<$BlogMetaData$>
 

 

 

Terengganu

www.krj-tganu.blogspot.com

 
Cikgu Norfizam bin Said
PENGARAH KRJ TERENGGANU
Demi Masa, Sesungguhnya Manusia Itu Berada Di Dalam Kerugian..


KALENDAR AKTIVITI TERKINI


  • EKSPEDISI REMAJA KENTAL 2008!
    NANTIKAN PENGUMUMAN SELANJUTNYA
  • Chat @ KRJ Tganu

    ALBUM KRJ
  • Album 2008
  • Album 2007
  • Album 2006
  • Album 2005
  • JELAJAH INFORMASI
  • Utusan Online
  • BHarian Online
  • Harian Metro
  • NSTP
  • Harakahdaily
  • AMIR
  • ABIM
  • Islamonline
  • Palestinkini
  • JAKIM
  • LINK PENDIDIKAN
  • Kementerian Pendidikan Msia
  • Universiti Islam Antarabangsa
  • Universiti Kebangsaan Msia
  • Universiti Malaya
  • Universiti Putra Malaysia
  • Universiti Sains Malaysia
  • Universiti Utara Malaysia
  • Universiti Teknologi Msia
  • Universiti Msia Sabah
  • Universiti Msia Sarawak
  • Universiti Telekom
  • UiTM
  • KUSZA
  • Yayasan Pelajaran MARA
  • Politeknik Malaysia
  • KUKUM
  • KUIM
  • KUTKM
  • KUITTHO
  • KUSTEM
  • Maktab
  • BARISAN KEPIMPINAN JAWATANKUASA REMAJA KRJ SESI 2006-2007. JASAMU DIKENANG !

    PENGERUSI : Muhammad Mus'ab Bin Muzahar.

    TIMBALAN PENGERUSI 1 : Hafizuddin Bin Mohd Ridzuan

    TIMBALAN PENGERUSI 2 (Ketua Puteri) : Munirah Bt Mazlan

    SETIAUSAHA KEHORMAT : Maisarah Bt Zulkifli

    BENDAHARI : Nur Ilyana Amani bt Mohd Nasir

    HUBUNGI KAMI
    Maklumat lanjut boleh hubungi moderator, Akh Mohd Sufian Mat Ali, 014-836 8371
    krjtgg_mod@yahoo.com
    Tanda Buku Pelawat
     

          PENGENALAN KRJ       DAFTAR ONLINE          

             HOME    FORUM

    VIDEO KLIP LAGU KRJ TERENGGANU      
    Salam Eidilfitri dari KRJ Terengganu
    Tuesday, October 24, 2006

    posted by KRJ TERENGGANU @ 1:33 pm   0 comments
    Siri Tazkirah Ramadhan 13
    Thursday, October 19, 2006
    Sambut hari raya dalam suasana ibadat

    Pesta kesyukuran elak unsur maksiat, dosaKINI hampir sempurna bilangan hari yang menguji ketahanan iman dan tibalah masa pada penghujungnya. Hari yang amat bersejarah bagi mujahid yang memenangi peperangan melawan hawa nafsu dan syaitan.


    Satu pingat kebesaran akan dianugerahkan oleh Yang Maha Berkuasa kepada hamba-Nya yang berjaya. Pingat itu berupa pahala yang melimpah ruah dan keampunan turun bersama jutaan malaikat pembawa rahmat.

    Di samping itu anugerah janji syurga yang memiliki pintu gerbang perdana bernama al-Rayyan, yang hanya khusus untuk mereka yang berpuasa. (Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim).

    Jika kita bergembira dengan limpah kurnia Allah SWT, maka pasti syaitan dan iblis laknatullah, musuh bani Adam yang menyimpan dendam itu akan meraung dan menangis.

    Ketika kita sujud kepada Allah, membaca Kitabullah, merapati sunnah Rasulullah SAW dengan membaca hadisnya, menahan seluruh anggota badan daripada kejahatan dan maksiat serta membersih hati daripada kekotoran, berkasih sayang kepada sesama insan, bekerja dan beramal untuk kejayaan Islam, maka pada setiap hari dan sepanjang hidup kita, pastilah syaitan laknatullah menangis dan menjerit kalah dalam pertarungan ini. Sehingga Allah memanggil kita kembali ke sisi-Nya.

    Hari raya adalah hari kemenangan dalam episod peperangan besar, namun, hendaklah kita sentiasa ingat masih banyak lagi episod yang belum habis dijelajahi.

    Peperangan ini belum berakhir dan pedang mesti sentiasa tajam untuk memastikan kita tidak terluka oleh waktu kemenangan sesaat. Dalam pesta kesyukuran ini, musuh pasti akan menyusup masuk secara senyap ke dalam barisan orang beriman.

    Pintu hati mereka akan dikuasai tanpa sedar dan akhirnya orang yang berpuasa selama sebulan itu kembali hanyut dan tenggelam oleh arus nafsu syahwat dan pujuk rayu syaitan laknatullah, seperti semula.

    Di manakah biasanya syaitan bersembunyi ketika kita menyambut kegemilangan Syawal? Jawapannya cukup mudah;

    1. Mereka berada pada hidangan yang membazir.
    2. Mereka merasuk hati orang yang riyak dan sombong dengan pakaian, perhiasan, kenderaan, wanita, anak, pangkat dan kedudukannya. Mulut orang yang riak tidak pernah bosan menceritakan segala kelebihan yang dimiliki, sedangkan orang yang sombong suka merendah-rendahkan orang lain dan menyakitkan hati.
    3. Syaitan menghembuskan kenikmatan pada hiburan dan permainan yang berlebihan sehingga manusia lupakan Allah. Ibadat yang biasa dilakukan pada bulan puasa tidak diamalkan lagi, al-Quran disimpan dalam almari, kain sembahyang disingkirkan, zikrullah dan majlis ilmu diganti dengan hiburan yang melalaikan.

    Persoalannya, apa yang perlu dilakukan? Sebagai Muslim, pastilah rujukan paling autentik ada pada diri Rasulullah SAW. Bagaimana cara Rasulullah SAW meraikan hari raya? Baginda melakukan perkara berikut;

    1. Bergembira dengan lafaz takbir dan tahmid kepada Allah, mengingatkan hamba Allah agar menyambut hari kemenangan ini dengan kesyukuran kepada Allah dan mengagungkan-Nya.

    2. Berhias dan memakai pakaian yang baru menuju ke masjid sebagai tanda syukur semata-mata, bukannya kerana riyak dan sombong.

    3. Mengajak ahli keluarga beramai-ramai ke masjid bersembahyang sunat Aidilfitri dan wanita yang dalam haid atau nifas juga hadir untuk mendengar khutbah saja.

    4. Bermain dan berhibur. Suatu saat hari raya, Rasulullah SAW pernah keluar melihat orang Sudan yang berkulit hitam bermain tombak. Daripada Aisyah bahawa Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: "Apakah kamu ingin melihat permainan mereka? Aku menjawab: Ya, aku diperintahkan untuk berdiri di belakang Baginda, pipiku menempel pada pipi Baginda. Rasulullah SAW bersabda: "Teruskanlah permainan kamu wahai anak-anak keturunan Arfidah!" (Hadis Imam al-Bukhari)

    5. Banyak bersedekah. Daripada Ibnu Abbas beliau berkata bahawa: “Rasulullah SAW bersembahyang hari raya Aidilfitri dua rakaat. Baginda SAW tidak bersembahyang yang lain sebelum dan selepasnya, Baginda SAW kemudian mendatangi kaum wanita dan bersamanya Bilal. Baginda SAW menyuruh supaya kaum wanita itu mengeluarkan sedekah, mereka meletakkan anting-anting besar dan rantai emas mereka ke dalam bungkusan sedekah berkenaan.“ (Hadis Imam al-Bukhari)

    Hari raya boleh dijadikan sebagai pesta kesyukuran dalam suasana ibadat, akan tetapi unsur maksiat dan dosa hendaklah dihindari untuk memastikan kegembiraan itu diredai Allah dan memenuhi kehendak ibadat yang makbul.

    ©The New Straits Times Press (M) Berhad
    posted by KRJ TERENGGANU @ 2:21 pm   0 comments
    Siri Tazkirah Ramadhan 12
    Mencari Malam al-Qadr

    Oleh: ANZARUDDIN AHMAD

    Malam al-Qadr ialah tetamu yang dirindui dan dinanti-nantikan oleh setiap umat Islam. Ia merupakan tetamu yang kehadirannya menjanjikan keampunan bagi dosa yang telah lalu dan gandaan pahala ibadat seumpama amalan seribu bulan iaitu bersamaan dengan 83 tahun 4 bulan.

