<$BlogMetaData$>
 

 

 

Terengganu

www.krj-tganu.blogspot.com

 
Cikgu Norfizam bin Said
PENGARAH KRJ TERENGGANU
Demi Masa, Sesungguhnya Manusia Itu Berada Di Dalam Kerugian..


KALENDAR AKTIVITI TERKINI


  • EKSPEDISI REMAJA KENTAL 2008!
    NANTIKAN PENGUMUMAN SELANJUTNYA
  • Chat @ KRJ Tganu

    ALBUM KRJ
  • Album 2008
  • Album 2007
  • Album 2006
  • Album 2005
  • JELAJAH INFORMASI
  • Utusan Online
  • BHarian Online
  • Harian Metro
  • NSTP
  • Harakahdaily
  • AMIR
  • ABIM
  • Islamonline
  • Palestinkini
  • JAKIM
  • LINK PENDIDIKAN
  • Kementerian Pendidikan Msia
  • Universiti Islam Antarabangsa
  • Universiti Kebangsaan Msia
  • Universiti Malaya
  • Universiti Putra Malaysia
  • Universiti Sains Malaysia
  • Universiti Utara Malaysia
  • Universiti Teknologi Msia
  • Universiti Msia Sabah
  • Universiti Msia Sarawak
  • Universiti Telekom
  • UiTM
  • KUSZA
  • Yayasan Pelajaran MARA
  • Politeknik Malaysia
  • KUKUM
  • KUIM
  • KUTKM
  • KUITTHO
  • KUSTEM
  • Maktab
  • BARISAN KEPIMPINAN JAWATANKUASA REMAJA KRJ SESI 2006-2007. JASAMU DIKENANG !

    PENGERUSI : Muhammad Mus'ab Bin Muzahar.

    TIMBALAN PENGERUSI 1 : Hafizuddin Bin Mohd Ridzuan

    TIMBALAN PENGERUSI 2 (Ketua Puteri) : Munirah Bt Mazlan

    SETIAUSAHA KEHORMAT : Maisarah Bt Zulkifli

    BENDAHARI : Nur Ilyana Amani bt Mohd Nasir

    HUBUNGI KAMI
    Maklumat lanjut boleh hubungi moderator, Akh Mohd Sufian Mat Ali, 014-836 8371
    krjtgg_mod@yahoo.com
    Tanda Buku Pelawat
     

          PENGENALAN KRJ       DAFTAR ONLINE          

             HOME    FORUM

    VIDEO KLIP LAGU KRJ TERENGGANU      
    Sebarkan modul I.S.K !!
    Sunday, March 30, 2008
    I.S.K di Rantau Petronas Barat,Kerteh
    Program terbaru KRJ Terengganu..
    Modul I.S.K di Rantau Petronas Barat,Kerteh
    Tarikh
    4-5 April 2008
    Di
    Surau Rantau Petronas Barat,Kerteh
    JuruDiskusi
    Akh Muhammad Mus'ab Muzahar
    diMantapkan oleh
    Team lepasan SPM-Graduate I.S.K KRJ Terengganu
    Program ini disertai oleh wakil-wakil pelajar daripada 5 buah sekolah menengah
    sekitar Kerteh.
    posted by KRJ TERENGGANU @ 3:33 pm   0 comments
    Mutiara Hikmah...
    Monday, March 24, 2008
    1. Kebaikan Dua Orang
    Tiada kebaikan di dunia ini melainkan kepada dua orang; seorang yang mengerjakan beberapa dosa lantas diiringi dengan taubat, dan seorang yang segera mengerjakan kebaikan.

    2. Tiga Perkara Merbahaya
    Tidak ada yang lebih membahayakan manusia melainkan 3 perkara ;
    1) Memikul sesuatu yang ia tidak berupaya kerana percaya kepada kekuatannya2) Tidak berusaha kerana bersandar kepada Qadha dan Qadar3) Tidak berjaga-jaga dalam makanan kerana bersandar kepada kesihatan yang baik


    3. Akal Tumbuh Seperti Tanaman
    Akal tumbuh seperti tumbuhnya tanam-tanaman dan bajanya adalah dengan ilmu dan pengalaman

    4. Kesudahan Kebenaran & Kebatilan
    Sesungguhnya kebenaran itu berat (sukar) tetapi baik kesudahannya. Sesungguhnya kebatilan

    5. Jangan Lupa Tanggungjawab Kepada Allah
    Janganlah engkau terlalu sibuk menghabiskan masa untuk urusan keluarga dan anakmu (sehingga lalai terhadap tanggungjawab kepada Allah dsb), kerana jika mereka itu adalah kekasih Allah, maka sesungguhnya Allah SWT tidak akan mensia-siakan kekasihNya, tetapi jika mereka itu musuh Allah, maka apakah gunanya kesibukan dan segala usahamu terhadap musuh-musuh Allah ?

