<$BlogMetaData$>
 

 

 

Terengganu

www.krj-tganu.blogspot.com

 
Cikgu Norfizam bin Said
PENGARAH KRJ TERENGGANU
Demi Masa, Sesungguhnya Manusia Itu Berada Di Dalam Kerugian..


KALENDAR AKTIVITI TERKINI


  • EKSPEDISI REMAJA KENTAL 2008!
    NANTIKAN PENGUMUMAN SELANJUTNYA
  • Chat @ KRJ Tganu

    ALBUM KRJ
  • Album 2008
  • Album 2007
  • Album 2006
  • Album 2005
  • JELAJAH INFORMASI
  • Utusan Online
  • BHarian Online
  • Harian Metro
  • NSTP
  • Harakahdaily
  • AMIR
  • ABIM
  • Islamonline
  • Palestinkini
  • JAKIM
  • LINK PENDIDIKAN
  • Kementerian Pendidikan Msia
  • Universiti Islam Antarabangsa
  • Universiti Kebangsaan Msia
  • Universiti Malaya
  • Universiti Putra Malaysia
  • Universiti Sains Malaysia
  • Universiti Utara Malaysia
  • Universiti Teknologi Msia
  • Universiti Msia Sabah
  • Universiti Msia Sarawak
  • Universiti Telekom
  • UiTM
  • KUSZA
  • Yayasan Pelajaran MARA
  • Politeknik Malaysia
  • KUKUM
  • KUIM
  • KUTKM
  • KUITTHO
  • KUSTEM
  • Maktab
  • BARISAN KEPIMPINAN JAWATANKUASA REMAJA KRJ SESI 2006-2007. JASAMU DIKENANG !

    PENGERUSI : Muhammad Mus'ab Bin Muzahar.

    TIMBALAN PENGERUSI 1 : Hafizuddin Bin Mohd Ridzuan

    TIMBALAN PENGERUSI 2 (Ketua Puteri) : Munirah Bt Mazlan

    SETIAUSAHA KEHORMAT : Maisarah Bt Zulkifli

    BENDAHARI : Nur Ilyana Amani bt Mohd Nasir

    HUBUNGI KAMI
    Maklumat lanjut boleh hubungi moderator, Akh Mohd Sufian Mat Ali, 014-836 8371
    krjtgg_mod@yahoo.com
    Tanda Buku Pelawat
     

          PENGENALAN KRJ       DAFTAR ONLINE          

             HOME    FORUM

    VIDEO KLIP LAGU KRJ TERENGGANU      
    Siapa Yahudi??
    Sunday, June 25, 2006
    Peristiwa-peristiwa yang berlaku sepanjang zaman semenjak dari zaman Nabi Allah SWT Musa a.s. sehinggalah zaman mereka berada di Palestin selepas itu sentiasa menyaksikan pembunuhan kaum Yahudi secara beramai-ramai oleh musuh-musuh mereka. Melalui peristiwa-peristiwa yang berlaku itu, kita selaku umat Islam yakin bahawa kependudukan mereka secara haram di negara Palestin akan berakhir tidak lama lagi.

    Mereka akan dihalau keluar dari negara itu sama sepertimana datuk nenek mereka dipaksa keluar dari negara itu. Perkara ini telah dijanjikan oleh Allah SWT menerusi banyak ayat al-Quran, contohnya dalam surah Al-A'raf ayat 167 yang bermaksud: "

    Dan (ingatlah wahai Muhammad) ketika Tuhanmu memberitahu: Bahawa sesungguhnya Ia akan menghantarkan kepada kaum Yahudi itu, (terus menerus) hingga hari kiamat, kaum-kaum yang akan menimpakan mereka dengan azab sengsara yang seburuk-buruknya (disebabkan kejahatan dan kekufuran mereka). Sesungguhnya Tuhanmu amat cepat azab seksa-Nya, dan sesungguhnya Dia juga Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani."

    Kejahatan Bangsa Yahudi Menurut Al-Quran
    Ayat di atas menyebutkan bahawa azab dan tekanan akan terus menimpa mereka hingga ke hari kiamat. Berita-berita masa lampau tentang mereka sebelum Islam perlu diberitahu kepada mereka agar mereka sedar bahawa masa tersebut akan tiba dan kebenaran isi kandungan al-Quran sebagai wahyu Ilahi akan terbukti.

    Ayat-ayat seperti ini memberi satu kekuatan berupa sokongan moral kepada umat Islam secara amnya dan bangsa Arab Islam khasnya agar berusaha memperkuatkan diri ke arah merealisasikan fakta ini.

    Penindasan Ke Atas Yahudi Sebelum Islam
    Tersebut dalam lipatan sejarah penjajahan ke atas Yahudi telah dimulakan oleh Raja Fir'aun Nikho dari Mesir. Selepas itu untuk kali keduanya mereka telah dijajah lagi oleh Raja Nabukadnesar (Bukhti-Nashar) dari Babil. Semasa penjajahan tersebut, raja dan tenteranya telah membinasakan habis-habisan Jerussalam termasuk Baitul Maqdis yang didirikan oleh Nabi Sulaiman a.s. dan menawan majoriti rakyatnya .
    Inilah yang disebutkan oleh Allah SWT dalam ayat surah al-Isra' ayat yang bermaksud:

    "Dan Kami menyatakan kepada Bani Israel dalam Kitab itu: "Sesungguhnya kamu akan melakukan kerosakan di bumi (Palestin) dua kali, dan sesungguhnya kamu akan berlaku sombong angkuh dengan melampau. Maka apabila sampai masa janji (membalas kederhakaan kamu) kali yang pertama dari dua (kederhakaan) itu, Kami datangkan kepada kamu hamba-hamba Kami yang kuat gagah dan amat ganas serangannya lalu mereka rnenjelajah di segala ceruk rantau (membunuh dan membinasakan kamu); dan (sebenarnya peristiwa itu) adalah satu janji yang tetap berlaku".

    Seterusnya pada tahun 203 sebelum Masihi pula menyaksikan penjajahan yang lebih teruk oleh raja-raja Syria malahan membawa kepada penahanan Yahuza yang menjadi raja Yahudi pada masa itu. Orang-orang lelaki dijadikan hamba abdi, manakala cukai-cukai yang tinggi turut dikenakan ke atas mereka.