    Sekurang-kurangnya terdapat dua pengertian Malam al-Qadr. Pengertian yang pertama merujuk kepada malam di mana al-Quran diturunkan. Allah s.w.t. berfirman, Sesungguhnya Kami (Allah) telah menurunkannya (al-Quran) itu pada Malam al-Qadr. (al-Qadr : 1).
    Malam al-Qadr dalam pengertian ini terjadi pada bulan Ramadan dan hanya berlaku sekali sahaja. Allah berfirman, Bulan Ramadan adalah bulan yang padanya diturunkan al-Quran. (al-Baqarah: 185). Bagaimanapun para ulama masih berbeza pendapat tentang bilakah waktu ia berlaku. Sebahagian besar ulamak menyatakan Malam al-Qadr itu terjadi pada 17 Ramadan. Hal ini disandarkan kepada firman Allah, Jika kamu beriman kepada Allah dan kepada apa yang Kami turunkan kepada hamba Kami pada hari al-Furqan, iaitu di hari bertemunya dua pasukan. (al-Anfal: 41).


    Maksud ‘hari pertemuan dua pasukan’ ialah ketika terjadinya Perang Badar, iaitu hari Jumaat, 17 Ramadan tahun kedua Hijrah.

    Ibnu Abbas r.a. menjelaskan, “al-Quran yang diturunkan pada Malam al-Qadr pada bulan Ramadan (dari Lauh Mahfudz) ke langit dunia secara sekali gus; kemudian barulah diturunkan secara beransur-ansur kepada Nabi s.a.w.” (Riwayat al-Thabraniy).

    Pengertian yang kedua pula merujuk kepada malam yang penuh keberkatan. Hal ini berdasarkan kepada firman-Nya, Sesungguhnya Aku telah menurunkannya al-Quran pada malam yang penuh keberkatan. (al-Dukhan: 3).

    Malam al-Qadr dalam pengertian sebuah malam yang penuh keberkatan ini berlaku pada setiap bulan Ramadan. Pengertian ini didasarkan kepada hadis Rasulullah, Nabi s.a.w. ditanya tentang Malam al-Qadr, Lalu Baginda menjawab, “Malam al-Qadr ada pada setiap bulan Ramadan.” (Riwayat Abu Daud).

    *Keutamaan Malam al-Qadr

    Terdapat banyak ayat al-Quran yang menjelaskan tentang keutamaan Malam al-Qadr. Di antaranya ialah firman Allah yang maksudnya, Sesungguhnya Kami telah menurunkan-nya (al-Quran) pada malam kemuliaan. Dan tahukah kamu apakah malam kemuliaan itu? Malam kemuliaan itu lebih baik dari seribu bulan. Pada malam itu turun para malaikat dan malaikat Jibril dengan izin Tuhannya untuk mengatur segala urusan. Malam itu (penuh) kesejahteraan sampai terbit fajar. (al-Qadr: 1- 5).

    Sebenarnya hakikat bahawa Malam al-Qadr itu lebih baik dari 1,000 bulan sudah cukup menggambarkan tingginya kedudukan malam tersebut. Justeru itu, Malam al-Qadr dianugerahkan oleh Allah kepada Rasulullah dan umatnya sebagai tanda kasih sayang dan rahmat-Nya yang menyeluruh. Amal kebajikan seseorang hamba Allah pada malam itu adalah lebih baik daripada amal kebajikan selama seribu bulan atau 83 tahun lebih.

    Allah s.w.t. juga berfirman yang maksudnya, Sesungguhnya Kami menurunkan-nya pada suatu malam yang diberkati dan sesungguhnya Kami-lah yang memberi peringatan. Pada malam itu dijelaskan segala urusan yang penuh hikmah, (iaitu) urusan yang besar dari sisi Kami. Sesungguhnya Kamilah Yang Maha Mengutus rasul-rasul, sebagai rahmat dari Tuhanmu. Sesungguhnya Dialah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. (al-Dukhan: 3-6).
    Ayat di atas membuktikan bahawa ketentuan urusan kehidupan manusia diturunkan pada Malam al-Qadr. Hal ini sekali gus membatalkan kepercayaan sesetengah pihak bahawa ketentuan urusan kehidupan diturunkan pada malam Nisfu Syaaban.


    Hadis-hadis Nabawi yang sahih serta menceritakan tentang keutamaan dan keberkatan Malam al-Qadr pula antaranya ialah:-

    (a) Nabi s.a.w. bersabda yang maksudnya:- Barang siapa yang melaksanakan solat qiyamu Ramadan (solat terawih) pada Malam al-Qadr kerana keimanan dan kerana mengharapkan keredaan Allah, mudah-mudahan akan diampuni dosanya yang telah lalu. (Riwayat Bukhari).
    (b) Nabi s.a.w. bersabda, Apabila datang Malam al-Qadr, malaikat Jibril bersama para malaikat yang lain turun ke bumi untuk mendoakan setiap hamba yang berzikir dan berdoa kepada Allah, Allah menyatakan kepada para malaikat bahawa Allah akan memenuhi doanya. Allah berfirman, Pulanglah kamu semua, Aku telah mengampuni dosa kamu semua dan Aku telah menggantikan keburukan dengan kebaikan. Maka mereka pulang dan telah mendapat keampunan-Nya. (Riwayat al-Baihaqi dari Anas bin Malik).


    Kedua-dua hadis itu menunjukkan bahawa sesiapa yang melaksanakan solat terawih, memperbanyakkan zikir, doa dan istighfar, dengan hati yang ikhlas, dengan cara yang sesuai dengan tuntutan Rasulullah s.a.w. pada Malam al-Qadr, insya Allah dia akan mendapat keampunan-Nya. Inilah yang sentiasa menjadi harapan setiap mukmin.

    Ustaz Sayyid Qutub r.a. menggambarkan suasana Malam al-Qadr secara puitis dalam tafsir Fi Zilal al-Quran, “Namanya Malam al-Qadr, yang kadang-kadang bermaksud takdir (ketentuan) atau tadbir (ketetapan), juga bermaksud nilai atau kedudukan.

    Kedua-duanya sesuai dengan peristiwa alam yang agung itu. Peristiwa al-Quran, wahyu, dan risalah, tempat tidak terdapat peristiwa-peristiwa di dunia ini, yang lebih besar, lebih benar, dan lebih bererti daripadanya.

    Malam yang lebih baik dari 1,000 bulan. Angka tidak bermaksud pembatasan, tetapi apa yang dimaksudkan ialah banyaknya nilai. Berapa ribu bulan dan tahun telah berlalu tanpa meninggalkan apa-apa kesan, tanpa perubahan, seperti yang ditinggalkan oleh satu malam yang penuh keberkatan dan kebahagiaan iaitu Malam al-Qadr.” (Fi Zilal al-Quran : J6 / 3944-3946).

    *Waktu Berlakunya Malam al-Qadr

    Disebut dalam pelbagai riwayat bahawa waktu terjadinya adalah tidak tetap dan berbeza-beza dari tahun ke tahun. Terdapat pelbagai pendapat dalam hal ini. Bagaimanapun tidak dinafikan bahawa pendapat yang paling benar dan kuat tentang waktu terjadinya Malam al-Qadr itu ialah pada salah satu malam terakhir bulan Ramadan. Ini berdasarkan hadis riwayat Aisyah r.a., Adalah Rasulullah s.a.w. beriktikaf di 10 hari terakhir bulan Ramadan dan Baginda bersabda, Carilah (dengan segala daya upaya) Malam al-Qadr pada malam-malam ganjil daripada 10 malam yang terakhir daripada bulan Ramadan. (Riwayat Bukhari no: 2017 J4/255 dan Muslim no. 1169).

    Kata-kata Aisyah r.a. mengisyaratkan bahawa Malam al-Qadr itu adalah pada 10 hari terakhir, manakala anjuran Nabi s.a.w. itu pula menegaskan bahawa waktu terjadinya Malam al-Qadr itu ialah di salah satu malam ganjil 10 hari terakhir.

    Rangkap pertama hadis tersebut (kata-kata Aisyah) bersifat umum, manakala rangkap yang kedua (sabda Nabi s.a.w.) adalah khusus. Dalam hal ini riwayat yang khusus adalah lebih diutamakan daripada yang umum.

    Namun riwayat daripada Muawiyah bin Abi Sufyan dari Nabi s.a.w. tentang Malam al-Qadr seolah-olah mengkhususkan dan menetapkan bahawa berlakunya Malam al-Qadr ialah pada malam ke-27. Hal ini jelas daripada kata-kata Muawiyah bahawa Nabi s.a.w. bersabda, Malam 27 . (Sahih Sunan Abi Daud).

