<$BlogMetaData$>
 

 

 

Terengganu

www.krj-tganu.blogspot.com

 
Cikgu Norfizam bin Said
PENGARAH KRJ TERENGGANU
Demi Masa, Sesungguhnya Manusia Itu Berada Di Dalam Kerugian..


KALENDAR AKTIVITI TERKINI


  • EKSPEDISI REMAJA KENTAL 2008!
    NANTIKAN PENGUMUMAN SELANJUTNYA
  • Chat @ KRJ Tganu

    ALBUM KRJ
  • Album 2008
  • Album 2007
  • Album 2006
  • Album 2005
  • JELAJAH INFORMASI
  • Utusan Online
  • BHarian Online
  • Harian Metro
  • NSTP
  • Harakahdaily
  • AMIR
  • ABIM
  • Islamonline
  • Palestinkini
  • JAKIM
  • LINK PENDIDIKAN
  • Kementerian Pendidikan Msia
  • Universiti Islam Antarabangsa
  • Universiti Kebangsaan Msia
  • Universiti Malaya
  • Universiti Putra Malaysia
  • Universiti Sains Malaysia
  • Universiti Utara Malaysia
  • Universiti Teknologi Msia
  • Universiti Msia Sabah
  • Universiti Msia Sarawak
  • Universiti Telekom
  • UiTM
  • KUSZA
  • Yayasan Pelajaran MARA
  • Politeknik Malaysia
  • KUKUM
  • KUIM
  • KUTKM
  • KUITTHO
  • KUSTEM
  • Maktab
  • BARISAN KEPIMPINAN JAWATANKUASA REMAJA KRJ SESI 2006-2007. JASAMU DIKENANG !

    PENGERUSI : Muhammad Mus'ab Bin Muzahar.

    TIMBALAN PENGERUSI 1 : Hafizuddin Bin Mohd Ridzuan

    TIMBALAN PENGERUSI 2 (Ketua Puteri) : Munirah Bt Mazlan

    SETIAUSAHA KEHORMAT : Maisarah Bt Zulkifli

    BENDAHARI : Nur Ilyana Amani bt Mohd Nasir

    HUBUNGI KAMI
    Maklumat lanjut boleh hubungi moderator, Akh Mohd Sufian Mat Ali, 014-836 8371
    krjtgg_mod@yahoo.com
    Tanda Buku Pelawat
     

          PENGENALAN KRJ       DAFTAR ONLINE          

             HOME    FORUM

    VIDEO KLIP LAGU KRJ TERENGGANU      
    Tingkatkan Bacaan!
    Wednesday, November 30, 2005
    Salam,

    Sejak saya mula terlibat dengan remaja di Terengganu ni, saya mula "memaksa" diri saya membaca buku-buku berkaitan remaja. Bukan apa, medan baru dan anak pertama pula, Maryam 11 tahun, pula sudah mula memasuki alam remaja..mulalah kembali membelek-belek penulisan-penulisan antara lain yang ditulis oleh pimpinan dan aktivis JIM seperti Prof Dr Hatta tentang Psikologi Remaja, Dr Danial tentang Dakwah Remaja, penulisan di dalam buku Risalah Pemimpin JIM 1-4 serta majalah Perspektif dan beberapa buku yang ditulis oleh mereka yang di luar JIM..termasuk juga majalah-majalah seperti Dewan Siswa dan seumpamanya..termasuk juga kaset2 seperti motivasi Dr Fadzillah Kamsah yang kerap juga diperdengarkan sepanjang perjalanan KL-Kerteh setiap minggu...

    Terbaru sekali ialah sebuah buku yang baru dibeli pada hari Sabtu yang lalu iaitu yang bertajuk "Guru Sebagai Fasilitator" yang ditulis oleh Salhah Abdullah, terbitan PTS, cetakan pertama 2005. Penulis merupakan seorang Pensyarah di Maktab Perguruan Islam, Bangi dan pensyarah penasihat kepada Persatuan Bimbingan dan Kaunseling di maktab yang sama.

    Kata beliau :

    "Buku ini merupakan perkongsian pengalaman yang diharap dapat merealisasikan impian bagi mewujudkan pemuwafakatan pintar di kalangan pendidik. Modul ini menjadi panduan kepada guru-guru khususnya guru bimbingan dan kaunseling serta sukarelawan yang terlibat dengan program khidmat masyarakat."

    "Modul ini mengandungi konsep yang terdiri daripada 10 bab dan bahagian kedua mengandungi 60 aktiviti LDK."

    "Susunan aktiviti dalam kumpulan memberi peluang para pendidik mengaplikasikan proses pembelajaran kontekstual secara koperatif dan kolaboratif di kalangan pelajar. Aktiviti seperti simulasi, main peranan dan permainan sebagai penggerak kepada proses pembelajaran bermakna."

    "Semoga ia memberi panduan bagi melestarikan motivasi serta meningkatkan tahap kecekapan professionalisme dalam menangani karenah pelajar."