    Tidak cukup di situ Allah SWT membinasakan mereka apabila Rom menjajah pula selepas itu. Negara Palestin telah dimasukkan di bawah negara mereka. Pada tahun 70 Masihi, golongan Yahudi telah melakukan pemberontakan ke atas penjajah mereka iaitu Rom. Pemberontakan ini menemui jalan buntu. Akibatnya Rom telah mengeluarkan arahan kepada gabenornya di situ yang bernama Titus untuk membakar rumah-rumah ibadat Yahudi dan membunuh kebanyakan penduduk Yahudi dan menjual yang lainnya sehagai hamba.

    Tidak lama selepas itu, Jerussalem pesat membangun semula. Kaum Yahudi mengambil kesempatan untuk memberontak buat kali kedua tetapi masih gagal. Adrian yang menjadi raja Rom akhirnya memerintahkan agar bandar Jerussalem dimusnahkan habis-habisan dan rakyatnya dibunuh. Ditaksirkan lebih 500,000 jiwa telah terkorban dalam peristiwa itu .

    Penindasan Ke Atas Yahudi Selepas Islam
    Apabila Nabi Muhammad SAW berhijrah ke Madinah, kaum Yahudi telah menyusun beberapa konspirasi jahat ke atas Islam. Akibatnya, pelbagai tindakan tegas telah dikenakan terhadap mereka sehingga membawa kepada pembunuhan beramai-ramai kaum Yahudi dan pengusiran keluar dari negara Islam Madinah.

    Kemudian di akhir kurun ke 13, penindasan ke atas mereka masih berterusan. Pada kali ini negara Eropah pula yang bertindak menekan mereka. Sejarah telah menunjukkan bahawa kaum Yahudi pernah dibunuh di Sepanyol dan Portugal. Bahkan kepercayaan agama Kristian lama beranggapan bahawa menekan Yahudi adalah melambangkan keimanan yang sebenarnya.

    Tekanan yang dihadapi menyebabkan Yahudi mencari perlindungan di Andalus. Pemimpin-pemimpin Islam di Andalus pada waktu itu memberi perlindungan politik kepada Yahudi sebagai satu cara untuk berdakwah kepada mereka. Namun panas yang disangka sampai ke petang, rupanya hujan di tengahari. Nikmat perlindungan rupa-rupanya tidak lama. Penganut-penganut Kristian telah berjaya menundukkan kuasa Islam di Andalus. Sekali lagi penyembelihan orang-orang Yahudi berlaku secara beramai-ramai. Mereka di halau keluar dari bandar-bandar seperti Balensia, Qordova, Gibraltar, Barcelona dan juga dari tempat-tempat lain. Seorang paderi besar Katolik di situ yang bernama Hernando Martins telah menyampaikan ucapan anti Yahudi dan mengarahkan agar unsur-unsur termasuk penganutnya dihapuskan.

    Peperangan Salib telah meletus di Andalus dan kebanyakan orang yahudi dihapuskan. Ramai dari kalangan mereka telah dipaksa memeluk Kristian. Dalam tempoh kurang dari 3 bulan, setiap individu yang enggan masuk Kristian akan dihalau ke tempat lain luar dari Andalus. Sesiapa yang melanggar perintah akan dihukum bunuh .

    Kebanyakan orang Yahudi yang enggan memeluk Kristian telah meninggalkan Andalus. Malangnya di tengah jalan para lanun telah menangkap mereka dan mereka dijadikan hamba untuk diperniagakan. Sesiapa yang terlepas pula jarang yang dapat hidup kerana diserang kelaparan dan penyakit berjangkit seperti taun dan lain-lain.

    Walaupun menghadapi pelbagai penindasan, golongan Yahudi akhirnya berjaya juga menaja satu perhimpunan yang menghimpunkan sekitar 80,000 orang ahli. Mereka mengambil keputusan untuk berhijrah ke Portugal setelah mendapat pelawaan rajanya yang beragama Kristian dan bersikap terbuka. Setibanya di sana, raja yang selama ini bersikap terbuka, tiba-tiba berubah menjadi anti Yahudi selepas dipengaruhi golongan gereja yang selama ini menentang mereka. Semua golongan lelaki dewasa Yahudi telah dipaksa meninggalkan negara Portugal, manakala wanita dan anak-anak dipaksa menukar agama kepada Kristian.

    Tekanan dan kezaliman ke atas Yahudi sebenarnya tidaklah terbatas di negara-negara seperti Sepanyol, Portugal dan Rom sahaja. Malahan semua negara Eropah Kristian telah mengambil sikap anti-Yahudi secara terang-terangan.

    Di bawah dinyatakan peristiwa-peristiwa kezaliman yang berlaku keatas golongan Yahudi:
    · Di England, King Edwaard telah menghalau Yahudi beramai-ramai pada tahun 1290.
    · Di Perancis, King Phillip telah menghalau mereka dari Perancis pada tahun 1306. Menurut fakta sejarah, Raja Phillip kemudiannva telah membenarkan sebahagian daripada mereka untuk pulang ke Perancis selepas itu, tetapi keputusan diambil untuk menghalau semula mereka pada tahun 1394.
    · Di Hungary, golongan Yahudi telah dibuang negara beramai-ramai. Tetapi mereka memberanikan diri pulang semula sebelum dihalau kembali pada tahun 1582.
    · Di Belgium, mereka dihalau beramai-ramai pada tahun 1370.
    · Di negara Czechoslovakia pula, puak Yahudi dihalau pada tahun 1380. Mereka kembali semula untuk bermastautin pada tahun 1592. Malangnya pada tahun 1744, Queen Maria Theressa telah mengarahkan agar dihalau semula golongan Yahudi tersebut.
    · Di negara Austria pula, Raja Bright ke-5 telah menghalau mereka dari negara itu pada tahun 1420.
    · Di Holland, mereka dihalau dari Outricht pada tahun 1444.
    · Di Itali, mereka dihalau dari Napoli dan Sardina pada tahun 1540.
    · Di Jerman, golongan Yahudi dihambat dari Bavaria pada tahun 1551. Kemudian telah berlaku penindasan secara berterusan ke atas mereka oleh masyarakat berfahaman Nazi. Beratus ribu Yahudi telah terkorban dalam keganasan itu.

