Kepada Ketua kontingen KRJ Terengganu serta ahli pasukan KRJ Terengganu,
Bagi pihak Jawatankuasa Pembangunan Remaja Negeri JIM Terengganu (JKPRN), kami mengucapkan selamat bermusafir dan menyertai Ekspedisi Remaja Kental 2005 (X-REK) di Kuala Lumpur bagi kontingen KRJ Terengganu yang akan dipimpin oleh akh Muhammad Anuar bin Johari serta zaujah yang bertindak sebagai ketua pengiring pasukan KRJ Terengganu.
Mudah2an segala persediaan yang telah diadakan dapat memberikan kejayaan buat pasukan ini dan yang pastinya membawa balik segala ilmu dan pengalaman bagi memantapkan lagi usaha pembinaan remaja du'at di negeri Terengganu ini.
Dilampirkan juga do'a musafir & menaiki kenderaan sebagaimana yang dipetik drpd hadis sahih, Sahih Sunan al-Tirmizi (III/156) :
'Ali bin Rabi'ah berkata : "Aku telah menyaksikan 'Ali bin Abi Talib r.a. didatangkan kepadanya seekor haiwan (sebagai kenderaan) untuk ia menaikinya. Lalu pada saat beliau meletakkan kakinya pada tempat naik tunggangan, ia mengucapkan (sila rujuk teks Arab yang sebenar) :
"Bismillah" (dengan menyebut nama ALLAH)
Kemudian ketika telah berada di atas kenderaan, beliau mengucapkan :
"Alhamdulillah" (segala puji bagi ALLAH)
Kemudian mengucapkan :
"Subhanallazi sahkharalanaa haaza wamaa kunnaa lahuu muqriniin wa inna ilaa robbina lamunqolibuun." (Mahasuci Allah yang telah menundukkan (kenderaan) ini bagi kami, padahal sebelumnya kami tidak mampu menundukkannya (iaitu menguasainya). Dan sesungguhnya kepada Rabb kamilah kami akan kembali.)
Kemudian mengucapkan :
"Allahu Akbar" (Allah Maha Besar) 3 kali
Lalu mengucapkan :
"Subhaanaka inni dzolamtu nafsi, faghfirli, innahu laa yaghfiruzzunuba illa anta." (Mahasuci Engkau, sesungguhnya aku telah menzalimi diriku sendiri, maka ampunilah aku. Sesungguhnya tidak ada yang mengampuni dosa-dosa kecuali Engkau.)
Ali r.a. berkata : 'Saya telah melihat Nabi s.a.w. mengerjakan sebagaimana yang saya kerjakan.' "
Didalam hadis Sahih Muslim (II/978) pula, diajarkan kepada kita doa bermusafir iaitu :
"Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar" "Subhanallazi sahkharalanaa haaza wamaa kunnaa lahuu muqriniin wa inna ilaa robbina lamunqolibuun." selanjutnya dengan do'a yang maksudnya : "Ya Allah, sesungguhnya kami memohon di dalam perjalanan kami ini kebaikan dan taqwa serta amalan yang Engkau redhai. Ya Allah, mudahkanlah perjalanan kami ini dan dekatkanlah jaraknya dari kami. Ya Allah, Engkaulah Pendampingku dalam perjalanan dan Pengganti bagi keluargaku. Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada kesukaran dalam perjalanan, pemandangan yang menyedihkan dan perubahan yang buruk pada harta dan keluarga."
Kami iringi pemusafiran antum dengan doa semoga selamat pergi ke destinasi program, selamat berprogram dan kembali semula dengan selamat ke rumah keluarga masing-masing. Hati-hatilah di dalam memandu, inshaAllah.
Untuk rujukan keluarga masing-masing, sila hubungi :
akh Muhammad Anuar bin Johari (012-9395519) akh Md Khairudin bin Hasim (012-9775520)
Post a Comment