KESALAHAN KEENAM : Bertudung tetapihanya memakainya di pejabat sahaja.Tidak di sekitar rumah, pasaraya dansebagainya.
KESALAHAN KETUJUH : Bertudung tetapitudungnya dilempar ke belakang leher,maka terdedahlah dadanya dari ditutupikain tudung.
KESALAHAN KELAPAN : Bertudung tetapi dengan tudung yang amat nipis sehingga boleh diihat sanggul, leher, tengkuk dan dadanya. Sebahagian wanita menyangka bahawa tutup aurat tu adalah tutup rambut sahaja. Ia adalah tidak tepat sama sekali. Asasnya adalah dari firman Allah SWT:
ertinya :"Hendaknya mereka itu melabuhkantudungnya sampai ke dadanya, danJANGANLAH KAMU MENDEDAHAKN AURAT! DANPERHIASAN KAMU KECUALI APA YANGTERZAHIR." (an-Nur: 31)
Dalam ayat di atas Allah memerintahkankepada orang-orang perempuan supayamenyembunyikan perhiasan tersebut danmelarang untuk dinampak-nampakkan.Allah tidak memberikan pengecualian,melainkan apa yang terzahir. Oleh kerana itu para ulama kemudian berbeza pendapat tentang erti apa terzahir itu serta ukurannya.Misalnya sahabat besar Nabi sepertiIbnu Abbas r.a, ia berkata dalammenafsirkan apa yang terzahir itu adalah : celak dan cincin.Yang berpendapat seperti ini ialahsahabat Anas Bin Malik. Justeru, harusdilihat celak dan cincin wanita,bererti boleh dilihatnya juga keduatempatnya pemakaiannya, iaitu muka dankedua tapak tangan. Demikianlah apayang ditegaskan oleh ulama Tabienseperti Said bin Jubair, 'Atha',Auza'i dan lain-lain.Bagaimanapun Ummul Mukminin Aisyahr.a, Qatadah dan lain-lain menisbatkan gelang sebagai perhiasan yang boleh dilihat. Dengan demikian, maka tempat letak gelang iaitu di pergelangan tangan adalah dibolehkan jika tiada fitnah. Tetapi berkenaan batasnya dari pergelangan sampai ke siku, masih diperselisihkan. Seeloknya di jauhi dari mendedahkannya.Menurut Syeikh Al-Qaradawi juga, ini tidak sama dengan make-up dan cat-cat yang biasa dipakai oleh perempuan-perempuan zaman sekarang untuk memakai gincu dan bedak merah di pipi serta kuku. Make-up ini semua termasuk berlebih-lebihan yang sangat tidak baik, yang tidak boleh dipakai kecuali di dalam rumah. Sebab perempuan-perempuan sekarang memakai itu semua di luar rumah, adalah untuk menarik perhatian laki-laki. Jadi jelas hukumnya adalah haram.
KESALAHAN KESEMBILAN : Bertudungtetapi menaiki motor sambil menayangkan betis sepanjang jalan.
KESALAHAN KESEPULUH : Bertudung dan sempurna penutupan aurat tubuhnya tetapi memanja-manjakan suaranya ketika berinteraksi dengan lelaki.Samada menyanyi mahupun bernasyid.Tiada dakwah yag sesuai buat wanita menerusi nyanyian kerana sesaat sahaja ia berada di atas pentas dengan pakaian canggihnya, seribu mata lelaki yang memandangnya. Kita tidak tahu dimanakah mata lelaki itu memandang.Suaranya yang merdu juga membuatkan lelaki yang rosak hatinya akan dibuai nafsu, walaupun penasyid wanita itu sedang mendendangkan lagu ketuhanan.
Post a Comment