<$BlogMetaData$>
 

 

 

Terengganu

www.krj-tganu.blogspot.com

 
Cikgu Norfizam bin Said
PENGARAH KRJ TERENGGANU
Demi Masa, Sesungguhnya Manusia Itu Berada Di Dalam Kerugian..


KALENDAR AKTIVITI TERKINI


  • EKSPEDISI REMAJA KENTAL 2008!
    NANTIKAN PENGUMUMAN SELANJUTNYA
  • Chat @ KRJ Tganu

    ALBUM KRJ
  • Album 2008
  • Album 2007
  • Album 2006
  • Album 2005
  • JELAJAH INFORMASI
  • Utusan Online
  • BHarian Online
  • Harian Metro
  • NSTP
  • Harakahdaily
  • AMIR
  • ABIM
  • Islamonline
  • Palestinkini
  • JAKIM
  • LINK PENDIDIKAN
  • Kementerian Pendidikan Msia
  • Universiti Islam Antarabangsa
  • Universiti Kebangsaan Msia
  • Universiti Malaya
  • Universiti Putra Malaysia
  • Universiti Sains Malaysia
  • Universiti Utara Malaysia
  • Universiti Teknologi Msia
  • Universiti Msia Sabah
  • Universiti Msia Sarawak
  • Universiti Telekom
  • UiTM
  • KUSZA
  • Yayasan Pelajaran MARA
  • Politeknik Malaysia
  • KUKUM
  • KUIM
  • KUTKM
  • KUITTHO
  • KUSTEM
  • Maktab
  • BARISAN KEPIMPINAN JAWATANKUASA REMAJA KRJ SESI 2006-2007. JASAMU DIKENANG !

    PENGERUSI : Muhammad Mus'ab Bin Muzahar.

    TIMBALAN PENGERUSI 1 : Hafizuddin Bin Mohd Ridzuan

    TIMBALAN PENGERUSI 2 (Ketua Puteri) : Munirah Bt Mazlan

    SETIAUSAHA KEHORMAT : Maisarah Bt Zulkifli

    BENDAHARI : Nur Ilyana Amani bt Mohd Nasir

    HUBUNGI KAMI
    Maklumat lanjut boleh hubungi moderator, Akh Mohd Sufian Mat Ali, 014-836 8371
    krjtgg_mod@yahoo.com
    Tanda Buku Pelawat
     

          PENGENALAN KRJ       DAFTAR ONLINE          

             HOME    FORUM

    VIDEO KLIP LAGU KRJ TERENGGANU      
    PGK ke 15
    Saturday, April 22, 2006
    KRJ TERENGGANU akan menganjurkan
    Perkhemahan Generasiku ke 15 (PGK 15)
    pada
    26-28 Mei 2006
    bertempat di
    Kenyir Sanctuary Resort, Tasik Kenyir
    Yuran
    RM45
    ( bagi ahli KRJ yg telah menjelaskan yuran keahlian)
    RM49
    (bagi bukan ahli dan ahli yg belum menjelaskan yuran keahlian)
    pelbagai aktiviti menarik disediakan seperti
    Abseiling, flying fox, low rope, blind walk, persembahan kumpulan, team building (bina rakit)
    dan banyak lagi..
    penyertaan adalah terhad...cepat mendaftar..
    tarikh tutup pendaftaran adalah pada
    20 Mei 2006
    utk maklumat lanjut boleh hubungi Peng. Program
    Akhi Jalaludin Adam
    019-9835675
    posted by KRJ TERENGGANU @ 10:24 am   3 comments
    Lagu Rasmi Kelab Remaja JIM Terengganu
    Wednesday, April 12, 2006


    Bersama menyusun langkah
    membina ummah yang gemilang
    menyemarak kasih dan sayang
    sesama insan

    Kami remaja generasi wawasan
    bersatu hati tabah berjuang
    membina remaja sayangi Tuhan
    hidup dipayungi keindahan Islam

    Semangat kami terus membara
    membina ummah menuju cita
    remaja dididik setiap masa
    itulah harapan kami semua

    Kami remaja wawasan negara
    teguh berdiri mendaulat agama
    seiring langkah bergandingan bahu
    di Kelab Remaja JIM Terengganu


    LAGU : MOHD QHALID AB HAFIDZ
    LIRIK : ADAM ABDULLAH & NORFIZAM SAID
    VOKAL : SAFFONE
    posted by KRJ TERENGGANU @ 9:17 pm   0 comments
    MINTA MAAF YA...
    Tuesday, April 11, 2006
    oleh Naz

    "Minta maaflah, encik. Ini baki sebenarnya."

