<$BlogMetaData$>
 

 

 

Terengganu

www.krj-tganu.blogspot.com

 
Cikgu Norfizam bin Said
PENGARAH KRJ TERENGGANU
Demi Masa, Sesungguhnya Manusia Itu Berada Di Dalam Kerugian..


KALENDAR AKTIVITI TERKINI


  • EKSPEDISI REMAJA KENTAL 2008!
    NANTIKAN PENGUMUMAN SELANJUTNYA
  • Chat @ KRJ Tganu

    ALBUM KRJ
  • Album 2008
  • Album 2007
  • Album 2006
  • Album 2005
  • JELAJAH INFORMASI
  • Utusan Online
  • BHarian Online
  • Harian Metro
  • NSTP
  • Harakahdaily
  • AMIR
  • ABIM
  • Islamonline
  • Palestinkini
  • JAKIM
  • LINK PENDIDIKAN
  • Kementerian Pendidikan Msia
  • Universiti Islam Antarabangsa
  • Universiti Kebangsaan Msia
  • Universiti Malaya
  • Universiti Putra Malaysia
  • Universiti Sains Malaysia
  • Universiti Utara Malaysia
  • Universiti Teknologi Msia
  • Universiti Msia Sabah
  • Universiti Msia Sarawak
  • Universiti Telekom
  • UiTM
  • KUSZA
  • Yayasan Pelajaran MARA
  • Politeknik Malaysia
  • KUKUM
  • KUIM
  • KUTKM
  • KUITTHO
  • KUSTEM
  • Maktab
  • BARISAN KEPIMPINAN JAWATANKUASA REMAJA KRJ SESI 2006-2007. JASAMU DIKENANG !

    PENGERUSI : Muhammad Mus'ab Bin Muzahar.

    TIMBALAN PENGERUSI 1 : Hafizuddin Bin Mohd Ridzuan

    TIMBALAN PENGERUSI 2 (Ketua Puteri) : Munirah Bt Mazlan

    SETIAUSAHA KEHORMAT : Maisarah Bt Zulkifli

    BENDAHARI : Nur Ilyana Amani bt Mohd Nasir

    HUBUNGI KAMI
    Maklumat lanjut boleh hubungi moderator, Akh Mohd Sufian Mat Ali, 014-836 8371
    krjtgg_mod@yahoo.com
    Tanda Buku Pelawat
     

          PENGENALAN KRJ       DAFTAR ONLINE          

             HOME    FORUM

    VIDEO KLIP LAGU KRJ TERENGGANU      
    Selamat Kembali ke Sekolah
    Saturday, December 31, 2005
    Buat adik-adik sekalian..

    Abang Din ingin mengucapkan selamat kembali ke sekolah dan Selamat Tahun Baru 2006

    Semoga dengan melangkah ke tingkatan yang baru akan sentiasa membeikan azam yang baru untuk terus belajar dengan bersungguh-sungguh supaya cemerlang di dunia dan akhirat dan akhirnya adik-adik lah yang akan mewarisi dan memimpin kegemilangan agama Islam pada masa akan datang..InsyaAllah

    Belajar lah bersungguh-sungguh dan hadiahkanlah kejayaan dalam pelajaran kepada ibu dan ayah kita yang sentiasa berkorban segala-galanya demi memastikan kesenangan dan kemudahan hidup kita...

    InsyaAllah dikau akan berjaya menggapai cita-cita yang tersemat di jiwa mu..

    Wassalam..
    abg din
    teringat kenangan manis disekolah, teringin nak sekolah semula..hehehe

    posted by KRJ TERENGGANU @ 6:05 pm   0 comments
    Selamat ber KTKN 30 Dis 05 - 2 Jan 06
    Friday, December 30, 2005
    Buat team Karisma Terengganu selamat menghadapi Konvensyen Tarbiah Karisma Nasional (KTKN) di UIA 30 Dis 05- 2 Jan 06...

    Mari kita doakan keselamatan dan kesejahteraan mereka sepanjang perjalanan pergi dan balik serta sepanjang menghadapi KTKN..

    Mereka ini lah yang selama ini telah membantu menjadi fasilitator sepanjang program KRJ Terengganu berjalan.. Apa salahnya jika adik-adik membalas pengorbanan mereka membantu KRJ walau dengan hanya iringan doa..

    InsyaAllah adalah di harapkan 7 orang wakil dari Terengganu ini akan dapat membawa 'ole-ole' yg cukup bermakna untuk di bawa balik ke Terengganu bertujuan untuk meledakkan aktiviti dakwah IPT di Terengganu amnya dan Karisma khususnya...

    Selamat ber KTKN... rasanya perlu juga ada konvensyen untuk remaja??

    Abg Din
    Kerteh..
    posted by KRJ TERENGGANU @ 6:03 am   0 comments
    Notis Pertukaran Alamat Blogspot KRJ Terengganu
    Wednesday, December 28, 2005
    Salam..
    Adalah dengan ini dimaklumkan bahawa pihak KRJ Terengganu akan menukar alamat blogspotnya dari
    kepada
    berkuatkuasa mulai
    Januari 2006.
    Pertukaran perkataan dari net kepada tganu, untuk menunjukkan laman blog tersebut adalah laman krj terengganu..
    Harap maklum...
    Md.Khairudin Hasim
    Moderator Blog KRJ Tganu.
    posted by KRJ TERENGGANU @ 11:03 pm   0 comments
    Diari : Salam dari X-REK Pusat 23-26 Dis 2005
    Tuesday, December 27, 2005
    Salam...

    Alhamdulillah kita telah pun tamat ber X-REK peringkat pusat pada 23-26 Dis 2005 di sekitar gombak...ana ingin berkongsi sedikit pengalaman sepanjang menjadi pengiring kepada team dari KRJ Terengganu..

    Bermula dengan hujan renyai-renyai disekitar dungun para peserta di kehendaki berkumpul di SRIAAD pada jam 10pagi..tapi team dari KT terlewat sampai 30 minit kemudian..ana dan akhi anuar , akhi ammar telah tiba awal sebelum jam 10 pg..kebetulan pada hari yg sama ada mesyuarat JIN Terengganu ke-2..peluang yang ada ini digunakan dengan meminta ikhwah dan akhawat yang hadir meeting bersama-sama mengadakan majlis ringkas untuk melepaskan team ini…

    Majlis di mulakan dengan ucapan pengerusi majlis Akhi Md.khairudin diikuti dengan ucapan ringkas oleh YDP JIM Terengganu…seterusnya ucapan Pengerusi JKPRN Akhi Fakhrul…banyak amanat dan pesanan di berikan oleh mereka terhadap peserta terutamanya harapan JIM Terengganu terhadap peserta yang menjadi perintis kepada pembinaan remaja du’at.. selepas sesi ucapan ringkas, doa di bacakan oleh akhi Muzahar untuk memohon keberkatan sepanjang program ini berjalan.. dan akhir sekali, adalah sesi bergambar kenangan dengan ikhwah/akhawat bersama peserta..

    Jam 11.00 pagi semua peserta mula bertolak dengan 3 buah kenderaan…berhenti di SRIAA Kemaman.. suasana sayu menyelubungi suasana pemergian mereka ini juga dalam keadaan hujan belum reda lagi.. tergambar wajah ceria peserta semasa kenderaan mula meninggalkan SRIAAD..nasib tak berapa baik..salah satu tayar kenderaan lembik ketika tiba di Paka.. alhamdulillah semuanya selesai..

    Tiba di Al amin kemaman lewat tengah hari utk mengambil baki peserta yang tinggal seramai 4 org.. jumlah semua ahli rombongan ialah 18 orang (12 peserta dan 6 pengiring)..

    Menyusuri LPT dengan pandangan alam yang cukup indah di sepanjang perjalanan.. Berhenti di R&R Gambang jam 2.30 ptg utk solat dan makan serta berehat-rehat.. jam 3.30 ptg meneruskan perjalanan.. apabila dah ramai bermacam ragam, gelagat dan keletah adik-adik remaja ini dapat di lihat… walkie talkie digunakan utk memudahkan perhubungan antara semua kenderaan..bukan itu sahaja, malah bersembang-sembang juga menggunakan alat tesebut…jimat kredit kot.. Ana dapat melihat hubungan yang cukup akrab semua ahli rombongan KRJ Terengganu..insyaAllah semoga ukhuwah ini kekal sampai bila-bila..kerana ianya adalah sesuatu yang cukup berharga

    Hujan tidak berhenti sehinggala tiba di Al Amin Gombak utk proses pedaftaran…Tiba di destinasi pada jam 6.15 ptg… Selepas pendaftaran, terus ke tempat penginapan,, bersiap diri utk makan dan solat maghrib serta isya’… lepas isya terdapat program pembahagian kumpulan serta taklimat pengiring jam 11.00 malam.. terdapat seramai 75 orang peserta menyertai program ini…

    Selepas taklimat..ana dan akhi ammar, akhi anuar sama-sama membaiki ford ranger yang kerosakan bateri…letih sungguh nak menolak bagi hidup tambah lagi dengan perut yang lapar…dekat jam 3 pagi baru selesai..

    Hari kedua disajikan dengan Qiamulail diikuti dengan solat subuh, kuliah, riadhah pagi dan sarapan… selepas itu majlis perasmian oleh Akhi Zaid Kamarudin, presiden JIM yang kita kasihi.. selepas itu pengisian oleh Dr Harlina bertajuk’Cinta, cita dan yang Esa’.. menarik kan tajuk tersebut..ana tak dapat sertainya kerana ada program untuk pengiring mengenai ‘Strategic Planning’ untuk KRJ bagi tahun 2005-2010..banyak perkara yang dibincangkan dalam sesi tersebut..

    Selepas itu Akhi Nicolas Sylvester memberikan pengisian mengenai cara-cara berdakwah kepada non muslim kerana ianya akan di gunakan dalam aktiviti explorace nanti.. Selepas makan dan solat zohor, peserta bersiap sedia utuk aktiviti explorace yang bermula di Stesen komuter Kepong lebih kuranh jam 3.30 ptg.. mereka bergerak dalam kumpulan…mereka hanya dibenarkan membawa kad pengenalan sahaja... juga diberikan wang yang hanya 'cukup makan' .. aktiviti ini seakan-akan serupa dengan explorace yang di tayangkan di TV3.. majoritinya berasa seronok dan dapat menimba pengalaman baru dari aktiviti tersebut.. kumpulan pertama tiba lebih kurang jam 9.00 malam dan yang terakhir pada jam 10 malam...
    Kumpulan akhawat menunjukkan prestasi yang cukup memberangsangkan dengan majoriti tiba lebih awal.. Terbayang di wajah mereka kekentalan 'orang muda'...subhanallah.. bermula petang hari sabtu, peserta mula berkhemah di resort alang sedayu di jln bentong lama Gombak.