    · Di Rusia pula, rakyat tempatan telah berkerjasama menghalau orang-orang Yahudi pada tahun 1510. Golongan Yahudi beransur-ansur pulang selepas itu dengan harapan penduduk tempatan telah memaafkan mereka. Namun begitu, tekanan masih berterusan sehingga tentera Rusia turut masuk campur untuk menyembelih mereka beramai-ramai di Ukraine sepanjang tahun 1919.

    Menurut kajian, lebih dari 100,000 Yahudi telah diragut nyawanya termasuk lelaki dan perempuan serta anak-anak mereka. Jalanraya telah dibasahi dengan darah mereka. Tentera telah melakukan kekejaman di luar batasan pemikiran manusia di samping mencincang lumat anggota badan mereka.

    Mengapa Yahudi Ditindas?
    Antara sebab penindasan dilakukan ke atas mereka adalah kerana sikap sombong dan tidak setia pada perjuangan. Masyarakat Kristian Eropah menyedari sikap yang ditunjukkan itu. Golongan Yahudi merupakan golongan yang tidak pernah kenal erti berterima kasih. Walaupun hanya menumpang di negara orang, perangai mereka tidak ubah seperti tuan yang memeras dan menganiaya golongan peribumi negara itu. Kemahiran berniaga telah menjadikan golongan Yahudi sombong dan tidak berperikemanusiaan.

    Orang yang meminjam dan berurus niaga dengan mereka terjebak dalam sistem riba. Ekonomi yang berasaskan riba telah dimulakan oleh korporat-korporat Yahudi yang berjaya untuk memastikan terus menjadi kaya tanpa memikirkan nasib si miskin.

    Perkara ini tidaklah menghairankan kerana menurut kepercayaan mereka seperti yang dijelaskan di dalam 'Talmud' iaitu tafsiran kepada kitab 'Taurat', ada dinyatakan secara terang-terangan bahawa riba halal dengan urus niaga bersama bukan Yahudi. Ini disebabkan Yahudi adalah anak-anak Allah SWT, manakala selain mereka adalah binatang berupa anjing dan babi. Justeru itu, mereka berhak melakukan apa sahaja demi kepentingan peribadi.

    Disebut dalam Talmud lagi: Pemilikan harta-harta oleh selain Yahudi adalah tidak sah. Jadi sesiapa sahaja di kalangan Yahudi boleh merampas hak tersebut. Allah SWT (SWT) menganugerahkan ke atas mereka hak untuk bertindak sesuka hati ke atas bangsa-bangsa lain. Kedudukan Yahudi ke atas bangsa-bangsa lain sama seperti kedudukan manusia ke atas binatang. Bangsa-bangsa lain memiliki sifat-sifat kebinatangan. Tiada siapa yang dapat mengajar mereka melainkan Yahudi. Riba diharamkan sesama Yahudi, tetapi dihalalkan kepada selain mereka. Malahan menurut perlembagaan Talmud itu, HARAM memberikan pinjaman kepada bangsa lain tanpa dikenakan riba.

    Sebab utama penaklukan negara Palestin sebenarnya berpunca dari perancangan yang teliti oleh Persatuan Freemason Antarabangsa. Freemason melihat usaha begini penting bagi mengelakkan pupusnya spesis Yahudi dari persada dunia.

    Takdir Allah SWT membenarkan mereka berjaya menakluk Palestin dengan restu gerakan Kristian sedunia dan bantuan mereka. Perkara ini berlaku dalam keadaan orang-umat Islam terutamanya masyarakat Arab sedang lalai. Persoalannya, sampai bilakah mereka akan berjaya mendominasi negara yang kecil itu. Mereka perlu waspada kepada masyarakat Arab yang berjumlah lebih 100 juta orang itu yang sentiasa mengingati sejarah buruk antara mereka dan Yahudi sepanjang zaman. Masa jua yang akan menentukan segala-galanya.

    Penutup
    Janji Allah SWT akan sampai bagi memastikan Islam akan tinggi semula dan musuh-musuh Islam terutamanya Yahudi akan kembali ke era kesusahan dan penindasan seperti keadaan asal mereka.

    Kita meyakini usaha mereka mengumpulkan bangsa mereka di tengah-tengah negara umat Islam itu akan berakhir dengan penghapusan mereka secara terus dari muka bumi Allah SWT ini.

    Ini bersesuaian dengan maksud sebuah hadith sahih riwayat Al-Bukhari dan Muslim:

    "Tidak akan berlaku kiamat sehinggalah orang-umat Islam berperang dengan orang-orang Yahudi (di sebuah tempat). Orang-umat Islam akan membunuh mereka beramai-ramai sehinggakan apabila mereka bersembunyi di sebalik batu dan pokok, tiba-tiba pokok-pokok dan batu-batu itu bersuara menjerit memanggil umat Islam agar membunuh orang-orang Yahudi itu, kecuali pokok 'Gharqad', kerana ia adalah pokok Yahudi". Janji Nabi pastinya benar. Peristiwa ini akan berlaku bagi menamatkan siri pengkhianatan Yahudi terhadap Islam dan manusia secara keseluruhannya.

    dipetik dari darulnuqman.com "
    posted by KRJ TERENGGANU @ 5:56 pm   0 comments
    Couple.............Zina
    Tuesday, June 13, 2006
    Oleh : [003] Najibah Awang

    Kami tidak berzina !…
    Maaf saya tidak menuduh awak berzina ,tetapi awak menghampiri zina. …..Kami hanya barbual-bual, berbincang,. Bertanya khabar, minum-minum di kafe. Adakah itu menghampiri zina? Ya,perbuatan itu boleh menjerumuskan pelakunya ke lembah penzinaan……Kami dapat mengawal perasaan dan kami tidak berniat ke arah itu…..Hari ini ya.Esok mungkin kamu kecundang.Iblis akan memerangkap kamu.Iblis amat berpengalaman dan tipu dayanya sangat halus…. Ia telah menipu moyang kita yang pertama,Adam dan Hawa. Iblis amat licik. Ingat pesanan Rasulullah : “Janganlah engkau bersendirian dengan seorang wanita kecuali yang ketiganya ,syaitan” (Tabrani) .

