<$BlogMetaData$>
 

 

 

Terengganu

www.krj-tganu.blogspot.com

 
Cikgu Norfizam bin Said
PENGARAH KRJ TERENGGANU
Demi Masa, Sesungguhnya Manusia Itu Berada Di Dalam Kerugian..


KALENDAR AKTIVITI TERKINI


  • EKSPEDISI REMAJA KENTAL 2008!
    NANTIKAN PENGUMUMAN SELANJUTNYA
  • Chat @ KRJ Tganu

    ALBUM KRJ
  • Album 2008
  • Album 2007
  • Album 2006
  • Album 2005
  • JELAJAH INFORMASI
  • Utusan Online
  • BHarian Online
  • Harian Metro
  • NSTP
  • Harakahdaily
  • AMIR
  • ABIM
  • Islamonline
  • Palestinkini
  • JAKIM
  • LINK PENDIDIKAN
  • Kementerian Pendidikan Msia
  • Universiti Islam Antarabangsa
  • Universiti Kebangsaan Msia
  • Universiti Malaya
  • Universiti Putra Malaysia
  • Universiti Sains Malaysia
  • Universiti Utara Malaysia
  • Universiti Teknologi Msia
  • Universiti Msia Sabah
  • Universiti Msia Sarawak
  • Universiti Telekom
  • UiTM
  • KUSZA
  • Yayasan Pelajaran MARA
  • Politeknik Malaysia
  • KUKUM
  • KUIM
  • KUTKM
  • KUITTHO
  • KUSTEM
  • Maktab
  • BARISAN KEPIMPINAN JAWATANKUASA REMAJA KRJ SESI 2006-2007. JASAMU DIKENANG !

    PENGERUSI : Muhammad Mus'ab Bin Muzahar.

    TIMBALAN PENGERUSI 1 : Hafizuddin Bin Mohd Ridzuan

    TIMBALAN PENGERUSI 2 (Ketua Puteri) : Munirah Bt Mazlan

    SETIAUSAHA KEHORMAT : Maisarah Bt Zulkifli

    BENDAHARI : Nur Ilyana Amani bt Mohd Nasir

    HUBUNGI KAMI
    Maklumat lanjut boleh hubungi moderator, Akh Mohd Sufian Mat Ali, 014-836 8371
    krjtgg_mod@yahoo.com
    Tanda Buku Pelawat
     

          PENGENALAN KRJ       DAFTAR ONLINE          

             HOME    FORUM

    VIDEO KLIP LAGU KRJ TERENGGANU      
    Muzakarah JKPR Pusat
    Wednesday, March 29, 2006
    Tarikh : 1 April 2006 (Sabtu)
    Tempat : Masjid Muadz Jabal, Setiawangsa KL.
    Masa : 8.00 pagi - 5.00 petang.
    Sasaran Peserta :
    Ahli JK Pembangunan Remaja JIM Pusat, Semua Pengerusi JK Pembangunan Remaja JIM Negeri, dan 2 orang ahli JK Pembangunan Remaja JIM Negeri.


    Aturcara Program


    8.00pg
    Minum pagi
    8.30pg
    Pendaftaran
    9.00pg
    Perasmian & Ucaptama (pengerusi JKPR)
    9.30pg
    Pembentangan Laporan JKPR (Laporan berdasar SP,Kewangan)
    10.30pg
    Minum
    11.00pg
    Membahas dan menerima usul
    1.Program latihan aktivis
    1.00ptg
    Makan Tghhari & Solat
    2.00ptg
    Membahas & menerima usul1.Program/Modul Remaja
    4.00ptg
    Penyelarasan Takqwim JKPR
    4.30ptg
    Penutup
    5.00ptg
    Minum/Solat/bersurai



    ...Selamat Bermuzakarah kepada semua yang terlibat
    Khususnya buat team dari KRJ Terengganu...
    posted by KRJ TERENGGANU @ 8:12 pm   0 comments
    Sembang-sembang IPT 06, JIM Kuala Terengganu
    Prog : Sembang2 IPT 06
    Tarikh : 31 Mac 06 ( Jumaat)
    Masa : 8.45 pg - 11.30 pg
    Tempat : Taman belakang Masjid Terapung
    Peserta : Semua pelajar lepasan SPM/STPM lelaki & perempuan.