    Riwayat Muawiyah itu diperkuatkan oleh pendapat Ubay bin Ka‘ab dan Ibn ‘Abbas r.a. bahawa Malam al-Qadr adalah malam ke-27 Ramadan. Ubay bin Ka‘ab pernah bersumpah akan hal ini kerana alamat-alamat yang dia lihat.

    Kita tidak menafikan bahawa Malam al-Qadr (seperti mana riwayat Muawiyah dan pendapat Ubay dan Ibn ‘Abbas) boleh berlaku pada 27 Ramadan akan tetapi ia tidak semestinya berlaku pada 27 Ramadan.

    Sememangnya pendapat bahawa Malam al-Qadr jatuh pada 27 Ramadan sangat masyhur dalam kalangan sebahagian ulama Islam. Namun, kata al-Qardawi sebenarnya tidak ada yang meyakinkan dalam hal ini.

    - ANZARUDDIN AHMAD ialah pensyarah di Jabatan Bahasa Asing (Arab), Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, Universiti Putra Malaysia.
    posted by KRJ TERENGGANU @ 8:42 am   0 comments
    Siri Tazkirah Ramadhan 11
    Wednesday, October 18, 2006
    Sambungan siri 10...

    Produktiviti

    Sebenarnya, konsep produktiviti kerja dalam perspektif ekonomi Islam secara lebih mendalam disabdakan Rasulullah sebagai berikut: Barang siapa yang hari ini lebih baik daripada semalam, ia beruntung; dan barang siapa yang hari ini sama dengan semalam, dia merugi; dan barang siapa yang hari ini lebih buruk dari semalam, ia celaka.

    Apabila kita hubung kaitkan hadis ini dengan keadaan umat Islam sekarang, maka tidak sedikit umat Islam yang tergolong ke dalam golongan orang yang merugi dan bahkan celaka, sebaliknya sangat sedikit di antara mereka yang tergolong ke dalam golongan yang beruntung (produktif). Fakta ini merupakan salah satu penyebab utama kenapa umat Islam sentiasa terbelakang dan hidup di bawah telunjuk ekonomi asing.

    Oleh itu, salah satu tujuan Allah s.w.t. mewajibkan berpuasa Ramadan adalah untuk membimbing umat-Nya agar lebih produktif dan tidak celaka sehingga akan mengeluarkan mereka daripada pengaruh dan dominasi ekonomi negara-negara kapitalis.
    Itulah sebabnya produktiviti kerja dipandang sebagai salah satu amalan yang mesti dimiliki umat Islam. Produktiviti yang tinggi selalu mendorong pembaikan cara kerja, disiplin, dan pengkhususan kerja.

    Shahnawaz (1996) dalam tulisannya Quality of Working Life, berhujah bahawa produktiviti akan selalu disertai dengan pelbagai penemuan teknologi dan jenis perniagaan baru.
    Bahkan al-Jammal (1992) dalam bukunya Ensiklopedia Ekonomi Islam dengan mengutip kata-kata Ibn Khaldun menyebutkan: bahawa faktor pembeza antara masyarakat bertamadun atau tidak, bukanlah terletak pada pembahagian kerja, tetapi terletak pada peningkatan (produktiviti) pekerjaan …masyarakat bertamadun merasa tidak cukup dengan adanya pelbagai jenis pekerjaan antara mereka, sehingga mereka merasa perlu mewujudkan pelbagai bentuk peningkatan (produktiviti) pekerjaan yang berbeza-beza di antara mereka.”

    Ertinya, untuk mewujudkan masyarakat bertamadun, kita harus selalu meningkatkan produktiviti kerja dan karya. Dengan hadirnya Ramadan, diharap kita mampu mengambil natijah untuk sentiasa produktif melakukan pelbagai usaha demi menuju keredaan Ilahi, dunia dan akhirat.

    Selanjutnya, amar Islam untuk menggunakan sumber alam dan kekuatan tenaga secara optimum dan intensif untuk kepentingan umat adalah merupakan galakan Islam agar umatnya sentiasa bekerja secara produktif.

    Firman Allah: Bertebaranlah kamu di muka bumi dan carilah apa-apa yang kamu hajati daripada limpah kurnia Allah s.w.t sebanyak-banyaknya (dalam segala keadaan) supaya kamu berjaya (di dunia dan akhirat). (al-Jum'ah: 10) Secara eksplisit menegaskan bahawa umat Islam harus menggunakan seluruh potensi dan kemampuannya dalam meneroka dan menggali rahmat Tuhan di muka bumi ini.

    Proses pencarian rahmat Allah s.w.t. ini, dalam istilah ilmiah disebut dengan penyelidikan dan pembangunan (R&D). al-Faridi (1993) dalam bukunya, Aspects of Islamic Economics and the Economy of Indian Muslim menyebut, R&D ini adalah suatu amalan yang sangat digalakkan Islam. Selain akan mendorong dinamisme, R&D juga akan meningkatkan inisiatif dan motivasi umat Islam agar sentiasa berjuang demi kemajuan dan kesejahteraan ekonomi umat.

    Untuk mewujudkan kesejahteraan, kita harus menggunakan hasil eksplorasi rahmat Tuhan melalui proses R&D secara intensif dan seefisien mungkin. Dalam artikelnya Islam: The Islamic Worldview and Islamic Economics, Mohamed Aslam (1997) berhujah, …penggunaan sumber alam secara intensif adalah bagaimana menggunakannya secara efisien dan tidak membazir. Alam semesta adalah rahmat Tuhan yang harus dipergunakan dengan sebaik-baik cara.
    Agar penggunaan sumber alam dapat dilakukan secara intensif, maka dalam mengeksplorasi rahmat Ilahi umat Islam harus melakukan kajian ilmiah dengan tujuan untuk mencari cara-cara kerja atau teknologi baru yang lebih efektif dan efisien dengan meningkatkan keahlian dan inovasi mereka.

    Umat Islam tidak perlu ragu-ragu dan takut berbuat salah untuk melakukan inovasi baru. Islam tidak pernah menghukum umatnya yang berbuat salah dalam berinovasi (ijtihad) untuk kebajikan umat. Rasulullah bersabda: Ketika seseorang melakukan ijtihad dan hasilnya benar, dia akan mendapat dua pahala, tetapi jika salah dia masih mendapat satu pahala. (Riwayat Abu Daud).

    Dalam melakukan kajian ilmiah untuk menciptakan teknologi baru sehingga dapat digunakan bagi meningkatkan produktiviti kerja, ada dua modal utama harus dimiliki umat Islam iaitu inovasi teknikal dan inovasi spiritual.

    Inovasi teknikal muncul melalui penguasaan ilmu pengetahuan, teknologi maklumat dan komunikasi (ICT). Tanpa penguasaan ilmu pengetahuan, semua usaha untuk menemukan dan menjalankan mesin-mesin teknologi baru akan sia-sia belaka (ar-Rahman: 33). Dengan penguasaan ilmu, kita akan mampu memanfaatkan kemudahan dan saranan yang telah Allah limpahkan sama ada yang bersumber dari langit, bumi mahupun lautan.

    Sementara itu, inovasi spiritual akan wujud melalui proses peningkatan ketakwaan kepada Allah, yang juga merupakan matlamat akhir berpuasa di bulan Ramadan (al-Baqarah: 183). Gelaran Muttaqien itu sangat mudah diperolehi dengan berpuasa di bulan Ramadan. Muttaqien akan memiliki ketenangan batin, ketenteraman hati, kelapangan dada, perasaan optimistik, dan rasa aman serta semangat cinta dan kesucian terhadap sang Khaliq. Selanjutnya, kombinasi antara ilmu dan takwa akan memudahkan umat Islam untuk mengoperasikan mesin-mesin teknologi dengan penuh tanggung jawab dan amanah. Sifat ini, tentunya, akan meningkatkan produktiviti kerja, sebab individu yang mencintai Allah, pasti akan mentaati segala amar-Nya.
    Sebaliknya, manusia yang tidak bertakwa, hidupnya akan gelisah, terlantar, kecewa, putus asa, dengki, iri-hati dan pemarah sehingga semua sifat tercela ini akan menyebabkan mereka sukar melakukan pekerjaan dengan penuh khusyuk dan tawaduk. Singkatnya, ketakwaan merupakan modal utama bagi peningkatan produktiviti kerja dan karya yang pada gilirannya, akan mensejahterakan ekonomi umat.