    Kita lemah menghadapi tipu daya Iblis.…..
    Tidak semestinya semua orang bercinta* menjurus kepada penzinaan. Ada yang bercinta dalam telefon dan hantar SMS sahaja. Tidak pernah bersua muka pun! Betul .Tetapi itu adalah salah satu yang dimaksudkan dengan menghampiri zina. Memang pada awalnya tidak bersua muka. Tapi perasaan pasti bergelora,lambat laun desakan nafsu dan perasaan serta hasutan Iblis akan mengheret kepada suatu pertemuan. Pertemuan pertama tidak akan terhenti disitu sahaja. Percayalah, ia akan berlanjutan. Tidakkah itu boleh membawa kepada perzinaan akhirnya?

    Takkan nak berbual-bual pun tak boleh?
    tupun zina ke? Zina ada bermacam-macam jenis dan peringkatnya, ada zina betul, ada zina tangan iaitu berpegang pegangan, ada zina mata iaitu melihat kekasih dengan perasaan berahi. Zina hati iaitu dengan khayalan berahi dengan kekasih sepertimana yang digambarkan oleh Rasulullah : “Kedua-dua tangan juga berzina dan zinanya adalah menyentuh. Kedua kaki juga berzina dan zinanya menuju ke tempat pertemuan. Mulut juga berzina dan zinanya adalah ciuman” (muslim dan Abu Daud). Sebenarnya jalan menuju kepada perzinaan amat banyak…. Jangan biarkan diri kita melalui mana-mana jalan perzinaan…..

    Duduk berdiskusi pelajaran tak boleh ke?
    Bincang pelajaran sahaja!*(bagi kes belajar berdua-duaan SAHAJA)* Berdiskusi pelajaran, betul ke? Jangan tipu. Allah tahu apa yang terselit di dalam hati hamba-hambaNya. Kita belajar nak keberkatan. Kalau cemerlang sekalipun, kalau tidak diberkati oleh Allah, kejayaan tidak akan membawa kebahagiaan. Hidup di dunia tidak bahagia,akhirat lagi lah. Jangan berselindung disebalik pelajaran yang mulia. Allah suka kepada orang berilmu. Jadi belajar hendaklah ikut batas dan ketentuan Allah. Belajar akan jadi ibadat. Adakah berdiskusi macam ni akan ditulis oleh malaikat Raqib dan Atid.Sungguh! Bincang pelajaran sahaja….. Ni Study Group.*(bagi kes berdua-duaan SAHAJA) Study Group...?Nampak lain macam saja, manja, senyum memanjang, tak macam gaya berdiskusi. Takkan study group berdua sahaja? Kemana-manapun berdua. Kalau ye pun, carilah group study ramai sikit. Kalau duduk berdua-duaan macam ni… betul ke bincang pelajaran? ….Jangan-jangan sekejap saja bincang pelajaran, yang lain tu... banyak masa dihabiskan dengan fantasi cinta!Tidaklah. Sungguh berbincang pelajaran.* Baik sungguh awak berdua. Takkanlah awak berdua tak ada perasaan apa-apa? Awak kurang sihat ke? Ingat, kita bukan malaikat, tak ada nafsu. Kita manusia. Jangan menafikan fitrah manusia. Kita ada nafsu, ada keinginan. Itulah manusia.Kami berdua sama-sama belajar, study group*, saling memberi semangat dan motivasi. Tak adakah kaum sejenis yang boleh dijadikan rakan belajar? Habis sudahkah kaum sejenis yang boleh memberikan motivasi? Jangan hina kaum sejenis kita. Ingat, banyak orang cemerlang yang belajar hanya dengan kaum sejenis. Lebih tenang perasaan, tidak terganggu, dapat berkat dan rahmat pula.

    Takkanlah tak ada langsung ruang yang dibenarkan dalam Islam untuk bercinta?
    Adakah Islam membunuh terus naluri cinta? Naluri adalah sebahagian daripada kesempurnaan kejadian manusia. Naluri ingin memiliki dan suka kalau dimiliki (sense of belonging) adalah fitrah. Kalau naluri itu tidak wujud pada diri seseorang, tak normal namanya. Islam bukan datang membunuh naluri dan keinginan itu, tidak! Islam tidak suruh membunuh naluri seperti yang dilakukan oleh para paderi atau sami. Jangan nafikan naluri ini.

    Jangan berbohong pada diri sendiri.
    Bukan salah dan berdosa kalau perasaan itu datang tanpa diundang. Itu adalah fitrah. Cuma tundukkan naluri itu untuk patuh pada perintah Allah. Jadilah manusia yang sihat nalurinya. Jangan jadi malaikat! Kerana Allah jadikan kita sebagai manusia. Dunia dan segala isinya akan hambar tanpa naluri atau nafsu. Tentu ada cinta secara Islam. Cinta secara Islam hanya satu, iaitu perkahwinan. Cinta berlaku setelah ijab kabul, cinta selepas kahwin. Itulah cinta sacral dan qudus. Cinta yang bermaruah. Bukan cinta murahan. Inilah kemuliaan Islam. Apabila Islam menegah sesuatu perkara, tentu ia gantikan dengan sesuatu yang lebih baik. Jika ia menegah cinta antara lelaki dan perempuan sebelum kahwin, ia membawa perkahwinan sebagai ganti yang lebih baik. Sabda Rasulullah : “Tidak ada yang lebih patut bagi dua orang yang saling mencintai kecuali nikah” (Ibnu Majah). Cinta adalah maruah manusia. Ia telalu mulia.

    Kalau begitu, cinta* remaja semua menghampiri kepada penzinaan?
    Ya, kalau lelaki dan perempuan bertemu tentu perasaan turut terusik. Kemudian perasaan dilayan. Kemudian teringat, rindu. Kemudian diatur pertemuan. Kemudian duduk berdua-dua. Kemudian mencari tempat sunyi sedikit. Kemudian berbual panjang sehingga malam gelap. Hubungan makin akrab, dah berani pegang tangan, duduk makin dekat. Kalau tadi macam kawan, sekarang macam pengantin baru semalam bukankah mereka semakin hampir dengan penzinaan?