    Buku panduan bagi jurulatih, fasilitator, mentor dan guru meningkatkan kualiti pengajaran dan kemahiran dalam proses memudah cara di dalam kelas. Topik2 yang dibincangkan menggunakan bahasa yang ringkas, padat dan mudah bagi membantu pemudah cara mengaplikasikannya dalam proses pengajaran.

    Ok...cubalah baca. Sekadar perkongsian.

    Kerteh, Terengganu
    sila layari : http://krj-net.blogspot.com/
    posted by Fakhrul Anuar Zulkawi @ 11:01 am   0 comments
    Hayya 'alal SOLAH..Hayya 'alal FALAH
    Semasa mengendalikan program sebilangan remaja terpilih daripada sebuah sekolah menengah di Paka sekitar bulan Ogos 2005 yang lalu, kita mendapati rata-rata pelajar yang mempunyai masalah disiplin tersebut tidak melaksanakan solat lima waktu atau lalai daripada kewajipan solat. Banyak sebab kenapa ini boleh berlaku kalau dikaji dengan teliti dan diselami hati nurani para remaja ini. Antara lain ialah pengabaian latihan solat oleh ibu bapa sejak dari kecil, hilang kasih sayang serta bimbingan ibu bapa, tidak tahu membaca atau mahir membaca al-Fatihah (apatah lagi surah2 yang lain) dan suasana kehidupan seharian yang melalaikan dan merosakkan akhlak remaja.

    Bagaimana boleh hilang kekuatan solat ini daripada diri remaja Muslim hari ini? Sedangkan kita tahu solat adalah ibarat kepala kepada tubuh manusia. Solat adalah tiang, tunjang, rukun dan lambang Islam yang kekal abadi. Solat juga adalah penyeri hidup, penenang jiwa, penghibur hati, penghubung antara hamba dengan Tuhan, pelantar untuk ruh kekasih naik ke tingkat tertinggi menikmati belaian Ilahi dan bergembira di taman suci. Solat menggabungkan kebahagian dua alam iaitu alam ghaib dan alam nyata. Solat seolah cahaya yang bersinar di dalam jiwa yang menghayatinya. Solat akan terasa indah bagi sesiapa yang menikmatinya. Apalagi solat di saat semua mata sedang tidur dan tenang berada di pembaringan, berdoa di tengah malam kerana takutkan akhirat dan mengharapkan rahmat Tuhannya.

    Cara terbaik untuk mensucikan jiwa manusia ialah dengan solat-solat yang khusyuk. Solat yang dapat menggilap hati. Solat yang dapat membuang segala noda dosa dan membersihkan segala kekotoran hati. Solat yang dapat mengurniakan cahaya iman ke dalam hati. Solat yang dapat melegakan dada dengan kedinginan taqwa.

    Marilah kita menjadi umat yang memahami nilai yang ada di sebalik solat iaitu golongan yang berusaha bersungguh-sungguh mencapainya dan cuba melakukannya dengan sempurna. Solat dengan khusyuk, memberi perhatian, tenang, berfikir dan apabila selesai solat langsung mendapat kemanisan solat. Dengan solat, mereka merasai nilai ketaatan. Sebuah hadis menyebut :

    " Orang yang solat pada waktunya, dia menjaga wuduknya serta melakukannya dengan sempurna dalam rukuk, sujud dan khusyuknya, solat ini akan naik ke langit dalam bentuk cahaya putih yang terang benderang dan ia akan berkata : Semoga Allah memeliharamu sepertimana engkau memeliharaku. Orang yang solat di luar waktunya dan tidak menjaga wuduknya serta tidak melakukannya dengan sempurna dalam rukuk, sujud dan khusyuknya, solat itu naik dalam bentuk cahaya hitam pekat dan akan berkata : Semoga Allah mengabaikanmu sebagaimana engkau mengabaikanku. Apabila ia berada di tempat yang dikehendaki Allah, solat itu akan dilipat seperti baju kusam lalu ianya digunakan untuk memukul muka pelakunya."
    (hadis Anas diriwayatkan oleh al-Tabarani dalam al-Awsat. Al-Tayalisi dan al-Baihaqi meriwayatkannya dalam al-Sya'ab daripada Ubadah bin al-Somit)

    Marilah kita memenuhi dada kita dengan kekuatan solat ini. Marilah kita kembali memenuhi masjid-masjid Allah sebagaimana kita telah memenuhinya sebulan Ramadhan. Marilah kita sama-sama menyedari yang kitalah yang sebenarnya memerlukan Allah dan bukan sebaliknya. Cuti persekolahan yang panjang ini harus para remaja memanfaatkannya untuk terus melakukan solat dengan baik untuk memperbaharui diri dan membersihkan jiwa.