    Pendek kata, usaha untuk meningkatkan produktiviti akan wujud melalui kombinasi penguasaan ilmu pengetahuan (inovasi teknikal) dengan ketakwaan (inovasi spiritual) kepada Allah. Kurangnya pemahaman dan penguasaan ilmu pengetahuan sama ada ilmu duniawi mahupun ilmu ukhrawi serta rendahnya kadar ketakwaan umat Islam, boleh jadi akibat tidak menjalankan ibadat puasa dengan baik dan sempurna, seringkali menyebabkan usaha-usaha untuk meningkatkan kesejahteraan ekonomi umat menemui kegagalan.

    Kehadiran Ramadan akan memotivasi umat Islam untuk sentiasa produktif sepanjang hayat. Akhirnya dengan memiliki produktiviti yang tinggi, martabat ekonomi umat Islam akan terangkat.

    - DR. Muhammad Shabri Abd. Majid ialah Penolong Profesor, Jabatan Ekonomi, Kulliyyah Ekonomi dan Sains Pengurusan, UIAM.
    posted by KRJ TERENGGANU @ 1:46 pm   0 comments
    Siri Tazkirah Ramadhan 10
    Monday, October 16, 2006
    Ramadan mengajar hidup produktif
    Oleh DR. Muhammad Shabri Abd. Majid


    Bonus-bonus Allah s.w.t. yang terkandung di bulan Ramadan, seperti penggandaan pahala, penghapusan dosa-dosa masa silam dan jaminan masuk syurga bagi para shaimun (umat Islam yang berpuasa) memotivasi umat Islam untuk mengoptimumkan amalan ibadat mereka di bulan mega bonus, Ramadan ini.

    Dengan lain perkataan, semua bonus yang terkandung di dalam bulan mulia ini akan meningkatkan produktiviti umat Islam sama ada dalam beribadat mahupun dalam berusaha dan berkarya.

    Inilah, implikasi, fadilat atau hikmah penting lainnya yang terkandung dalam Ramadan dilihat dari perspektif ekonomi Islam. Sejauh mana Ramadan berkolaborasi dengan produktiviti kerja umat Islam? Apakah larangan untuk makan, minum, berhubungan seks, dan melakukan pelbagai perkara yang dapat membatalkan ibadat puasa akan melemahkan semangat umat Islam untuk bekerja dan berkarya lebih produktif lagi?
    Tulisan ini difokuskan untuk menganalisis sejauhmana hikmah, fadilat, sumbangan dan implikasi Ramadan terhadap peningkatan produktiviti umat Islam ditinjau dari kaca mata ekonomi Islam.


    Untuk mengetahui hikmah, fadilat, sumbangan dan implikasi Ramadan terhadap produktiviti kerja umat Islam, hal pertama yang patut diketahui adalah definisi konsep produktiviti itu sendiri.

    Ilmu ekonomi konvensional, secara umum, mendefinisikan produktiviti sebagai perbandingan nisbah antara input dan output dalam sebuah proses pengeluaran. Apabila penggunaan input yang terhad mampu menghasilkan jumlah output dalam kuantiti (bukan kualiti) yang banyak, maka proses pengeluaran tersebut digolongkan produktif. Ertinya, produktiviti ini digunakan untuk mengukur kemampuan atau efisiensi dari input yang digunakan, untuk menghasilkan output dalam sebuah proses pengeluaran.

    Dalam proses pengeluaran, input itu biasanya terdiri daripada buruh, bahan mentah, tanah, modal, dan keusahawanan, sedangkan output adalah barang atau perkhidmatan tertentu yang dihasilkan.

    Selanjutnya, bila kita hubungkan konsep produktiviti dengan kewajipan berpuasa di bulan Ramadan, maka tidaklah salah kita berkesimpulan bahawa Ramadan merupakan bulan produktiviti umat Islam. Sebab jika kita merujuk pada input yang kita gunakan di bulan Ramadan, iaitu makan sahur, makanan dan minuman ketika berbuka puasa yang jumlahnya relatif sedikit atau terhad berbanding dengan bulan-bulan biasa, namun umat Islam mampu menghasilkan kuantiti pahala (output) yang berlipat ganda.

    Begitu juga dengan kegiatan ibadat umat Islam di bulan mulia itu, dengan melakukan ibadat yang sama dengan bulan lainnya. Contohnya solat sunat, bertadarus dan bersedekah, umat Islam akan diganjarkan Allah dengan pahala yang berlipat ganda. Ganjaran pahala yang luar biasa ini, tentunya akan mendorong umat Islam bekerja dan beribadat lebih produktif di bulan ini.

    Setelah melatih dirinya secara intensif untuk lebih produktif dalam meraih pahala selama sebulan penuh di bulan Ramadan, maka kebiasaan ini tidaklah terlalu sukar untuk diaplikasikan secara berterusan di bulan lainnya, setelah Ramadan berlalu. Bila matlamat akhir dari Ramadan, Muttaqien dapat diraih (al-Baqarah: 183), maka produktiviti umat Islam seharusnya sentiasa tinggi sepanjang tahun.

    bersambung dlm siri 11
    posted by KRJ TERENGGANU @ 11:14 pm   0 comments
    Pope Benedict, Islam and Violence
    Sunday, October 15, 2006
    When the Christians of Jerusalem decided to give in to the Muslim army that had been laying siege to the city under the command of Amr bin Al As (RA), they set a condition that Caliph Umar (RA) must come in person, to sign the peace treaty. Umar and his attendant had only one camel and they took turns to ride from Medina to Jerusalem . He approached the city peacefully and by foot, to be cordially received by its Christian guardian, Bishop Sephronious. Umar signed the peace treaty with the rulers of Jerusalem which read,

    “This is the protection which the servant of God, Umar, the Ruler of Believers, has granted to the people of Jerusalem . The protection is for their lives and property, their churches and crosses, their sick and healthy and for all their coreligionists. Their churches shall not be used for habitation, nor shall they be demolished, nor shall any injury be done to them. There shall be no compulsion for these people in the matter of religion, nor shall any of them suffer any injury on account of religion. The people of Jerusalem must pay the poll tax like the people of other cities and they must expel the Byzantines and the robbers …”


    The gates of the city were opened and Umar went to the Temple Mount and said his prayer. Afterwards the Bishop invited him to tour the biggest church of the city. Umar was in the church when the time for the afternoon prayer came. The Bishop offered to let him pray in the church. “No” replied Umar, “If I do so, the Muslims one day might take this as an excuse to take the church from you”. So Umar prayed on the steps of the church. He then gave the Bishop a pact that forbade Muslims from ever praying on the steps of the church. Until today, the keeper of the key to Jerusalem ’s Church of Holy Sepulchre is in the same Muslim family for generations. The fire-bombing of a church in Gaza in the wake of Muslim protests over Pope Benedict’s speech represents an aberration in Christian – Muslim relations in Palestine , one that is spurred by the radicalization of society under a long and brutal military occupation than the teachings of Islam itself.



    The portrayal of Islam as a religion that preaches violence and is primarily spread by it is nothing new in western discourse. It is the most potent argument for justifying all manner of prejudicial treatment on the religion and its followers, from soft discrimmatory policies to islamophobic writings in the media even to occupation of muslim lands killing their innocents, destroying their societies and plundering of their resources. This is something that Muslims have learned to accept to live with, especially in the last few years.



    But why did the Muslim react in such a manner when Pope Benedict repeated something that we are already accustomed to hearing from not so friendly western public figures? After all flamboyant televangelists like Jerry Falwell have said worse things than the Pope – calling the Prophet of Islam a paedophile and terrorist – yet we never asked for an apology. In the modern era, not least because of the late Pope John Paul II, Muslims have a genuine respect for the head of the Catholic church. The Crusades, the Reconquista, the Inquisitions were far behind us. The Catholic Church with its long history and tradition, its large number of faithful and the authority of its leadership, its unambiguous moral precepts and its liturgies and rites represent what constitutes Christian orthodoxy to ordinary Muslim eyes, as the last bastion against the inexorable march of secularization of western society. The Pope and the church is seen as embodying the vestiges of sacredness and other worldliness of that society, whose historical trajectory and fortunes is a reminder to us of the dangers of unfettered hubris. This is also an era where few have the neither the desire nor the stomach for religious wars. Where the role of religion in society has been radically rolled back, both the Islamic and Christian orthodoxies should be sharing a common vision of restoring spirituality to moderate the rampant individualism, materialism as well as other less edifying aspects of modernity. This is at least the general view point of ordinary Muslims, given the position as the Christian faithful as “People of the Book” and the reverence with which Jesus (AS) is held by Muslims.



