadang iman tersebut diikuti oleh rasasombong dan enggan serta tidak mahu melaksanakan apa yang diyakininyaitu. Maka dalam keadaan seumpama ini, dia belum digolongkan sebagaiorang yang beriman.
Juga terdapat orang yang memiliki iman yang jazim tanpa sedikitpun adaperasaan ragu, malahan dia tidak mempunyai sifat degil dan takabburterhadap apa diyakininya. Tetapi sayangnya kita lihat orang tersebuttenggelam kedalam dunia kelalaian, dia tidak pandai menilai kadar imansebagaimana semestinya, dia lalai untuk menunaikan kewajibanmensyukuri nikmat tersebut. Manusia seperti inilah yang dikatakanorang yang beriman atau " mukmin " yanq belum mendapatkan " kemanisan iman ".
Hadis sahih yang termaktub diatas menjelaskan kepada kita beberapatanda orang-orang yang akan dapat merasakan kemanisan iman. Marilahkita berusaha menghias diri kita masing-masing untuk memiliki kesemuatanda-tanda tersebut semoga kita boleh hidup bahagia di dunia dan diakhirat.
SYARAH AL HADIS:
Tiga perkara yang barangsiapa terdapat (ketiga-tiga perkara itu)padanya nescaya dia memperolehi kemanisan iman.Hadis ini mengandunqi asas-asas utama bagi semua pintu kebaikan.Kemanisan iman adalah sesuatu yang dapat dirasakan oleh mukmin yangtenteram jiwanya terhadap nikmat yang telah dianugerahkan oleh Allahkepadanya untuk mencapai kebahagiaan dunia dan akhirat.Dengan kemanisan iman seseorang dapat menghadapi hidup dengan penuhceria. Keimanannya dapat membimbing dirinya untuk menghadapi kehidupanini walau bagaimanapun keadaan yang menimpanya. Jika sedang ditimpakesusahan dia boleh bersabar, dan dia dapat merasakan nikmatkesabaran. Dan jika dia mendapat nikmat kesenangan maka ia pandaibersyukur, dan dia dapat merasakan nikmat kesyukuran. Dia meyakinibahawa segala yang menimpanya apakah baik atau buruk adalah telahditentukan oleh Allah sejak azali. Oleh itu ia dengan jiwa tenangdapat menghadapi semua keadaan dengan rasa redha.
Kalaulah begitu besar nikmat yang dia dapat rasakan ketika di dunialantaran kemanisan iman yang dimilikinya, sudah pasti lebih besar laginikmat yang bakal dia terima di sisi Allah kelak di akhirat.
. Adalah Allah dan Rasul-Nya lebih dia cintai daripadaselainnya.Cinta ialah kecenderongan jiwa seseorang kepada sesuatu yang bolehmemberinya kelazatan, manfaat ataupun kerana sesuatu itu sesuai denganfitrah (tabiat) nya. Ada beberapa sebab yang boleh menimbulkan rasacinta seseorang. Menurut Imam Al Ghazali bahawa ada 5 sebab yangmendorong perasaan cinta seseorang:
1. Cinta manusia kepada dirinya, kewujudannya, keberkekalan dankesempurnaannya.
2. Cinta manusia kepada orang yang berbuat ihsan kepadanya danorangyang boleh mendatangkan manfaat kepadanya.
3. Cinta manusia kepada orang yang suka berbuat ihsan semata-matakerana ihsannya. Walaupun dia sendiri tidak berhajat kepada ihsanorang tersebut.
4. Cinta manusia kepada kecantikan dan keindahan. Keindahan yangmemikat ada yang hissy (fisical) seperti keindahan warna warni bungadan binatang, dan ada pula yang maknawy (abstrak) seperti akhlak yangluhur dan sifat mulia dari seseorang umpamanya: berilmu, cerdik,berani, adil, sabar, cekal dan lain lain.
5. Cinta manusia kepada seseorang disebabkan kerana orang yangdicintainya itu memiliki persamaan sifat dengannya, walaupun semuasebab terdahulu atau sebahagiannya tidak wujud pada orang tersebut.Ini sesuai dengan sabda Nabi SAW.: Roh-roh adalah tentera tentera yangdipersenjatakan, maka apa yang sesuai dengannya dia akan mesra dan apayang bercanggah dengannya dia akan berbeza.
Dan jika kita amat amati sebab sebab cinta diatas dengan cermatnescaya kita dapati kesemua sebab itu mewajibkan orang beriman yangbenar-benar mengenali Tuhannya untuk mencintai Allah dengan kadarcinta yang tidak ada tolok bandingannya.
Buah atau kesan cinta seseorang kepada Allah akan menimbulkanketaatannya kepada Allah yakni melaksanakan suruhan Nya dan menjauhilaranqan-Nya. Tetapi perlu diingat bahawa terdapat perbezaan antarataat kerana cinta (mahabbah) dengan taat kerana mengharap dan takut(rakhbah dan Rahbah).
Diriwayatkan bahawa Nabi Isa AS. pernah melalui suatu kaum yang sedangberibadah kerana takut kepada Allah atau kerana mengharap syurga, laluIsa berkata: Sesungguhnya kamu takut kepada makhluk dan mengharapkepada makhluk. Kemudian Isa meneruskan perjalanannya dan lalu padasuatu kaum yang sedang beribadah. Mereka berkata: Kami beribadahkepada Allah kerana kami cinta kepada-Nya dan kerana ta'zim(mengagungkan) -Nya. Nabi Isa berkata: Kamu semua adalah wali-waliAllah, dan aku diperintahkan agar duduk bersama kamu.