    6. Tiada Kebaikan Pada Hati....
    Sebagaimana tiada kebaikan pada bejana (bekas) yang tidak dapat menyimpan (melindungi) sesuatu di dalamnya, begitulah juga tidak ada kebaikan pada hati yang tidak dapat menyimpan (menyembunyikan) rahsia.

    7. Menyembah @ disembah harta
    Orang yang pemurah itu disembah harta sementara orang yang kikir itu menyembah harta

    8. Tiap-Tiap Perkataan....
    Tiap-tiap perkataan yang tidak ada padanya peringatan kepada Allah itu adalah tidak berfaedah, tiap-tiap diam yang tidak diikuti dengan berfikir itu adalah kelalaian dan setiap pandangan yang tidak dapat memberi pengajaran itu adalah sia-sia

    9. Sejahat Manusia
    Sejahat-jahat manusia ialah orang yang tidak pedulikan manusia melihat dia berbuat kejahatan

    10. Malulah kepada....
    Malulah dari mencela orang yang kalau dia hadir, nescaya engakau berlebih-lebihan memujinya dan malulah dari memuji orang yang kalau dia tidak hadir, nescaya engkau cepat-cepat mencelanya.

    11. Jangan Bersekutu Dengan Iblis....
    Janganlah engkau jadi daripada golongan yang melaknat Iblis di tempat ramai dan menjadi temannya di tempat sunyi.

    12. Hati Adalah Ladang
    Sesungguhnya sesetengah perkataan itu ada yang lebih keras dari batu, lebih tajam dari tusukan jarum, lebih pahit daripada jadam dan lebih panas daripada bara. Sesungguhnya hati adalah ladang, maka tanamlah ia dengan perkataan yang baik, kerana jika tidak tumbuh semuanya (perkataan yang tidak baik), nescaya tumbuh sebahagiannya.

    13. Bandingan Perkataan Yang Lembut & Kasar
    Perkataan yang lemah lembut itu melembutkan hati-hati yang lebih keras daripada batu-batu gunung dan perkataan yang kasar itu dapat mengkasarkan hati yang lebih halus daripada sutera.

    14. Bandingan Keadilan
    Keadilan itu benteng yang tidak boleh dikarami (dipecahkan) oleh air, tidak dapat dihangusi oleh api dan tidak dapat dihancurkan oleh meriam.

    15. Kelebihan Orang Berakal
    Orang berakal itu mempunyai dua kelebihan; akal yang ia dapat mengambil faedah (dengannya) dan perkataan yang ia dapat memberi faedah (dengannya)

    16) 4 Perkara Yang Tidak Diketahui Kadarnya
    Hatim berkata : "4 perkara yang tidak diketahui kadarnya melainkan oleh 4 perkara
    1) Muda tidak diketahui kadarnya melainkan oleh orang tua2) Kesejahteraan (kedamaian) tidak diketahui kadarnya melainkan oleh orang yang terkena bala3) Kesihatan tidak diketahui kadarnya melainkan oleh orang yang sakit4) hidup tidak diketahui kadarnya melainkan oleh orang yang telah mati

    17) 4 Perkara Yang Lebih Baik
    1) Malu drp lelaki adalah baik tetapi drp perempuan lebih baik2) Adil bagi setiap orang adalah baik tetapi drp pemerintah lebih baik3) Taubat drp pemuda adalah baik tetapi drp orang tua lebih baik4) Dermawan drp orang kaya adalah baik tetapi drp orang miskin lebih baik

    18) Kalau Tidak Kerana...
    1) Kalau tidak kerana orang saleh, akan hancurlah semua orang jahat2) Kalau tidak kerana ulama' nescaya akan jadilah semua manusia itu seperti binatang3) Kalau tidak kerana pemerintah yang baik, akan berpecahlah manusia kepada kehancuran