    Berapa ramai orang yang bercinta telah sampai kepada daerah penzinaan dan kesengsaraan. Kasihanilah diri dan ibu bapa yang melahirkan kita dalam keadaan putih bersih tanpa noda daripada seekor nyamuk sekalipun! Masih ramai orang yang bercinta* tetapi tetap selamat tidak sampai berzina. Kami tahan diuji. Allah yang menciptakan manusia, Dia tahu kekuatan dan kelemahan manusia. Manusia tidak tahan ujian. Oleh itu Allah memerintahkan supaya jauhi perkara yang ditegah takut manusia akan kecundang.

    Jadi manusia itu tidak tahan diuji? …
    Kita manusia dari keturunan Adam dan Hawa, sejak dari awal penciptaan manusia. Allah takdirkan satu peristiwa untuk iktibar manusia.Allah tegah Adam dan Hawa supaya tidak memakan buah khuldi dalam syurga. Buah yang lain boleh makan. Allah tahu kelemahan pada ciptaan manusia. Tidak tahan diuji. Oleh itu Allah berpesan kepada Adam dan Hawa, jangan menghampiri pokok khuldi itu.Firman Allah: “Wahai Adam! Tinggallah engkau dan isterimu di dalam syurga serta makanlah dari makanannya sepuas-puasnya apa yang kamu sukai, dan janganlah kamu hampiri pokok ini. (jika kamu menghampirinya) maka kamu adalah orang-orang yang zalim” (al-Araf:19)

    Tegahan yang sebenarnya adalah memakan buah khuldi. Jika menghampiri perkara tegahan, takut nanti mereka akan memakannya. Demikianlah dengan zina. Ditegah berzina. Maka jalan ke arah penzinaan juga dilarang. Takut apabila berhadapan dengan godaan zina, kedua-duanya akan kecundang.Cukuplah kita belajar daripada pengalaman nenek moyang kita Adam dan Hawa. Tetapi cinta selepas kahwin banyak masalah. Kita tak kenal pasangan kita secara dekat. Bercinta adalah untuk mengenal hati budi pasangan sebelum buat keputusan berkahwin.

    Bolehkah percaya dengan perwatakan masa sedang bercinta?
    Bercinta penuh dengan lakonan yang dibuat-buat dan kepura-puraan. Masing- masing akan berlakon dengan watak terbaik. Penyayang, penyabar, pemurah dan berbagai- bagai lagi. Masa bercinta merajuk ada yang pujuk. Jangan harap lepas kahwin, bila merajuk akan ada yang pujuk. Banyak orang yang kecewa dan tertipu dengan keperibadian pasangan semasa bercinta. Perangai pasangan jauh berbeza. Macam langit dan bumi. Masa bercinta, dia seorang yang amat penyayang, penyabar, sabar tunggu pasangan terlambat sampai berjam-jam. Tapi bila dah kahwin, lewat lima minit, dah kena tengking. Jadi, perwatakan dalam masa bercinta tidak boleh dipercayai. Percintaan adalah suatu kepuraan atau hipokrit.

    Percayalah, kami bercinta demi merancang kebahagian hidup nanti…..
    Bagaimana diharap kebahagiaan jika tidak mendapat redha Allah? Kebahagiaan adalah anugerah Allah kepada hamba-hambaNya yang terpilih. Kebahagiaan bukan ciptaan manusia……Manusia hanya merancang kebahagiaan. Allah yang menganugerahkannya. Bagaimana mendapat anugerah kebahagiaan itu, jika jalan mencapai kebahagiaan itu tidak diredhai Allah. Kebahagiaan hidup berumah tangga mestilah melalui proses yang betul. Sudah tentu prosesnya bukan bercinta begini, Allah tidak meredhai percintaan ini. Cinta yang diredhai Allah adalah cinta selepas kahwin. Bagaimana untuk mendapat keluarga yang bahagia jika langkah mula sudahpun canggung, bagaimana kesudahannya?

    Tanya sikit,.. adik angkat, kakak angkat, abang angkat boleh ke?
    Ganti bercinta Semua itu adalah perangkap iblisdan syaitan. Hakikatnya adalah sama. Cinta yang diberi nafas baru. Kulitnya nampak berlainan, tetapi isinya adalah sama. Adik angkat, kakak angkat, abang angkat adalah suatu bentuk tipu daya iblis dan syaitan. Manusia yang terlibat dengan budaya angkat ini sebenarnya telah masuk dalam perangkap syaitan. Cuma menunggu masa untuk dikorbankan. Namakan apa nama sekalipun, abang angkat ke, motivator ke, semuanya adalah sama. Jalan akhirnya akan bertemu dengan zina. Jadi seolah-olah orang yang bercinta telah hilang maruah diri?

    Mengukur maruah diri bukan ditentukan oleh manusia tetapi oleh Pencipta manusia.
    Orang yang sedang mabuk bercinta akan mengatakan orang yang bercinta tidak menjejaskan maruah dirinya. Manakala, bagi orang yang menjaga diri, tidak mahu terlibat dengan cinta sebelum kahwin, akan mengatakan orang yang bercinta sudah tidak bermaruah lagi. Cintanya ditumpahkan kepada orang yang belum layak menerima cinta suci. Kalau begitu ukuran bermaruah atau tidak adalah ditentukan oleh Allah.

    Adakah orang yang bercinta* hilang maruah?
    Antara kemulian manusia adalah maruah dirinya. Orang yang bercinta seolah-olah cuba menggadaikan maruahnya kerana mereka menghampiri perzinaan. Manakala orang yang bercinta dan pernah berzina tidak layak berkahwin kecuali dengan orang yang pernah berzina.Allah berfirman: “Lelaki yang berzina (lazimnya) tidak ingin berkahwin melainkan dengan perempuan yang berzina atau perempuan musyrik; dan perempuan yang berzina itu pula tidak ingin berkahwin dengan melainkan oleh lelaki yang berzina atau lelaki musyrik. Dan perkahwinan yang demikian itu terlarang kepada orang-orang yang beriman. (Surah An-Nur: 3) Jadi, orang yang pernah bercinta juga tidak sesuai untuk berkahwin dengan orang yang tidak pernah bercinta.