    Selepas berakhirnya xplorace itu, diadakan sesi pembentangan yang mana mereka di minta untuk untuk menyenaraikan 5 pengajaran, dan masing-masing satu untuk kenangan manis dan pahit..bermacam ragam dapat dilihat dari peserta pelbagai negeri ni.. 5 orang peserta team KRJ Tganu terlibat dalam kumpulan masing-masing..


    Pada pagi ini, salah sebuah kenderaan kami (forg ranger) terlibat dalam kemalangan di km 71 lebuhraya KL-Karak..ketika dalam perjalanan pulang lebih awal ke Terengganu.

    Berakhirnya pembentangan, mereka terus tidur untuk memulakan lembaran baru pada keesokan harinya.. Bangun pagi dengan Qiamullail, solat subuh, kuliah dan riadhah.. sarapan serta persiapan untuk pengisian ke 2 oleh Dr Hafizi bertajuk 'worl model, Hassan Al Bana'.. Persiapan untuk xpdc ke Sg Pisang di jalankan dan mereka di lepaskan sekitar jam 11 pagi. Baru beberapa minit berjalan, aduh..tercungap-cungap mendaki bukit, meredah belukar di bawah grid nasional dan meredah terowong air di bawah lebuhraya...baru bermula dah mencabar... belum habis lagi..tapi nampak bersemangat peserta-peserta semua... perjalanan diteruskan dengan meredah bukit dan belukar..seorang peserta akhawat dari tganu krem kaki, tapi alamdulillah pulih selepas itu..ada seorang fasi akhawat turut cedera dalam xpdc ini..

    Tiba di air terjun Sg Pisang sekitar jam 2.30 ptg...di beri peluang berehat dan mengambil wudhuk... pengalaman baru bagi diri ana, solat berjamaah diatas tanah dengan baju yang basah lencun...alhamdulillah terasa kepuasan apabila tiba di destinasi... meraka diberi peluang mandi selama 15 minit bermula dengan akhawat dahulu..bermacam-macam suara yang keluar kerana terlebih 'suka' bermandi-manda. Selepas akhawat, ikhwah pula tunjuk bakat berendam..

    Selepas mandi manda, semua peserta berjalan pulang sekitar jam 3.30 ptg...jalan pulang agak landai, merehatkan dan memakan masa yang singkat berbanding ketika pergi...setiap kumpulan dibekalkan dengan plastik sampah utk memungut sampah bukan organik di sepanjang perjalanan. Hampir tiba di tapak berkhemah, peserta disajikan dengan pandangan sebuah lubang buatan komunis untuk perlindungan diri..

    Tiba di alang sedayu sekitar jam 4.30 ptg dengan penuh keletihan disambut dengan juadah yang cukup enak mengubati kelaparan setelah hampir 6 jam ber trekking. Peserta bersiap diri selepas makan dengan solat asar dan seterusnya dgn slot 'bersamamu' oleh Karisma International.. mengisahkan perjuangan hidup rakyat Palestin..

    Pada malamnya juga merupakan malam terakhir X-REK, terdapat slot menunjukkan bakat-bakat terpendam dalam persembahan pentas..lagi sekali kita dapat melihat bakat remaja-remaja ini yang cukup kritis dan kreatif dalam mengolah pelbagai persembahan..

    Pagi ke-4 dimulakan macam biasa.. ada permainan yang menguji semangat 'team work' selepas kuliah subuh dan sarapan.. peserta yang gagal dalam permainan tersebut telah didenda berendam di dalam sungai berhampiran... kesyian!!!

    Sementara slot permainan berjalan, terdapat program oleh pengiring utk mendapatkan maklumbalas terhadap penganjuran sepanjang X-REK.. banyak idea, komen dan pendapat di lontarkan dari pelbagai pengiring negeri sepanjang sesi ini berjalan..

    Majlis penutup dijalankan sekitar jam 11.30 pg oleh Pengerusi JKPR Pusat Akhi Razali Rashid.. seterusnya penyampaian sijil penyertaan dan cenderahati kepada peserta dan fasilitator.. berakhirnya sesi tersebut disambung dengan acara bersalam-salaman dengan semua hadirin... dapat dilihat betapa ada rahmatNya ukhuwah yang terbina sepanjang X-REK ini..

    Selepas tamat majlis penutup ialah jamuan tengah hari yang lebih istimewa berbanding hari sebelumnya..disajikan dengan BBQ yang di masak sendiri oleh urusetia X-REK.. tahniah urusetia dapat masak masakan yang best..

    Bersiap-siap untuk bertolak balik ke Terengganu.. Jam 3.45 ptg kami bertolak balik ke Terengganu.. Bestttttnyaaaaa!!!!! itu la ungkapan yang di lontarkan spontan dari peserta-peserta sebelum balik... InsyaAllah kita akan jumpa X-REK 2006 dengan Terengganu manjadi tuan rumah (ura-ura sahaja)...

    Perjalanan balik penuh keriangan terpapar di wajah setiap peserta.. Singgah di kuantan utk solat dan makan sekali... Ana dan Akhi anuar tiba di rumah sekitar jam 2 pg...walaupun letih tapi ianya terbayar dengan kepuasan sepanjang ber x-rek selama 4 hari 3 malam...

    InsyaAllah kita jumpa di X-REK 2006...Mungkin di Terengganu..

    abang din
    (pengiring x-rek 05)


    posted by KRJ TERENGGANU @ 10:06 pm   0 comments
    Selamat bermusafir buat team X-REK KRJ Terengganu
    Thursday, December 22, 2005
    Salam,

    Kepada
    Ketua kontingen KRJ Terengganu
    serta ahli pasukan KRJ Terengganu,

    Bagi pihak Jawatankuasa Pembangunan Remaja Negeri JIM Terengganu (JKPRN), kami mengucapkan selamat bermusafir dan menyertai Ekspedisi Remaja Kental 2005 (X-REK) di Kuala Lumpur bagi kontingen KRJ Terengganu yang akan dipimpin oleh akh Muhammad Anuar bin Johari serta zaujah yang bertindak sebagai ketua pengiring pasukan KRJ Terengganu.

    Mudah2an segala persediaan yang telah diadakan dapat memberikan kejayaan buat pasukan ini dan yang pastinya membawa balik segala ilmu dan pengalaman bagi memantapkan lagi usaha pembinaan remaja du'at di negeri Terengganu ini.

    Dilampirkan juga do'a musafir & menaiki kenderaan sebagaimana yang dipetik drpd hadis sahih, Sahih Sunan al-Tirmizi (III/156) :

    'Ali bin Rabi'ah berkata : "Aku telah menyaksikan 'Ali bin Abi Talib r.a. didatangkan kepadanya seekor haiwan (sebagai kenderaan) untuk ia menaikinya. Lalu pada saat beliau meletakkan kakinya pada tempat naik tunggangan, ia mengucapkan
    (sila rujuk teks Arab yang sebenar) :

    "Bismillah"
    (dengan menyebut nama ALLAH)

    Kemudian ketika telah berada di atas kenderaan, beliau mengucapkan :

    "Alhamdulillah"
    (segala puji bagi ALLAH)

    Kemudian mengucapkan :

    "Subhanallazi sahkharalanaa haaza wamaa kunnaa lahuu muqriniin wa inna ilaa robbina lamunqolibuun."
    (Mahasuci Allah yang telah menundukkan (kenderaan) ini bagi kami, padahal sebelumnya kami tidak mampu menundukkannya (iaitu menguasainya). Dan sesungguhnya kepada Rabb kamilah kami akan kembali.)

    Kemudian mengucapkan :

    "Allahu Akbar" (Allah Maha Besar) 3 kali

    Lalu mengucapkan :

    "Subhaanaka inni dzolamtu nafsi, faghfirli, innahu laa yaghfiruzzunuba illa anta."
    (Mahasuci Engkau, sesungguhnya aku telah menzalimi diriku sendiri, maka ampunilah aku. Sesungguhnya tidak ada yang mengampuni dosa-dosa kecuali Engkau.)

    Ali r.a. berkata : 'Saya telah melihat Nabi s.a.w. mengerjakan sebagaimana yang saya kerjakan.' "

    Didalam hadis Sahih Muslim (II/978) pula, diajarkan kepada kita doa bermusafir iaitu :

    "Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar"
    "Subhanallazi sahkharalanaa haaza wamaa kunnaa lahuu muqriniin wa inna ilaa robbina lamunqolibuun."
    selanjutnya dengan do'a yang maksudnya :
    "Ya Allah, sesungguhnya kami memohon di dalam perjalanan kami ini kebaikan dan taqwa serta amalan yang Engkau redhai. Ya Allah, mudahkanlah perjalanan kami ini dan dekatkanlah jaraknya dari kami. Ya Allah, Engkaulah Pendampingku dalam perjalanan dan Pengganti bagi keluargaku. Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada kesukaran dalam perjalanan, pemandangan yang menyedihkan dan perubahan yang buruk pada harta dan keluarga."

    Kami iringi pemusafiran antum dengan doa semoga selamat pergi ke destinasi program, selamat berprogram dan kembali semula dengan selamat ke rumah keluarga masing-masing. Hati-hatilah di dalam memandu, inshaAllah.

    Untuk rujukan keluarga masing-masing, sila hubungi :

    akh Muhammad Anuar bin Johari (012-9395519)
    akh Md Khairudin bin Hasim (012-9775520)

    atau wakil JKPR Pusat, akh Wan Am (012-6615745)

    Fi amanilLah. JazakumulLahu khairan.

    akh Fakhrul Anuar bin Zulkawi
    Pengerusi JKPRN JIM Terengganu
    019-3591268
    http://krj-net.blogspot.com
    posted by KRJ TERENGGANU @ 8:22 am   0 comments
    Doakan kami semua...
    Salam...

    Tinggal beberapa jam saja lagi kami peserta-peserta X-REK Pusat akan bertolak ke venue program ... doakan kami semua, agar selamat pergi dan pulang dan semoga perjalanan dan sepanjang berlangsungnya program ini sentiasa dimudahkan dan dirahmati Allah s.w.t..

    Pergi untuk mendapatkan sesuatu yang cukup berharga, untuk dibawa pulang ke Terengganu sebagai modal dan percaturan untuk merencanakan KRJ Terengganu juga membina 'remaja du'at' untuk merealisasikan program pembinaan 'Remaja Memimpin Remaja' (RMR)...InsyaAllah...

    Harapan kami....perginya kami ke X-REK Pusat akan dapat melunaskan objektif dan tujuan yang dikehendaki...

    Selamat ber X-REK...Jangan lupa pesanan utk adik-adikku 'ayuh kita tawan x-rek pusat'

    Wassalam
    abg din
    posted by KRJ TERENGGANU @ 12:29 am   0 comments
    Remaja Makmurkan Masjid (REMM)
    Wednesday, December 21, 2005
    Agenda pembangunan remaja sentiasa rancak di Terengganu ini... REMM sebagai program susulan kepada 'Remaja Raikan Ramadhan' (3R) yang diadakan pada ramadhan lepas kini menemui adik-adik remaja di sekitar Terengganu..