    19) Orang Yang Paling Kuat
    "Orang yang paling kuat ialah orang yang dapat bangun waktu Subuh"
    20) Akibat Selalu Kenyang...
    "Sesiapa yang selalu kekenyangan maka banyaklah dagingnya, dan siapa yang banyak dagingnya maka kuatlah nafsunya, siapa yang kuat nafsunya maka banyaklah dosanya, siapa yang banyak dosanya maka keraslah hatinya dan sesiapa yang keras hatinya maka tenggelamlah dia dalam bencana dunia serta keindahannya"

    21) Buah Akal, Iman Dan Fizikal
    "Buah akal ialah ilmu pengetahuan, buah jiwa ialah ilmu pengetahuan dan buah fizikal ialah kemajuan. Alangkah indahnya kalau ketiga-tiga anggota itu melahirkan buah dalam kehidupan"

    22) Rugi Meninggi Diri
    "Gunung yang tinggi tidak boleh menakung air tetapi lembah yang rendah boleh menjadi tasik yang saujana memandang luasnya". Ertinya, orang yang meninggi diri, orang tidak akan jatuh hati kepadanya. Sebaliknya orang yang merendah diri dapat mengambil hati orang tanpa bersusah payah.

    23) Pahala Percuma
    "Apakah kamu rasa kecil dan malu dihina ? Apakah kamu tidak tahu orang yang dihina itu sebenarnya memungut pahala percuma tanpa perlu bersusah payah"

    24) Bermusuh Dengan Sibijak
    "Bemusuhan dengan seorang yang bijak lebih merbahya daripada bersahabat dengan 100 orang yang bodoh" - peribahasa Arab

    25) Semulia Manusia
    "Semulia-mulia manusia ialah siapa yang mempunyai adab, merendahkan diri ketika berkedudukan tinggi, memaafkan ketika berdaya membalas dan bersikap adil ketika kuat" - Khalifah Abdul Malik bin Marwan

    26) Kepuasan
    "Anda tidak boleh memberi kepuasan kepada semua orang, tetapi anda boleh memberi kepuasan kepada golongan yang berakal, beradab dan terpilih" - Ibnu Maqaffa

    27) Akhlak Yang Buruk
    "Adab dan akhlak yang buruk seperti tembikar yang sudah pecah. Tidak dapat dilekatkan lagi dan tidak dapat dikembalikan menjadi tanah" - Wahab Munabih

    28) Keadilan
    "Keadilan itu syurga bagi orang dizalimi dan neraka bagi penzalim" - Saidina Umar bin Al-Khatab

    29) Keadilan Raja
    "Keadilan pada diri seorang raja umpama sebentuk mutiara. Meskipun empunya telah mati, mutiara itu tetap bercahaya"
    posted by KRJ TERENGGANU @ 11:59 pm   0 comments
    16 TIPS Untuk Meransang Kehebatan Dalam Pergaulan
    1. Jaga solat dan lakukan ibadah-ibadah khusus dan umum yang lain.

    2. Sentiasa bersangka baik terhadap semua orang (walaupun kita perlu berwaspada setiap masa).

    3. Sentiasa memberikan senyuman ikhlas kepada orang disekeliling kita.

    4. Banyakkan bersedekah, sama ada dalam bentuk wang, senyuman, bantuan tenaga, masa, nasihat, idea, pandangan, sokongan moral dan doa yang berterusan.

    5. Sentiasa memperbanyakkan sabar. Nabi s.a.w pernah berpesan supaya mencari 144 sebab sebelum kita memarahi seseorang.

    6. Sentiasa ceria apabila berjumpa dengan orang lain. Pastikan setiap orang seronok berinteraksi dengan kita.

    7. Pamerkan perasaan sayang dan sentiasa sayang menyayangi antara satu sama lain.

    8. Bentuk dan pamerkan sahsiah yang positif setiap masa. Peribadi yang kurang sopan akan menyebabkan orang lain rasa mual terhadap kita.

    9. Jika wujud sebarang perasaan sombong atau benci terhadap orang lain, terus ingatkan diri kita tentang mati. Kita mudah insaf dan balik ke pangkal jalan apabila mengingati mati.