    "Sorry, no cure!"..Oh..angkuhnya jawapan ini. Begitulah yang bermain di pemikiran saya. Lantas melihat perubahan air muka saya dan mengesani prasangka yang berlegar di fikiran, beliau segera mengatakan.."Kalau kita sudah buat silap, memang tidak ada ubatnya..sebenarnya pekedai tu nak menipu tak nak pulangkan baki wang yang betul."

    Walau cuba diyakini sedemikian rupa saya tetap merasa tidak puas hati. Kenapa tidak diterima sahaja kemaafan yang dipinta? Kesilapan itu perkara lumrah dalam diri setiap insan. Itu getus hati remaja saya ketika itu.

    Dalam bukunya yang tersohor, Bimbingan Mu'minin, Imam Ghazali menggariskan beberapa hak persaudaraan dan persahabatan, antaranya adalah hak pengampunan. Beliau menganjurkan agar keterlanjuran sahabat dalam hal agama boleh ditegur secara lemah-lembut dengan jalan nasihat. Sekiranya nasihat itu tidak diendahkan, menurut pendapat para salaf, hendaklah memutuskan perhubungan dengannya. Manakala ulama yang lain berpendapat boleh diteruskan perhubungan dan rasa kasih sayang dengannya, tetapi harus membenci segala kelakuannya yang buruk itu.

    Bagaimana dengan keterlanjuran atau kekasaran sahabat terhadap diri kita?

    Imam Ghazali berpendapat bahawa tiada keraguan lagi keutamaannya ialah sahabat tadi dimaafkan dan segala kesulitan yang timbul dari sikap sahabat tadi ditanggung sepenuhnya oleh diri kita. Berat sungguh saranan ini!

    Dalam usia matang kini disertai perjalanan yang jauh membuatkan saya mempersoalkan panduan berharga ulama kesayangan saya ini.

    Mungkinkah di sana ada insan-insan yang akan mengambil kesempatan terhadap sifat pemurah dengan kemaafan itu? "Tak apa..dia tu OK je."

    Ataukah dengan ini juga memberi peluang untuk berterusan mengguris hatinya dan mencalari perasaaannya? "Takkan dia nak marah..kata nak ikut sunah Nabi. Bukankah Nabi Muhammad s.a.w. sendiri memaafkan kesalahan umatnya."

    Bagaimana mungkin saya melupakan nasihat seorang pakar motivasi semasa mengikuti kursus mengenali diri suatu ketika dulu? "Untuk maju ke hadapan, kenalpasti peristiwa lama yang mencengkam diri kita. Seterusnya lakukan tiga perkara secara berperingkat: terima kenyataan bahawa perkara tersebut telah berlaku terhadap diri kita, kemudian maafkan orang yang melakukannya dan terakhir sekali, lupakan kisah tersebut.." Saranan yang amat berat untuk dilaksanakan.

    Pada hari meraikan kelahiran junjungan besar kita juga Rasul terakhir, Nabi Muhammad s.a.w., saya ingin mengajak semua merubah paradigma mengenai hal kemaafan ini. Sekiranya secara secara sedar atau tidak kita telah bersikap sedemikian iaitu menganggap kesilapan terhadap sahabat kita boleh dimaafkan dan dilupakan dengan sebegitu mudah, maka...FIKIR SEMULA.

    Sebelum kita mengulanginya, bayangkan kembali perasaan atau keadaan sahabat kita sewaktu pertama kali kita melukakan hatinya. Kemudian fikirkan pula perasaan kita sendiri apabila perasaan kita dicalari. Sekiranya kita benar-benar kasih dan sayang terhadap sahabat tadi, pemikiran ini secara semulajadinya harus sentiasa berligar dalam benak kita.