    Program santapan jiwa ini akan menemui adik-adik setiap minggu ke-4 setiap bulan dan sepanjang tahun 2006...kemuncak kepada program ini adalah 'Remaja Raikan Ramadhan 3R' yang aka diadakan pada ramadhan 2006...nantikan hebahan lanjut mengenainya dalam laman ini..

    REMM bertujuan mengumpulkan ahli-ahli krj dan aktivis remaja di terengganu, menyelaraskan program dakwah terhadap remaja di setiap daerah di terengganu juga meletakkan JIM di kenali oleh masyarakat setempat dengan mengadakan pelbagai program seperti REMM di kawasan masyarakat setempat..

    REMM akan beroperasi di banyak masjid sekitar daerah Dungun..terdapat lebih 9 buah masjid telah dikenalpasti sesuai untuk menjadi tempat operasi REMM. REMM yang pertama akan diadakan di Masjid Intan Zaharah pada 26 - 27 Januari 2006.

    Sasaran peserta adalah seramai 50 orang pelajar lelaki dari tingkatan 1-5 yang akan menjadi tentera-tentera yang akan menggerakkan program ini.. supaya adik-adik ini merasa cinta terhadap masjid dan sentiasa hatinya sayang kepada masjid.. Dewasa ini terlalu sukar untuk mencari remaja/pemuda yang hatinya sentiasa cinta kepada masjid yang mana orang seperti itu termasuk dalam 7 golongan yang akan mendapat naungan Allah di hari kiamat kelak.

    Remaja ini suka kepada perkara-perkara yang menghiburkan dan melalaikan jiwa mereka dari mengingati Allah..sungguhpun program ini tidaklah 100% membuatkan remaja benar2 cinta kepada masjid, tapi usaha yang kecil ini jangan sekali-kali dipandang mudah.. kita hanya mampu berusaha..

    Adik-adik.......sinar cahaya yang membawa kebahagian dunia dan akhirat itu ada dimana-mana sahaja disekeliling kita..cuma, kadang-kadang kita tidak dapat menggapainya disebabkan?? mungkin tiada izin Allah kita mendapat sinar itu.. cuma, kalau kita tahu menghargai betapa bernilainya sebutir permata yang berkilauan..kita takkan membiarkannya bertebaran, oleh itu kutip lah ianya..mungkin kita tak berkesempatan untuk menemuinya lagi..
    posted by KRJ TERENGGANU @ 2:02 am   0 comments
    X-REK Pusat : Tinggal beberapa hari lagi
    Tuesday, December 20, 2005
    Assalamualaikum...

    Buat adik-adikku yang di kasihi....hmmmm...macam mana persiapan untuk ke x-rek pusat 23-26 Dis ni.. harap-harap adik-adik semua telah bersedia dari segi mental, fizikal dan spiritual untuk menghadapi cabaran yang kita semua pun tidak tahu apa dia, sehinggalah kita sendiri yang menghadapinya pada hari berlangsungnya program ini..

    Harap adik-adik dah sediakan peralatan yang perlu di bawa seperti selipar, pakaian trekking, selimut, peralatan mandi, cawan bagi setiap peserta, dan kelengkapan-kelengkapan yang secukupnya sepanjang 3 hari program ini berjalan.

    Harapnya adik-adik dah bersedia untuk menghadapi tugas yang menanti setelah pulang dari x-rek nanti iaitu menjadi kelompok perintis 'Remaja Dua't' yang akan menjadi sebahagian dari penggerak KRJ Terengganu untuk merealisasikan aspirasi 'Remaja Memimpin Remaja' (RMR).

    Semua peserta dari kontinjen terengganu akan bertolak pada jam 10.00 pagi 23 Dis 05, berkumpul di SRIAAD bagi peserta yang datang dari Dungun dan K.Terengganu. Bagi peserta dari kertih hendaklah berkumpul di SRIAAK, manakala peserta dari Kemaman akan berkumpul di SMIAAK..

    Kenali pemandu adik-adik sepanjang perjalanan ke x-rek pusat iaitu Abg Din sendiri, Abg Anuar bersama isterinya... semoga bergembira sepanjang perjalanan merentasi jarak yang jauh..

    Sebelum pergi...berdoa banyak-banyak dan mintalah restu ibu bapa, semoga segalanya di berkati dan di rahmati sepanjang program ini berjalan

    Pasang azam dan niat...KRJ Terengganu akan tawan x-rek pusat!!! insyaAllah

    wassalam
    abang din..
    posted by KRJ TERENGGANU @ 1:27 am   0 comments
    Senarai Peserta ke X-REK Pusat 23-26 Disember 2005
    Sunday, December 18, 2005
    Salam...


    Berikut adalah senarai nama 12 orang peserta yang telah terpilih ke X-REK Pusat.. KRJ Terengganu akan menghantar 2 kumpulan...2 pengiring bagi satu kumpulan...

    Pengiring :
    1. Hj Fakhrul Anuar Bin Zulkawi (Pengarah KRJ Terengganu)
    2. Md.khairudin Bin Hasim (Timb SU KRJ Terengganu)
    3. Muhammad Anuar Bin Johari (AJK KRJ Terengganu)
    4. Nurul Huda Bte Meor Hashim (AJK KRJ Terengganu)

    Kedudukan Akhi Fakhrul sebagai pengiring mungkin akan berubah mengikut keadaan, kerana pada hari 23 hb beliau ada mesyuarat JIM Negeri...

    Peserta ikhwah.

    1. Mohamad Nazrin Syafiq Mohd Nasir (900530-03-5627 )
    2. Aanal Asybahi Bin Idris (900118-85-5025 )
    3. Muhammad Mus'ab Bin Muzahar (900818-11-5191)
    4. Ahmad Furqan Bin Khairuddin (900713-91-5053 )
    5. Ahmad 'Umair Bin Wan Mohamad Muzani (901025-11-5321)
    6. Mohamad Zarifullah Bin Zainuddin (900125-11-5015 )


    Peserta Akhawat

    1. Najibah Mahirah Bte Hj Awang (910501-11-5776)
    2. Wan Nurul Husna Bte Wan Mohammad Rosdi (910425-01-5914)
    3. Maisarah Bte Zulkifli (910214-11-5456 )
    4. Nur Ilyana Amani Bte Mohd Nasir (910720-11-5336)
    5. Qistina Insyirah Bte Abdul Rashid (910716-11-5202 )
    6. Nur Izzah Bte Fakharuldin (911117-08-5640)

    Team dari terengganu akan menawan X-REK Pusat...InsyaAllah

    Yang Benar
    Md.Khairudin Bin Hasim
    Timb SU KRJ Terengganu..
    posted by KRJ TERENGGANU @ 11:49 am   1 comments
    X-REK Pusat : Pesanan buat adik-adikku
    Salam....

    Alhamdulillah....kita telah pun selesai menghadapi dua buah X-REK yang diadakan pada 8-10 Dis 2005 dan 15-16 Dis 2005....

    Kini??? sudah tiba masanya adik-adik semua akan berhadapan dengan kemuncaknya iaitu XPDC Remaja Kental peringkat pusat... yang mana ianya akan mencabar mental dan fizikal adik-adik... jangan sia-siakan peluang yang dikutip sepanjang 2 buah X-REK yang lepas...walaupun ianya tak selengkap mana, tetap akan ada sebahagian yang akan kita gunakan ketika di sana nanti..InsyaAllah...

    Adik-adik akan berjumpa dengan ramai peserta dari seluruh malaysia, yang mempunyai pelbagai ragam dan perangai... buat la hubungan baik dengan mereka...bina ukhuwah yang sebaik-baiknya kerana ianya akan membantu adik-adik lebih maju ke hadapan dalam gerakan dakwah remaja di sini...

    Ingatlah harapan kami di sini...abang din, abang fakhrul dan kepimpinan JIM disini mengharapkan adik-adik yang 12 orang ini yang telah di bimbing dalam X-REK sebanyak 3 kali, akan menjadi perintis kepada gerakan dan akan menghasilkan momentum yang padu terhadap KRJ Terengganu di sini demi untuk merealisasikan Remaja Memimpin Remaja (RMR) dan juga untuk menghasilkan 'Remaja Du'at' . Sebab itulah kami bersedia menghantar kelompok yang ramai untuk ke X-REK Pusat, dengan kos yang bukan sedikit untuk dibelanjakan..

    Beratkan tanggungjawab dan begitu tinggi harapan yang kami beri...

    Kami telah mencurahkan segalanya...terpulang lah pada adik-adik bagaimana untuk digunakan...
    cuma!! jadilah insan yang bertaqwa dan beriman serta istiqamahlah di jalan Allah...insayaAllah kita akan beroleh kebahagian bukan sahaja di dunia, malah di akhirat kelak.

    Buat tatapan adik-adik...lakukan lah yang terbaik sepanjang X-REK Pusat berjalan...jaga disiplin dan jangan timbulkan masalah sehingga mencemarkan nama baik team kita...

    InsyaAllah...marilah kita berdoa supaya urusan kita di mudahkan dan mendapat rahmat dan keberkatan dari Allah... dan akhirnya marilah kita pasang niat dan azam untuk menawan X-REK Pusat...

    Wassalam..
    Abg Din...
    posted by KRJ TERENGGANU @ 2:07 am   0 comments
    X-REK ke-2 : Realiti dan Pengalaman
    Assalamualaikum...

    Alhamdulillah kita telah pun selesai mengharungi X-REK ke-2 yang di adakan di Sek Rendah Islam Al Amin Kerteh pada 15-16 Disember 2005. Penyertaan seramai 7 orang yang akan ke X-REK pusat.. baki 5 orang lagi tidak dapat menghadirkan diri kerana masalah yang tak dapat di elakkan.... seramai 12 orang ni akan di hantar oleh KRJ Terengganu ke X-REK Pusat.

    Ianya adalah sebahagian daripada latihan untuk menghadapi X-REK pusat pada 23-26 Disember 2005 juga lanjutan dari X-REK 8-10 Disember 2005... Asyik X-REK saje sepanjang bulan 12 ni yea..itu lah realiti yang perlu adik2 lalui...

    Nak kongsi cerita tentang X-REK ke-2 ni, tapi tak lah secanggih X-REK yang pertama dulu.. Program bermula selepas isya' di Al Amin Kerteh... program kali ini adalah berdasarkan X-REK pusat 50-50 fikrah dan fizikal...

    Pengisian pertama di sampaikan oleh Akhi Mohamad (Pengerusi JK Belia JIM Terengganu).. mengupas secara keseluruhan buku risalah usrah yang pertama juga turut di bantu oleh Akhi Fakhrul..