    10. Amalkan sunnah harian setiap masa dan insyaAllah orang lain akan tertarik kepada kita.

    11. Sentiasa bersyukur dan redha di atas pemberian Allah.

    12. Sentiasa memberi salam atau ucap selamat kepada orang lain. Pemberian salam akan mengukuhkan hubungan sesama muslim.

    13. Pamerkan simpati kepada setiap individu yang memerlukan simpati dan prihatin.

    14. Jadilah pendengar dan kawan yang setia.

    15. Sampaikan berita baik tentang orang lain dan sembunyikan kelemahan dan keburukan orang lain.
    16. Sentiasalah bermaaf-maafan sebelum berpisah dengan seseorang dan iringi dengan doa.
    posted by KRJ TERENGGANU @ 11:36 pm   0 comments
    Selamat Pengantin Baru kepada Md Khairudin Hasim (abg din)
    Saturday, March 22, 2008
    Warga KRJ Terengganu mengucapkan Selamat Pengantin Baru kepada orang kat dalam gambar ni....

    posted by KRJ TERENGGANU @ 12:13 pm   1 comments
    Sambutan Maulidur Rasul KRJ Kemaman 1429H
    Friday, March 21, 2008
    Antara wajah wajah ceria warga KRJ Kemaman..


    nak tengok gambar lagi ? klik aje link di bawah ini ;
    posted by KRJ TERENGGANU @ 3:12 pm   0 comments
    Our Greatest Teacher..
    Thursday, March 20, 2008

    posted by KRJ TERENGGANU @ 9:35 pm   0 comments
    Ingatkah kita kepada RASULULLAH S.A.W ?
    Monday, March 17, 2008

    KRJ Kemaman
    menganjurkan
    'Remaja hayati Perjuangan Rasulullah'
    sempena Sambutan Maulidur Rasul 1429H
    pada
    20 Mac 2008 (Khamis)

    di

    Sek Men Islam Al Amin Kemaman.


    Ahli ahli KRJ Terengganu dan mereka yang berminat dijemput hadir..


    hubungi Akh Sufi dan Bro Mus'ab untuk maklumat lanjut..
    sms jer..014-836 8371....014 8028 196


    datang ler..jom datang ramai-ramai..!
    KRJ Dungun dan KRJ KT jemput la datang..
    Tentatif Program

    7.30-8.30 Pendaftaran & makan makan
    8.30-9.00 Perasmian
    9.00-9.30 Breaking the limits
    9.30-11.30 ISK
    11.30-12.30 Watikah Perlantikan JK KRJ Kemaman
    12.30-2.00 Rehat, Solat & makan-makan
    2.00-5.00 Jom DAKWAH !!


    posted by KRJ TERENGGANU @ 9:37 pm   0 comments
    PENGUMUMAN!
    PENGUMUMAN!

    LAMAN WEB KRJ TERENGGANU AKAN BERWAJAH BARU SELEPAS INI. NAK TAU?


    TUNGGUUUUUU.......!!!!!!!






    posted by KRJ TERENGGANU @ 12:14 am   0 comments
    Sunday, March 16, 2008

    Akh Mus’ab talk I.S.K di Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin.

    Alhamdulillah..

    Tanggal 3 dan 4 Mac 2008 yang lepas,3 orang penggerak Kelab Remaja JIM Terengganu (Muhammad Mus¡Çab Muzahar, Aanal Asybahi Idris dan Hasan Amin Ahmad) telah dijemput oleh Ketua Jabatan Mekanikal Politeknik Sultan Mizan ZainalAbidin,Tuan Hj Karim Awang Kechik untuk menyampaikan ceramahdan perbincangan mengenai modul ¡ÆIni Sejarah Kita¡Ç (ISK) di DewanKuliah Utama PSMZA.

    Akh Mus’ab telah mengupas modul ISK selama2 hari dihadapan 200 pelajar kejuruteraan mekanikal PSMZA sem 1dan 2.Sebenarnya team KRJ Terengganu baru sahaja mengupas modulISK di Sek Men Teknik Dungun (siri-2) 2 hari yang lepas.Namun,ianyatidak menjadi penghalang untuk kami ke PSMZA kali ini.Penginapankami agak special kali ini (,¡É)..bermalam di Bauk Inn tidak akan dapatkami lupakan.Jzkk.

    Program bermula pada pukul 9 mlm.Mula-mulasekali,sebelum talk,kami dah berpakat untuk merahsiakan umur kamidiatas sebab-sebab tertentu.( cadangan mak cik Jah dan CikguKarim).hihi.Akh Mus’ab memulakan talk dengan dibantu oleh AkhAanal dan Akh Hassan sbg jurukomputer dan backdrop.Segala ilmuyang dicurahkan oleh Akh Fakhrul Anuar Zulkawi(my naqib),DrFarhanah(Zaujah Abg Faiz),Akh Megat dan Ust Kamarussalam(moderator modul ISK) kpd Akh Mus’ab tentang modul ISk tidakdisiakannya.Faktor umur akh mus’ab tidak menjadi penghalang untukISK dicairkan ke dalam hati abang-abang!

