baris depan dari kiri - Najihah, kak nazilah, munirah, musfirah, afifah dan humaira' baris belakang dari kiri - abdin, abg din, munzir, abg fahmi, irfan dan furqan gambar paling atas - ketika di genting highlands
Sekalung tahniah buat adik-adik semua kerana berjaya menjayakan misi X-ReK di Kem Rimba Tamu, Batang Kali Selangor pada 17-19 November lepas.
Seramai orang peserta (4 lelaki dan 5 perempuan) terlibat bersama 3 driver amatur terlibat dalam program ini yang juga disertai oleh peserta dari seluruh semenanjung Malaysia.Perjalanan dengan kenderaan sendiri yang dipandu oleh driver amatur memang memenatkan tapi memang puas kerana kita merasai setiap detik perjalalan menuju ke x-rek.
Perjalanan bermula dari kuala terengganu jam 9.00 malam dan tiba di kuantan, bermalam di sekolah irsyad bersama team krj pahang. al maklum la, pengarah krj pahang pun bekas aktivis dari terengganu.. Perjalanan disambung semula pada jam 5.00 pagi menuju ke hentian gambang utk mandi dan solat subuh, dan meneruskan ke hentian temerloh utk sarapan pagi. Berhenti di genting sempah utk isi minyak dan qada' hajat dan meneruskan perjalanan ke batang kali melalui jalan genting highlands. Tiba seperti yang di minta sebelum jam 10 pagi.. tiba disana kami menyerahkan adik2 ini utk diuruskan, terpulang la nak buat apa, jangan cedera sudah la..
Selesai meletakkan batu asas utk mendirikan khemah, kami pun angkat punggung pergi balik kg abg din di batu pahat johor, kerana keesokan harinya akan menghadiri majlis walimah mualim saufi di felda taib andak , kota tinggi johor pada pagi ahad, setelah selesai walimah , kami bertolah semula ke batang kali pada tengah hari dan tiba jam 5 ptg .
Sepanjang kem boleh dikatakan mencabar, kena rendam dlm air, berbasah demi hujan tercinta, main lumpur dan macam2 lagi yang dihadiahkan oleh fasi kepada peserta. Kami pengiring hanya suka melihat gelagat-gelagat mereka ni..
Masih ingat perjanjian apa nak buat lepas balik nanti??... harap-harap tidak lupa yer.. biar pun susah utk dilaksanakan, buat lah setakat yg termampu kerana buat tak sama macam bercakap, bercakap lagi mudah dari buat.
x-rek tamat jam 5 ptg, berkemas dan kami bertolak jam 6 ptg dari ulu tamu dalam keadaan hujan.
Lawatan ke genting sebagai suatu juadah utk merehatkan minda serta menghirup udara sejuk di puncak bukit dan juga sebagai program jalan2 ke sana selepas tamat x-rek. Tapi akhi fahmi tak dapat duduk lama kat atas sebab tak jumpa parking , lalu turun kerana bosan mencari parking.. Perjalanan ke atas menjadi medan ujian kekentalan pemandu amatur.. Kami diatas sempat solat jama' dan membeli sedikit makan pembuat tahi gigi. Turun semula dan berhenti digenting sempah utk makan malam . Meneruskan perjalanan jam 10.30 mlm berhenti di hentian gambang utk perjumpaan terakhir sebelum semua berpisah utk ke destinasi masing2.. sedih bila berpisah dengan mereka, kenangan berjaulah bukan mudah utk diperolehi dan ia kenangan yang datang dan pergi.
Tahniah buat semua, semoga perjalanan dan pengalaman yang dikutip sepanjang program ini merupakan sesuatu yang berharga dan bermakna dalam diri adik-adik.
Kepada semua yang terlibat, tahniah dan terima kasih daun keladi di atas penganjuran x-rek kali ini terutamanya jkpr dan fasi. ada peserta kata bagus, mencabar, banyak game baru , banyak ilmu tepuk menepuk, dan secara keseluruhannya kata bagus x-rek kali ini.
Semoga usaha kita yang sedikit ini mendapat keberkatan dan kerahmatan dari Allah swt.
Alhamdulillah semua nya selamat dalam perjalanan pergi dan balik, Tiba di dungun jam 3 pagi dan peserta dari K. Terengganu balik keesokan hari nya.
sekian..
coretan dari abg din - driver amatur merangkap pengiring. |
Tahniah kepada team terengganu kerana telah menunjukkan komitmen dan kerjsama yang baik.
Kepada peserta, fasi, pengiring dan urusetia, anda dijemput untuk join group xrek07
http://groups.yahoo.com/group/xrek07/