Salam..
Alhamdulillah. .. tamat sudah Perkhemahan Generasiku (PGK ke 16).. sudah 16 tahun ianya dilaksanakan dengan penyertaan seramai 78 org peserta dari KT, Dungun, Kemaman dan Kuantan.. tahun ini kemaman jadi penganjur .. PGK kali ini dianjurkan dengan kerjasama dengan KRJ Pahang
25 Mei 07
Peserta dari tganu datang awal di Cheneh Recreation Resort (CRR) dan kena siapkan tapak perkhemahan, peserta dari kuantan tiba lewat sedikit, majlis perasmian telahpun dilaksanakan oleh YDP JIM Terengganu Hj Abbas..
Seawal tiba jg org lama PGK, hj zul dan kak nazilah sudah 'melihat2' apa yg patut.. sejak 2-3 hari sebelum prgrm, orang2 kuat krj kemaman bersengkang mata utk melaksanakan persiapan akhir utk memastikan kelancaran PGK 16 kali ini.. diketuai tekong utama akh norfizam, akh ramazan, saufi muallimah al-amin, i/a kemaman dan yg tak boleh nak sebut, sebab ramai sangat..
Pada malam nyer... sesi ice breaking, pembahagian kumpulan dan sesi 'suka2' bersama peserta sehingga lewat malam.. mcam2 karenah peserta ada.. Kem Komanden ialah Eddy bekas pelajar SMT Dungun, purata umur peserta adalah bawah 15 tahun, banyak yang keanak-anakan berbanding tahun lepas..
Fasilitator seramai 20 org terdiri dari pada 9 org dari kuantan dan selebihnya dari tganu, melebarkan dan megasah bakat kefasilitatoran mereka.. selepas minum malam, semua peserta terus tidur kecuali peserta wanita yang ana kedengaran suara ketika jam 3.00 pg, buat 'meeting' agaknya..
26 Mei 07 - Hari ke - 2,
Qiamullail , solat subuh dan kuliah subuh oleh Us Saleh.. (muallim SRI Al Amin Kemaman) selepas tu senam pagi dan ada yang kena lanyak diatas parking kereta dengan abg din kerana lewat turun dan lembik tiada semanagt... ada yang kena 'pikul balak' tawaf dua pusingan, tekan tubi, ketuk ketampi dan mcm2 lagi... bermula dengan trekking meredah estate kelapa sawit yg di bantu oleh trainer, Pok Pie'i, abg zaidi, pok zaki and the geng.. ramai juga yang pancit.. sepanjang perjalanan di perkenalkan dengan pokok2 hutan bahaya dan kelebihannya. .
tamat tengah hari, makan tengah hari, solat zohor dan peserta masuk dewan utk LDK dan persiapan perrsembahan kumpulan..
petang lepas asar main kayak.. mula2 takut nak turun, bila dah turun tak mau naik atas darat... permainan kayak dihentikan awal kerana cuaca mendung dan angin kuat bertiup..
malam, sesi ceramah bersama hj zameran mengupas isu-isu remaja, permasalahan remaja maskini dan banyak lagi yg berkaitan dengan remaja zaman moden.. persembahan kumpulan, dan juga pesersembahan istimewa dari fasi lelaki..
selepas tu sesi yang menyayat hati para peserta apabila ramai fasi wanita terpaksa balik awal kerana ada urusan masing2... abg sufian apalagi, pujuk la dengan lagu dan ayat2 power nyer.. ramai menangis masa tu.. tak dapat nak bayang la.. malam ditutup dengan sesi bergambar semua peserta perempuan dengan fasi masing2..
pada lewat malam hujan turun dengan lebat nya, kelkatu singgah di tapak perkhemahan dengan jumlah yg beribu-ribu dan tak terkira.. peserta kena pindah di surau dan dewan.. best tidur didewan kerana ada air cond..
27 Mei 07 hari ke-3,
peserta bangun qimulllail, kena 'popia' tekan tubi dan ketuk ketampi sebab tidur dalam surau ketika hendak solat subuh..
pagi ada sesi muhasabah kecil-kecilan. . mengingati mati dan alam barzakh... senam dalam dewan.. dan juga ceramah 'aku ori bukan fotokopi' oleh Hj malik dan zaujah serta anaknya.. selepas itu, sesi 0-0 dengan peserta, borang penilaian diisi dan memberi peluang kepada peserta utk meluahkan segala yg tak puas hati dan yg puas hati.. macam-macam isu yabg dilontarkan pujian dan kejian satu yang biasa bagi kami..
petang lepas zohor, majlis perasmian penutup dirasmikan oleh Us Alwi Muda, ajk jim pahang, penyampaian hadiah , sijil, cenderahati menyanyikan lagu tema dan menayangkan semula gambar-gambar sepanjang tiga hari... tergelak ada, macam2 ada..
sebelum peserta meninggalkan PGK-16 kali terakhir, ana melihat rasa berat nampak mereka nak meninggalkan kami para fasi, bersalaman dan ada yang beratur utk mendapatkan autograf..
diakhiri dengan doa dan sesi bergambar... insyaAllah gambar akan menyusul dalam blog ini dalam beberapa hari lagi...
ana ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan pada semua yang terlibat dalam menjayakan PGK 16, semoga usaha kita yang kecil ini mendapat keredhaan Allah swt..
salam istimewa untuk adik-adik peserta kerana kesudian menghadiri PGK-16 kali ini, mencipta kenangan pahit dan manis bersama kami di PGK-16..
Buat sahabat-sahabat perjuangan ajk dan para fasi, ana ucapkan jutaan terima kasih, kerana tanpa pengorbanan antum, prgrm ini sukar utk dilaksanakan.. rezeki ana dapat pulang dari Labuan utk bersama2 antum meraikan PGK-16
jumpa lagi di PGK-17 tahun hadapan...
wassalam..
abg din..
Post a Comment