    Penceramah:
    1. Sdra Fatihee - Pengerusi KARISMA Tganu - UiTM
    2. Sdri Azam Arni - Tahun akhir KUSTEM
    3. Sdri Zabidah Awang - Amirah KARISMA Kelantan - Medic Tahun 4 USM, Kubang Kerian.
    4. Hj Ahmad Sabri Yazid - Pensyarah Maktab Perguruan K.Trg , Pensyarah Open University Malaysia.
    5. Hj Fakhruldin - Pensyarah Kolej Komuniti, bekas pensyarah Politeknik Ungku Omar


    Dijemput semua ahli & bukan ahli JIM, kaum kerabat yang berkaitan, yg kebetulan ada di KT pada masa tu, saudara mara yg duduk di KT sila buat hebahan.Yuran percuma, makan pagi disediakan.


    Hubungi : Norihan - 013-9602600
    Jalaludin - 019-9835675
    posted by KRJ TERENGGANU @ 7:49 pm   0 comments
    Melayu hancur kerana dadah, Cina kerana seks
    Sunday, March 26, 2006

    Perbualan saya dengan seorang pembantu perubatan sebuah klinik komuniti yang kerap bertugas di pusat serenti mendedahkan satu hakikat menakutkan.

    Katanya, pada tahun 1990 dulu dia bertugas di Pusat Serenti Tampin. Pusat itu menampung 3,000 penghuni, 90 peratus daripadanya Melayu, 75 peratus daripada mereka HIV positif!
    Itu dulu, keadaan sekarang tentulah lebih teruk, kata pembantu perubatan berbangsa Cina itu.
    Beliau mendakwa gejala dadah sekarang terlalu serius. Dakwaan menyatakan ada sejuta penagih ada kebenarannya dan paling malang sekali kebanyakannya orang Melayu.

    Apabila berjinak-jinak dengan dadah dan berkongsi jaram, penagih terdedah kepada HIV dan Aids. Mereka ini adalah bangkai hidup - menunggu masa saja untuk mati, katanya yang kerap mengendalikan kes korban HIV ini.

    Berlainan dengan pemuda Cina, katanya, jumlah yang mati kerana dadah tidaklah 'sehebat' orang Melayu. Malangnya, ramai pemuda Cina mati akibat Aids dan HIV yang didapati melalui seks rambang.

    Pemuda Cina, katanya, sama ada yang berjaya atau gagal dalam bisnes, ramai yang jadi kaki mabuk dan perempuan. Untuk meraikan sesuatu kejayaan, mereka adakan pesta di mana perempuan dan arak menjadi mainan.

    Bagi yang gagal katanya, mereka juga menjadi kaki botol dan akhirnya terdampar di katil bersama-sama perempuan murahan. Mereka terdedah kepada jangkitan HIV dan Aids.
    Sama ada pemuda Melayu yang kaki dadah atau lelaki Cina yang kaki perempuan, ramai daripada mereka HIV positif dan menunggu masa saja untuk mati, dakwanya.
    "Saya salah seorang daripada kakitangan kementerian yang terpaksa menguruskan mereka. Hari ini kita bercakap dengan mereka (mangsa HIV), tahu-tahu esok lusa mereka sudah tiada," katanya.

    Ketika masalah penyalahgunaan dadah semakin buruk di kalangan rakyat Malaysia, Majlis Peguam Malaysia pula mengesyorkan agar hukuman mati dihapuskan. Pihak ini berpendapat pelaksanaan hukuman itu tidak memberi kesan kepada kadar jenayah berat Malaysia. Majlis Peguam berhujah kerajaan perlu menghargai nyawa rakyat.

    Resolusi Majlis Peguam dalam mesyuaratnya yang ke-60 baru-baru ini menyebut bahawa hukuman gantung perlu dimansuhkan dan semua hukuman baru dibekukan sehingga satu keputusan dicapai untuk memansuhkannya.

    Perangkaan menunjukkan sejak 1970, seramai 359 penjenayah di Malaysia dijatuhkan hukuman gantung sampai mati dan 159 lagi menunggu pada pelbagai peringkat rayuan dan pelaksanaan sebelum menjalani hukuman sama.
    Di seluruh dunia 76 negara masih mengamalkan hukuman mati. Malaysia salah satu daripadanya.

    Sejumlah 122 negara sudah memansuhkannya. Alasan pembatalan hukuman mati sangat menarik untuk dibincangkan. Sebahagiannya berkaitan tuntutan pergerakan hak asasi manusia manakala yang lain melihatnya tidakan zalim dan tidak berperikemanusiaan.