    Apa yang seronok nak di cerita kan ialah, adik-adik kita ni pandai bertanya soalan...ada kala nya soalan2 yang di ajukan tu cukup mencabar penyampai untuk menjawabnya... ada yang tanya tentang islam hadhari...sampai 3 orang bangun untuk menjawabnya... Hebat!!! ini lah remaja dua't yang kita cari... Habis hampir jam 12 tgh malam...al maklum mereka ni tak mengantuk...nak tau kenapa? sebab mereka ni kental-kental belaka orangnya...

    Habis santapan fikrah.... santapan 'perut'pula menanti...di jamu dengan juadah minum malam sebelum melelapkan mata.... agak kelakar juga Hj Muzahar (SU JIM Negeri) melayan keletah adik-adik remaja ni yang mana kalau di layan tak kan tidur sampai ke subuh... walaupun sudah agak berumur tapi jiwanya sentiasa 'muda'...heheh. jgn marah akhi!!

    Sebelum tidur, mereka diamanahkan untuk membuat tilawah Al Quran surah Al Mulk...sebelum bangun jam 4.30 pg utk qiamullail..

    Bangun qiam agak lewat sedikit kerana mereka tidur lewat..tapi alhamdulillah dapat juga buat akhirnya... solat subuh dan bacaan maathurat.. hehehe 'rupa-rupanya abang din tewas di dalam sebalik faham nya beliau membaca maathurat'... selepas tu adik-adik kita ni diberi masa rehat... sarapan dan sambung semula pengisian fikrah jam 8.30 pagi... soalan bertalu-talu diajukan kepada penyampai (Akhi Mohamad dan Akhi Fakhrul)....di bantu juga oleh Hj Nuzahar. Boleh tahan juga mereka ni ya... ini la dia generasi perintis yang akan merencanakan perjalanan KRJ Terengganu sepanjang tahun 2006...kami yang dah berusia sedikit ni hanya sebagai fasilitator... insayaAllah harapan ini aka berjaya hendaknya...

    Jam 10.30 pagi...adik-adik ini telah di bawa ke suatu tempat untuk trekking....tak jauh cuma 2km je... bagi mereka tiada masalah sebab dah mengharungi X-REK yang pertama, berjalan kaki sejauh 7 km.. mereka berjalan menyusuri tebing sungai kerteh berlatarbelakangkan perkampungan nelayan yang kadang kala mengusik ketenteraman hati ini... menghayati keindahan muara sungai kerteh sudah cukup membuatkan kami semua rasa teruja betapa hebatnya kekuasaan Allah s.w.t yang menjadikan pantai, pertemuan dua air yang tiada bercampur antaranya seolah-olah mempunyai sempadan antara keduanya... Subhanallah... beruntungnya adik-adik ini....

    Pengisian ringkas di sampaikan ketika adik-adik sedang berehat di atas batu-batu yang terhampar indah berlatarbelakangkan lautan luas yang sudah tentu menggamit perasaan yang bermacam bentuk... Sekali lagi kita dapat melihat betapa hebatnya kekuasaan Allah..

    Itu lah dia..betapa unik nya X-REK ni, dapat melalui pengalaman baru disamping menghadapi dan mengharungi realiti alam ciptaan Allah.. Adik-adik ni diberi peluang mencuba laluan berhalangan kepunyaan PLKN yang mana laluannya mencabar kekuatan fizikal adik-adik ini.

    Satu cerita best yang abang nak bagi tau...seorang peserta terjatuh dalam kolam ketika hendak menyeberangi kolam itu dengan bergayut di atas.... nak tau siapa dia? dia lah Munzir... anak Hj Muzahar kita ni...kesyian dia basah kuyup..tapi takpe, sebahagian ujian untuk mengentalkan diri...

    Selepas itu, mereka berjalan pulang dengan menaiki kereta ke Al Amin... bersiap untuk solat jumaat... sedikit majlis penutup ringkas diadakan.... Akhi Fakhrul sekali lagi menekankan bahawa...kelompok yang 12 orang ini akan menjadi perintis kepada seminar pembangunan remaja du'at yang mana adik-adik ini juga akan menjadi sebahagian tenaga kerja dan penggerak KRJ Terengganu demi untuk merealisasikan RMR (Remaja Memimpin Remaja) insyaAllah...

    Adik-adik...inilah yang adik-adik kena pikul di atas tanggungjawab yang telah diamanahkan walaupun dalam usia yang begitu muda... kuatkan iman,taqwa,azam dan jatidiri dan mohonlah kepada Allah agar dimudahkan urusan oleh Allah... InsyaAllah...


    Abang Din
    Kerteh
    2.05 am...
    posted by KRJ TERENGGANU @ 2:06 am   0 comments
    Moga Cikgu Asri Cepat Sembuh..
    Friday, December 16, 2005
    Sekembali saya bersama anak usrah saya akh Ammar (SM Teknik Dungun) dari Kota Bharu ke Dungun hari Khamis minggu lepas 8 Disember 2005 untuk menyertai X-REK KRJ Terengganu, saya menerima sms daripada Cikgu Asri, bekas mualim SMIAA Kemaman dan penggerak KRJ Kemaman, yang beliau telah ditimpa kemalangan kereta di Paka dan berada di wad kecemasan di Hospita Besarl Kuala Terengganu (HKT). Kebetulan ketika itu kami baru sahaja sampai ke Kuala Terengganu dan terus memandu kereta kami menuju HKT untuk menziarahi beliau sekitar pukul 3.30 ptg. Sesampai di wad tersebut dan menemui ahli keluarga beliau, kami terus menziarahi beliau serta memberikan kata-kata peransang buat beliau moga bersabar atas apa yang berlaku dan mendoakan semoga beliau cepat sembuh. Saya juga terus memaklumkan kepada semua sahabat menerusi sms supaya dapat menziarahi beliau.

    Semalam Khamis 15 Disember 2005, selepas selesai urusan kerja di Bank Islam Kuala Terengganu, sekali lagi saya menziarahi beliau bersama Abang Din dan Abang Hakim. Beliau baru sahaja selesai 'operation' memasukkan besi di tulang peha beliau yang patah. Beliau masih lemah dan terbaring di katil Wad Otopedik 4ef. Moga beliau cepat sembuh, inshaAllah. Kami turut menderma darah atas rayuan beliau juga sebelum ini (kecuali saya kerana 'gagal' memenuhi spesifikasi hospital utk layak menderma..he he).

    Di pagi Jumaat ini, sahaja terbaca dua hadis tentang keutamaan menziarahi orang sakit :

    1. Nabi s.a.w. bersabda : "Sesungguhnya seorang muslim jika ia menjenguk saudaranya (yang sedang sakit), maka seakan-akan ia berada di "Khurfatul Jannah". Beliau s.a.w. ditanya: "Apa itu Khurfatul Jannah?" Beliau menjawab : "Buahnya (ditaman syurga)."
    (Hadis sahih, lihat Sahih Sunan at-Tirmizi (I/285))

    2. Nabi s.a.w. bersabda : " Tidaklah seorang muslim menjenguk seorang muslim di pagi hari, kecuali 70,000 malaikat akan mendoakannya hingga ke petang. Dan jika ia menjenguknya di malam hari, maka 70,000 malaikat akan mendoakannya hingga pagi hari. Dan baginya taman (buah) di Syurga."
    (Hadis sahih, lihat Sahih Sunan at-Tirmizi (I/286))

    Antara doa yang elok dibaca seperti yang diajar oleh Rasulullah s.a.w. :

    "As alulLahal 'azheem, rabbal 'arsyil 'azheem, an yashfiyaka"
    (aku memohon kepada Allah Yang Maha Agung, Rabb 'Arasy yang agung agar menyembuhkanmu". Sebanyak 7 kali, kecuali dia akan diberi kesembuhan)
    (Hadis sahih, lihat Sahih Sunan at-Tirmizi (I/210))

    Jom ziarahi beliau.. Moga Cikgu Che Wan Asri cepat sembuh inshaAllah dan kembali bersama menggerakkan aktivisme remaja...
    posted by Fakhrul Anuar Zulkawi @ 12:22 pm   0 comments
    Cinta Kerana Allah
    Dipetik daripada buku mengenai do'a dan zikir kumpulan dari as-Sunnah yang sahih yang diambil dari kitab asli yang berjudul "Azkaarul Yaumi wal Lailah" oleh Sheikh 'Alaudin bin Yusuf al-'Utaibi (dialih bahasa kepada Do'a dan Zikir Harian Menurut Tuntunan as-Sunnah Yang Sahih, Pustaka Ibn Katsir, Feb 2005) dimana Allah SWT telah menjelaskan bahawasanya ketenangan hati adalah pada zikir kepada-Nya, maka sudah menjadi keharusan bagi setiap muslim dan muslimat bahawa berzikir merupakan unsur kebahagian dan jalan menuju kepada-Nya. Zikir adalah merupakan pangkal dari syukur, orang yang tidak berzikir adalah orang yang tidak bersyukur kepada Allah. Sehingga zikir dan syukur adalah paduan kebahagian dan kejayaan.

    Disebut dalam satu hadis hasan, Sahih Sunan Abi Dawud (III/965), bahawa jika seseorang mencintai seseorang kerana Allah, maka ucapkanlah kepadanya :

    " Inni uhibbuka filLah"
    (sesungguhnya aku mencintaimu kerana Allah)

    Sebagai jawapan kepada ucapan tersebut, maka ucapkanlah :

    "AhabbakaAllahullazii ahbabtani lahu"
    (semoga Allah mencintaimu, yang kerana-Nya engkau mencintaiku)

    Bermakna cinta yang sebenar disandarkan kepada Allah dan segala yang mendatangkan keredhaan Allah semata-mata.

    Dipetik daripada Hadis riwayat Muslim (IV/2007), sekiranya seseorang berbuat baik kepada kita, maka ucapkanlah kepada beliau :

    "Jazaakallahu khairan"
    (mudah-mudahan Allah membalasmu dengan kebaikan)

    Moga kita sentiasa di atas sunnah Nabi s.a.w. sentiasa, inshaAllah.

    (dikongsi semasa kuliah subuh yang disampaikan penulis kepada peserta X-REK KRJ Terengganu pada 10 Disember 2005 di SRIAAD)
    posted by Fakhrul Anuar Zulkawi @ 11:47 am   0 comments
    LOVE U... I MISS U... AKU CINTA PADAMU...
    Thursday, December 15, 2005
    Inilah sebahagian drp ungkapan asmara yg sering dituturkan mereka yg sedang 'mabuk cinta'. CINTA, ia mmg mudah diucap, tetapi adakah kita semua jelas dan memahami akan makna disebaliknya? Saya percaya, tentu ramai yg ragu2 serta berteka-teki dlm permasalahan utk membabitkan diri dlm perkara ini.