    Tidakkah itu suatu penghinaan dari Tuhan. Jadi orang yang bercinta* hanya layak berkahwin dengan orang yang pernah bercinta* juga?
    Itulah pasangan yang layak untuk dirinya. Kerana wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik. Lelaki yang baik untuk wanita yang baik. Kami telah berjanji sehidup semati .Apa ada pada janji cinta? Berapa banyak sudah janji cinta yang musnah? Lelaki, jangan diharap pada janji lelaki. Mereka hanya menunggu peluang keemasan sahaja. Habis madu, sepah dibuang. Pepatah itu diungkap kerana ia sering berulang sehingga menjadi pepatah.


    Si dia ini lain dari yang lain. Dia lelaki yang penyayang dan bertanggungjawab.
    Tahukah hati budi lelaki? Sejahat mana lelaki, apabila ingin mengambil seseorang wanita sebagai isteri dan seterusnya menjadi ibu untuk anak-anaknya, dia akan memilih wanita yang baik. Tetapi untuk berseronok dan berfoya-foya, lelaki biasanya akan memilih perempuan murahan kerana ia suatu pelaburan yang menguntungkan. Itulah rahsia lelaki.

    Jadi, perempuan yang bercinta*, jatuh maruahnya pada pandangan lelaki? *(tidak mengikut syariat)
    Tentu. Mana ada orang lelaki yang normal suka pada barang yang second hand sedangkan barang yang baru masih ada. Sesetengah mereka menggambarkan perempuan seperti kereta yang diletakkan di bilik pameran sahaja.Tapi ada orang yang boleh test drive. Ada pula yang kata; sekadar sepinggan mee goreng dan segelas sirap bandung, bawalah ke hulu, ke hilir. Sedihkan. Itulah hakikatnya.

    Masih adakah orang yang tidak bercinta di zaman ini?
    Ya, masih ada orang suci dalam debu. Golongan ini akan sentiasa ada walaupun jumlah mereka kecil. Mereka akan bertemu suatu hari nanti. Mereka ada pasangannya. Firman Allah: “Dan orang-orang lelaki yang memelihara kehormatannya serta orang-orang perempuan yang memelihara kehormatannya (yang memelihara dirinya dari melakukan zina)... Allah telah menyediakan bagi mereka segala keampunan dan pahala yang besar” (Surah Al-Ahzab: 35)

    Bagaimana kami?
    Kamu masih ada peluang. Bertaubatlah dengan taubat nasuha. Berdoalah serta mohon keampunan dariNya. Mohonlah petunjuk dan kekuatan untuk mendapat redhaNya.

    Kami ingin mendapat redha Tuhan. Tunjukkanlah bagaimana taubat nasuha. Taubat yang murni. Taubat yang sebenar-benarnya.
    Taubat yang memenuhi tiga syarat:
    1. Tinggalkan perbuatan maksiat. Putuskan hubungan cinta yang tidak diredhai Allah ini.
    2. Menyesal. Menginsafi diri diatas tindak tanduk hidup yang menjurus diri dalam percintaan. 3.Berazam. Bertekad didalam hati tidak akan bercinta lagi dengan sesiapa kecuali dengan seseorang yang bernama isteri atau suami .Saatnya adalah selepas ijab kabul.

    Ingatlah semakin bebas pergaulan sebelum berkahwin, semakin hambar & kurang rasa cinta setelah menjadi suami isteri.Ya Allah. Hambamu ini telah tersesat jalan. Ampunilah dosa-dosa hambamu ini. Sesungguhnya engkau Maha Pengampun dan penerima taubat . Berilah kekuatan kepadaku untuk menghadapi godaan keremajaan ini. Anugerahkan kepadaku perasaan benci kepada maksiat. Hiasilah diriku dengan akhlak yang mulia. Ibu dan ayah, anakmu berdosa . Engkau jaga diriku sedari kecil dengan kasih sayang. Mengapaku curahkan kasih itu kepada orang lain. Oh Tuhan, hambamu ini berdosa Amin , yarabbal alamin. Moga Allah terima taubat kita Kita berpisah kerana Allah , kalau ada jodoh ,tidak kemana! YaAllah bantulah kami .Kini kami datang kepintuMu mencari redha-Mu. Terimalah taubat kami.

    Oh Tuhan! pada Mu kami berserah dan memohon lindungan....

    Iqra' Usjud Iqtarib
    posted by KRJ TERENGGANU @ 1:59 pm   0 comments
    Bingkisan PGK ke 15
    Friday, June 02, 2006
    Assalamualaikum wbt...

    Buat teman-teman pelawat blog krj ni ingin ana kongsikan sedikit pengalaman dalam Perkhemahan Generasiku (PGK) kali ke 15.. Rasanya dah lama ana tak menulis dalam laman ni..

    PGK ke 15 telah pun selamat dijayakan pada 26-28 Mei 2006 yang lepas dengan disertai seramai 121 orang peserta dari pelbagai sekolah di daerah Kemaman, Kerteh, Dungun dan Kuala Terengganu. Diadakan di Tapak Perkhemahan Pulau Poh, Kenyir Sanctuary Resort....

    Setinggi-tinggi tahniah kepada semua AJK Urusetia samada orang lama atau orang baru, para fasilitator dan sesiapa sahaja yang terlibat dalam menjayakan PGK kali ini.. sumbangan antum cukup bermakna buat kami..

    PGK kali ini menekankan aspek aktiviti fizikal 70% seperti abseiling, team building, low rope, blind fold game, berkayak dan rakit, berenang dan selebihnya aspek rohani seperti kuliah maghrib, kuliah subuh, bacaan ma'athurat dan lain-lain lagi..

    Seramai 57 putera dan 64 puteri mengharungi cabaran PGK di tasik kenyir selama 3 hari 2 malam, disapa dengan hujan lebat ketika hari pertama tiba di tapak perkhemahan.. diserikan lagi dengan kehadiran rombongan dari Jawatankuasa Pembangunan Remaja Pusat, diketuai oleh pengerusinya Hj Rohasni Marjumat, bersama orang kanannya, Akhi Razali... JZKK kunjungan antum penuh makna bagi PGK kali ini..

    Tiba di jeti tengah hari 26 mei..menanti bot menjemput kami ke tempat perkhemahan yang jauhnya 10 minit perjalanan dengan bot.. langit ketika tu menunjukkan kegarangannya untuk hujan... mula bertolak dengan bot..angin kencang meniup disertai dengan rintik-rintik hujan..nasib baik belum lebat lagi..