    Seerah Ar-Rasul s.a.w. menunjukkan banyak contoh para sahabat yang bersungguh-sungguh menjaga perasaan Rasulullah s.a.w. Setiap sahabat berusaha mengambil hati Baginda s.a.w., jauh sekali dari menyakitinya. Mengapa sunnah ini tidak kita amalkan? Mengapa berterusan mengambil ringan terhadap perkara-perkara yang tidak disenangi oleh sahabat kita?

    Pada petang 12 Rabiulawal ini, saya menyeru kepada semua agar berusaha mengelakkan daripada menyakiti hati sahabat kita. Sedarlah bahawa mengulangi pemohonan maaf itu tidak langsung menghilangkan kesan luka yang telah berbekas. Parut kesedihan sudah tertanam. Hanya pastikan luka lama tidak berdarah kembali...
    posted by Fakhrul Anuar Zulkawi @ 4:48 pm   2 comments
    KEMPER :Kem Pembangunan Sahsiah Pelajar
    Saturday, April 08, 2006
    KRJ Terengganu
    dengan kerjasama
    K-Care Education Training Centre (CADRE)
    akan mengendalikan program
    Kem Pembangunan Sahsiah Pelajar (KEMPER)
    untuk pelajar-pelajar 'high risk'
    SMK Kompleks Gong Badak Kuala Terengganu,
    bertempat di
    MRSM Batu Rakit Kuala Terengganu
    seramai 70 orang..
    pada
    13-15 April 2006
    Kerjasama ikhwah-ikhwah (org muda) untuk menjadi fasilitator amat diperlukan.. kekosongan masih ada.. jika berminat boleh hubungi :
    Akhi Md.Khairudin (012-9775520)
    posted by KRJ TERENGGANU @ 2:39 pm   0 comments
    MARI MENGHAFAL AL QURAN !
    Monday, April 03, 2006
    Berikut disenaraikan beberapa petua untuk menghafal ayat-ayat al-
    Quran.

    a) Pertama,mulakan dengan bertaubat dengan sebenar-benar
    taubat kerana sesungguhnya dosa-dosa tidak akan memberi ruang untuk
    ayat-ayat Quran bertapak di hati manusia.Imam Al-Shafie di dalam
    satu petikan sajaknya yang terkenal mengadu kepada gurunya akan
    dirinya yang agak sukar untuk menghafal dengan baik.Gurunya lalu
    menasihatinya agar meninggalkan dan bertaubat akan segala dosa-
    dosanya.

    b) Mempunyai niat yang benar dan percaya akan balasan baik yang
    akan diperoleh seperti yang dinyatakan di dalam hadis di
    atas.Mintalah bantuan Allah dengan seikhlas hati untuk sentiasa
    memudahkan kita menghafal ayat-ayat suciNya.

    c) Peruntukkan sebahagian waktu setiap hari (atau selang
    beberapa hari) untuk menghafal ayat-ayat Quran.Masa yang paling baik
    adalah pada waktu yang kita tidak sibuk dengan hal-hal lain.

    d) Gunakan naskah Quran yang sama setiap kali kita
    menghafal.Ini membantu minda kita menangkap dan mengingat apa yang
    terdapat pada helaian muka surat ayat yang kita ingin hafal.(mind
    snapshot)

    e) Mulakan dengan surah-surah yang paling mudah bagi kita.Ramai
    yang menyarankan agar hafalan bermula dengan lima juzu' terakhir(
    bermula dengan juzu' 30,juzu' 29 dan seterusnya)

    f) Hafalan juga boleh dimulakan dengan surah-surah yang paling
    kita gemar membacanya atau yang selalu kita dengar ataupun yang
    kita sudah biasa dan sudah pula ingat sebahagiannya.