    Cinta sebenarnya adalah 'MAHABBAH' yg bermaksud perasaan kasih sayang yang sukar diterjemahkan. Cinta merupakan satu gelodak rasa dan emosi yg lahir drp hati nurani yg luhur dan suci. Tidak boleh dipaksa serta dibeli dgn wang ringgit. Seperti lagu Aris Ariwatan 'Cinta Tak Kenal Siapa' dan nyanyian kumpulan Budak Kaca Mata 'Cinta Tak Perlu Dipaksa'. Berbalik kpd 'MAHABBAH' tadi, secara khusus ia adalah suatu kecintaan padu yg sepatutnya hanya tertumpu utk ALLAH SWT. Dalam tasawuf, 'MAHABBAH' bererti patuh kpd ALLAH dan membenci perbuatan yg menyalahi perintahNya.

    Ttg cinta-mencintai ini, ALLAH berfirman dlm Al-Quran:- "... ALLAH akan mendatangkan suatu kaum yg ALLAH cintai mereka dan mereka pun mencintaiNya..." Al-Maidah, ayat 54 " Jika kamu benar2 mencintai ALLAH, ikutilah Aku, nescaya ALLAH mengasihi dan mengampuni dosamu..." Al-Imran, ayat 31 Ternyata, walau mcmana sekalipun, cinta terhadap ALLAH sepatutnya didahulukan. Ini kerana, apabila kita mengetahui hakikat ketuhanan yg sebenarnya,InsyaAllah kita dpt membezakan yg mana intan dan yg mana kaca.

    Falsafah ada menyatakan, 'Cintai diri sendiri, sebelum memberi cinta pada org lain' Tentu anda pernah mendengar nama Rabi'atul Adawiyah, seorg wali wanita yg hidup atr 95 - 185 hijrah. Cinta Rabi'atul padaNya merupakan cinta suci, murni dan sempurna menyebabkan beliau korbankan hidupnya semata-mata utk beribadat kpd ALLAH SWT.

    Saudara dan saudari, apakah definisi cinta pd pandangan anda??? Adakah bercumbu-cumbuan dan berpeluk-pelukan di khalayak tandanya cinta??? Atau... adakah dgn ucapan romantis serta berpegangan tgn akan terasa nikmatnya cinta mahupun sbg bukti kasih sayang yg kononnya cinta suci??? Jelas suatu pendustaan sekiranya seorg lelaki berkata dia benar2 mencintai seorg perempuan sdgkan pada masa yg sama mencemarkan maruah, kesucian dan iman temannya.

    Diakah yg diharapkan menjadi teman melayari bahtera kehidupan utk sama2 mendarat di pulau impian??? Lelaki yg benar2 mencintai pasangannya tidak akan mencemarkan kekasihnya walau sekadar bersentuhan sbg bukti cinta. AWAS!!! Semua perlakuan itu adalah hasutan nafsu godaan SYAITAN... Secara jujur, seorg lelaki yg sememangnya jatuh cinta terhadap seorg perempuan yg diminatinya akan menunjukkan sikap, sifat serta penampilan yg meyakinkan insan yg dicintainya. Tetapi, berhati-hatilah krn sesetgh drp sikap yg penuh sopan santun itu, kekadang penuh pula dgn kepura-puraan.

    INGATLAH!!! Cinta yg murni bukanlah cinta sang monyet, cinta yg melompat-lompat dan begitu rapuh... Ia juga bukan spt cinta antara 'Romeo dan Juliet', mahupun cinta 'Laila dan Majnun'...

    Tetapi, nikmat cinta itu lahir spt cintya Rasulullah dgn Khadijah Aisyah serta Saidina Ali dgn Fatimah. Jgnlah terlalu terburu2 merebut cinta murahan yg berkeliaran krn ia bakal menjadi virus perosak kpd kehidupan yg penuh peradaban.

    Wahai sahabatku... Serahkanlah cintamu pada yang SATU. Tentu kamu juga pernah atau sdg dilamun cinta, namun bukan bermakna blh berkorban jiwa dan raga.

    CINTAILAH ALLAH SWT MELEBIHI SEGALA-GALANYA KERANA CINTA YG ABADI DAN HAKIKI PASTI AKAN BERBALAS DGN PELBAGAI NIKMAT YG TIDAK TERHITUNG... InsyaAllah...

    Wallahu'Alam... "
    posted by Anonymous @ 12:16 am   0 comments
    penat tapi best
    Tuesday, December 13, 2005
    akum semua..

    hmm... nak menulis pun masih terasa lenguh lagi, tapi happy sangat. sebab program kali ni boleh dianggap sangat berjaya. hmm.. tahun 2006 pastinya lebih mencabar lagi dengan pelbagai program menanti. semuanya demi untuk mentarbiah diri sendiri dan adik2 semua menjadi insan soleh dan musleh.

    salam perjuangan mengislah diri dan masyarakat..
    al-hakimy
    posted by Anonymous @ 5:23 pm   0 comments
    Daftar menjadi ahli KRJ secara online!
    Assalamua'alaykum warahmatullah.

    Pada yang belum mendaftar menjadi ahli KRJ, adik-adik boleh daftar di sini . Dapatkan kebenaran ibubapa dulu ye.

    Jom join forum KRJ!
    posted by KRJ TERENGGANU @ 2:49 am   0 comments
    TESTING MAIL....
    Monday, December 12, 2005
    Cubaan...jangan marah wahai Moderator.

    Muzahar Hitam
    SU JIM TRG
    posted by Anonymous @ 2:03 am   1 comments
    Latihan ke-2 X-REK Terengganu 2005
    Latihan ke-2 X-REK Terengganu 2005
    seramai 12 orang peserta tingkatan 3, tahun 2005
    6 lelaki dan 6 perempuan.
    Latihan ke-2 ini adalah susulan X-REK Terengganu yg diadakan pada 8-10 Dis 05 dan sebagai persediaan ke X-REK Pusat
    mereka insan istimewa, terpilih utk ke X-REK Pusat pada 23-25 Dis 2005
    Tarikh :
    15-16 Dis 2005
    bermula jam 8.00 mlm 15/12 dan berakhir pada
    5.00 ptg 16/12/05
    Tempat :
    Sek Rendah Islam Al Amin Kerteh
    maklumat lanjut boleh hubungi
    Akhi Md.khairudin Hasim
    ......Selamat ber X-REK.....
    posted by KRJ TERENGGANU @ 1:18 am   0 comments
    Berakhirnya Sebuah X-REK
    Salam...

    Di kesempatan ini ana ingin berkongsi pengalaman sepanjang XPDC Remaja Kental (X-REK Terengganu) yang diadakan pada 8 - 10 Dis 2005 bertempat di Sek Rendah Islam Al Amin Dungun. Seramai 17 peserta lelaki dan 13 peserta perempuan, di jana perjalanan X-REK mereka dengan 7 orang AJK JKPR dan 3 orang fasilitator dari karisma dungun.

    Bermula pada khamis petang dengan sesi pendaftaran dan disajikan dengan minuman petang. Berduyun-duyun peserta hadir melaporkan diri yang hadir dari pelbagai daerah seperti Kuala Terengganu, Dungun dan Kemaman. Walaupun penyertaan terbuka kepada pelajar sekolah menengah, tetapi X-REK kali ini telah menerima peserta paling muda yang berumur 11 tahun daripada K.Terengganu. Betapa semangatnya ibu bapa nya yang ingin anaknya mengikuti program bermanfaat sepanjang cuti sekolah. Alhamdulillah, syukran.

    Ice breaking di hidang, sebagai tanda menyambut tetamu X-REK 2005, ternyata wajah-wajah yang hadir dihiasi dengan kegembiraan, keriangan juga timbul pelbagai tanda tanya. Solat maghrib, kuliah maghrib sebagai juadah pertama utk pengisian rohani mereka diikuti dengan solat isya' berjamaah.. kenyang sudah jiwa mereka,perut pula menjadi taruhan makanan yang dimakan...Alhamdulillah Allah telah memberi ubat kepada penyakit lapar...

    Program selepas isya' adalah pembentukan kumpulan.. terdapat 6 kumpulan...3 lelaki dan 3 perempuan...Peserta diminta mencipta bendera kumpulan masing-masing dan membuat persembahan terhadap hasil kerja mereka dan kelebihan kumpulan mereka berdasarkan nama kumpulan yang telah di beri.. Itulah remaja, zaman yang dihiasi dengan kegembiraan, keriangan.. bermacam ragam dan gaya yang dilontarkan sepanjang sesi pembentukan kumpulam berjalan. Sesi ini di kendalikan sendiri oleh Pengarah Program.

    Mereka juga disajikan dengan lagu tema sebagai satu jalan utk merapatkan ukhuwah sesama peserta... laungan lagu 'Akrab Persahabatn' , 'Satu perjuangan' , 'Rasulallah' , dan 'Doa perpisahan' menggamatkan suasana dewan sekolah tersebut... ish..berbakat juga mereka menyanyi...termasuklah urusetia dan fasi.

    Hari kedua di buka dengan Qiamullail,solat subuh, serta kuliah dan riadhah. Majlis perasmian bermula jam 9.00 pagi di rasmikan oleh SU JIM Terengganu Hj Muzahar Bin Hitam.. Beliau turut berkenan merasmikan laman blogspot KRJ Terengganu http://krj-net.blogspot.com..

    Selepas itu pengisian satu, dan eksplorasi Al Quran... peserta pergi solat jumaat di Masjid Pak Sabah Dungun.. balik solat dihidangkan makanan... lepas makan hmmmm.. mengantuk. tapi tidak!! mereka ada game (LDK).. uji minda dan explorace lepas asar... malam nya pula persembahan kumpulan dan debat.. begitu bebakatnya mereka... ada yang pandai berlakon..menyanyi... maklumlah jiwa remaja..begitulah al kisahnya..malam nya ditutup dengan mencari nur Allah.. tadarus surah Al Mulk menjadi pengisian..

    Hari ketiga pula, dihiasi dengan Qiam, kuliah subuh...persediaan mendaki bukit bauk telah pun dibuat seawal pagi. bermula dengan warming up dan seterusnya sarapan.. mereka di hantar ke kaki bukit bauk utk memulakan pendakian. Jarak ke puncak adalah lebih kurang 2 km... naik dan turun adalah 4 km menyusuri laluan tar telekom malaysia. semua nya bersemangat...tiba-tiba, apabila sampai di tempat curam....keletihan dan kepenatan tergambar di setiap wajah-wajah peserta...ada juga yang hampir tewas... tapi abang2 dan akak2 fasi memberi kata semangat kepada mereka... 1 jam 15 minit pendakian, sampai la kepuncak... bergambar kenangan...dan bersembang dengan kakitangan telekom...

    Berada di puncak... Ya Allah betapa indahnya ciptaan Mu di muka bumi ini yang tak perna aku kecapi semasa berada di permukaannya... Subhanallah..

