<$BlogMetaData$>
 

 

 

Terengganu

www.krj-tganu.blogspot.com

 
Cikgu Norfizam bin Said
PENGARAH KRJ TERENGGANU
Demi Masa, Sesungguhnya Manusia Itu Berada Di Dalam Kerugian..


KALENDAR AKTIVITI TERKINI


  • EKSPEDISI REMAJA KENTAL 2008!
    NANTIKAN PENGUMUMAN SELANJUTNYA
  • Chat @ KRJ Tganu

    ALBUM KRJ
  • Album 2008
  • Album 2007
  • Album 2006
  • Album 2005
  • JELAJAH INFORMASI
  • Utusan Online
  • BHarian Online
  • Harian Metro
  • NSTP
  • Harakahdaily
  • AMIR
  • ABIM
  • Islamonline
  • Palestinkini
  • JAKIM
  • LINK PENDIDIKAN
  • Kementerian Pendidikan Msia
  • Universiti Islam Antarabangsa
  • Universiti Kebangsaan Msia
  • Universiti Malaya
  • Universiti Putra Malaysia
  • Universiti Sains Malaysia
  • Universiti Utara Malaysia
  • Universiti Teknologi Msia
  • Universiti Msia Sabah
  • Universiti Msia Sarawak
  • Universiti Telekom
  • UiTM
  • KUSZA
  • Yayasan Pelajaran MARA
  • Politeknik Malaysia
  • KUKUM
  • KUIM
  • KUTKM
  • KUITTHO
  • KUSTEM
  • Maktab
  • BARISAN KEPIMPINAN JAWATANKUASA REMAJA KRJ SESI 2006-2007. JASAMU DIKENANG !

    PENGERUSI : Muhammad Mus'ab Bin Muzahar.

    TIMBALAN PENGERUSI 1 : Hafizuddin Bin Mohd Ridzuan

    TIMBALAN PENGERUSI 2 (Ketua Puteri) : Munirah Bt Mazlan

    SETIAUSAHA KEHORMAT : Maisarah Bt Zulkifli

    BENDAHARI : Nur Ilyana Amani bt Mohd Nasir

    HUBUNGI KAMI
    Maklumat lanjut boleh hubungi moderator, Akh Mohd Sufian Mat Ali, 014-836 8371
    krjtgg_mod@yahoo.com
    Tanda Buku Pelawat
     

          PENGENALAN KRJ       DAFTAR ONLINE          

             HOME    FORUM

    VIDEO KLIP LAGU KRJ TERENGGANU      
    Bingkisan PGK ke 15
    Friday, June 02, 2006
    Assalamualaikum wbt...

    Buat teman-teman pelawat blog krj ni ingin ana kongsikan sedikit pengalaman dalam Perkhemahan Generasiku (PGK) kali ke 15.. Rasanya dah lama ana tak menulis dalam laman ni..

    PGK ke 15 telah pun selamat dijayakan pada 26-28 Mei 2006 yang lepas dengan disertai seramai 121 orang peserta dari pelbagai sekolah di daerah Kemaman, Kerteh, Dungun dan Kuala Terengganu. Diadakan di Tapak Perkhemahan Pulau Poh, Kenyir Sanctuary Resort....

    Setinggi-tinggi tahniah kepada semua AJK Urusetia samada orang lama atau orang baru, para fasilitator dan sesiapa sahaja yang terlibat dalam menjayakan PGK kali ini.. sumbangan antum cukup bermakna buat kami..

    PGK kali ini menekankan aspek aktiviti fizikal 70% seperti abseiling, team building, low rope, blind fold game, berkayak dan rakit, berenang dan selebihnya aspek rohani seperti kuliah maghrib, kuliah subuh, bacaan ma'athurat dan lain-lain lagi..

    Seramai 57 putera dan 64 puteri mengharungi cabaran PGK di tasik kenyir selama 3 hari 2 malam, disapa dengan hujan lebat ketika hari pertama tiba di tapak perkhemahan.. diserikan lagi dengan kehadiran rombongan dari Jawatankuasa Pembangunan Remaja Pusat, diketuai oleh pengerusinya Hj Rohasni Marjumat, bersama orang kanannya, Akhi Razali... JZKK kunjungan antum penuh makna bagi PGK kali ini..