    Therefore, to Muslim eyes, what the Pope said in his address at his old university about the Prophet and Islam is totally uncharacteristic for someone holding the office of Head of the Catholic Church. That Pope Benedict was the Vatican’s foremost theologian before his appointment, for His Holiness to have descended to the language and rhetorics of American televangelists pressed into the service of President Bush’s war on terror is a great disappointment and utterly shocking to Muslims.



    One can't help comparing him to his predecessor, whom Muslims regarded as someone who had served his faith with utmost sincerity, and at the same time a genuine builder of bridges. At his death Muslim religious leaders praised Pope John Paul as having contributed greatly to his religion and humanity, as a unique example in spreading peace and tolerance among peoples. When the Muslim world felt anguished and humiliated, he stood firmly against the US-led occupation of Iraq and the Israeli separation wall, pointing out that US Middle East policies were not helping the cause of peace.



    Not only did Pope Benedict’s attack on Islam and the Prophet followed by a half-hearted apology grudgingly given evoked strong reaction in the Muslim world, a number of western commentators took him to task for his low-brow critique of Islam that appeared more like common-place prejudice and questioned his possible motives, juxtaposing his well known position on Turkey with regards to its EU membership bid for greater effect. One notable piece that has been in wide circulation among Muslims was written by the veteran Israeli journalist and peace activist Uri Avneri. Drawing many examples mainly from the Ottoman era and Andalusian golden age to debunk the Pope’s thesis, he gave an insightful account of Muslim society’s tolerance of Christians and Jews in their midst, some flourishing as scholars while some others rose to the ranks of ministers.



    It has to be admitted that wars are part of Islamic history from very early on, but perhaps not more or not less than in the history of other religions that have built civilizations. Wars were simply an instrument of politics for much of the history of human civilization up to the recent era when the massive destruction and colossal loss of lives wrought by modern warfare in World War II made us shudder, and diplomacy and international law became established as the framework for settling the affairs of nations. The battles led by the Prophet at Badr and Uhud was a defence against the idolators of Mecca who mustered a superior force to annihilate the nascent Muslim community. In the classical Islamic period there were many wars fought between Muslim political entities vying from power within the larger body-politics of the Islamic Caliphate – wars that were motivated primarily by worldly ambitions. The biography of Ibn Khaldun tells of his fortunes and reversals as he switched political loyalties from one court to another in the mini kingdoms of North Africa of the 1300’s. It was during one of his low periods that he spent 3 years in isolation to write his “History of the Maghreb” whose introductory volume, “the Muqaddimah” became a celebrated text today a pioneering work in sociology/historiog raphy. In the early Islamic period violent strife stirred up by extremist elements like the Kharijites had been the cause of costly internecine battles that took the lives of some eminent companions of the Prophet (SAW). The war that the first Caliph Abu Bakr (RA) waged on the rejecters of the zakat was perhaps the rare instance where religion rather than realpolitik had been the basis.



    It is understandable that in the context of the politics times, the prophet and his companions took part in battles and wars. Even in the era of the primacy of international law, however undesirable and destructive wars are, they may be inevitable and legitimate. Just as “just war” is an accepted concept in international law and diplomacy, jihad in its specific military sense is part of the Islamic lexicon. What Islam laid down should war becomes inevitable is ethical limitations and chivalrous conduct, that the humanity of the adversary must be respected, that non combatants, women, children, the aged and religious leaders must not be harmed and that public buildings, dwellings, crops and water sources must not be destroyed. The books of fiqh of the classical Islamic period would customarily have a chapter on Jihad to remind Muslims of their religious duty to act within the limits.



    Needless to say, how Muslim armies conducted themselves throughout Islamic history or what their motives were for going to war may not necessarily accord with what have been laid down in the books of Fiqh anymore than the conduct of crusader Reginald of Chatillon or the Serbian militia’s murder and rape of Bosnian Muslims in the name of defending Christendom represent Christian teachings.



    Had Pope Benedict questioned why the Muslim armies crossed the Straits of Gibraltar and went on to conquer Spain for Islam or why the Moors pushed north as far as Poitiers and Tours in the French heartland to support his argument, we may have some difficulty in giving a convincing answer, never mind that conquest of Spain gave birth to civilization that became a conduit for Europe’s recovery of the Greek intellectual legacy though the works of Ibn Rushd, Ibn Sina and Al Faraby that was to pave the way for the Renaissance and the Enlightenment. But Pope Benedict chose to attribute to Prophet Muhammad (SAW) himself the violence and the sword to perpetuate the western prejudice on Islam. Thanks to early Muslim scholars for their scrupulousness who have recorded in meticulous detail the prophet’s life, his companions and Islam’s early history, it is not difficult to respond to misconceptions and deliberate distortions. One such example from Al Tabari is the “Covenant of Umar” the second Caliph of Islam, a document addressed to the people of Jerusalem after the conquest of the city in 638 CE, 5 years after the prophet’s death, narrated in the introductory passage above. Not only did Umar (RA) act in a just manner that is a reflection of his deep piety, being one of the Prophet’s closest companions, he also exhibited the austere simplicity (zuhd) that was exceptional for the age when conquering emperors would ride in triumphantly with pomp and splendor. The Caliph took turns to ride the one camel he shared with his attendant from Medina to Jerusalem . Al-Tabari also wrote in detail of similar treaties made by the Prophet’s companions with the inhabitants of other conquered cities in Syria–Palestine and Egypt . It is clear that the Islamic conquest of Jerusalem and other cities in the region was not to seek conversion of the Christians. It was an imperative of realpolitik of the age and the Muslims sought to put Islamic political order in place of the Byzantines who happened to be Christians.



    In Baladhuri’s account of the early jihad (Futuh al Buldan – the openings of the nations), there is clear evidence of the importance Muslims attached to the idea of “no compulsion in religion”, as demonstrated by a text written by the Prophet to the Christian community of Najran in Southern Arabia guaranteeing them certain social and religious rights under Islamic rule,

    “Najran and their followers are entitled to the protection of Allah and to the security of Muhammad the Prophet, the Messenger of Allah, which security shall involve their persons, religion, lands and possession, their camels, messages and images (a reference to crosses and icons) … No attempt shall be made to turn a bishop, a monk from his office as a monk, nor the sexton of a church from his office”



    The other controversial point raised by Pope Benedict commented on the verse “There is no compulsion in religion (2:256)”, was the charge that the Prophet was the author of the verse which he later abrogated. He noted that the “experts” say that this was composed early on when “Muhammad was powerless and still under threat” but later he ordered the use of the sword in the service of the faith. Was the Pope implying that the Quran was authored by the Prophet? While this is perfectly understandable for a non muslim to hold as a personal opinion, to insist so publicly in such a manner while holding the highest office in the Catholic Church is insensitive and does great damage to good faith between Muslims and Christians.



    The decline of religion and religious culture in the west, the catholic countries like Spain, France, Italy and Ireland included, is not about to let up. Known for his doctrinal conservativeness, this must be one of Pope Benedict’s major area of concern. In the attempt to conflate Christianity with post-modern, post-Christian west and doing its bidding by recycling the old European myths about Islam and its Prophet – is this a sign of desperation in a struggle against the relentless decline of religion? In the modern European context Islam is not in competition with Christianity. Muslim readily recognize Europe’s Christian heritage and its immense contribution to western civilization from art and architecture to the development of academic disciplines and the university, to providing the ethical foundations in liberal thought, even if many have decried religion as an obstacle to human progress. The idea of re-asserting Christian values, culture and identity in highly secular Europe is going to be tough and one can only view it with resigned pessimism. However it is something that many Muslims could identify with if the vision is to leaven secular modernity with a moral and ethical compass that is expansive and accommodative. However the Pope started on the wrong footing by reviving the old prejudices against Islam.



    Today it is the Muslims who continue to fiercely hold on to the notion of the Sacred Transcendent, Divine Guidance and Grace through prophethood, of unambiguous immutable moral precepts and values, and of the Sacred Law without having to apologize to secular materialism. If the Catholic Church needs friends in these lean times, they can find them in the Muslims.

    by Dr. Mazeni Alwi
    Chairman, Muslim Professionals Forum
    posted by Fakhrul Anuar Zulkawi @ 11:35 am   0 comments
    Siri Tazkirah Ramadhan 9
    Puasa Yang Berkesan Untuk Kesihatan

    Gejala-gejala yang berlaku semasa berpuasa:

    Beberapa perkara akan berlaku disebabkan oleh pembuangan toksin dan bahan buangan ketika kita berpuasa seperti nafas berbau, peluh juga berbau, kulit kering bersisik dan gatal, air kencing pekat dan berbau dan mungkin juga kerap kencing, buang air besar selepas beberapa hari berpuasa, sakit kepala, lenguh badan dan demam (kesan toksin keluar dari lemak ke darah, sebelum keluar dari badan), dan mungkin juga berlaku selsema dan kahak serta lendir dan keputihan.