Ini tidak bererti jika kita beribadah lalu kita tidak boleh mengharapsyurga dan takut kepada kepada neraka. Itu adalah diantara sifat orangyang beriman. Ini sebagaimana firman Allah:
Lambung mereka jauh dari tempat tidur tidurnya (sering beribadahmalam) sedang mereka berdoa pada Tuhannya dengan rasa takut dan harap,dan mereka menafkahkan sebahagian dari rezki yang kami berikan kepadamereka. ( Al Sajadah / 32 : 16 )
Ayat di atas menegaskan bahawa di antara sifat orang orang yangberiman ialah mereka selalu mendirikan malam dengan beribadat sambilmengrahap akan keredaan Allah dan shurga Allah dan didorong oleh rasatakut kepada murka Allah dan siksaan neraka-Nya. Hanya saja jika "rasa cinta " yang mendorong kita untuk taat kepada Allah, maka nilaiibadah itu adalah lebih tinggi kalau dibandingkan hanya sekadar keranatakut dan harap.
Adapun cinta kepada Rasulullah SAW. adalah sebahagian daripada cintakepada Allah. Kerana bagi kita tidak ada seorangpun yang lebih kitapercayai selain orang telah dipilih oleh Allah sebagai utusan-Nya.Beliau telah diamanahkan oleh Allah untuk menyampaikan hidayah-Nyakepada umat manusia agar kita mendapat rahmat-Nya. Bagindalah orangyang paling berjasa menyelamatkan kita daripada kegelapan (kekufurandan syirik) kepada cahaya terang benderang (Islam dan hidayah).Bagindalah yang telah membimbing kita untuk menuju kebahagian hakikidi dunia dan di akhirat.
Abdullah Bin Al Mubarak berkata: Para `ulama lebih utama daripada ibu bapa kamu. Mereka bertanya:Mengapa demikian (wahai tuan) ? Beliau menjawab: Ibu bapa kamumemelihara kamu dari api (kesusahan) dunia, sedangkan para `ulama pulamemelihara kamu dari api (kesusahan) akhirat.
Demikianlah peranan dan jasa para `ulama yang ikhlas yang telahmembimbing manusia agar memiliki akidah yang betul agar terhindar darisyirik dan khurafat, yang telah mengajar mereka cara ibadat yang betulsehingga terhindar dari perbuatan bid'ah, yang telah mengajar merekabudi pekerti yang mulia sehingga dengan demikian, mereka bukan sajaterhindar daripada kesusahan di dunia tetapi juga akan terhindardaripada azab Allah yang amat pedih di akhirat. Dan kalaulah demikianperanan para `ulama, sudah tentu peranan Rasulullah saw jauh lebihbesar dari itu kerana semua ajaran para `ulama bersumber daripadaajaran Rasulullah saw.
Jadi mencintai Allah dan Rasul-Nya melebihi daripada mencintai yanglain, maksudnya ialah kita mestilah mencintai Allah dan Rasul-Nyamelebihi daripada kecintaan kita kepada ibu bapa, isteri, anak-anak,saudara mara, hatta terhadap diri kita sendiri. Dan selanjutnyakecintaan kita yang mendalam itulah yang mendorong kita untuk berbaktikepada Allah dan Rasul-Nya
2. Dan dia mencintai seseorang semata-mata kerana AllahCinta jenis ini juga adalah cabang dari kecintaan seseorang terhadapAllah. Seseorang jika benar-benar cinta kepada Allah, maka kesancintanya itu akan mendorong dia untuk suka jika orang tersebut taatkepada Allah, dan sebaliknya dia akan bersedih dan berusaha menegurnyajika rakannya itu melakukan dosa.
Ini tidak bererti jika ia mencintai seseorang kerana tujuan selain itulalu ia terkeluar daripada iman. Hanya saja sebagai bukti kemanisaniman seseorang ialah jika dia cinta kepada seseorang semata-matakerana Allah, dan jika ia benci kepada seseorang juga adalahsemata-mata kerana Allah.
3. Dan dia benci untuk kembali kepada kekufuran (maksiat) sebagaimanadia benci dilemparkan kedalam api.
Mukmin yang hakiki adalah orang yang tidak ragu lagi bahawa sekiranyadia kembali melakukan amal-amal kufur (dosa) setelah ia insaf danmendapat petunjuk Allah (taufiq) maka tidak mustahil dia akandilemparkan kedalam api neraka di akhirat nanti. Oleh sebab ituimannya yang mendalam mencegah dia daripada mengulangi lagi dosa-dosalampau sebagaimana dia benci dilemparkan ke dalam api di dunia ini.Dan sebagaimana kebenciannya kalau dirinya akan dihumban ke dalam apiyang bernyala-nyala, begitu jugalah darjat kebenciannya jika anaknya,ibu bapanya, isterinya dan saudara maranya akan dilemparkan kedalamapi.
Adakah manusia yang melihat manusia lain, samada dia kenal atau tidak,walaupun musuhnya, yang akan terjatuh ke dalam api lalu dia biarkantidak segera ditolongnya? Demi perasaan kemanusiaan, biasanya manusiasegera akan menolongnya. Betapa kalau pendorongnya justeru keimanan?
Jadi mukmin yang hakiki bukan saja benci kalau dirinya mengulangi dosadosa silam, malahan dia juga merasa benci kalau orang lain melakukandosa, lebih lebih lagi terhadap mereka yang mempunyai hubungankerabat dengannya...
Post a Comment