"Minta maaflah, encik. Ini baki sebenarnya."
"Sorry, no cure!"..Oh..angkuhnya jawapan ini. Begitulah yang bermain di pemikiran saya. Lantas melihat perubahan air muka saya dan mengesani prasangka yang berlegar di fikiran, beliau segera mengatakan.."Kalau kita sudah buat silap, memang tidak ada ubatnya..sebenarnya pekedai tu nak menipu tak nak pulangkan baki wang yang betul."
Walau cuba diyakini sedemikian rupa saya tetap merasa tidak puas hati. Kenapa tidak diterima sahaja kemaafan yang dipinta? Kesilapan itu perkara lumrah dalam diri setiap insan. Itu getus hati remaja saya ketika itu.
Dalam bukunya yang tersohor, Bimbingan Mu'minin, Imam Ghazali menggariskan beberapa hak persaudaraan dan persahabatan, antaranya adalah hak pengampunan. Beliau menganjurkan agar keterlanjuran sahabat dalam hal agama boleh ditegur secara lemah-lembut dengan jalan nasihat. Sekiranya nasihat itu tidak diendahkan, menurut pendapat para salaf, hendaklah memutuskan perhubungan dengannya. Manakala ulama yang lain berpendapat boleh diteruskan perhubungan dan rasa kasih sayang dengannya, tetapi harus membenci segala kelakuannya yang buruk itu.
Bagaimana dengan keterlanjuran atau kekasaran sahabat terhadap diri kita?
Imam Ghazali berpendapat bahawa tiada keraguan lagi keutamaannya ialah sahabat tadi dimaafkan dan segala kesulitan yang timbul dari sikap sahabat tadi ditanggung sepenuhnya oleh diri kita. Berat sungguh saranan ini!
Dalam usia matang kini disertai perjalanan yang jauh membuatkan saya mempersoalkan panduan berharga ulama kesayangan saya ini.
Mungkinkah di sana ada insan-insan yang akan mengambil kesempatan terhadap sifat pemurah dengan kemaafan itu? "Tak apa..dia tu OK je."
Ataukah dengan ini juga memberi peluang untuk berterusan mengguris hatinya dan mencalari perasaaannya? "Takkan dia nak marah..kata nak ikut sunah Nabi. Bukankah Nabi Muhammad s.a.w. sendiri memaafkan kesalahan umatnya."
Bagaimana mungkin saya melupakan nasihat seorang pakar motivasi semasa mengikuti kursus mengenali diri suatu ketika dulu? "Untuk maju ke hadapan, kenalpasti peristiwa lama yang mencengkam diri kita. Seterusnya lakukan tiga perkara secara berperingkat: terima kenyataan bahawa perkara tersebut telah berlaku terhadap diri kita, kemudian maafkan orang yang melakukannya dan terakhir sekali, lupakan kisah tersebut.." Saranan yang amat berat untuk dilaksanakan.
Pada hari meraikan kelahiran junjungan besar kita juga Rasul terakhir, Nabi Muhammad s.a.w., saya ingin mengajak semua merubah paradigma mengenai hal kemaafan ini. Sekiranya secara secara sedar atau tidak kita telah bersikap sedemikian iaitu menganggap kesilapan terhadap sahabat kita boleh dimaafkan dan dilupakan dengan sebegitu mudah, maka...FIKIR SEMULA.
Sebelum kita mengulanginya, bayangkan kembali perasaan atau keadaan sahabat kita sewaktu pertama kali kita melukakan hatinya. Kemudian fikirkan pula perasaan kita sendiri apabila perasaan kita dicalari. Sekiranya kita benar-benar kasih dan sayang terhadap sahabat tadi, pemikiran ini secara semulajadinya harus sentiasa berligar dalam benak kita.
Seerah Ar-Rasul s.a.w. menunjukkan banyak contoh para sahabat yang bersungguh-sungguh menjaga perasaan Rasulullah s.a.w. Setiap sahabat berusaha mengambil hati Baginda s.a.w., jauh sekali dari menyakitinya. Mengapa sunnah ini tidak kita amalkan? Mengapa berterusan mengambil ringan terhadap perkara-perkara yang tidak disenangi oleh sahabat kita?
Pada petang 12 Rabiulawal ini, saya menyeru kepada semua agar berusaha mengelakkan daripada menyakiti hati sahabat kita. Sedarlah bahawa mengulangi pemohonan maaf itu tidak langsung menghilangkan kesan luka yang telah berbekas. Parut kesedihan sudah tertanam. Hanya pastikan luka lama tidak berdarah kembali...
Satu artikel yang menarik untuk ditelusi..
Memaafkan adalah satu sifat mulia yang begitu SUKAR untuk dilakukan; dan hanya mereka yang benar-benar beriman dan bertaqwa kepada Allah mampu mengamalkannya dengan penuh keikhlasan dgn berharap sepenuhnya kepada keredhaan Allah. Justeru di dalam al-Quran anjuran 'memaafkan' disebut berulang-ulang kali (ruj QS 3:134, 4:149, 24:22, 42:40, 42:43, 64:14).. malahan Allah menempelak manusia dengan bertanya kembali;
"Apakah kamu tidak suka Allah mengampunimu?" (QS An-Nur[24]:22)
Di dalam al-Quran unjuran 'meminta maaf' mengutamakan amalan meminta maaf/taubat hanya kepada Allah, namun begitu Islam adalah agama perdamaian; mmg menganjurkan umatnya saling maaf-memaafi.. semuanya telah ditonjolkan melalui manusia terbaik, Rasulullah sholaLlahu 'alaihi wassalam yang begitu ulung peribadinya.
wallahua'alam