    Resolusi Majlis Peguam sebahagiannya dilihat sebagai memenuhi kehendak antarabangsa yang melihat dunia kini tanpa sempadan (globalisasi) termasuk dari segi hukuman ke atas pesalah.
    Hakikatnya di Malaysia, hukuman mati hanya membabitkan beberapa kesalahan jenayah, antaranya bunuh, pemilikan dan penggunaan senjata api, selain bagi kesalahan melancarkan perang terhadap Yang di-Pertuan Agong.

    Satu lagi kesalahan membabitkan hukuman gantung ialah mengedar dadah. Membatalkan hukuman mati ke atas kesalahan membabitkan dadah memerlukan kajian menyeluruh dan penelitian sangat mendalam. Majlis Peguam sudah menyatakan pendirian, tetapi bagaimana pula pandangan ulama, cendekiawan, tokoh masyarakat dan pemimpin?

    Dalam keadaan negara mengenakan hukuman mati ke atas kesalahan mengedar dadah, penyakit masyarakat membabitkan bahan ini, terutama di kalangan muda-mudi amat kronik, tidak dapat dibayangkan apa akan terjadi jika hukuman ini dimansuhkan.
    Dengan tiadanya hukuman keras, pelaku kesalahan tidak akan takut kerana mereka tahu tidak akan dikenakan hukuman mati. Sehubungan itu, menjadi kebimbangan jika pengedar semakin berani, sekali gus menyebabkan wabak penagihan dadah semakin tidak terkawal dan merosakkan masyarakat dan negara.

    Berdasarkan perkembangan terbaru ini, termasuk desakan antarabangsa, hampir pasti kepimpinan kerajaan Malaysia tidak dapat duduk diam berhubung isu ini. Dikhuatiri lambat-laun mereka akan terpaksa tunduk kepada desakan dan agenda antarabangsa ini.
    Di sinilah pentingnya, masyarakat dan kepimpinan Islam seluruh dunia kembali kepada Islam bagi mencari jalan penyelesaian. Islam sudah menggariskan jalan penyelesaian dengan hukum-hakamnya, malangnya ia tidak terpakai di hampir semua negara umat Islam.

    Namun, alangkah indahnya jika umat dan negara Islam seluruh dunia dapat bersatu padu dalam melaksanakan hukum Allah, sekali gus berganding bahu menolak sama sekali agenda pergerakan hak kemanusiaan Barat yang mencanangkan kononnya cara mereka adalah yang terbaik dan perlu diguna pakai oleh semua orang, masyarakat dan negara seluruh dunia!
    Dipetik dari akhbar Harakahdaily.
    posted by abgdin @ 1:26 pm   0 comments
    Untuk adik-adik LEADeRS 2006 yang dikasihi
    Monday, March 20, 2006
    oleh : -Wan Am-
    Sahabat
    Perjuangan ibadah kita
    Hakikat insan dihidupkan
    Dimatikan bila tugas selesai
    Itulah janji Tuhan...

    Sahabat
    Apa lagi yang tak pasti
    Kebatilan akan pastinya runtuh
    Islam kan tertegak atas kebenaran
    Tegakkan keyakinan...

    Sahabat
    Apa lagi yang kau ragukan
    Adalah sunnah Rasulullah
    Yang Sedikit akan pasti menang
    Dengan bantuan Allah...

    Sahabat
    Apa lagi yang kau sedihkan
    Darjatmu tinggi di sisi Tuhan
    Kiranya kau insan bertaqwa
    Kiranya kau insan beriman...
    -Sekian-
    posted by abgdin @ 8:17 pm   0 comments
    Lirik lagu KRJ Terengganu
    Sunday, March 19, 2006

    Bersama menyusun langkah
    membina ummah yang gemilang
    menyemarak kasih dan sayang
    sesama insan


    Kami remaja generasi wawasan
    bersatu hati tabah berjuang
    membina remaja sayangi Tuhan
    hidup dipayungi keindahan Islam


    Semangat kami terus membara
    membina ummah menuju cita
    remaja dididik setiap masa
    itulah harapan kami semua


    Kami remaja wawasan negara
    teguh berdiri mendaulat agama
    seiring langkah bergandingan bahu
    di Kelab Remaja JIM Terengganu