    g) Sebenarnya, lebih muda umur kita, lebih mudah untuk kita
    menghafalnya.Semakin kita berumur, kita akan lebih sibuk dengan
    pelbagai urusan dan kemampuan untuk mengingat juga semakin
    berkurangan. Walaubagaimanapun, walau berapa pun umur kita, kita
    masih belum terlambat sebenarnya,insya Allah. Walaupun kita tidak
    pernah menghafal ayat-ayat Quran pada usia kecil atau pada masa
    usia remaja, namun kita masih lagi berpeluang menghafalnya jika kita
    mahu.

    h) Setelah menghafal beberapa ayat, cubalah membacanya di dalam
    solat-solat sunat yang biasa kita lakukan.Selain itu,mintalah
    bantuan rakan-rakan ataupun pasangan kita untuk mendengar bacaan
    hafalan ayat-ayat itu .

    i) Menghafal secara berkumpulan juga merupakan satu cara yang
    baik apatah lagi dengan sentiasa bersama-sama memberi galakan di
    antara satu sama lain.Sebagai ibu bapa pula,apa salahnya mewujudkan
    pertandingan di antara anak-anak dan memberi hadiah pada siapa yang
    berjaya menghafal dengan baik.

    Semoga Allah sentiasa menunjukkan kita jalan-jalan yang
    diredhainya..Ameen.Wallahu'alam
    posted by sufian @ 4:38 pm   0 comments
    Remaja Kini
    Sunday, April 02, 2006

    Sekadar nak berkongsi dengan teman-teman yang melayari laman ini.

    Hiruk pikuk di kedai kopi mamak
    Serta alunan syahdu mtv
    Serta suria pagi lembut menyinar

    Sungguh meriah bagaikan pesta
    Anak muda ceria berkumpul mesra
    Tanpa batasan lelaki dan wanita

    Inilah generasi baru negaraku
    Ketawa ria sambil menghembus asap kelabu
    Sambil menjeling ke anak dara berambut perang
    dan tarian erotik dari peti satelit tv
    Mereka rehat sebentar kelelahan
    Menunggu waktu kelas tiba

    Mencari segulung diploma
    Buat lesen mencari kerja

    Ibu dikampung tidak tahu
    Anak dara mereka sudah berubah
    Anak teruna mereka sudah dewasa
    Subang di telinga menjadi aura
    dan pusat terdedah si anak dara
    Skirt pendek dan kasut tinggi gaya Itali

    Ayah dikampung tidak tahu
    Anak teruna sudah lupa arah kiblatnya
    Anak dara sudah lupa telekung putihnya

    Kitab suci dah lama tak terusik
    Di atas almari baju semakin berdebu

    Begitulah remaja kita pada hari ini...





    posted by abgdin @ 1:38 pm   0 comments
    JAWATANKUASA REMAJA KRJ NEGERI TERENGGANU 2008

    PENGERUSI : Muhammad Munzir Bin Muzahar (Sek Men Islam Al Amin Kemaman)

    TIMBALAN PENGERUSI : Muhammad Irfan Bin Bahrin (Sek Men Islam Al Amin Kemaman)

    NAIB PENGERUSI 1 : Humairaa' Bt Abdul Malek (Sek Men Islam Al Amin Kemaman)

    NAIB PENGERUSI 2 : Wan Hani Munirah Bt Wan Muhd Rosdi (Sek Men Keb Agama Tok Jiring Kuala Terengganu)

    SETIAUSAHA KEHORMAT : Nurul Najihah Bt Khairudin (Sek Men Islam Al Amin Kemaman)

    BENDAHARI : Hafizuddin Bin Mohd Ridzuan (Sek Men Islam Al Amin Kemaman)

    Alamat Pejabat KRJ Terengganu : No 5, Taman Seri Melor 4, Bt 6, 23000 Dungun, Terengganu Darul Iman

    TELEFON@SMS : 014-836 8371 (Penasihat JK Remaja KRJ Terengganu)

    Lagu KRJ Terengganu@mp3


    CARI ARTIKEL
    ARKIB KRJ
    PAUTAN KRJ
    LAMAN NASYID KONTEMPORARI
    SIARAN TELEVISYEN
    KREDIT


    BLOGGER




    © 2008 Kelab Remaja JIM Terengganu [Remaja Mithali Tunggak Kepemimpinan]Hak Cipta Terpelihara ; KRJ Terengganu.