Di kesempatan ini ana ingin berkongsi pengalaman sepanjang XPDC Remaja Kental (X-REK Terengganu) yang diadakan pada 8 - 10 Dis 2005 bertempat di Sek Rendah Islam Al Amin Dungun. Seramai 17 peserta lelaki dan 13 peserta perempuan, di jana perjalanan X-REK mereka dengan 7 orang AJK JKPR dan 3 orang fasilitator dari karisma dungun.
Bermula pada khamis petang dengan sesi pendaftaran dan disajikan dengan minuman petang. Berduyun-duyun peserta hadir melaporkan diri yang hadir dari pelbagai daerah seperti Kuala Terengganu, Dungun dan Kemaman. Walaupun penyertaan terbuka kepada pelajar sekolah menengah, tetapi X-REK kali ini telah menerima peserta paling muda yang berumur 11 tahun daripada K.Terengganu. Betapa semangatnya ibu bapa nya yang ingin anaknya mengikuti program bermanfaat sepanjang cuti sekolah. Alhamdulillah, syukran.
Ice breaking di hidang, sebagai tanda menyambut tetamu X-REK 2005, ternyata wajah-wajah yang hadir dihiasi dengan kegembiraan, keriangan juga timbul pelbagai tanda tanya. Solat maghrib, kuliah maghrib sebagai juadah pertama utk pengisian rohani mereka diikuti dengan solat isya' berjamaah.. kenyang sudah jiwa mereka,perut pula menjadi taruhan makanan yang dimakan...Alhamdulillah Allah telah memberi ubat kepada penyakit lapar...
Program selepas isya' adalah pembentukan kumpulan.. terdapat 6 kumpulan...3 lelaki dan 3 perempuan...Peserta diminta mencipta bendera kumpulan masing-masing dan membuat persembahan terhadap hasil kerja mereka dan kelebihan kumpulan mereka berdasarkan nama kumpulan yang telah di beri.. Itulah remaja, zaman yang dihiasi dengan kegembiraan, keriangan.. bermacam ragam dan gaya yang dilontarkan sepanjang sesi pembentukan kumpulam berjalan. Sesi ini di kendalikan sendiri oleh Pengarah Program.
Mereka juga disajikan dengan lagu tema sebagai satu jalan utk merapatkan ukhuwah sesama peserta... laungan lagu 'Akrab Persahabatn' , 'Satu perjuangan' , 'Rasulallah' , dan 'Doa perpisahan' menggamatkan suasana dewan sekolah tersebut... ish..berbakat juga mereka menyanyi...termasuklah urusetia dan fasi.
Hari kedua di buka dengan Qiamullail,solat subuh, serta kuliah dan riadhah. Majlis perasmian bermula jam 9.00 pagi di rasmikan oleh SU JIM Terengganu Hj Muzahar Bin Hitam.. Beliau turut berkenan merasmikan laman blogspot KRJ Terengganu http://krj-net.blogspot.com..
Selepas itu pengisian satu, dan eksplorasi Al Quran... peserta pergi solat jumaat di Masjid Pak Sabah Dungun.. balik solat dihidangkan makanan... lepas makan hmmmm.. mengantuk. tapi tidak!! mereka ada game (LDK).. uji minda dan explorace lepas asar... malam nya pula persembahan kumpulan dan debat.. begitu bebakatnya mereka... ada yang pandai berlakon..menyanyi... maklumlah jiwa remaja..begitulah al kisahnya..malam nya ditutup dengan mencari nur Allah.. tadarus surah Al Mulk menjadi pengisian..
Hari ketiga pula, dihiasi dengan Qiam, kuliah subuh...persediaan mendaki bukit bauk telah pun dibuat seawal pagi. bermula dengan warming up dan seterusnya sarapan.. mereka di hantar ke kaki bukit bauk utk memulakan pendakian. Jarak ke puncak adalah lebih kurang 2 km... naik dan turun adalah 4 km menyusuri laluan tar telekom malaysia. semua nya bersemangat...tiba-tiba, apabila sampai di tempat curam....keletihan dan kepenatan tergambar di setiap wajah-wajah peserta...ada juga yang hampir tewas... tapi abang2 dan akak2 fasi memberi kata semangat kepada mereka... 1 jam 15 minit pendakian, sampai la kepuncak... bergambar kenangan...dan bersembang dengan kakitangan telekom...