    Tiba di jeti tengah hari 26 mei..menanti bot menjemput kami ke tempat perkhemahan yang jauhnya 10 minit perjalanan dengan bot.. langit ketika tu menunjukkan kegarangannya untuk hujan... mula bertolak dengan bot..angin kencang meniup disertai dengan rintik-rintik hujan..nasib baik belum lebat lagi..

    Bermulanya hari pertama, macam biasalah, ice-breaking menemui peserta putera dan puteri dikendalikan oleh orang lama PGK, Akhi Muzahar... bersama-sama dengan abang2 fasi dan akak2 fasi... mula-mula rasa segan, lepas tu tak berapa nak segan..lepas dari tu, mulalah macam pasar borong suasana di tambah lagi dengan hujan lebat... sungguhpun duduk di khemah utama yang kecil... tak boleh bergerak bebas... lebih gerak jer, hujan mari hinggaap kat badan.. people scavanger adalah permainan yang seterusnya selepas ice-breaking..juga di kendalikan oleh akhi muzahar... permainan ini adalah mencari seseorang berpandukan soalan yang telah diberikan dalam sehelai kertas... lagi la riuh suasana ketika tu.. selepas tu pembahagian kumpulan..kumpulan di bahagikan dengan setiap peserta akan mendpat sehelai kertas yang didalam nya tertulis nama binatang.. apa yang perlu peserta buat ialah, bunyikan suara binatang itu dengan sekuat-kuatnya...bunyi yang sama adalah kumpulan yang sama...terdapat 5 kumpulan putera dan 5 kumpulan puteri...

    Menjelang malam..seperti biasa, anak-anak ini akan bersiap sedia utk solat maghrib berjemaah beserta kuliah..tetapi agak terlewat sikit, sebab perlu kemas khemah yang basah akibat hujan lebat petang tadi... peserta kena lap khemah tu dengan surat khabar..apa nak buat, ni dalam hutan bukannya kat bandar..kalau kat bandar solat kat masjid beralaskan karpet, kalau dalam hutan...sekadar yang ada la...

    Selepas solat isya', makan malam...mereka ni dari tengah hari tak makan..kesyian.. di masak oleh chef terkenal dalam JIM, iaitu pakcik ku indong... masakannya usah lah sesiapa mempertikaikannya..walaupun simple, tapi penuh 'makna'..

    Lepas makan...mesti lah kenyang!!! majlis perasmian ringkas diadakan..dimulakan dengan ucapan pengerusi majlis (abg din) diikuti dengan pengarah program (Cikgu Jalaludin).. dan seterusnya ucaptama oleh Pengerusi JKPR Pusat, Hj Hasni dan seterusnya beliau merasmikan PGK ke 15... berkumandangnyer lagu krj terengganu sebagai tanda terasmilah PGK ke 15 pada 2006 ni.. Lepas habis perasmian diadakan diskusi bersama JKPR Pusat dan JKPR Negeri.. untuk buat sedikit perkongsian dan mendengar amanat dan pesanan dari HJ Hasni...

    Mata-mata peserta ni kelihatan kuyu dan merah..tanda mengantuk la, apa lagi... sebelum bermulanya hari esok..abg din ada buat perjanjian dengan adik-adik peserta ni..dimana tiap-tiap pagi, semua peserta kena kawad pagi dan menyanyikan lagu krj tganu...mereka menyertai program krj, mestilah tahu apa itu lagu krj..'barangsiapa yang tak hafal lagu krj maka dia akan kena denda, senaman popia dan tenggelam timbul nyawa-nyawa ikan' nama tu adalah ciptaan abg din sendiri... tapi bila buat perjanjian tu..semua kata hafal lagu krj..

    Bermula hari kedua... paginya dihiasi dengan qiamullail, solat subuh dan kuliah subuh oleh Akhi Muzahar... selepas tu sarapan pagi... bersiap sedia untuk kawad pagi dan nyanyian lagu krj.. bila suruh nyanyi...semua senyap belaka..tanda tak hafal la tu... apalagi, abg din naik berang la.. disuruh nya dan dituntutnya perjanjian malam tadi .... mereka kena 'senaman popia' nak tahu macam mana senaman popia..kena lah tanya mantan peserta PGK ke 15...nak cerita dalam, panjang ceritanya... nasib baik peserta puteri boleih nyanyi... selamat la mereka dari popia abg din..kalau tak, naye jer...