    Pada malam itu,lima oranglecturer PSMZA menyertai program ini.ISK dimulakan dengan kupasan huruf I,S dan K itusendiri.Seterusnya 5 Muqaddimah termasuk hadith logam.hadithfaham.hadith hati,Sains Sosial dan Sains Politik.Muqaddimah ini amatpenting sebelum muslim itu mempelajari sejarah mereka.Hal inikerana,sejarah mesti dipelajari dengan hati bagi mencapai maksudsunnatullah jatuh bangun sesebuah bangsa.5 muqaddimah itu diakhiridengan jayannya kira-kira pukul 12.00 malam.

    Apa yang menarik,tiadaseorang student pun yang tidur sehingga habis slot!8.45 pagi,.Akh Mus’ab meneruskan kupasan yang semakin seriusmengenai sejarah Silam umat Islam.¡ÉKita akan melihat,bagaimananabi Muhammad S.A.W menjana para sahabat untuk mencapai misihidup,laitu ibadah dan khalifah¡Ç.Akh Mus’ab lantang.Sejarah dimulaidengan kisah nabi Adam sehingga nabi Ibrahim.Seterusnya persoalanbagaimanakah bani Israel muncul dan nabi Ismail yang melahirkanketurunan nabi Muhammad S.A.W.

    Kelahiran Muhammad S.A.W ditanah Hijjaz juga dipersoalkan dan diperhujjahkan berdasarkan bukufiqh Sirah-Ramadhan Al-Buti.Pembinaan Madrasah nabi selama 13tahun dikupas.Beberapa kisah dari Raheeq Makhtum-Sheikh RahmanMubarak Furi dipetik dan diambil pedoman.Dakwah dan tarbiyyah yangditunjukkan nabi sehingga melahirkan Al-Qur¡Çan bergerak(Syed Qutb-FizilailQur¡Çan) dirungkaikan.Seterusnya hijrah nabi keMadinah,Bermulalah pembinan sebuah daulah Islam.Islam makinberkembang kerana Islam telah dipersembahkan melalui model sebuahNegara.
    Abang-abang dalam dewan semakin khusyuk mendengar.Video-Video klip diselitkan dan nasyid ¡ÆAdakah kau Lupa¡Ç dinasyidkanbersama-sama.Semangat Ar-Rijal bangkit dan membara.Ghazwah dalam era nabi di madinah dikupas sehingga fathulMakkah.Islam yang bermula 300 orang(13 tahun di Makah) telahmelonjak seramai 200000 orang!(Semasa haji wida¡Ç)

    Surah An-Nasrditurunkan.Saydina Umar menangis kerana nabi akan Wafat!Dewansepi ketika kisah kewafatan nabi di sentuh oleh akh Mus¡Çab.Seterusnya,era khulafa¡Ç Ar-Rasyidin iaitu era pengukuhan.BermulaSydina Abu Bakar As Siddiq,Sydina Umar Al-Khattab,Sydina Usmandan Sydina Ali.Era umayyah laitu era perluasan kuasa dikupassehingga sampai zaman kemuncak apabila Islam telah menguasai 2/3dunia pada zaman Abassiah.Sesi pagi itu ditangguhkan setelah jammenujukkan pukul 12.00 tengahari.Slot disambung selepas makan tengahari.Kekuasaan ZamanAbassiyah dibongkarkan.Satu persoalan yang timbul ialah,dimanakahkeagungan zaman eropah ketika ini?

    Perlu kita ketahui bahawa Eropahsedang berada di zaman gelap!mereka belum mempunyai tamadunseperti sekarang.Kita lebih mendahului dalam penguasaan sains danteknologi sebenarnya.Ramai abang-abang yang tidak mengetahuihakikat ini.Dewan sunyi bermuhasabah diri.1200- an,Pakatan raja-rajaEropah telah menyerang Abasiyyah.Perang Salib 1 tercetus.
    TidakSampai seratus tahun,serangan daripada timur menyusul.Tenteramonggol yang seperti binatang menyerang sebuah tamadunberjaya.Hakikatnya,muslim ketika ini sedang bersenang lenang.merekatidak bersedia!Kehancuran umat semakin dirasai ketika erauthmaniyyah.Hulagu Khan membunuh 700 000 muslim dan khalifahdigulingkan dalam permaidani dan dipijak sehingga mati!Akh Mus¡Çabmenceritakan detik-detik ngeri dalam sejarah Islam.Sistem Khalifahhancur sehancurnya pada 1924.¡