    LAGU : MOHD QHALID AB HAFIDZ
    LIRIK : ADAM ABDULLAH & NORFIZAM SAID


    posted by abgdin @ 1:28 pm   0 comments
    Ikrar Peserta LEADERS 2006
    Friday, March 17, 2006


    BISMILLAHIRAHMANIRAHIM
    BAHAWASANYA KAMI,
    GENERASI LEADERS 2006
    BERJANJI DAN BERIKRAR
    AKAN SENTIASA MEMASTIKAN KEUTUHAN UMMAH DALAM SATU JAMAAH.
    KAMI JUGA BERJANJI UNTUK MENGISLAHKAN DIRI BAGI MELAKSANAKAN AMAR MA’RUF NAHI MUNGKAR
    DAN
    ISTIQAMAH DI MEDAN DAKWAH BAGI MENCAPAI MISI 2020.

    INSYALLAH.
    posted by KRJ TERENGGANU @ 12:20 pm   0 comments
    Keputusan Sukan Remaja Terengganu 2006 (SURE JIMT 2006)
    Monday, March 13, 2006
    Berikut adalah keputusan rasmi Sukan Remaja Terengganu 2006 yang diadakan pada 10 Mac 2006 yang lalu :

    Johan Keseluruhan :
    KRJ DUNGUN- 27 mata
    Naib Johan :
    KRJ KERTEH - 20mata
    Tempat Ketiga :
    KRJ CHUKAI dan KRJ KT - jumlah mata yang sama - 16 mata

    Street Soccer :
    Johan - KRJ Kerteh
    Naib Johan - KRJ Dungun
    Ketiga - KRJ Kuala Terengganu

    Bolatampar Lelaki :
    Johan - KRJ Dungun
    Naib Johan - KRJ Kerteh
    Ketiga - KRJ Chukai

    Bolajaring :
    Johan - KRJ Dungun
    Naib Johan - KRJ Kerteh
    Ketiga - KRJ Kuala Terengganu

    Badminton Lelaki :
    Johan - KRJ Dungun
    Naib Johan - KRJ Kuala Terengganu
    Ketiga - KRJ Chukai

    Badminton Perempuan :
    Johan - KRJ Dungun
    Naib Johan - KRJ Chukai
    Ketiga - KRJ Kerteh
    posted by Fakhrul Anuar Zulkawi @ 6:17 pm   0 comments
    Wakil KRJ Tganu ke LEADERS 12-15 Mac 2006
    Dimaklumkan dua orang ahli aktif KRJ Terengganu iaitu akh Muhammad Mus'ab bin Muzahar dan akh Mohd Ammar Rifdi bin Mohd Yusof telah mewakili KRJ Terengganu ke program nasional KRJ Pusat iaitu Latihan Ekstensif Latihan Dakwah dan Kepemimpinan Remaja (LEADERS) di EDI Training Centre, Melaka pada 12-15 Mac 2006.

    Semoga program ini memberikan impak yang besar kepada kepemimpinan KRJ Terengganu pada masa akan datang, inshaAllah. Dengan bajet yang lebih mencukupi dan sokongan kewangan yang lebih mantap pada masa akan datang, pihak KRJ Terengganu berharap dapat menghantar lebih ramai lagi ahli-ahli KRJ Terengganu ke program-program nasional.
    posted by Fakhrul Anuar Zulkawi @ 6:03 pm   0 comments
    Tahniah wahai asy-syahid!!
    Thursday, March 09, 2006
    Tahniah wahai asy-syahid! Tidurlah dengan damai….

    selangkah keluar
    suci penuh harapan

    selangkah kedepan
    seluruh diri berserah pada Ar-Rahman

    selangkah maju penuh ketenangan
    redha dan diredhai TUHAN

    selangkah keluar
    menuju husnul khatimah impian…
    hadiah syahadah idaman
    buat yang teguh beriman

    “Ayah, di luar kedengaran bunyi helicopter yang ingin memburumu..”
    “Biarkanlah. Aku juga sedang menantinya di sini!”

    dunia menangisi pemergiannya
    biarlah…dia pulang dengan penuh bahagia
    ke pangkuan Penciptanya

    serpihan jasadmu yang berhamburan
    darah merahmu yang melaut jauh di jalanan
    menghimpun bermusim kenangan
    seluruh kata juangmu datang bertalu
    akan kami subur
    nyalakan di segenap jiwa biar si keparat tahu mahalnya harga
    menentang athfaal hijaarah,
    mujahiddun filastiniyyun
    junuudullah!!!