    Selepas perkena popia..putera ke tepi tasik untuk aktiviti membina rakit, manakala yang puteri ke tempat low rope ( laluan halangan bertali)... peserta perempuan takut-takut juga nak main low rope ni..takut jatuh ke bawah..tapi permainan ini lah yang menguji kebersamaan dan kerjasama ahli kumpulan... Sang putera yang bermain rakit penuh semangat sebelum mula mendayung, tapi di dalam pelayaran adalah 2-3 biji rakit yang pecah..rakit ni mudah di bina sebab ianya diperbuat dari tong-tong plastik yang dicantum... si puteri pula ambil masa yang lama nak bina rakit, tapi mereka berjaya mempertahankan rakit mereka daripada pecah ketika dalam pelayaran...habis putera berakit, tukar pula ke low rope... putera ni gagah sikit bila main low rope... lepas habis kedua-dua aktiviti tu, diadakan pula slot refleksi, berdiskusi terhadap aktiviti yang diadakan..

    Habis kedua-dua aktiviti, makan tengahari dan solat zohor... bersiap sedia utk blind fold game.. di kendalikan oleh orang lama akhi muzahar... berjalan dalam keadaan mata ditutup, berjalan dalam trek sejauh 100 meter, hampir 100% trek adalah berbukit.. kumpulan dilepaskan berselang-seli, 2 putera dan 2 puteri.. bila di lihat macam-macam ragam orang yang berjalan dalam keadaan buta..disinilah sebenarnya kepimpinan ketua kumpulan teruji...

    Habis blind fold game agak lewat petang kerana peserta menapak penuh lemah lembut dan berhati-hati... setelah tamat game tersebut..semua balik ke khemah utk solat asar dan bersiap sedia untuk game seterusnya iaitu berkayak dan berenang... berkayak semua peserta dapat peluang..yang lambat terlepas la peluang tu... yang pertama kali berkayak, macam-macam ragam ada, ada yang berlaga kayak, langgar jeti, kayak terpusing tak tentu hala....tapi tu kenangan manis untuk setiap peserta... terdapat kolam terapung untuk peserta mandi-manda..kedalamannya sedalam 5 kaki.. ana dan sahabat2 ikhwah yang lain terjun ke tasik lepas yang kedalamannya hampir 300 kaki... tarikan graviti agak kuat berbanding dengan laut dan sungai... bila terjun lambat nak timbul, walaupun dengan life jacket...

    Dekat maghrib mereka diarahkan naik dan balik ke khemah... banyak yang tak nak naik, sebab tak puas mandi dan berkayak.. ketegasan telah di gunakan, maka semua peserta naik dengan segala hormatnya.. selepas solat maghrib, makan malam dan solat isya' tiba lah masanya slot persenbahan setiap kumpulan... mereka ni kritis dan kreatif, masa yang singkat saja diberikan, mampu menghasilkan satu persembahan yang boleh dikatakan sesuatu yang membuat penonton tak kering gusi.. ada satu kumpulan yang tak memuaskan hati...lantas popia menyapa mereka di tengah2 malam... ramai yang tidur sebab keletihan..ada yang kena siram dengan air oleh abg din, sebab kejut tak bangun-bangun, jauh dah berlayar dalam mimpinya... Sebelum tidur ada sedikit muhasabah diri untuk peserta... habis jer muhasabah, bertempiaran lari mendapatkan khemah masing-masing untuk memberi salam terhadap mimpi indah yang sudah melambai-lambai... good night adik-adik ku!!!

    Pada hari ketiga.. seperti biasa qiam, solat subuh dan kuliah subuh..kuliah subuh pagi tu istimewa sedikit, sebab akhi muzahar menghidangkan tayangan video tentang kisah di Palestin..sampai matahari timbul..adik-adik ini tidak berganjak pun...seronok kot lihat perjuangan anak-anak muda di Palestin..harapnya remaja-remaja PGK dapat mengambil iktibar terhadap tayangan tersebut.. Subhanallah...