    ÉTidak jauh sebenarnya dengan zamankita sekarang.Sunnatullah menetapkan yang tinggi tidak semestinyasentiasa diatas.Bagaimana sebuah tamadun yang begitu hebat hanyadikalahkan oleh tentera nomad?.Adakah Amerika yang begitu berkuasakini mustahil untuk menemui kehancuran?Sunnatullah menetapkan kitaakan naik kembali!¡É Akh Mus’ab melopongkan mulut abang-abangdalam dewan.Ya,kita akan naik kembali.
    Seterusnya,apakah peranan kita sekarang?kita sudah kehilangandaulah Islam.Kita perlu menggiatkan kembali dakwah Islam ini agarsemua individu muslim mentauhidkan Allah.Kerana inilah kekuatankita.Sesi perbincangan mengenai peranan muslim sekarang berakhirdengan jayannya apabila kami mendengar komen abang-abang poli ini.¡ÉSaya harap team KRJ buat talk ISK dengan cara menghimpunkansemua orang Islam dalam Malaysia ini,buat tempat terbuka¡É.Terkejutkami mendengarnya..hmm..¡Ékami baru tahu Islam pernah menguasaidunia¡Éabang yang lain pula bersuara.
    Secara keseluruhannya matamereka telah terbuka!Graf ISK menerangkan segalanya!Kertas A4diedarkan untuk abg2 meluahkan perasaan tentang program ini secarabertulis.Debaran kami mula terasa apabila program sampai kepenghujung.Kenapa ya?eemm..kerana kami bertiga dimintamemperkenalkan diri!.

    Aduh..keadaan dewan gamat seketika apabilaabang-abang mengetahui kami belum mendapat result SPM.Merekabukan marah,tetapi teruja agaknya.Ye lah,dari awal mereka panggilkami abang.Berdasarkan borang muhasabah,abang-abang ini berkobar-kobar ingin menegakkan Islam.Akh Mus’ab disarankan agarmenambah sedikit lawak .Keseluruhan peserta berpuas hati denganpenyampaian akh Mus¡Çab.Program berakhir pada pukul 4.45 petang.
    Eem..thanks kpd Akh Fakhrul kerana bagi ana cuti kerja!Salam Perjuangan.
    posted by KRJ TERENGGANU @ 10:20 am   0 comments
    Saturday, March 15, 2008
    PENGUMUMAN

    LAMAN WEB KRJ TERENGGANU AKAN BERWAJAH BARU SELEPAS INI.

    NAK TAU?

    TUNGGUUUUUU.......!!!!!!!
    posted by KRJ TERENGGANU @ 11:26 pm   0 comments
    Aksi Peserta X-REK 2007 ;-)
    posted by KRJ TERENGGANU @ 11:19 pm   0 comments
    JAWATANKUASA REMAJA KRJ NEGERI TERENGGANU 2008

    PENGERUSI : Muhammad Munzir Bin Muzahar (Sek Men Islam Al Amin Kemaman)

    TIMBALAN PENGERUSI : Muhammad Irfan Bin Bahrin (Sek Men Islam Al Amin Kemaman)

    NAIB PENGERUSI 1 : Humairaa' Bt Abdul Malek (Sek Men Islam Al Amin Kemaman)

    NAIB PENGERUSI 2 : Wan Hani Munirah Bt Wan Muhd Rosdi (Sek Men Keb Agama Tok Jiring Kuala Terengganu)

    SETIAUSAHA KEHORMAT : Nurul Najihah Bt Khairudin (Sek Men Islam Al Amin Kemaman)

    BENDAHARI : Hafizuddin Bin Mohd Ridzuan (Sek Men Islam Al Amin Kemaman)

    Alamat Pejabat KRJ Terengganu : No 5, Taman Seri Melor 4, Bt 6, 23000 Dungun, Terengganu Darul Iman

    TELEFON@SMS : 014-836 8371 (Penasihat JK Remaja KRJ Terengganu)

    Lagu KRJ Terengganu@mp3


    CARI ARTIKEL
    ARKIB KRJ
    PAUTAN KRJ
    LAMAN NASYID KONTEMPORARI
    SIARAN TELEVISYEN
    KREDIT


    BLOGGER




    © 2008 Kelab Remaja JIM Terengganu [Remaja Mithali Tunggak Kepemimpinan]Hak Cipta Terpelihara ; KRJ Terengganu.