<$BlogMetaData$>
 

 

 

Terengganu

www.krj-tganu.blogspot.com

 
Cikgu Norfizam bin Said
PENGARAH KRJ TERENGGANU
Demi Masa, Sesungguhnya Manusia Itu Berada Di Dalam Kerugian..


KALENDAR AKTIVITI TERKINI


  • EKSPEDISI REMAJA KENTAL 2008!
    NANTIKAN PENGUMUMAN SELANJUTNYA
  • Chat @ KRJ Tganu

    ALBUM KRJ
  • Album 2008
  • Album 2007
  • Album 2006
  • Album 2005
  • JELAJAH INFORMASI
  • Utusan Online
  • BHarian Online
  • Harian Metro
  • NSTP
  • Harakahdaily
  • AMIR
  • ABIM
  • Islamonline
  • Palestinkini
  • JAKIM
  • LINK PENDIDIKAN
  • Kementerian Pendidikan Msia
  • Universiti Islam Antarabangsa
  • Universiti Kebangsaan Msia
  • Universiti Malaya
  • Universiti Putra Malaysia
  • Universiti Sains Malaysia
  • Universiti Utara Malaysia
  • Universiti Teknologi Msia
  • Universiti Msia Sabah
  • Universiti Msia Sarawak
  • Universiti Telekom
  • UiTM
  • KUSZA
  • Yayasan Pelajaran MARA
  • Politeknik Malaysia
  • KUKUM
  • KUIM
  • KUTKM
  • KUITTHO
  • KUSTEM
  • Maktab
  • BARISAN KEPIMPINAN JAWATANKUASA REMAJA KRJ SESI 2006-2007. JASAMU DIKENANG !

    PENGERUSI : Muhammad Mus'ab Bin Muzahar.

    TIMBALAN PENGERUSI 1 : Hafizuddin Bin Mohd Ridzuan

    TIMBALAN PENGERUSI 2 (Ketua Puteri) : Munirah Bt Mazlan

    SETIAUSAHA KEHORMAT : Maisarah Bt Zulkifli

    BENDAHARI : Nur Ilyana Amani bt Mohd Nasir

    HUBUNGI KAMI
    Maklumat lanjut boleh hubungi moderator, Akh Mohd Sufian Mat Ali, 014-836 8371
    krjtgg_mod@yahoo.com
    Tanda Buku Pelawat
     

          PENGENALAN KRJ       DAFTAR ONLINE          

             HOME    FORUM

    VIDEO KLIP LAGU KRJ TERENGGANU      
    Diari : Salam dari X-REK Pusat 23-26 Dis 2005
    Tuesday, December 27, 2005
    Salam...

    Alhamdulillah kita telah pun tamat ber X-REK peringkat pusat pada 23-26 Dis 2005 di sekitar gombak...ana ingin berkongsi sedikit pengalaman sepanjang menjadi pengiring kepada team dari KRJ Terengganu..

    Bermula dengan hujan renyai-renyai disekitar dungun para peserta di kehendaki berkumpul di SRIAAD pada jam 10pagi..tapi team dari KT terlewat sampai 30 minit kemudian..ana dan akhi anuar , akhi ammar telah tiba awal sebelum jam 10 pg..kebetulan pada hari yg sama ada mesyuarat JIN Terengganu ke-2..peluang yang ada ini digunakan dengan meminta ikhwah dan akhawat yang hadir meeting bersama-sama mengadakan majlis ringkas untuk melepaskan team ini…

    Majlis di mulakan dengan ucapan pengerusi majlis Akhi Md.khairudin diikuti dengan ucapan ringkas oleh YDP JIM Terengganu…seterusnya ucapan Pengerusi JKPRN Akhi Fakhrul…banyak amanat dan pesanan di berikan oleh mereka terhadap peserta terutamanya harapan JIM Terengganu terhadap peserta yang menjadi perintis kepada pembinaan remaja du’at.. selepas sesi ucapan ringkas, doa di bacakan oleh akhi Muzahar untuk memohon keberkatan sepanjang program ini berjalan.. dan akhir sekali, adalah sesi bergambar kenangan dengan ikhwah/akhawat bersama peserta..

    Jam 11.00 pagi semua peserta mula bertolak dengan 3 buah kenderaan…berhenti di SRIAA Kemaman.. suasana sayu menyelubungi suasana pemergian mereka ini juga dalam keadaan hujan belum reda lagi.. tergambar wajah ceria peserta semasa kenderaan mula meninggalkan SRIAAD..nasib tak berapa baik..salah satu tayar kenderaan lembik ketika tiba di Paka.. alhamdulillah semuanya selesai..

    Tiba di Al amin kemaman lewat tengah hari utk mengambil baki peserta yang tinggal seramai 4 org.. jumlah semua ahli rombongan ialah 18 orang (12 peserta dan 6 pengiring)..