    Pesanan: Jika gejala ini tidak serius, jangan cuba ubatkan kerana ia akan berhenti dengan sendirinya.


    (i) Berbuka dengan buah dan air bertapis yang tidak dimasak (guna water-filter).
    (ii) Solat Maghrib terlebih dahulu bagi memberi peluang perut mencerna makanan
    (iii) Makan makanan yang senang hadam dan kurangkan masakan berminyak, berempah dan pedas. Seelok-eloknya makan sayur, tahu dan kekacang.
    (iv) Kurangkan kadar makanan dari biasa
    (v) JANGAN minum air sambil makan. Insya-Allah jika makan secara perlahan-lahan, masalah tercekik tidak akan berlaku.
    (vi) Minum air putih atau teh herba atau minuman yang mengandungi getah anggur, buah kembang semangkuk dan biji selasih sebanyak yang terminum.

    Waktu sahur elok makan buah dan susu atau sebarang makanan cecair.

    Cara berpuasa yang tidak berkesan:

    (i) Makan terlalu banyak (waktu sahur dan berbuka)
    (ii) Makan makanan yang pedas dan berempah serta payah hadam
    (iii) Makan terlalu banyak daging binatang terutama bagi pengidap batu karang, gout dan alahan.
    (iv) Mengulangi makan sepanjang malam.
    (v) Kurang minum air pada malam hari atau lebih minum air semasa makan
    (vi) Tidur selepas kenyang makan

    Makanan yang menjejaskan khasiat puasa kerana mengandungi bahan kimia:

    (i) Kopi dan teh.
    (ii) Air paip masak yang tidak ditapis.
    (iii) Makanan yang ada bahan pengawet, pewarna, perasa tiruan seperti burger, sosej, mee segera, air tin & kotak, air squash, nugget dan seumpamanya.
    (iv) Makanan masin perlu dielakkan semasa berpuasa kerana ia menyebabkan air bertakung dalam badan (water retention)
    (v) Merokok


    Fasa-fasa puasa yang berjaya:

    Fasa pertama (2-3hari):
    Perut akan terasa lapar, badan cepat letih, cepat marah kerana kadar glukosa dalam darah rendah

    Fasa kedua (3-14 hari):
    Kurang selera makan, senang gelap mata, nafas berbau, lidah menjadi putih atau berdaki manakala badan menjadi lesu.

    Fasa ketiga(14-akhir puasa):
    Lidah menjadi bersih, nafas hilang bau, selera makan baik, tenaga mula pulih dan kadar glukosa menjadi normal kembali. Di fasa ini juga mental, emosi dan badan semakin optimum dan diri menjadi orang baru. Keadaan puasa begini hanya dicapai oleh mereka yang benar-benar mengawal makan dan minum supaya proses asidosis dan ketosis di dalam badan berjalan lancar.

    Amalan hari raya yang merosakkan manfaat puasa:

    (i) Makan banyak (terutamanya daging, berempah, berlemak dan berminyak)
    (ii) Makan kerap
    (iii) Kuih-muih yang payah dihadam
    (iv) Air yang mengandungi pewarna, perasa tiruan

    Manfaat puasa yang berkekalan:

    (i) Kurang makan kerana perut dah kecut
    (ii) Kesihatan bertambah baik

    Sabda Rasulullah S.A.W. yang bermaksud:"Ada banyak orang yang berpuasa tetapi ia tiada memperolehi dari
    puasanya itu, selain dari lapar dan dahaga (yakni tiada mendapat pahala)."
    posted by KRJ TERENGGANU @ 8:38 am   0 comments
    Siri Tazkirah Ramadhan 8
    Wednesday, October 11, 2006
    SEBAB YANG MEMUDAHKAN BANGUN QIAMULLAIL

    Sebab zahir
    - Tidak terlalu banyak makan dan minum, kerana banyak makan dan minum menggalakkan tidur dan memberatkan qiam
    -Tidak memberatkan badan di siang hari dengan kerja yang memenatkan badan dan menyebabkan stress, ia akan menggalakkan tidur
    -Jangan abaikan melakukan qailulah di siang hari kerana ia merupakan sunnah yang dapat membantu melakukan qiamullail
    -Tidak melakukan dosa di siang hari, ia akan mengeraskan jiwa dan menghalang berlaku sebab-sebam yang membawa kerihatan


    Sebab-sebab batin

    -Selamatkan hati daripada hasad dengki terhadap mukmin, melakukan perkara bid`ah, angan-angan duniawi, ia tidak akan memudahkan bangun malam
    -Hidupkan perasaan takut dalam, jangan panjang angan-angan, berfikir tentang kegawatan akhirat, bayangkan azab neraka, semuanya akan menghilangkan keinginan tidur
    -Mempelajari keistimewaan qiamullail dengan mendengar ayat-ayat Quran, hadis dan athar sahabat
    -Cintakan Allah dan kuatkan iman bahawa dalam qiamnya dia tidak bercakap satu huruf kecuali bermunajat kepada Tuhannya dan Tuhannya pula melihatnya dan mengetahui apa yang tersirat didalam jiwa hambanya.
    posted by KRJ TERENGGANU @ 10:29 pm   0 comments
    Siri Tazkirah Ramadhan 7
    Monday, October 09, 2006
    TINGKATAN PUASA

    Menurut Imam al-Ghazali dalam bukunya Ihya Ulumuddin, tingkatan puasa diklasifikasi menjagi tiga, yaitu puasa umum, puasa khusus, dan puasa khusus yang lebih khusus lagi.

    Puasa umum adalah tingkatan yang paling rendah yaitu menahan dari makan, minum dan jima'. Puasa khusus, di samping menahan yang tiga hal tadi, juga memelihara seluruh anggota tubuh dari perbuatan maksiat atau tercela. Sedangkan puasa khusus yang lebih khusus adalah puasa hati dari segala kehendak hina dan segala pikiran duniawi serta mencegahnya memikirkan apa-apa yang selain Allah.

    Puasa level ketiga tadi adalah puasanya para nabi-nabi, shiddiqin, dan muqarrabin. Sedangkan puasa level kedua adalah puasanya orang-orang salih - puasa tingkat ini yang seharusnya kita tuju untuk mencapainya.

    Selanjutnya imam Al Ghazali menjelaskan enam hal untuk mencapai kesempurnaan puasa tingkatan kedua itu. Pertama, menahan pandangan dari segala hal yang dicela dan dimakruhkan serta dari tiap-tiap yang membimbangkan dan melalaikan dari mengingat Allah. Rasulullah SAW bersabda: Barang siapa meninggalkan pandangan karena takut kepada Allah, niscaya Allah menganugerahkan padanya keimanan yang mendatangkan kemanisan dalam hatinya.

    Kedua menjaga lidah dari perkataan yang sia-sia, berdusta, mengumpat, berkata keji, dan mengharuskan berdiam diri, menggunakan waktu untuk berzikir kepada Allah serta membaca Alquran. "Dua perkara merusakkan puasa," sabda Rasulullah SAW, "Yaitu mengumpat dan berbohong."

    Ketiga, menjaga pendengaran dari mendengar kata-kata yang tidak baik, karena tiap-tiap yang haram diucapkan maka haram pula mendengarnya. Rasulullah SAW menjelaskan: Yang mengumpat dan yang mendengar, berserikat dalam dosa.

    Keempat, mencegah anggota-anggota tubuh yang lain dari perbuatan dosa. Seperti mencegah tangan dan kaki dari berbuat maksiat dan mungkar, mencegah perut dari memakan yang syubhat dan haram.

    Kelima, tidak berlebih-lebihan dalam berbuka sampai perutnya penuh makanan. Orang yang berbuka secara berlebihan tentu tidak akan dapat memetik manfaat dan hikmah puasa. Bagaimana dia berusaha mengalahkan musuh Allah dan mengendalikan hawa nafsunya, jika saat berbuka dia justru memanjakan nafsunya dengan makanan yang terhitung banyak dan jenisnya.