    Selepas 30 minit di puncak. mula turun kebawah.. bila turun cepat sedikit berbanding mendaki.. sampai di bawah, di beri masa berehat sebelum meneruskan perjalanan berjalan kaki utk pulang ke Al Amin...menyusuri laluan paya, belukar dan tanah lapang sejauh 3 km... jadi semuanya 7 km... begitu kental jiwa2 mereka... Subhanallah.. kumpulan pertama di lepaskan jam 12.00 t/hr.
    Kumpulan terakhir berjalan kaki tiba jam 2.30 petang..

    Jam 12.45 t/hr , Insiden kenangan manis semasa dalam perjalanan pulang, kenderaan ford ranger 4x4 yg di pandu oleh peng. prgrm utk menghantar bekalan air minuman kepada peserta terkandas di kawasan selut selama hampir 2 jam lebih.. Jaraknya 1 km dari peserta yang berjalan kaki...10 org termasuk ajk dan peserta membantu utk mengeluarkan kenderaan itu dari kawasan selut, tapi gagal...

    Itulah hikmahya yang Allah telah beri...mereka bersatu dalam semangat 'team work' walaupun dalam keadaan kelaparan dan kehausan di bawah terik mentari.. setiap idea yang dilontarkan diterima dan dilaksanakan tanpa banyak soal utk menyelesaikan masalah tersebut... cuba dan terus mencuba, tapi tewas kerana berat kenderaan itu lebih berbanding jumlah berat yg 10 org tu. towing car digunakan utk menarik keluar kenderaan itu dari kawasan selut... tak smpi 10 minit, berjaya di tarik.. sempat berposing istimewa bersama dengan ranger yang terbenam...

    Selepas selesai, pulang ke Al amin dan tiba jam 3.10 ptg... aduh....letih teramat sangat... bermacam seri wajah bagi 10 org itu.... bersiap utk majlis penutup yang dirasmikan oleh Hj Muzahar sekitar jam 4.00 ptg.. penyampaian hadiah dilaksanakan... peresentation gambar2 sepanjang X-REK di laksanakan oleh pengarah program... disitulah kita dapat melihat gelak tawa mereka, apabila gambar mereka di rakam..

    Diakhiri dengan lagu akrab persahabatan dan doa perpisahan... shahdunya.. tahniah adik-adik ku, kerana dikau telah berjaya menghadapi X-REK Terengganu 2005 hingga keakhirnya selama 3 hari 2 malam..

    Wahai adik-adik ku... dikaulah permata kesayangan ayah dan bonda... dikaulah menjadi harapan yang tinggi oleh ayah dan bonda mu...

    Wahai adik-adik ku... kehadiran mu didunia ini di tatang bagai minyak yang penuh... ayah dan bonda mu sanggup bergadai nyawa dan harta benda utk membesarkan mu dan mendidik mu memberikan sebanyak kasih sayang yg tak terhingga nilainya sehingga dikau cemerlang dan hidup riang hingga ke hari ini...

    Ingatlah adik-adik ku... kita telah banyak menyusahkan ayah dan bonda sepanjang penghidupan kita... tapi ayah dan bonda kita tak pernah pun mengambil kira semua tu..

    Tetapi... apa yang yang kita telah beri pada ayah dan bonda??? adakah kegembiraan.....atau kesedihan.... ingatlah... titisan air mata kegembiraan ayah dan bonda terhadap kejayaan kita cukup utk menggembirakan hati mereka..

    Adik-adikku sayang... jangan lah buat hati ayah dan bonda terluka dan terseksa dengan sikap dan perangai kita kerana mereka sudah puas merasai keperitan semasa melahirkan dan membesarkan kita... adakah kita tahu dan ingat semua itu???

    Muhasabahlah diri kita sendiri, cermin diri dan nilailah diri ini sepanjang penghidupan ini...

    Sekadar luahan.... utk kita kongsi bersama ... wallahualam

    Abang Din...
    X-REK Terengganu 05
    posted by KRJ TERENGGANU @ 12:08 am   0 comments
    REMM - Deraf Konsep Untuk Dibincangkan
    Sunday, December 11, 2005
    Salam,

    Sebagaimana yang telah dibincangkan oleh JK KRJ Dungun selepas post-mortem program 3R (Remaja Ra'ikan Ramadhan) di Masjid Tengku Intan Zaharah yang lalu, Cikgu Hjh Ribuan mencadangkan supaya diadakan program susulan selepas 3R dan idea REMM ditimbulkan. REMM atau Remaja Makmurkan Masjid merupakan program mengumpul remaja setiap bulan di masjid atau masjid-masjid yang dipergilirkan di setiap daerah.

    Objektif REMM :

    1- Mengumpul semua capaian dakwah remaja di setiap daerah yang diusahakan penggerak dakwah remaja (para guru/aktivis) setiap bulan bagi memakmurkan masjid;

    2- Mewujudkan dan menyediakan program tarbiah yang berterusan kepada capaian dakwah remaja dengan menjadikan masjid sebagai pusat tarbiah bulanan di setiap daerah;

    3- Menyediakan ruang interaksi JIM Daerah bersama masyarakat setiap bulan bagi memperkenalkan usaha-usaha pengislahan JIM bersama masyarakat;

    4- Menjemput ahli keluarga remaja (ibu bapa) untuk sama-sama berikitikaf di masjid setiap bulan.

    Sasaran : Semua remaja yang menerima capaian dakwah di setiap daerah

    Cadangan program :

    Hari Pertama (petang Khamis)

    6.30 ptg Berkumpul & mula iktikaf di Masjid
    7.00 mlm Solat Maghrib berjamaah/Mathurat
    7.30 mlm Makan Malam/Sambung Iftar (bagi yang berpuasa)
    8.15 mlm Solat Isyak berjamaah
    8.45 mlm LDK : Eksplorasi Tilawah al-Quran
    9.30 mlm Pengisian : Ceramah Tarbawi
    10.30 mlm Minum Mlm
    11.00 mlm Adab2 Tidur/Hafalan Do'a/Tidur

    Hari Kedua (Jumaat Pagi)

    4.30 pg Qiamullail
    5.45 pg Solat Subuh Berjamaah/Mathurat
    6.30 pg Renungan Fajar/Tadabbur al-Quran
    7.00 pg Sarapan Pagi
    7.30 pg Majlis Penutup
    8.00 pg Solat Duha & Bersurai

    JKPRN Terengganu di dalam mesyuarat ke-2 pada 2/12/2005 yang lalu telah memutuskan supaya program REMM untuk tahun 2006 ini dijadikan agenda dakwah bulanan oleh KRJ setiap daerah (KT, Dungun & Kemaman) dan akan menjadikan program 3R sebagai kemuncak program REMM yang diadakan setiap bulan (Jan-Sep 2006).

    Tarikh cadangan perintis REMM akan cuba diolah dan dilaksana oleh KRJ Daerah Dungun ialah pada 29-30 Disember 2005.

    Mohon pandangan dan cadangan semua pihak sehingga 15 Disember 2005 (dibuka selama lima hari dari sekarang). Jazakumullahu khairan kaseera.


    Dideraf oleh :
    Pengerusi JKPRNT Sesi 2005-2007
    emel : faz227@yahoo.com

    posted by Fakhrul Anuar Zulkawi @ 4:34 am   0 comments
    Muzakarah Pembangunan Remaja 2005
    Salam, jemputan ke :

    Muzakarah Pembangunan Remaja
    Negeri Terengganu 2005

    Tarikh : 17 Disember 2005 (Sabtu)
    Masa : 8.30 pg - 5.00 ptg

    Objektif :

    1- Mengumpul semua penggerak aktivisme pembangunan remaja di Terengganu di kalangan guru dan aktivis KRJ di Negeri Terengganu

    2- Menilai semula strategi dan satu dekad pengalaman aktivisme pembangunan remaja di peringkat negeri

    3- Menjana idea-idea baru pembangunan remaja di Terengganu

    4- Perkongsian strategi dan takwim JKPRN Sesi 2005-2007

    Siapa yang perlu hadir ?

    Pimpinan JIM Negeri & Daerah
    Guru-guru Sekolah Menengah
    AJK JKPR Negeri & Daerah
    Pengurus / Aktivis KRJ
    Pimpinan & Aktivis KARISMA Terengganu

    Untuk pengesahan kehadiran, sila balas mel ini atau hubungi :
    akh Md Khairudin Hasim
    posted by Fakhrul Anuar Zulkawi @ 3:48 am   0 comments
    X-ReK 2005 - Tempat Lapor diri dan Senarai Peralatan
    Friday, December 09, 2005

    "...Kerja besar membangun peradaban sedang berlangsung..."

    ________________________________________________________________________________


    X-ReK
    X-ReK
    X-ReK
    X-ReK
    X-ReK


    23-26 DISEMBER 2005


    Objektif :

    i- Mencetus kecenderungan remaja untuk memahami Islam dengan lebih mendalam;
    ii- Membentuk remaja kendiri;
    iii- Membina kemahiran kepimpinan di kalangan remaja;
    iv- Menanam minat remaja untuk melibatkan diri dengan aktiviti dakwah.


    Tempat Lapor Diri :

    Masjid UIA Gombak


    Waktu Lapor Diri :

    4.00 petang - 6.30 petang
    (Jumaat 23 Disember 2005)


    Sasaran peserta :

    6 orang ahli teras KRJ (3 lelaki, 3 perempuan) yang berada di dalam tingkatan tiga (PMR 2005)

    Nota : Definisi Ahli Teras KRJ (hasil Muzakarah JKPR 2005) ---> 1) Ikut program KRJ 60%, 2) Menjaga solat lima waktu, 3) Komited


    Yuran :

    Peserta KRJ - RM60 seorang
    Pengiring - RM60 seorang


    Peralatan yang perlu di bawa oleh peserta :

    Satu botol air bagi setiap peserta
    Satu kotak ubat nyamuk bagi setiap negeri
    Kotak ubat bagi setiap negeri
    Selipar bagi setiap peserta
    Pakaian secukupnya untuk 3 hari
    Peralatan mandi
    Selimut
    Pakaian trekking
    Ubat-ubatan peribadi ( bagi yang mengidap sakit – lelah, gastrik dsb )
    Alat tulis dan buku catatan
    Dua buah khemah bagi setiap negeri
    Satu Cawan bagi setiap peserta
    First Aid bagi setiap negeri

    Dibawakan khas oleh

    Jawatankuasa Pembangunan Remaja (JKPR) JIM Pusat


    dengan kerjasama

    Kelab Remaja JIM (KRJ) Kuala Lumpur

    dan

    Karisma Fasilitator (K-Fasi)