    Tahniah wahai asy-syahid!
    Tidurlah dengan tenang dan aman…
    Akan kami sambung jalan juangmu…
    Sehingga kebenaran meraja seluruh alam

    Takziah saudara-saudaraku di bumi Quds
    Takziah saudara-saudaraku seluruh kaum muslimin
    Takziah diriku..
    Sungguh!22 Mac 2004
    ia pesanan berdarah menusuk jiwa
    ia bukti ‘perdamaian’ taghut laknatullah hanya sia-sia
    ia luka yang membajai semangat juang
    ia janji yang ditunaikan dan doa yang dimakbulkan!

    nyemah_mulyaa
    16 Muharram 1427H
    (35 hari menjelang 2 tahun kesyahidan bapa intifadhah Palestin)
    posted by Fakhrul Anuar Zulkawi @ 3:50 pm   0 comments
    Sukan Remaja Terengganu 2006
    Monday, March 06, 2006
    Salam,

    Menemui semua aktivis dan pencinta dakwah sekalian,

    InshaAllah, jom kita ke SUKAN REMAJA TERENGGANU 2006 (SURE JIMT 2006) yang akan berlangsung di Kompleks Sukan Politeknik Dungun pada 9-10 Mac 2006 ini.

    Jom kita sama2 beri bimbingan dan sokongan kepada anak-anak, ahli-ahli usrah remaja ini. Setakat ini, lima buah pasukan telahpun mendaftar iaitu :

    1. KRJ Kuala Terengganu
    2. KRJ Kemaman
    3. KRJ Kerteh
    4. KRJ Dungun
    5. Siswa Semester 1 Jabatan Mekanikal Politeknik Dungun


    Jom! Sambil bertemu penggerak-penggerak dakwah remaja Terengganu!
    Eratkan ukhuwwah gerakkan islah!

    Teruskan beri kerjasama dan doa.

    Fakhrul Anuar Zulkawi
    Pengerusi Jawatankuasa Pemb Remaja JIM Terengganu
    posted by Fakhrul Anuar Zulkawi @ 7:43 am   0 comments
    Nahwan Nur : Islam Penyelesaian Masalah Ekonomi
    Ingin berkongsi bahagian akhir warkah asy-Syahid Imam Hasan al-Banna r.h. Murshidul Am Ikhwan al-Muslimun yang pertama kepada Raja Farouq 1, iaitu Raja Mesir dan Sudan, sekitar bulan Rejab tahun 1366H dengan tajuk Nahwan Nur. Surat ini juga ditujukan kepada beberapa ketua negara dan tokoh masyarakat yang lain :

    "Aspek penting dalam usaha perubahan yang berlandaskan semangat Islam yang sebenar ialah :

    a) Aspek Politik, Kehakiman dan Pentadbiran....
    b) Aspek Sosial dan Ilmu....

    c) Aspek Ekonomi

    1. Kemaskini kaedah pungutan zakat dan agihan zakat supaya bertepatan dengan ajaran Islam yang mulia. Gunakan hasil zakat untuk projek-projek kebajikan yang perlu seperti tempat perlindungan orang kurang upaya, fakir miskin, anak yatim dan meningkatkan keupayaan tentera.

    2. Haramkan riba dan kemaskini sistem perbankan supaya mencapai matlamat tersebut. Kerajaan perlu menjadi contoh dengan cara menghapuskan kadar faedah bagi projek-projek yang bersangkutan dengan kerajaan seperti bank kredit, pinjaman industri dan sebagainya.

    3. Beri galakan dan tambah projek ekonomi. Berikan peluang pekerjaan kepada para penganggur dalam projek-projek ini. Ambil alih projek-projek ekonomi daripada orang asing dan serahkan kepada rakyat tempatan sepenuhnya.

    4. Lindungi rakyat daripada penindasan syarikat-syarikat monopoli dan kawal syarikat-syarikat ini. Berikan segala kemudahan yang seboleh mungkin kepada rakyat.

    5. Tingkatkan taraf pekerja bawahan dengan cara menaikkan gaji dan mengekalkan elaun dan ganjaran untuk mereka. Dalam masa yang sama turunkan gaji para pegawai atasan.