    Keenam, hatinya senantiasa diliputi perasaan cemas (khauf) dan harap (raja'), karena tidak diketahui apakah puasanya diterima atau tidak oleh Allah. Rasa cemas diperlukan untuk meningkatkan kualiti puasa yang telah dilakukan, sedangkan penuh harap berperanan dalam menumbuhkan optimisme.
    posted by KRJ TERENGGANU @ 6:26 pm   0 comments
    Program Remaja Raikan Ramadhan 3R di Terengganu
    Thursday, October 05, 2006
    Tempat :
    Surau Rantau Petronas Kerteh
    Anjuran :
    Biro Remaja Surau Rantau Petronas
    dengan kerjasama
    Kelab Remaja JIM Terengganu
    Tarikh :
    13-14 Ramadhan / 6-7 Oktober 2006
    Hubungi :
    Hj Muzahar (019-9132463)

    Tempat :
    Surau Serdang Baru Kuala Terengganu
    Anjuran :
    Kelab Remaja JIM Kuala Terengganu
    dengan kerjasama
    JK Surau Serdang Baru
    Tarikh :
    13-14 Ramadhan / 6-7 Oktober 2006
    Hubungi :
    Cikgu Jalal (019-9835675)

    Tempat :
    Masjid Tengku Intan Zaharah Dungun
    Anjuran :
    Kelab Remaja JIM Dungun
    dengan kerjasama
    JK Masjid dan JIM Dungun
    Tarikh :
    19-21 Ramadhan / 12-14 Oktober 2006
    Hubungi :
    Akhi Sufian (014-8368371)

    Tempat :
    Masjid Geliga Kemaman
    Anjuran :
    Kelab Remaja JIM Chukai
    Tarikh :
    20-21 Ramadhan / 13-14 Oktober 2006
    Hubungi :
    Cikgu Norfizam (019-9642812)

    sekian..
    untuk makluman semua..
    posted by KRJ TERENGGANU @ 6:08 pm   0 comments
    Siri Tazkirah Ramadhan 6
    Hadith-hadith berkaitan Ramadhan

    Hadith 1

    Abu Hurairah ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Umatku telah dikurniakan dengan lima perkara yang istimewa yang belum pernah diberikan kepada sesiapa pun sebelum mereka. Bau mulut daripada seorang Islam yang berpuasa adalah terlebih harum di sisi Allah daripada bau haruman kasturi. Ikan-ikan di lautan memohon istighfar (keampunan) ke atas mereka sehinggalah mereka berbuka puasa".

    Allah mempersiapkan serta menghiasi jannah yang khas setiap hari dan kemudian berfirman kepadanya: "Masanya telah hampir tiba bilamana hamba-hambaKu yang taat akan meninggalkan segala halangan-halangan yang besar (di dunia) dan akan mendatangimu."

    Pada bulan ini syaitan-syaitan yang durjana dirantaikan supaya tidak menggoda mereka ke arah maksiat-maksiat yang biasa mereka lakukan pada bulan-bulan selain Ramadhan. Pada malam terakhir Ramadhan (orang-orang yang berpuasa ini) akan diampunkan." Maka sahabat-sahabat Rasulullah SAW pun bertanya: "Wahai Pesuruh Allah, adakah itu malam lailatul Qadar?" Dijawab oleh Rasulullah SAW: "Tidak, tetapi selayaknya seorang yang beramal itu diberi balasan setelah menyempurnakan tugasnya."

    Hadith 2

    Ubadah Bin Somit ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda pada suatu hari ketika Ramadhan hampir menjelang: "Telah datang kepadamu bulan Ramadhan, di mana Allah melimpah ruahkan di dalamnya dengan keberkatan, menurunkan rahmat, mengampuni dosa-dosa kamu, memakbulkan doa-doa kamu, melihat di atas perlumbaan kamu untuk memperolehi kebaikan yang besar dan berbangga mengenaimu di hadapan malaikat-malaikat. Maka tunjukkanlah kepada Allah Taala kebaikan dari kamu. Sesungguhnya orang yang bernasib malang ialah dia yang dinafikan daripada rahmat Allah pada bulan ini."

    Hadith 3

    Abu Hurairah ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Terdapat tiga jenis orang yang doa mereka tidak ditolak; doa daripada orang yang berpuasa sehinggalah dia berbuka puasa; imam (penguasa) yang adil, dan orang yang dizalimi yang kerana doanya itu Allah mengangkatnya melepasi awan dan membuka untuknya pintu-pintu langit dan Allah berfirman: "Daku bersumpah demi kemuliaanKu, sesungguhnya Daku pasti menolongmu walaupun pada suatu masa nanti."
    posted by KRJ TERENGGANU @ 6:03 pm   0 comments
    Siri Tazkirah Ramadhan 5
    Tuesday, October 03, 2006
    Makan sahur ciri puasa umat Islam

    BERSAHUR adalah amalan penting pada Ramadan. Sayangnya, ramai umat Islam meremehkan hal ini. Adakah hanya kerana perintah bersahur itu adalah sunat dan hukum berpuasa bagi orang-orang yang tidak bersahur tetap sah maka ia diketepikan.

    Persoalan yang hendak ditimbulkan, apakah keberkatan yang terdapat di sebalik bersahur itu?

    Pensyarah di Jabatan Syariah, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Petaling Jaya, Selangor, Mohammad Nidzam Abd. Kadir menjelaskan, sahur ialah makan selepas waktu tengah malam atau dinihari sebelum terbit fajar bagi orang-orang yang hendak berpuasa pada bulan Ramadan atau pada bulan-bulan yang lain.

    Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: Bersahurlah kamu kerana pada sahur itu ada berkat. (Riwayat Bukhari, Muslim, Ahmad, Tirmizi, Nasai dan Ibn Majah)

    Malah berdasarkan hadis di atas dan beberapa hadis lain maka para ulama sepakat mengatakan bahawa hukum makan sahur adalah sunat.

    Sementara itu, dalam riwayat Abdullah bin al-Haris, salah seorang daripada sahabat Baginda Rasulullah, menceritakan ketika beliau masuk ke rumah Nabi s.a.w., Baginda sedang bersahur lalu bersabda: Sesungguhnya (sahur itu) mempunyai berkat yang diberikan Allah kepada kamu sekalian, maka janganlah kamu meninggalkannya. (Riwayat an-Nasaie)

    Dalam riwayat Abu Sa‘id al-Khudri , Rasulullah s.a.w. bersabda: Makan sahur itu berkat, oleh sebab itu jangan kamu meninggalkannya walaupun salah seorang daripada kamu hanya meneguk seteguk air. Maka sesungguhnya Allah s.w.t. dan malaikat-Nya berselawat ke atas orang-orang yang bersahur. (Riwayat Imam Ahmad)


    Amalan bersahur ini juga, kata Mohammad Nidzam, membezakan antara puasa orang Islam dengan puasa orang Yahudi dan Nasrani (ahli kitab). Hal ini disebut dalam sabda Rasulullah yang diriwayatkan oleh Imam Muslim, yang bermaksud, Perbezaan antara puasa kami dengan puasa ahli kitab (Yahudi dan Nasrani) ialah adanya makan sahur.

    “Hadis-hadis di atas membuktikan amalan bersahur itu ada kaitan dengan keberkatan dan keberkatan pula membawa makna rahmat, kebaikan serta restu Ilahi.

    “Oleh itu, kita mestilah mengambil peluang bersahur sekalipun dengan seteguk air. Ini sebagaimana hadis riwayat Ibnu Hibban yang bermaksud, Makanlah sahur, sekalipun dengan seteguk air,” kata Mohammad Nidzam ketika ditemui baru-baru ini.

    Tambah beliau, apabila menyentuh soal keberkatan bersahur, ia boleh diperhatikan dari sudut agama dan duniawi. Apabila kita melaksanakan sunah Rasulullah maka seseorang itu telah memperoleh ganjaran pahala.