    Ikuti perkembangan selanjutnya!!!!!
    posted by Fakhrul Anuar Zulkawi @ 3:50 pm   0 comments
    Kamu Adalah Seorang Fakir Kepada Allah
    Anda adalah seorang fakir
    Kerana anda lahir tanpa pakaian walau sehelai benang
    Tiada sesuatu yang dapat menutup keaiban mu
    Mengharap titisan susu ibu mu yang dapat menghilangkan rasa dahaga sembilan bulan lamanya
    Mengharap pelukan dan ciuman kasih mesra yang dapat menghilangkan rasa takut mu menghadapi dunia penuh pancaroba
    Meskipun ibu mu itu engkau belum kenali lagi namanya dan tahu hati budinya

    Anda adalah seorang fakir
    Kerna anda mengharapkan kasih setia isteri mu
    Mengharapkan janji setia dari wajah manis secerah purnama
    Namun engkau belum pasti sampai bila noktah akhirnya
    Kalau-kalau panas di tengahari hujan pula yang menimpa
    Tika ada wang engkaulah raja gagah perkasa
    Bila poket mu kosong mungkin engkau hanyalah insan tiada harga

    Anda adalah seorang fakir
    Kerna anda mengharap kasih cinta anak-anak mu
    Engkau dahagakan ucapan sayang dan peluk rindu
    Dari bibir mongel dan wajah manis anak-anak mu
    Kedewasaan mereka menakutkan mu
    Engkau takut kehilangan mereka oleh teman barunya
    Entahkan baik budi atau buruk akhlaknya

    Anda adalah seorang fakir
    Kerna anda gelap gelita tanpa nur hidayah
    Meraba-raba sesat di hutan fatamorgana
    Melainkan engkau di beri lampu inayah dan hidayah
    Oleh Rabb dan Ilah yang Maha Perkasa

    Oleh itu wahai saudara
    Orang fakir mesti merendah diri
    Sujud dan syukur pada yang Esa
    Mengharap ampunan dan wajahNya yang redha
    Dari padang musafir dunia hingga ke alam syurga


    SM Ismail
    9 Disember 2005
    Serdang
    posted by Fakhrul Anuar Zulkawi @ 3:35 pm   0 comments
    Siapakah orang itu?
    Wednesday, December 07, 2005
    Assalamu'alaikum.

    Ada satu cerita yang ana nak kongsi bersama-sama dengan pelawat-pelawat laman ini...

    'Orang yang sombong adalah orang yang di beri penghidupan tapi tidak mahu sujud pada yang menjadikan kehidupan itu iaitu Allah Rabbul Alaamin, Tuhan sekelian alam. Maka bertasbihlah segala apa yang ada di bumi dan langit pada TuhanNya kecuali jin dan manusia yang sombong diri. '

    Siapakah orang yang telah mati hatinya?
    Orang yang telah mati hatinya adalah orang yang diberi petunjuk melalui ayat-ayat Qur'an, Hadith dan cerita2 kebaikan namun merasa tidak ada apa2 kesan di dalam jiwa untuk bertaubat.

    Siapakah orang dunggu kepala otaknya?
    Orang yang dunggu kepala otaknya adalah orang yang tidak mahu lakukan ibadat tapi menyangka bahawa Tuhan tidak akan menyiksanya dengan kelalaiannya itu dan sering merasa tenang dengan kemaksiatannya.
    Siapakah orang yang kuat?
    Orang yang kuat adalah orang yang dapat menahan kemarahannya ketika ia di dalam kemarahan.
    Siapakah orang yang lemah?
    Orang yang lemah adalah orang yang melihat akan kemaksiatan di depan matanya tidak sedikit pun ada kebencian di dalam hatinya akan kemungkaran itu.
    Siapakah orang yang bakhil?
    Orang yang bakhil lagi kedekut adalah orang yang berat lidahnya untuk membaca selawat keatas junjungan Rasulullah s.a.w.
    Siapakah orang yang buta?
    Orang yang buta adalah orang yang tidak mahu membaca dan meneliti akan kebesaran Al Qur'an dan tidak mahu mengambil pelajaran daripadanya.
    Siapakah orang yang tuli?
    Orang yang tuli adalah orang yang di beri nasihat dan pengajaran yang baik namun tidak diendahkannya.
    Siapakah orang yang sibuk?
    Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a.s.
    Siapakah orang yang manis senyumanya?
    Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang di timpa musibah lalu dia kata "Inna lillahi wainna illaihi rajiuun." Lalu sambil erkata,"Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuanMu ini", sambil mengukir senyuman.
    Siapakah orang yang menangis airmata mutiara?
    Orang yang menangis airmata mutiara adalah orang-orang yang sedang bersendiri lalu mengingat akan kebesaran Tuhan dan menyesal akan dosa-dosanya lalu mengalir airmatanya.
    Siapakah orang yang kaya?
    Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini.
    Siapakah orang yang miskin?
    Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang ada sentiasa menumpuk-numpukkan harta.
    Siapakah orang yang pandai?
    Orang yang pandai adalah orang yang bersiap siap untuk hari kematiannya kerana dunia ini berusia pendek sedang akhirat kekal abadi
    Siapakah orang yang bodoh?
    Orang yang bodoh adalah orang yang beriya-iya berusaha sekuat tenaga untuk dunianya sedangkan akhiratnya diabaikan.
    Siapakah orang yang maju dalam hidupnya?
    Orang yang maju dalam hidupnya adalah orang-orang yang senantiasa mempertingkat ilmu agamanya.
    Siapakah orang-orang yang mundur hidupnya?
    Orang yang mundur dalam hidupnya adalah orang yang tidak memperdulikan akan halal dan haramnya akan sesuatu perkara itu.
    Siapakah orang yang gila itu?
    Orang yang gila itu adalah orang yang tidak sembahyang kerana hanya dua syarat saja yang memperbolehkan akan seorang itu meninggalkan sembahyang, pertama sekiranya ia haid dan kedua ketika ia tidak siuman akalnya.
    Siapakah orang yang rugi?
    Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikkan.
    Siapakah orang yang selalu ditipu?
    Orang yang selalu di tipu adalah orang muda yang menyangka bahawa kematian itu berlaku hanya pada orang tua.
    Siapakah orang yang paling cantik?
    Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik.
    Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas?
    Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal amal kebaikan di mana kuburnya akan di perluaskan saujana mata memandang.
    Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit?
    Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidak membawa amal-amal kebaikkan lalu kuburnya menghimpitnya.
    Siapakah orang yang mempunyai akal?
    Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak kerana telah mengunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari siksa neraka.
    Siapakah org yg bijak?
    Orang yg bijak ialah org yg tidak membiar atau membuang artikel ini begitu sahaja, malah dia akan menyampaikan pula pada org lain.

    Wallahualam...
    posted by KRJ TERENGGANU @ 1:36 pm   0 comments
    Selesai Sudah Peperiksaan..
    Sunday, December 04, 2005
    Tahun 2005 kini diambang senja..demam exam pun dah reda..saya juga menerima beberapa sms daripada beberapa pelajar lepasan SPM 2005 (kira baru lepas la kan..) yang dibawah bimbingan saya..semua bersemangat nak join X-REK Terengganu kali ni..

    Cuma..dalam keseronokan kita "merdeka" daripada peperiksaan, harus diingat untuk kita gunakan masa lapang kita dengan sebaik-baiknya. Hadis nabi s.a.w. ttg kepentingan menjaga masa disebut seperti berikut :- "Rebutlah LIMA (keadaan) sebelum datang LIMA (keadaan) yang lain iaitu :-
    1. Masa MUDA sebelum TUA
    2. Masa LAPANG sebelum SIBUK
    3. Masa KAYA sebelum MISKIN
    4. Masa SIHAT sebelum SAKIT
    5. Masa HIDUP sebelum MATI

    (ditakhrij al-Hakim)

    Inilah "the essence of time management". Di dalam al-Quran juga terdapat ayat-ayat yang bermula dengan sumpah yang berkaitan masa seperti Surah al-'Asr yang sering kita baca itu. Kena muhasabah diri sendiri setiap hari samada kita telah mempergunakan masa kita dengan sebaik-baiknya. Jom kita gunakan masa kita sebaik-nya di X-REK 8-10 Disember ini inshaAllah...moga terus dirahmati dan tidak dalam kerugian!

    Boleh la belek2 amal tahun 2005 daripada sekarang..supaya tahun 2006 lebih baik lagi. InshaAllah.
    posted by Fakhrul Anuar Zulkawi @ 11:53 pm   0 comments
    Pesan Roh Kepada Manusia
    Sama-sama kita dapat pengajaran darinya.


    Apabila roh keluar dari jasad, ia akan berkata-kata dan seluruh isi
    alam sama ada di langit atau bumi akan mendengarnya kecuali jin dan
    manusia.

    Apabila mayat dimandikan, lalu roh berkata : "Wahai orang yang
    memandikan, aku minta kepadamu kerana Allah untuk melepaskan
    pakaianku dengan perlahan-lahan sebab pada saat ini aku beristirahat
    daripada seretan malaikat maut". Selepas itu, mayat pula bersuara sambil
    merayu :
    "Wahai orang yang memandikan, janganlah engkau menuangkan airmu dalam
    keadaan panas. Begitu juga jangan menuangnya dengan air yang dingin
    kerana tubuhku terbakar apabila terlepasnya roh dari tubuh".

    Apabila dimandikan, roh sekali lagi merayu :"Demi Allah, wahai orang
    yang memandikan jangan engkau menggosok aku dengan kuat sebab tubuhku
    luka-luka dengan keluarnya roh".

    Setelah dimandi dan dikafankan, telapak kaki mayat diikat dan ia pun
    memanggil-manggil dan berpesan lagi supaya jangan diikat terlalu kuat
    serta mengafani kepalanya kerana ingin melihat wajahnya sendiri, anak-anak,
    isteri atau suami buat kali terakhir kerana tidak dapat melihat lagi sampai
    Hari Kiamat.


    Sebaik keluar dari rumah lalu ia berpesan : "Demi Allah, wahai jemaahku,
    aku telah meniggalkan isteriku menjadi Balu. Maka janganlah kamu
    menyakitinya.Anak-anakku telah menjadi yatim dan janganlah kalian
    Menyakiti mereka. Sesungguhnya pada hari itu aku telah keluar dari
    rumahku dan aku tidak akan dapat kembali kepada mereka buat
    selama-lamanya".

    Sesudah mayat diletakkan pada pengusung, sekali lagi diserunya kepada jemaah
    supaya jangan mempercepatkan mayatnya ke kubur selagi belum mendengar suara
    anak-anak dan sanak saudara buat kali terakhir. Sesudah dibawa dan melangkah
    sebanyak tiga langkah dari rumah, roh pula berpesan: "Wahai Kekasihku, wahai
    saudaraku dan wahai anak-anakku, jangan kamu diperdaya dunia sebagaimana ia
    memperdayakan aku dan janganlah kamu lalai ketika ini sebagaimana ia melalaikan aku".
    "Sesungguhnya aku tinggalkan apa yang aku telah aku kumpulkan untuk
    warisku dan sedikitpun mereka tidak mahu menanggung kesalahanku".
    "Adapun didunia, Allah menghisab aku, padahal kamu berasa senang dengan
    keduniaan. Dan mereka juga tidak mahu mendoakan aku".