    Bermulanya hari pertama, macam biasalah, ice-breaking menemui peserta putera dan puteri dikendalikan oleh orang lama PGK, Akhi Muzahar... bersama-sama dengan abang2 fasi dan akak2 fasi... mula-mula rasa segan, lepas tu tak berapa nak segan..lepas dari tu, mulalah macam pasar borong suasana di tambah lagi dengan hujan lebat... sungguhpun duduk di khemah utama yang kecil... tak boleh bergerak bebas... lebih gerak jer, hujan mari hinggaap kat badan.. people scavanger adalah permainan yang seterusnya selepas ice-breaking..juga di kendalikan oleh akhi muzahar... permainan ini adalah mencari seseorang berpandukan soalan yang telah diberikan dalam sehelai kertas... lagi la riuh suasana ketika tu.. selepas tu pembahagian kumpulan..kumpulan di bahagikan dengan setiap peserta akan mendpat sehelai kertas yang didalam nya tertulis nama binatang.. apa yang perlu peserta buat ialah, bunyikan suara binatang itu dengan sekuat-kuatnya...bunyi yang sama adalah kumpulan yang sama...terdapat 5 kumpulan putera dan 5 kumpulan puteri...

    Menjelang malam..seperti biasa, anak-anak ini akan bersiap sedia utk solat maghrib berjemaah beserta kuliah..tetapi agak terlewat sikit, sebab perlu kemas khemah yang basah akibat hujan lebat petang tadi... peserta kena lap khemah tu dengan surat khabar..apa nak buat, ni dalam hutan bukannya kat bandar..kalau kat bandar solat kat masjid beralaskan karpet, kalau dalam hutan...sekadar yang ada la...

    Selepas solat isya', makan malam...mereka ni dari tengah hari tak makan..kesyian.. di masak oleh chef terkenal dalam JIM, iaitu pakcik ku indong... masakannya usah lah sesiapa mempertikaikannya..walaupun simple, tapi penuh 'makna'..

    Lepas makan...mesti lah kenyang!!! majlis perasmian ringkas diadakan..dimulakan dengan ucapan pengerusi majlis (abg din) diikuti dengan pengarah program (Cikgu Jalaludin).. dan seterusnya ucaptama oleh Pengerusi JKPR Pusat, Hj Hasni dan seterusnya beliau merasmikan PGK ke 15... berkumandangnyer lagu krj terengganu sebagai tanda terasmilah PGK ke 15 pada 2006 ni.. Lepas habis perasmian diadakan diskusi bersama JKPR Pusat dan JKPR Negeri.. untuk buat sedikit perkongsian dan mendengar amanat dan pesanan dari HJ Hasni...

    Mata-mata peserta ni kelihatan kuyu dan merah..tanda mengantuk la, apa lagi... sebelum bermulanya hari esok..abg din ada buat perjanjian dengan adik-adik peserta ni..dimana tiap-tiap pagi, semua peserta kena kawad pagi dan menyanyikan lagu krj tganu...mereka menyertai program krj, mestilah tahu apa itu lagu krj..'barangsiapa yang tak hafal lagu krj maka dia akan kena denda, senaman popia dan tenggelam timbul nyawa-nyawa ikan' nama tu adalah ciptaan abg din sendiri... tapi bila buat perjanjian tu..semua kata hafal lagu krj..

    Bermula hari kedua... paginya dihiasi dengan qiamullail, solat subuh dan kuliah subuh oleh Akhi Muzahar... selepas tu sarapan pagi... bersiap sedia untuk kawad pagi dan nyanyian lagu krj.. bila suruh nyanyi...semua senyap belaka..tanda tak hafal la tu... apalagi, abg din naik berang la.. disuruh nya dan dituntutnya perjanjian malam tadi .... mereka kena 'senaman popia' nak tahu macam mana senaman popia..kena lah tanya mantan peserta PGK ke 15...nak cerita dalam, panjang ceritanya... nasib baik peserta puteri boleih nyanyi... selamat la mereka dari popia abg din..kalau tak, naye jer...

    Selepas perkena popia..putera ke tepi tasik untuk aktiviti membina rakit, manakala yang puteri ke tempat low rope ( laluan halangan bertali)... peserta perempuan takut-takut juga nak main low rope ni..takut jatuh ke bawah..tapi permainan ini lah yang menguji kebersamaan dan kerjasama ahli kumpulan... Sang putera yang bermain rakit penuh semangat sebelum mula mendayung, tapi di dalam pelayaran adalah 2-3 biji rakit yang pecah..rakit ni mudah di bina sebab ianya diperbuat dari tong-tong plastik yang dicantum... si puteri pula ambil masa yang lama nak bina rakit, tapi mereka berjaya mempertahankan rakit mereka daripada pecah ketika dalam pelayaran...habis putera berakit, tukar pula ke low rope... putera ni gagah sikit bila main low rope... lepas habis kedua-dua aktiviti tu, diadakan pula slot refleksi, berdiskusi terhadap aktiviti yang diadakan..

    Habis kedua-dua aktiviti, makan tengahari dan solat zohor... bersiap sedia utk blind fold game.. di kendalikan oleh orang lama akhi muzahar... berjalan dalam keadaan mata ditutup, berjalan dalam trek sejauh 100 meter, hampir 100% trek adalah berbukit.. kumpulan dilepaskan berselang-seli, 2 putera dan 2 puteri.. bila di lihat macam-macam ragam orang yang berjalan dalam keadaan buta..disinilah sebenarnya kepimpinan ketua kumpulan teruji...

    Habis blind fold game agak lewat petang kerana peserta menapak penuh lemah lembut dan berhati-hati... setelah tamat game tersebut..semua balik ke khemah utk solat asar dan bersiap sedia untuk game seterusnya iaitu berkayak dan berenang... berkayak semua peserta dapat peluang..yang lambat terlepas la peluang tu... yang pertama kali berkayak, macam-macam ragam ada, ada yang berlaga kayak, langgar jeti, kayak terpusing tak tentu hala....tapi tu kenangan manis untuk setiap peserta... terdapat kolam terapung untuk peserta mandi-manda..kedalamannya sedalam 5 kaki.. ana dan sahabat2 ikhwah yang lain terjun ke tasik lepas yang kedalamannya hampir 300 kaki... tarikan graviti agak kuat berbanding dengan laut dan sungai... bila terjun lambat nak timbul, walaupun dengan life jacket...