    Menyusuri LPT dengan pandangan alam yang cukup indah di sepanjang perjalanan.. Berhenti di R&R Gambang jam 2.30 ptg utk solat dan makan serta berehat-rehat.. jam 3.30 ptg meneruskan perjalanan.. apabila dah ramai bermacam ragam, gelagat dan keletah adik-adik remaja ini dapat di lihat… walkie talkie digunakan utk memudahkan perhubungan antara semua kenderaan..bukan itu sahaja, malah bersembang-sembang juga menggunakan alat tesebut…jimat kredit kot.. Ana dapat melihat hubungan yang cukup akrab semua ahli rombongan KRJ Terengganu..insyaAllah semoga ukhuwah ini kekal sampai bila-bila..kerana ianya adalah sesuatu yang cukup berharga

    Hujan tidak berhenti sehinggala tiba di Al Amin Gombak utk proses pedaftaran…Tiba di destinasi pada jam 6.15 ptg… Selepas pendaftaran, terus ke tempat penginapan,, bersiap diri utk makan dan solat maghrib serta isya’… lepas isya terdapat program pembahagian kumpulan serta taklimat pengiring jam 11.00 malam.. terdapat seramai 75 orang peserta menyertai program ini…

    Selepas taklimat..ana dan akhi ammar, akhi anuar sama-sama membaiki ford ranger yang kerosakan bateri…letih sungguh nak menolak bagi hidup tambah lagi dengan perut yang lapar…dekat jam 3 pagi baru selesai..

    Hari kedua disajikan dengan Qiamulail diikuti dengan solat subuh, kuliah, riadhah pagi dan sarapan… selepas itu majlis perasmian oleh Akhi Zaid Kamarudin, presiden JIM yang kita kasihi.. selepas itu pengisian oleh Dr Harlina bertajuk’Cinta, cita dan yang Esa’.. menarik kan tajuk tersebut..ana tak dapat sertainya kerana ada program untuk pengiring mengenai ‘Strategic Planning’ untuk KRJ bagi tahun 2005-2010..banyak perkara yang dibincangkan dalam sesi tersebut..

    Selepas itu Akhi Nicolas Sylvester memberikan pengisian mengenai cara-cara berdakwah kepada non muslim kerana ianya akan di gunakan dalam aktiviti explorace nanti.. Selepas makan dan solat zohor, peserta bersiap sedia utuk aktiviti explorace yang bermula di Stesen komuter Kepong lebih kuranh jam 3.30 ptg.. mereka bergerak dalam kumpulan…mereka hanya dibenarkan membawa kad pengenalan sahaja... juga diberikan wang yang hanya 'cukup makan' .. aktiviti ini seakan-akan serupa dengan explorace yang di tayangkan di TV3.. majoritinya berasa seronok dan dapat menimba pengalaman baru dari aktiviti tersebut.. kumpulan pertama tiba lebih kurang jam 9.00 malam dan yang terakhir pada jam 10 malam...
    Kumpulan akhawat menunjukkan prestasi yang cukup memberangsangkan dengan majoriti tiba lebih awal.. Terbayang di wajah mereka kekentalan 'orang muda'...subhanallah.. bermula petang hari sabtu, peserta mula berkhemah di resort alang sedayu di jln bentong lama Gombak.

    Selepas berakhirnya xplorace itu, diadakan sesi pembentangan yang mana mereka di minta untuk untuk menyenaraikan 5 pengajaran, dan masing-masing satu untuk kenangan manis dan pahit..bermacam ragam dapat dilihat dari peserta pelbagai negeri ni.. 5 orang peserta team KRJ Tganu terlibat dalam kumpulan masing-masing..


    Pada pagi ini, salah sebuah kenderaan kami (forg ranger) terlibat dalam kemalangan di km 71 lebuhraya KL-Karak..ketika dalam perjalanan pulang lebih awal ke Terengganu.

    Berakhirnya pembentangan, mereka terus tidur untuk memulakan lembaran baru pada keesokan harinya.. Bangun pagi dengan Qiamullail, solat subuh, kuliah dan riadhah.. sarapan serta persiapan untuk pengisian ke 2 oleh Dr Hafizi bertajuk 'worl model, Hassan Al Bana'.. Persiapan untuk xpdc ke Sg Pisang di jalankan dan mereka di lepaskan sekitar jam 11 pagi. Baru beberapa minit berjalan, aduh..tercungap-cungap mendaki bukit, meredah belukar di bawah grid nasional dan meredah terowong air di bawah lebuhraya...baru bermula dah mencabar... belum habis lagi..tapi nampak bersemangat peserta-peserta semua... perjalanan diteruskan dengan meredah bukit dan belukar..seorang peserta akhawat dari tganu krem kaki, tapi alamdulillah pulih selepas itu..ada seorang fasi akhawat turut cedera dalam xpdc ini..

    Tiba di air terjun Sg Pisang sekitar jam 2.30 ptg...di beri peluang berehat dan mengambil wudhuk... pengalaman baru bagi diri ana, solat berjamaah diatas tanah dengan baju yang basah lencun...alhamdulillah terasa kepuasan apabila tiba di destinasi... meraka diberi peluang mandi selama 15 minit bermula dengan akhawat dahulu..bermacam-macam suara yang keluar kerana terlebih 'suka' bermandi-manda. Selepas akhawat, ikhwah pula tunjuk bakat berendam..

