Apa kata graduan program Eksplorasi Menara Ilmu (EMI)? [Edisi 1]
“Program EMI mengajar saya untuk mengenal kehidupan di universiti melalui perkongsian dari fasilitator yang berpengalaman. Selain itu, saya dapat berkenalan dengan rakan-rakan serta fasilitator yang sangat mesra. Pengalaman bersama EMI tidak dapat saya lupakan.” (Graduan EMI ’06, Nuh Zuleffendi. Beliau kini berada dalam Tahun 1 di Kulliyyah Kejuruteraan, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia)
“Melalui EMI, saya dapat belajar dengan lebih mendalam segenap hal yang berkaitan dengan dunia mahasiswa. EMI juga merupakan tapak permulaan dalam mengenali kehidupan yang Islamik di kampus. Sangat rugi jika tidak sertai!” (Graduan EMI ’07, Ahmad Fahmi Mohd Faudzi, siswa dalam bidang Senibina dan Rekaan Persekitaran di Pusat Asasi Universiti Islam Antarabangsa Malaysia)
“Program EMI memberi banyak faedah di samping memperluaskan pengetahuan dalam pelbagai bidang. Kebanyakan slot dipenuhi dengan input yang banyak membantu saya dalam menempuh hidup. Aktiviti yang tidak kurang hebatnya membuktikan EMI sangat seronok dan menjanjikan anda kenangan yang manis! (Graduan EMI ’06, Murshidah Mazlan. Beliau kini sedang mengejar cita-cita untuk bergelar pengamal Undang-undang di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia)
“EMI ialah suatu wadah alternatif bagi lepasan SPM dari seluruh Malaysia untuk mengeratkan silaturrahim, bertukar fikiran dan mengisi kebosanan sementara menanti kemasukan ke IPT. Pendedahan tentang kehidupan di IPT telah banyak membantu saya sehingga saya berjaya tersenarai dalam Senarai Dekan. Terima kasih EMI, ia sungguh bermakna dalam hidupku!” (Graduan EMI ’07, Marwan Abdullah yang bakal meneruskan pengajian Ijazah Sarjana Muda Undang-undang di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia tidak lama lagi)
Alhamdulillah! Dengan izin Allah Ta’ala mereka menggapai kejayaan!
akh sufi : macam familiar je nama Murshidah Mazlan tu :) |