    Dekat maghrib mereka diarahkan naik dan balik ke khemah... banyak yang tak nak naik, sebab tak puas mandi dan berkayak.. ketegasan telah di gunakan, maka semua peserta naik dengan segala hormatnya.. selepas solat maghrib, makan malam dan solat isya' tiba lah masanya slot persenbahan setiap kumpulan... mereka ni kritis dan kreatif, masa yang singkat saja diberikan, mampu menghasilkan satu persembahan yang boleh dikatakan sesuatu yang membuat penonton tak kering gusi.. ada satu kumpulan yang tak memuaskan hati...lantas popia menyapa mereka di tengah2 malam... ramai yang tidur sebab keletihan..ada yang kena siram dengan air oleh abg din, sebab kejut tak bangun-bangun, jauh dah berlayar dalam mimpinya... Sebelum tidur ada sedikit muhasabah diri untuk peserta... habis jer muhasabah, bertempiaran lari mendapatkan khemah masing-masing untuk memberi salam terhadap mimpi indah yang sudah melambai-lambai... good night adik-adik ku!!!

    Pada hari ketiga.. seperti biasa qiam, solat subuh dan kuliah subuh..kuliah subuh pagi tu istimewa sedikit, sebab akhi muzahar menghidangkan tayangan video tentang kisah di Palestin..sampai matahari timbul..adik-adik ini tidak berganjak pun...seronok kot lihat perjuangan anak-anak muda di Palestin..harapnya remaja-remaja PGK dapat mengambil iktibar terhadap tayangan tersebut.. Subhanallah...

    Pagi ini adalah aktiviti terakhir dalam PGK iaitu abseiling bersama dengan abg din.. jeritan suaranya menggerunkan, ada yang lewat ketika itu, lantas dapat sarapan tambahan iaitu 'popia'..sebelum ni popia dari atas bukit ke bawah bukit.. tapi yang ni dari bawah ke atas bukit..agak lain sikit sebab tu popia yang terakhir.. pagi itu semuanya lancar menyanyikan lagu krj..terselamat lah mereka dari terkena popia secara berjemaah.. selepas itu taklimat abseiling disampaikan oleh instructor kem, abg joe.. peserta dilepaskan mengikut kumpulan dan didahului oleh putera... si puteri tak dapat buat habis sebab masa tak cukup.. tapi ramai yang kecut perut juga sebab masih pertama kali... termasuk juga ana sendiri... tetapi bila dah terjun..rasa bebas macam burung..

    Habis aktiviti tu, terus bersiap kemas segala khemah, bersihkan kawasan perkhemahan dan bersiap untuk majlis penutup... didahului dengan ucapan Kem Komandan (akhi sufian), diikuti dengan pucapan pengarah program dan terakhir sekali Pengarah KRJ Terengganu.. selepas itu pengumuman pemenang anugerah Putera dan Puteri PGK ke 15 yang di menangi oleh Mohd Hafizzudin Bin Rizuwan dan Munirah Bte Mazlan.. kumpulan putera terbaik dimenangi oleh Rohuljadid dan kumpulan puteri terbaik dimenangi oleh twinbeez... habis penyampaian hadiah diadakan ucapan penggulungan yang menyimpulkan semua aktiviti sepanjang PGK ke 15.. disampaikan oleh Akhi Muzahar...

    Sebelum balik diadakan sesi bergambar setiap kumpulan bersama fasi masing-masing...Maka berakhirlah PGK ke 15 yang banyak meninggalkan kenangan pahit dan manis yang mungkin akan menjadi kenangan seumur hidup... balik nya kami juga disambut dengan hujan dan ribut sehingga kami terkandas di pulau beberapa jam kerana keadaan tasik yang bergelombang dan angin kuat, bahaya bagi bot-bot kecil...

    Apakah selepas PGK ke 15??? adakah ianya berkubur begitu sahaja.. insyaAllah ada PGK ke 16 tahun ihadapan.. tetapi apakah bentuk program yang sesuai untuk mantan peserta PGK ke 15 supaya mereka sentiasa dipantau dan sentiasa dalam tarbiah di bawah JKPR Negeri??? supaya kita dapat 'bela' mereka menjadi remaja du'at soleh wa musleh...

    sekian....
    nukilan dari abg din



    posted by KRJ TERENGGANU @ 4:04 pm   0 comments
    JAWATANKUASA REMAJA KRJ NEGERI TERENGGANU 2008

    PENGERUSI : Muhammad Munzir Bin Muzahar (Sek Men Islam Al Amin Kemaman)

    TIMBALAN PENGERUSI : Muhammad Irfan Bin Bahrin (Sek Men Islam Al Amin Kemaman)

    NAIB PENGERUSI 1 : Humairaa' Bt Abdul Malek (Sek Men Islam Al Amin Kemaman)

    NAIB PENGERUSI 2 : Wan Hani Munirah Bt Wan Muhd Rosdi (Sek Men Keb Agama Tok Jiring Kuala Terengganu)

    SETIAUSAHA KEHORMAT : Nurul Najihah Bt Khairudin (Sek Men Islam Al Amin Kemaman)

    BENDAHARI : Hafizuddin Bin Mohd Ridzuan (Sek Men Islam Al Amin Kemaman)

    Alamat Pejabat KRJ Terengganu : No 5, Taman Seri Melor 4, Bt 6, 23000 Dungun, Terengganu Darul Iman

    TELEFON@SMS : 014-836 8371 (Penasihat JK Remaja KRJ Terengganu)

    Lagu KRJ Terengganu@mp3


    CARI ARTIKEL
    ARKIB KRJ
    PAUTAN KRJ
    LAMAN NASYID KONTEMPORARI
    SIARAN TELEVISYEN
    KREDIT


    BLOGGER




    © 2008 Kelab Remaja JIM Terengganu [Remaja Mithali Tunggak Kepemimpinan]Hak Cipta Terpelihara ; KRJ Terengganu.