Berada di puncak... Ya Allah betapa indahnya ciptaan Mu di muka bumi ini yang tak perna aku kecapi semasa berada di permukaannya... Subhanallah..
Selepas 30 minit di puncak. mula turun kebawah.. bila turun cepat sedikit berbanding mendaki.. sampai di bawah, di beri masa berehat sebelum meneruskan perjalanan berjalan kaki utk pulang ke Al Amin...menyusuri laluan paya, belukar dan tanah lapang sejauh 3 km... jadi semuanya 7 km... begitu kental jiwa2 mereka... Subhanallah.. kumpulan pertama di lepaskan jam 12.00 t/hr. Kumpulan terakhir berjalan kaki tiba jam 2.30 petang..
Jam 12.45 t/hr , Insiden kenangan manis semasa dalam perjalanan pulang, kenderaan ford ranger 4x4 yg di pandu oleh peng. prgrm utk menghantar bekalan air minuman kepada peserta terkandas di kawasan selut selama hampir 2 jam lebih.. Jaraknya 1 km dari peserta yang berjalan kaki...10 org termasuk ajk dan peserta membantu utk mengeluarkan kenderaan itu dari kawasan selut, tapi gagal...
Itulah hikmahya yang Allah telah beri...mereka bersatu dalam semangat 'team work' walaupun dalam keadaan kelaparan dan kehausan di bawah terik mentari.. setiap idea yang dilontarkan diterima dan dilaksanakan tanpa banyak soal utk menyelesaikan masalah tersebut... cuba dan terus mencuba, tapi tewas kerana berat kenderaan itu lebih berbanding jumlah berat yg 10 org tu. towing car digunakan utk menarik keluar kenderaan itu dari kawasan selut... tak smpi 10 minit, berjaya di tarik.. sempat berposing istimewa bersama dengan ranger yang terbenam...
Selepas selesai, pulang ke Al amin dan tiba jam 3.10 ptg... aduh....letih teramat sangat... bermacam seri wajah bagi 10 org itu.... bersiap utk majlis penutup yang dirasmikan oleh Hj Muzahar sekitar jam 4.00 ptg.. penyampaian hadiah dilaksanakan... peresentation gambar2 sepanjang X-REK di laksanakan oleh pengarah program... disitulah kita dapat melihat gelak tawa mereka, apabila gambar mereka di rakam..
Diakhiri dengan lagu akrab persahabatan dan doa perpisahan... shahdunya.. tahniah adik-adik ku, kerana dikau telah berjaya menghadapi X-REK Terengganu 2005 hingga keakhirnya selama 3 hari 2 malam..
Wahai adik-adik ku... dikaulah permata kesayangan ayah dan bonda... dikaulah menjadi harapan yang tinggi oleh ayah dan bonda mu...
Wahai adik-adik ku... kehadiran mu didunia ini di tatang bagai minyak yang penuh... ayah dan bonda mu sanggup bergadai nyawa dan harta benda utk membesarkan mu dan mendidik mu memberikan sebanyak kasih sayang yg tak terhingga nilainya sehingga dikau cemerlang dan hidup riang hingga ke hari ini...
Ingatlah adik-adik ku... kita telah banyak menyusahkan ayah dan bonda sepanjang penghidupan kita... tapi ayah dan bonda kita tak pernah pun mengambil kira semua tu..
Tetapi... apa yang yang kita telah beri pada ayah dan bonda??? adakah kegembiraan.....atau kesedihan.... ingatlah... titisan air mata kegembiraan ayah dan bonda terhadap kejayaan kita cukup utk menggembirakan hati mereka..
Adik-adikku sayang... jangan lah buat hati ayah dan bonda terluka dan terseksa dengan sikap dan perangai kita kerana mereka sudah puas merasai keperitan semasa melahirkan dan membesarkan kita... adakah kita tahu dan ingat semua itu???
Muhasabahlah diri kita sendiri, cermin diri dan nilailah diri ini sepanjang penghidupan ini...
Sekadar luahan.... utk kita kongsi bersama ... wallahualam
Post a Comment