    Ada satu riwayat drp Abi Qalabah mengenai mimpi beliau yang melihat
    kubur pecah. Lalu mayat-mayat itu keluar dari duduk di tepi kubur
    masing-masing. Bagaimanapun tidak seorang pun ada tanda-tanda
    memperolehi nur di muka mereka. Dalam mimpi itu, Abi Qalabah dapat
    melihat jirannya juga dalam keadaan yang sama. Lalu dia bertanya kepada
    mayat jirannya mengenai ketiadaan nur itu. Maka mayat itu menjawab:
    "Sesungguhnya bagi mereka yang memperolehi nur adalah kerana petunjuk
    drpd anak-anak dan teman-teman. Sebaliknya aku mempunyai anak-anak yang
    tidak soleh dan tidak pernah mendoakan aku".

    Setelah mendengar jawapan mayat itu, Abi Qalabah pun terjaga. Pada malam
    itu juga dia memanggil anak jirannya dan menceritakan apa yang
    dilihatnya dalam mimpi mengenai bapa mereka. Mendengar keadaan itu,
    anak-anak jiran itu berjanji di hadapan Abi Qalabah akan mendoa dan
    bersedekah untuk bapanya. Seterusnya tidak lama sel epas itu, Abi Qalabah
    sekali lagi bermimpi melihat jirannya. Bagaimanapun kali ini jirannya
    sudah ada nur dimukanya dan kelihatan lebih terang daripada matahari.

    Baginda Rasullullah S.A.W berkata:
    Apabila telah sampai ajal seseorang itu maka akan masuklah satu kumpulan
    malaikat ke dalam lubang-lubang kecil dalam badan dan kemudian mereka
    menarik rohnya melalui kedua-dua telapak kakinya sehingga sampai
    kelutut. Setelah itu datang pula sekumpulan malaikat yang lain masuk
    menarik roh dari lutut hingga sampai ke perut dan kemudiannya mereka
    keluar. Datang lagi satu kumpulan malaikat yang lain masuk dan menarik
    rohnya dari perut hingga sampai ke dada dan kemudiannya mereka
    keluar.Dan akhir sekali datang lagi satu kumpulan malaikat masuk dan
    menarik roh dari dadanya hingga sampai ke kerongkong dan itulah yang
    dikatakan saat nazak orang itu."

    Abu Bakar R.A. telah ditanya tentang kemana roh pergi setelah ia keluar
    dari jasad. Maka berkata Abu Bakar R.A: "Roh itu menuju ketujuh
    tempat:-

    1. Roh para Nabi dan utusan menuju ke Syurga Adnin.
    2. Roh para ulama menuju ke Syurga Firdaus.
    3. Roh mereka yang berbahagia menuju ke Syurga Illiyyina.
    4. Roh para shuhada berterbangan seperti burung di syurga mengikut kehendak
    mereka.
    5. Roh para mukmin yang berdosa akan tergantung di udara tidak di bumi
    dan tidak d angit sampai hari kiamat.
    6. Roh anak-anak orang yang beriman akan berada di gunung dari minyak misik.
    7.Roh orang-orang kafir akan berada dalam neraka Sijjin,mereka diseksa
    berserta jasadnya hingga sampai hari Kiamat."


    Telah bersabda Rasullullah S.A.W: Tiga kelompok manusia yang akan
    dijabat tangannya oleh para malaikat pada hari mereka keluar dari
    kuburnya:-
    1. Orang-orang yang mati syahid.
    2. Orang-orang yang mengerjakan solat malam dalam bulan ramadhan.
    3. Orang berpuasa di hari Arafah.

    posted by KRJ TERENGGANU @ 11:30 pm   0 comments
    XPDC Mendaki Gunung Tebu Karisma/KRJ Terengganu
    Salam....

    Adalah dimaklumkan bahawa XPDC Mendaki Gunung Tebu akan diadakan semula selepas memberi laluan kepada musim tengkujuh.

    XPDC tersebut akan diadakan pada 19-21 Januari 2006. Harap ikhwah dan akhawat dapat meluangkan masa utk bersama kembali menyertai program ini.

    Si anak dara tersipu-sipu, jom kita daki gunung tebu......

    JZKK
    Md.Khairudin
    Moderator Program
    posted by KRJ TERENGGANU @ 10:52 pm   0 comments
    Muzakarah JKPR Negeri Terengganu
    Salam....

    Pada 17 Disember 2005 Jawatankuasa Pembangunan Remaja Terengganu akan menganjurkan satu muzakarah remaja yang melibatkan semua guru ahli JIM di Sekolah Menengah sekitar Terengganu, AJKPR, SMIAA Kemaman, wakil JKPR Pusat, wakil KARISMA Terengganu.

    Muzakarah ini akan diadakan di Sekolah Rendah Islam Al Amin Dungun...
    Tentatif penuh akan di maklumkan kemudian...

    Semua ikhwah dan akhawat yang terlibat sebagai mana yang dinyatakan di atas hendaklah menghadirkan diri...

    Muzakarah ini bertujuan membincangkan hala tuju dan membentuk satu modul program terhadap pembangunan remaja di negeri terengganu. Sebarang maklumat lanjut bolehlah menghubungi Akhi Fakhrul 019-3591268 atau faz227@yahoo.com

    Masa depan remaja disekeliling kita adalah sebahagian dari tanggungjawab kita utk membentuknya selain daripada ibu bapa yang membentuknya sendiri...

    JOM..........kita bermuzakarah...


    JZKK
    Md.khairudin
    posted by KRJ TERENGGANU @ 10:01 pm   0 comments
    Tentatif Program X-REK Terengganu 2005
    Saturday, December 03, 2005
    Tema ' Remaja Kental Teras Kepimpinan Du'at'

    8 DISEMBER 2005 ( Khamis)
    5.00 petang : Pendaftaran Peserta
    6.00 petang : Ice- Breaking dan pembahagian kumpulan
    7.00 malam : Persiapan diri (Solat maghrib berjemaah)
    Kuliah Maghrib
    8.15 malam : Solat Isyak berjamaah
    8.30 malam : Makan Malam
    9.00 malam : Pengisian 1 : Ustaz Tajul Ariffin bin Mohd Noor
    PEMBENTUKAN REMAJA KENTAL
    11.15 malam : Tidur

    9 DISEMBER 2005 (Jumaat)

    4.30 pagi : Qiammullail : Ustaz Tajul Arifin
    5.45 pagi : Solat Subuh, Ma’thurat dan Kuliah Subuh : Ustaz Tajul
    7.00 pagi : Riadah Pagi (Fahmi/Salisa)
    8.00 pagi : Sarapan
    8.30 pagi : Tilawah/Perasmian : TYDP JIM Negeri
    Pelancaran Blogspot KRJ TERENGGANU

    9.00 pagi : Pengisian 2 :DIMENSI REMAJA SOLEH WA
    MUSLEH

    10.30 pagi : LDK 1 ( Eksplorasi Al-Qur’an)
    12.00 tgh : Khidmat diri dan solat Jumaat
    2.30 petang : Makan Tengahari
    3.00 petang : LDK 3 ( Uji Minda)
    4.15 petang : Solat Asar
    4.45 petang : Minum Petang
    5.00 petang : LDK 4 (Explorace) –

    7.00 petang : Khidmat diri
    7.00 malam : Persiapan diri (Solat maghrib berjemaah)
    Kuliah Maghrib
    8.15 malam : Solat Isyak berjamaah
    8.30 malam : Makan Malam

    9.00 malam : Persembahan / Debat
    11.15 malam : Tilawah al-Mulk/Tidur

    10 DISEMBER 2005 ( Sabtu)

    4.30 pagi : Qiammullail, AJK
    5.45 pagi : Solat Subuh, Ma’thurat dan Kuliah Subuh (AJK)
    6.45 pagi : Sarapan
    7.00 pagi : Warming Up dan Taklimat Ekspedisi & Taklimat Keselamatan
    7.30 pagi : Ekspedisi Mendaki Bukit Bauk
    1.00 tgh : Berkumpul di SRIAAD dan Solat Zuhur
    2.00 ptg : Majlis penutup dan penyampaian hadiah, bersurai

    Ana ingin mengucapkan jzkk kepada semua AJK yang terlibat dan mengharapkan program ini berjaya insyaAllah....

    Menawan X-REK Pusat...........itulah cita2 KRJ Terengganu!!!!!!

    Wassalam
    Md.Khairudin Hasim
    Pengarah Program
    X-REK Terengganu 2005
    posted by KRJ TERENGGANU @ 2:09 am   1 comments
    Mari doakan kesejahteraan mereka
    Thursday, December 01, 2005
    Salam....

    Kepada yang membaca berita ini marilah kita doakan kesejahteraan sahabat usrah kita yang tela ditimpa kemalangan jalanraya beberapa hari lepas.

    1. Nurul Muna Bte Abd Rahim
    2. Aizuddin Bin Azali

    Kedua-duanya adalah pelajar akhir semester dari Politeknik Dungun Terengganu. Mudah-mudahan Allah akan memberikan kemudahan untuk mereka.

    Wassalam.....
    posted by Anonymous @ 8:38 am   0 comments
    JAWATANKUASA REMAJA KRJ NEGERI TERENGGANU 2008

    PENGERUSI : Muhammad Munzir Bin Muzahar (Sek Men Islam Al Amin Kemaman)

    TIMBALAN PENGERUSI : Muhammad Irfan Bin Bahrin (Sek Men Islam Al Amin Kemaman)

    NAIB PENGERUSI 1 : Humairaa' Bt Abdul Malek (Sek Men Islam Al Amin Kemaman)

    NAIB PENGERUSI 2 : Wan Hani Munirah Bt Wan Muhd Rosdi (Sek Men Keb Agama Tok Jiring Kuala Terengganu)

    SETIAUSAHA KEHORMAT : Nurul Najihah Bt Khairudin (Sek Men Islam Al Amin Kemaman)

    BENDAHARI : Hafizuddin Bin Mohd Ridzuan (Sek Men Islam Al Amin Kemaman)

    Alamat Pejabat KRJ Terengganu : No 5, Taman Seri Melor 4, Bt 6, 23000 Dungun, Terengganu Darul Iman

    TELEFON@SMS : 014-836 8371 (Penasihat JK Remaja KRJ Terengganu)

    Lagu KRJ Terengganu@mp3


    CARI ARTIKEL
    ARKIB KRJ
    PAUTAN KRJ
    LAMAN NASYID KONTEMPORARI
    SIARAN TELEVISYEN
    KREDIT


    BLOGGER




    © 2008 Kelab Remaja JIM Terengganu [Remaja Mithali Tunggak Kepemimpinan]Hak Cipta Terpelihara ; KRJ Terengganu.