    6. Kurangkan jumlah jawatan terutama yang berlebihan dan hanya menawarkan jawatan menurut keperluan. Tugasan yang diberikan kepada pekerja perlu adil dan dinilai secara terperinci.

    7. Berikan bimbingan secara intensif untuk sektor pertanian dan perindutrian. Berikan tumpuan kepada meningkatkan aspek produktiviti peladang dan pengilang.

    8. Ambil berat aspek teknikal dan sosial para pekerja. Tingkatkan tahap kecekapan mereka dalam semua lapangan hidup.

    9. Gunakan sepenuhnya kekayaan semulajadi seperti tanah terbiar, lombong tinggal dan sebagainya.

    10. Berikan keutamaan kepada mewujud dan melaksanakan projek-projek yang perlu berbanding projek-projek mewah.

    Ini adalah warkah Ikhwan al-Muslimin yang kami persembahkan dan kami sedia serahkan diri kami, kepakaran kami dan apa sahaja yang kami miliki untuk dimanfaatkan di bawah kelolaan mana-mana badan atau kerajaan yang mahu membawa umat Islam ke arah kemajuan."
    posted by Fakhrul Anuar Zulkawi @ 5:10 am   0 comments
    Ekonomi Malaysia : Apa Yang Sedang Berlaku?
    Pada malam 28 Febuari 2006 yang lalu, rakyat Malaysia dikejutkan sekali lagi dengan kenaikan harga minyak runcit petrol, diesel dan LPG sebanyak 30 sen iaitu yang paling tinggi dalam sejarah negara (kenaikan sebanyak hampir 20%). Kenyataan Perdana Menteri menyatakan kerajaan dapat mengurangkan subsidi sebanyak RM4.4 billion menerusi kenaikan harga minyak runcit ini dan akan digunakan untuk pembangunan infrastruktur negara. Ini disebabkan bebanan subsidi yang tinggi yang ditanggung kerajaan iaitu sekitar RM16 billion setahun dan ini akan terus bertambah apabila harga minyak mentah di pasaran dunia meningkat (harga pasaran semasa sekitar USD60 setong). Jaminan kerajaan untuk tidak menaikkan lagi harga bagi tahun ini dlihat sebagai sesuatu yang diluar kawalan negara kerana harga minyak mentah ditentukan oleh pasaran dunia.

    Apa yang membimbangkan, di dalam persekitaran inflasi sekitar 3.7% hari ini, kenaikan ini pastinya menambah beban kenaikan harga barangan yang akan membebankan rakyat khususnya yang berpendapatan rendah dan sederhana. Sektor pengangkutan adalah yang paling ketara mendapat kesan langsung kenaikan harga ini dan kesatuan pengusaha pengangkutan awam telahpun membuat tuntutan kenaikan harga tambang bas kepada kerajaan susulan kenaikan harga minyak runcit ini. Lebih merumitkan ialah apabila pihak Tenaga Nasional Berhad turut mengumumkan sebelum ini pelan kenaikan kadar harga elektrik.

    Bagi rakyat biasa, Malaysia dilihat sebagai negara net pengeksport minyak (menjual minyak ke luar negara melebihi import). Ironinya, pada tahun 2005, sebanyak 3 kali kenaikan harga minyak runcit telah dibuat oleh kerajaan. Manakala Petronas pula pada tahun 2005 telah mengumumkan keuntungan selepas cukai sekitar RM60 billion.

    Rakyat pula diseru agar berjimat cermat, menabung dan menggunakan segala sumber secara optimum termasuk memberikan prioriti kepada penggunaan kenderaan awam berbanding kereta sendiri dan menggalakkan 'car pool' (kongsi kereta untuk ke tempat kerja).

    Memang benar kita perlu mengambil maklum kebaikan dan keburukan sistem subsidi dalam perjalanan sesebuah ekonomi. Namun isu utama adalah keadilan dalam mengurus dan membahagikan kekayaan negara serta pembaziran dan penyalahgunaan kuasa. Oleh itu, rakyat Malaysia termasuk para remaja juga harus perihatin dan cakna akan isu kenaikan harga minyak yang pastinya juga terkesan dengan kenaikan ini.

    Untuk menambah keperihatinan ini, pihak Jawatankuasa Politik dan Jawatankuasa Siasah Syariah & Keadilan Sosial JIM Pusat akan menganjurkan satu wacana bertajuk : A Discussion on Economic Realities In Malaysia - What Is Really Happenings? Program tertutup untuk pimpinan dan aktivis JIM ini bagi melihat perkembangan ini secara rasional dan objektif - akan diadakan pada 11 Mac 2006 (8.30pagi hingga 12.30 tengahari) di Pusat Komuniti JIM Pusat, Taman Melawati, Kuala Lumpur.