    Pagi ini adalah aktiviti terakhir dalam PGK iaitu abseiling bersama dengan abg din.. jeritan suaranya menggerunkan, ada yang lewat ketika itu, lantas dapat sarapan tambahan iaitu 'popia'..sebelum ni popia dari atas bukit ke bawah bukit.. tapi yang ni dari bawah ke atas bukit..agak lain sikit sebab tu popia yang terakhir.. pagi itu semuanya lancar menyanyikan lagu krj..terselamat lah mereka dari terkena popia secara berjemaah.. selepas itu taklimat abseiling disampaikan oleh instructor kem, abg joe.. peserta dilepaskan mengikut kumpulan dan didahului oleh putera... si puteri tak dapat buat habis sebab masa tak cukup.. tapi ramai yang kecut perut juga sebab masih pertama kali... termasuk juga ana sendiri... tetapi bila dah terjun..rasa bebas macam burung..

    Habis aktiviti tu, terus bersiap kemas segala khemah, bersihkan kawasan perkhemahan dan bersiap untuk majlis penutup... didahului dengan ucapan Kem Komandan (akhi sufian), diikuti dengan pucapan pengarah program dan terakhir sekali Pengarah KRJ Terengganu.. selepas itu pengumuman pemenang anugerah Putera dan Puteri PGK ke 15 yang di menangi oleh Mohd Hafizzudin Bin Rizuwan dan Munirah Bte Mazlan.. kumpulan putera terbaik dimenangi oleh Rohuljadid dan kumpulan puteri terbaik dimenangi oleh twinbeez... habis penyampaian hadiah diadakan ucapan penggulungan yang menyimpulkan semua aktiviti sepanjang PGK ke 15.. disampaikan oleh Akhi Muzahar...

    Sebelum balik diadakan sesi bergambar setiap kumpulan bersama fasi masing-masing...Maka berakhirlah PGK ke 15 yang banyak meninggalkan kenangan pahit dan manis yang mungkin akan menjadi kenangan seumur hidup... balik nya kami juga disambut dengan hujan dan ribut sehingga kami terkandas di pulau beberapa jam kerana keadaan tasik yang bergelombang dan angin kuat, bahaya bagi bot-bot kecil...

    Apakah selepas PGK ke 15??? adakah ianya berkubur begitu sahaja.. insyaAllah ada PGK ke 16 tahun ihadapan.. tetapi apakah bentuk program yang sesuai untuk mantan peserta PGK ke 15 supaya mereka sentiasa dipantau dan sentiasa dalam tarbiah di bawah JKPR Negeri??? supaya kita dapat 'bela' mereka menjadi remaja du'at soleh wa musleh...

    sekian....
    nukilan dari abg din



    posted by KRJ TERENGGANU @ 4:04 pm  
    <$BlogItemCommentCount$> Comments:

    Post a Comment

    << Home
     
    JAWATANKUASA REMAJA KRJ NEGERI TERENGGANU 2008

    PENGERUSI : Muhammad Munzir Bin Muzahar (Sek Men Islam Al Amin Kemaman)

    TIMBALAN PENGERUSI : Muhammad Irfan Bin Bahrin (Sek Men Islam Al Amin Kemaman)

    NAIB PENGERUSI 1 : Humairaa' Bt Abdul Malek (Sek Men Islam Al Amin Kemaman)

    NAIB PENGERUSI 2 : Wan Hani Munirah Bt Wan Muhd Rosdi (Sek Men Keb Agama Tok Jiring Kuala Terengganu)

    SETIAUSAHA KEHORMAT : Nurul Najihah Bt Khairudin (Sek Men Islam Al Amin Kemaman)

    BENDAHARI : Hafizuddin Bin Mohd Ridzuan (Sek Men Islam Al Amin Kemaman)

    Alamat Pejabat KRJ Terengganu : No 5, Taman Seri Melor 4, Bt 6, 23000 Dungun, Terengganu Darul Iman

    TELEFON@SMS : 014-836 8371 (Penasihat JK Remaja KRJ Terengganu)

    Lagu KRJ Terengganu@mp3


    CARI ARTIKEL
    ARKIB KRJ
    PAUTAN KRJ
    LAMAN NASYID KONTEMPORARI
    SIARAN TELEVISYEN
    KREDIT


    BLOGGER




    © 2008 Kelab Remaja JIM Terengganu [Remaja Mithali Tunggak Kepemimpinan]Hak Cipta Terpelihara ; KRJ Terengganu.