    Selepas mandi manda, semua peserta berjalan pulang sekitar jam 3.30 ptg...jalan pulang agak landai, merehatkan dan memakan masa yang singkat berbanding ketika pergi...setiap kumpulan dibekalkan dengan plastik sampah utk memungut sampah bukan organik di sepanjang perjalanan. Hampir tiba di tapak berkhemah, peserta disajikan dengan pandangan sebuah lubang buatan komunis untuk perlindungan diri..

    Tiba di alang sedayu sekitar jam 4.30 ptg dengan penuh keletihan disambut dengan juadah yang cukup enak mengubati kelaparan setelah hampir 6 jam ber trekking. Peserta bersiap diri selepas makan dengan solat asar dan seterusnya dgn slot 'bersamamu' oleh Karisma International.. mengisahkan perjuangan hidup rakyat Palestin..

    Pada malamnya juga merupakan malam terakhir X-REK, terdapat slot menunjukkan bakat-bakat terpendam dalam persembahan pentas..lagi sekali kita dapat melihat bakat remaja-remaja ini yang cukup kritis dan kreatif dalam mengolah pelbagai persembahan..

    Pagi ke-4 dimulakan macam biasa.. ada permainan yang menguji semangat 'team work' selepas kuliah subuh dan sarapan.. peserta yang gagal dalam permainan tersebut telah didenda berendam di dalam sungai berhampiran... kesyian!!!

    Sementara slot permainan berjalan, terdapat program oleh pengiring utk mendapatkan maklumbalas terhadap penganjuran sepanjang X-REK.. banyak idea, komen dan pendapat di lontarkan dari pelbagai pengiring negeri sepanjang sesi ini berjalan..

    Majlis penutup dijalankan sekitar jam 11.30 pg oleh Pengerusi JKPR Pusat Akhi Razali Rashid.. seterusnya penyampaian sijil penyertaan dan cenderahati kepada peserta dan fasilitator.. berakhirnya sesi tersebut disambung dengan acara bersalam-salaman dengan semua hadirin... dapat dilihat betapa ada rahmatNya ukhuwah yang terbina sepanjang X-REK ini..

    Selepas tamat majlis penutup ialah jamuan tengah hari yang lebih istimewa berbanding hari sebelumnya..disajikan dengan BBQ yang di masak sendiri oleh urusetia X-REK.. tahniah urusetia dapat masak masakan yang best..

    Bersiap-siap untuk bertolak balik ke Terengganu.. Jam 3.45 ptg kami bertolak balik ke Terengganu.. Bestttttnyaaaaa!!!!! itu la ungkapan yang di lontarkan spontan dari peserta-peserta sebelum balik... InsyaAllah kita akan jumpa X-REK 2006 dengan Terengganu manjadi tuan rumah (ura-ura sahaja)...

    Perjalanan balik penuh keriangan terpapar di wajah setiap peserta.. Singgah di kuantan utk solat dan makan sekali... Ana dan Akhi anuar tiba di rumah sekitar jam 2 pg...walaupun letih tapi ianya terbayar dengan kepuasan sepanjang ber x-rek selama 4 hari 3 malam...

    InsyaAllah kita jumpa di X-REK 2006...Mungkin di Terengganu..

    abang din
    (pengiring x-rek 05)


    posted by KRJ TERENGGANU @ 10:06 pm  
    <$BlogItemCommentCount$> Comments:

    Post a Comment

    << Home
     
    JAWATANKUASA REMAJA KRJ NEGERI TERENGGANU 2008

    PENGERUSI : Muhammad Munzir Bin Muzahar (Sek Men Islam Al Amin Kemaman)

    TIMBALAN PENGERUSI : Muhammad Irfan Bin Bahrin (Sek Men Islam Al Amin Kemaman)

    NAIB PENGERUSI 1 : Humairaa' Bt Abdul Malek (Sek Men Islam Al Amin Kemaman)

    NAIB PENGERUSI 2 : Wan Hani Munirah Bt Wan Muhd Rosdi (Sek Men Keb Agama Tok Jiring Kuala Terengganu)

    SETIAUSAHA KEHORMAT : Nurul Najihah Bt Khairudin (Sek Men Islam Al Amin Kemaman)

    BENDAHARI : Hafizuddin Bin Mohd Ridzuan (Sek Men Islam Al Amin Kemaman)

    Alamat Pejabat KRJ Terengganu : No 5, Taman Seri Melor 4, Bt 6, 23000 Dungun, Terengganu Darul Iman

    TELEFON@SMS : 014-836 8371 (Penasihat JK Remaja KRJ Terengganu)

    Lagu KRJ Terengganu@mp3


    CARI ARTIKEL
    ARKIB KRJ
    PAUTAN KRJ
    LAMAN NASYID KONTEMPORARI
    SIARAN TELEVISYEN
    KREDIT


    BLOGGER




    © 2008 Kelab Remaja JIM Terengganu [Remaja Mithali Tunggak Kepemimpinan]Hak Cipta Terpelihara ; KRJ Terengganu.