    Moga terus cakna (paling minima, boleh tulis esei Bahasa Melayu di sekolah tentang isu ini!)
    posted by Fakhrul Anuar Zulkawi @ 5:03 am   0 comments
    SRIA Hidayah Ipoh & Remaja unggul "in-waiting"
    Thursday, March 02, 2006
    IPOH, PERAK, Tues.
    After swimming across the Dindings Strait for charity, the Halim siblings now appear to have a new ocean to cross - that of instant fame and adulation.

    Zahra Ma'soumah, 14, and Salman Ali Shariati Abdul Halim, 8, are being feted as heroes everywhere they go.

    Students at SMK Convent broke into thunderous applause when Zahra walked in today, and for Salman, of Sekolah Rendah Agama Al-Hidayah, that marathon swim inspired his school to build two swimming pools.



    Zahra's principal, Foo Ai Kia, described her success as timely as the school was celebrating its centennial next January. "This is a perfect retirement gift for me and I am glad the feat was achieved during my tenure as principal," said Foo, who retires next Friday."No words can describe my feelings when I saw Zahra emerge from the sea followed shortly by her brother."

    Earlier, the school's entire student body broke into shouts and applause when Zahra walked into the quadrangle accompanied by her mother, Hanizah Mohamed.

    Teacher Norfairuz Mohd Yusoff described Zahra as a focused and disciplined student who did not take advantage of her "special" status while training for the swim."She attended class like others and did not use her hectic training schedule as an excuse not to," Norfairuz said.

    Classmates Nur Syafiqah Ahamad Sidek and Nurul Amal Yusuh said Zahra was a sociable and happy-go-lucky person.

    Meanwhile, at Salman's school, principal Shaharuzzaman Bistaman announced two swimming pools would be built under the institution's 10-year master plan. He hoped the facility would produce more swimming talent. "We gave Salman our full support and allowed him to train during school days," he said, adding that replacement classes were held to ensure Salman did not fall behind in his schoolwork.



    Shaharuzzaman said the boy would receive a special award, while the parent-teacher association would be rewarding him with an undisclosed amount of cash.

    Salman and Zahra began their swim at 8.25am from Pulau Pangkor and waded ashore unaided at the Lumut waterfront at 12.05pm.

    For their achievement, they were recognised by the Malaysia Book of Records as the youngest swimmers to cross the Dindings Strait.They also pledged a RM20,000 State Government award to charity.
    posted by Fakhrul Anuar Zulkawi @ 5:06 am   0 comments
    JAWATANKUASA REMAJA KRJ NEGERI TERENGGANU 2008

    PENGERUSI : Muhammad Munzir Bin Muzahar (Sek Men Islam Al Amin Kemaman)

    TIMBALAN PENGERUSI : Muhammad Irfan Bin Bahrin (Sek Men Islam Al Amin Kemaman)

    NAIB PENGERUSI 1 : Humairaa' Bt Abdul Malek (Sek Men Islam Al Amin Kemaman)

    NAIB PENGERUSI 2 : Wan Hani Munirah Bt Wan Muhd Rosdi (Sek Men Keb Agama Tok Jiring Kuala Terengganu)

    SETIAUSAHA KEHORMAT : Nurul Najihah Bt Khairudin (Sek Men Islam Al Amin Kemaman)

    BENDAHARI : Hafizuddin Bin Mohd Ridzuan (Sek Men Islam Al Amin Kemaman)

    Alamat Pejabat KRJ Terengganu : No 5, Taman Seri Melor 4, Bt 6, 23000 Dungun, Terengganu Darul Iman

    TELEFON@SMS : 014-836 8371 (Penasihat JK Remaja KRJ Terengganu)

    Lagu KRJ Terengganu@mp3


    CARI ARTIKEL
    ARKIB KRJ
    PAUTAN KRJ
    LAMAN NASYID KONTEMPORARI
    SIARAN TELEVISYEN
    KREDIT


    BLOGGER




    © 2008 Kelab Remaja JIM Terengganu [Remaja Mithali Tunggak Kepemimpinan]Hak Cipta Terpelihara ; KRJ Terengganu.