    Dari sudut duniawi pula, bersahur membawa impak positif untuk terus berpuasa. Dalam hadis lain, kelebihan ke atas orang yang bersahur itu ialah seperti sabda Rasulullah bermaksud: Sesungguhnya Allah dan malaikat-Nya mengucapkan selawat (berdoa dan memohon daripada Allah akan keampunan dan keredaan) ke atas orang yang bersahur. (Riwayat At-Tabrani)


    Bersahur juga memberi kekuatan untuk beribadat dan kecerdasan kepada orang yang berpuasa bagi menghadapi rasa lapar dan dahaga pada siang hari. Bersesuaian dengan sabda Rasulullah s.a.w. bermaksud: Memohonlah kamu (kepada Allah kekuatan) melalui makan sahur supaya memperoleh kekuatan berpuasa di siang hari. (Riwayat al-Hakim)

    Berdoa

    Di samping itu, waktu bersahur itu juga adalah waktu turun rahmat. Bangun dan berdoa pada waktu sahur mempunyai berkat kerana pada waktu itu rahmat turun dan doa terangkat sebagaimana Rasulullah bersabda: “Daripada Abi Umamah telah berkata: “Ya Rasulullah, bilakah waktu doa itu lebih didengar? Baginda bersabda: “Pada waktu tengah malam dan selepas sembahyang fardu.” (Riwayat at-Tirmizi)

    Menyentuh tentang waktu bersahur, kata Mohammad Nidzam, waktu bersahur itu bermula sebaik sahaja masuk waktu pertengahan malam dan berlarutan sehingga sebelum terbit fajar. Oleh itu, orang yang makan sebelum masuk waktu pertengahan malam tidaklah dia dikatakan bersahur tetapi ia cuma makan biasa sahaja dan tidak ada baginya pahala sunat bersahur.

    “Selain disunatkan bersahur kita juga disunatkan untuk melambatkan waktu bersahur kerana amalan itu dilakukan oleh Rasulullah s.a.w. dan para sahabat. Imam Ahmad meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda yang bermaksud: Sentiasa umatku dalam kebaikan selama mereka mahu bersegera berbuka puasanya dan mengakhirkan makan sahurnya.

    Melewatkan sahur bermaksud bersahur ketika menghampiri waktu Subuh. Berkaitan perkara ini, Zaid bin Thabit pernah berkata: Kami pernah bersahur bersama Nabi, kemudian kami bangun untuk melakukan solat (Subuh). Zaid ditanya: “Berapa lama masa antara kedua-duanya (yakni antara makan sahur dan solat Subuh)?” Berkata Zaid: Sekadar membaca 50 ayat al-Quran. (Riwayat Bukhari)

    “Ini bermaksud melambatkan sahur adalah sunat sehingga hampir waktu fajar iaitu kira-kira pada kadar membaca lima puluh ayat atau anggaran 10 hingga 15 minit sebelum terbit fajar. Antara tujuannya adalah demi memendekkan masa untuk menahan diri daripada kelaparan dan daripada melakukan perkara-perkara yang membatalkan puasa,” kata Mohammad Nidzam.

    Mengulas makanan yang harus dimakan sewaktu bersahur, makanan yang diambil ketika bersahur biarlah sederhana sesuai dengan kemampuan dan upaya masing-masing. Baginda Rasulullah s.a.w. sendiri menjelaskan bahawa hanya seteguk air sudah memadai untuk mendapat berkat daripada bersahur sebagaimana hadis Baginda.

    Jika terdapat buah kurma (tamar), maka itu adalah lebih baik kerana buah kurma itu adalah makanan sahur bagi orang-orang yang beriman sebagaimana riwayat daripada Abu Hurairah. Rasulullah bersabda: Sebaik-baik makanan sahur orang yang beriman ialah buah tamar (kurma). (Riwayat Abu Daud)

    Di samping itu, Mohammad Nidzam berpesan kepada mereka yang bangun sahur supaya mengambil peluang melakukan amal-amal soleh seperti berzikir, membaca al-Quran dan bersembahyang sunat tahajud dan sunat witir. Begitulah juga dengan sunat-sunat yang lain hingga terbit fajar. Apatah lagi jika malam tersebut kebetulan merupakan Lailatul Qadar, iaitu malam yang lebih baik daripada 1,000 bulan.


    Ditanya adakah dengan bersahur boleh membatalkan niat berpuasa yang dilakukan sebelum tidur? Mohammad Nidzam memberitahu, tidak terbatal niat puasa jika seseorang itu bersahur selepas itu.

    “Terdapat dua pandangan. Pertama, Imam Shafie mengatakan niat puasa pada setiap malam manakala Imam Maliki mengatakan hendaklah berniat puasa untuk sebulan.

    “Maka kita mengambil gabungan dua pendapat ini iaitu niat puasa untuk sebulan dan niat setiap malam. Niat itu cukup sekadar lintasan dalam hati dan tidak perlu diucapkan daripada mulut,” katanya.

    posted by KRJ TERENGGANU @ 12:45 pm   0 comments
    Siri Tazkirah Ramadhan 4
    Monday, October 02, 2006
    Penghayatan Puasa

    Pada hakikatnya puasa bukanlah sekadar meninggalkan makan minum pada siang hari. Tetapi puasa yang sebenarnya ialah menegahkan diri daripada segala yang perkara haram, dosa dan maksiat seperti mengumpat, berbohong, menipu, memandang yang haram, memudaratkan orang lain dan sebagainya.

    Sebahagian ulama berkata:
    "Ramai orang yang puasa, berbuka; dan ramai yang berbuka, berpuasa. Orang berbuka yang puasa ialah orang yang memelihara anggota badannya dari yang haram, padahal dia makan dan minum. Dan orang berpuasa yang berbuka ialah orang yang menahan makan dan minum hingga lapar dan dahaga, tetapi pada waktu yang sama dia membebaskan anggota badannya melakukan yang haram."

    Rasulullah s.a.w. bersabda:
    Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya Rasulullah s.a.w. bersabda:"Puasa itu bukanlah sekadar menahan makan minum, tetapi puasa itu ialah menahan dari melakukan perkara sia-sia; maka jika seseorang memaki engkau atau dia tidak mengetahui engkau sedang berpuasa, maka katakan:"Sesungguhnya saya berpuasa, sesungguhnya saya berpuasa!". " (Riwayat Ibnu Khuzaimah, Ibnu Hibban dan Hakim)


    Sabda Rasuulllah s.a.w lagi :
    Diriwayatkan daripada Ibnu Umar r.a. katanya: rasulullah s.a.w. bersabda:"Seringkali orang yang berpuasa itu hanya sekadar mendapat lapar dan dahaga, dan sering kali orang yang bangun malam itu hanya sekadar berjaga." (riwayat Tabarani)


    Bagi menambahkan kebaikan, rahmat dan pahala dari Allah S.W.T. kaum muslimin dikehendaki mengundang kaum kerabat, jiran serta orang-orang yang dekat untuk makan bersama ketika berbuka

    Sabda Rasulullah s.a.w.:
    Diriwayatkan daripada Zaid bin Khalid al-Juhani r.a. daripada Nabi s.a.w. sabdanya:"Siapa yang memberi amkanana berbuka kepada orang yang berpuasa baginya pahala seumpama orang yang berpuasa itu, meskipun orang yang berpuasa itu tidak dikurangi pahala sedikit pun." (riwayat Tirmizi dan Nasai)


    Sabda Rasulullah lagi:
    Diriwayatkan daripada Salman r.a.katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: "Siapa yang menjamu orang yang berpuasa ketika berbuka dengan makanan dan minuman yang halal, maka malaikat mendokannya pada saat-saat bulan Ramadhan dan NJibril mendokannya pada malam al-Qadar."

    sekian.. wassalam..
    posted by KRJ TERENGGANU @ 12:27 am   0 comments
    JAWATANKUASA REMAJA KRJ NEGERI TERENGGANU 2008

    PENGERUSI : Muhammad Munzir Bin Muzahar (Sek Men Islam Al Amin Kemaman)

    TIMBALAN PENGERUSI : Muhammad Irfan Bin Bahrin (Sek Men Islam Al Amin Kemaman)

    NAIB PENGERUSI 1 : Humairaa' Bt Abdul Malek (Sek Men Islam Al Amin Kemaman)

    NAIB PENGERUSI 2 : Wan Hani Munirah Bt Wan Muhd Rosdi (Sek Men Keb Agama Tok Jiring Kuala Terengganu)

    SETIAUSAHA KEHORMAT : Nurul Najihah Bt Khairudin (Sek Men Islam Al Amin Kemaman)

    BENDAHARI : Hafizuddin Bin Mohd Ridzuan (Sek Men Islam Al Amin Kemaman)

    Alamat Pejabat KRJ Terengganu : No 5, Taman Seri Melor 4, Bt 6, 23000 Dungun, Terengganu Darul Iman

    TELEFON@SMS : 014-836 8371 (Penasihat JK Remaja KRJ Terengganu)

    Lagu KRJ Terengganu@mp3


    CARI ARTIKEL
    ARKIB KRJ
    PAUTAN KRJ
    LAMAN NASYID KONTEMPORARI
    SIARAN TELEVISYEN
    KREDIT


    BLOGGER




    © 2008 Kelab Remaja JIM Terengganu [Remaja Mithali Tunggak Kepemimpinan]Hak Cipta Terpelihara ; KRJ Terengganu.