Dipetik daripada buku mengenai do'a dan zikir kumpulan dari as-Sunnah yang sahih yang diambil dari kitab asli yang berjudul "Azkaarul Yaumi wal Lailah" oleh Sheikh 'Alaudin bin Yusuf al-'Utaibi (dialih bahasa kepada Do'a dan Zikir Harian Menurut Tuntunan as-Sunnah Yang Sahih, Pustaka Ibn Katsir, Feb 2005) dimana Allah SWT telah menjelaskan bahawasanya ketenangan hati adalah pada zikir kepada-Nya, maka sudah menjadi keharusan bagi setiap muslim dan muslimat bahawa berzikir merupakan unsur kebahagian dan jalan menuju kepada-Nya. Zikir adalah merupakan pangkal dari syukur, orang yang tidak berzikir adalah orang yang tidak bersyukur kepada Allah. Sehingga zikir dan syukur adalah paduan kebahagian dan kejayaan.
Disebut dalam satu hadis hasan, Sahih Sunan Abi Dawud (III/965), bahawa jika seseorang mencintai seseorang kerana Allah, maka ucapkanlah kepadanya :
" Inni uhibbuka filLah" (sesungguhnya aku mencintaimu kerana Allah) Sebagai jawapan kepada ucapan tersebut, maka ucapkanlah :
"AhabbakaAllahullazii ahbabtani lahu" (semoga Allah mencintaimu, yang kerana-Nya engkau mencintaiku) Bermakna cinta yang sebenar disandarkan kepada Allah dan segala yang mendatangkan keredhaan Allah semata-mata.
Dipetik daripada Hadis riwayat Muslim (IV/2007), sekiranya seseorang berbuat baik kepada kita, maka ucapkanlah kepada beliau :
"Jazaakallahu khairan" (mudah-mudahan Allah membalasmu dengan kebaikan) Moga kita sentiasa di atas sunnah Nabi s.a.w. sentiasa, inshaAllah.
(dikongsi semasa kuliah subuh yang disampaikan penulis kepada peserta X-REK KRJ Terengganu pada 10 Disember 2005 di SRIAAD) |
Post a Comment