    Kerteh, 28 Syawal 1426H.
    posted by Fakhrul Anuar Zulkawi @ 6:35 am   0 comments
    Ahli Jawatankuasa X-REK (XPDC Remaja Kental) Terengganu 8 - 10 Dis 2005
    Monday, November 28, 2005
    Jawatankuasa Penganjur X-REK Negeri Terengganu 2005 :

    Pengarah : Md Khairudin bin Hasim
    T/Pengarah : Nor Suriani bt Hj Ali
    S/U 1 : Mohd Lukman Hakim
    S/U 2 : Muhammad Anuar bin Johari
    Bendahari : Nor Salisa bt Hj Ali

    AJK :

    Cikgu Norfizam : Keselamatan/Pengangkutan
    Abang Fakhrul : Makanan
    Abang Anuar : Program
    Kak Norashidah : Program
    Cikgu Hjh Ribuan : Tugas2 Khas
    Adahana Hj Ali : Pendaftaran
    Cikgu Asri : Persembahan

    Program akan bermula pada Khamis 5ptg (8 Dis) hingga Sabtu 1tghari (10 Dis).

    InsyaAllah, mudah-mudahan program ini akan berjaya serta dapat menyediakan peserta-peserta yang mantap untuk ke X-REK Pusat pada 23 - 26 Dis 2005 nanti.

    posted by KRJ TERENGGANU @ 11:05 pm   0 comments
    Ahli Jawatankuasa KRJ Terengganu sesi 2005-2007
    Sunday, November 27, 2005
    Berikut adalah Ahli Jawatankuasa Pembangunan Remaja JIM Negeri Terengganu (JKPRNT) bagi sesi 2005-2007 selepas mesyuarat pertama pada 26 Nov 2005.

    Pengarah : Fakhrul Anuar Bin Zulkawi
    Timbalan Pengarah : Cikgu Jalaludin bin Adam
    Setiausaha : Cikgu Norfizam
    Timbalan SU : Md Khairudin Bin Hasim
    Remaja Puteri : Nor Suriani bt Ali
    Bendahari : Cikgu Hjh Ribuan Bte Salleh
    AJK :
    1. Mohd Lukman Hakim bin Salleh
    2. Siti Norashidah bt Mohd Noor
    3. Muhammad Anuar bin Johari

    Cadangan lain :
    1. Cikgu Asri (Kemaman)
    2. Ustaz Shukri (Kemaman)
    3. Ustaz Hishamudin (Kemaman)
    4. Cikgu Husin (Kemaman)
    5. Cikgu Zainon (KT)
    6. Cikgu Wan Aishah (Kemaman)
    7. Cikgu Raja Zahari (Dungun)
    8. Ust Ahmad Hisham (KT)
    9. Mohd Izazie (SRIAAD)

    Kedudukan dan tugas-tugas bagi AJK dan calon-calon dalam 'cadangan lain' akan ditentukan mengikut keadaan dan keperluan AJKPRN selepas sistem pengurusan yang baik tercapai.

    Md.Khairudin Hasim
    TSU JKPRN JIM Terengganu
    posted by KRJ TERENGGANU @ 11:04 pm   0 comments
    X-REK Peringkat Negeri Terengganu 8 - 10 Dis 2005
    Saturday, November 26, 2005
    Salam...

    Merujuk kepada mesyuarat JKPR pertama pada 26 Nov 2005 bertempat di sek rendah islam al amin dungun, ajk JKPR Terengganu bersetuju mengadakan X-REK negeri bagi menghadapi X-REK Pusat pada 23-25 Dis akan datang.

    Antara pengisian program ialah XPDC mendaki bukit bauk, merentas paya dan beberapa aktiviti indoor seperti LDK, Qiam dan persembahan.

    Penyertaan terbuka kepada pelajar sekolah menengah tingkatan 1-5, tetapi hanya pelajar tingkatan 3 sahaja yang akan terpilih ke X-REK pusat.

    Bayaran RM30 dikenakan untuk setiap peserta.. Bagi ibu bapa yang menghantar anak lebih dari seorang, diskaun terhadap yuran penyertaan akan diberikan.

    Untuk tempahan boleh lah menghubungi ana 012-9775520 atau http://uk.f259.mail.yahoo.com/ym/Compose?To=mdkhairudin_bp22@yahoo.co.uk

    Mudah-mudahan ramai peserta yang berminat untuk menyertai X-REK Terengganu. InsayAllah.

    Hidup remaja terengganu!!!!!!

    Wassalam

    Md.Khairudin Hasim
    Pengarah Program
    X-REK Terengganu 2005.
    posted by KRJ TERENGGANU @ 11:18 pm   0 comments
    Aktiviti akan datang.
    Sekolah Menengah Agama Integrasi Indera Mahkota Kuantan Pahang telah pun menjemput team dari KRJ Terengganu di bawah pimpinan Akhi Fakhrul Anuar Zulkawi untuk menyediakan satu program Kem Bina Insan untuk pelajar-pelajar tingkatan 4 sekolah tersebut seramai 140 orang.
    Program tersebut akan diadakan pada 13 - 15 Januari 2006 dan akan mendapat kerjasama dari Karisma Pahang.
    Nantikan maklumat lanjut mengenai program ini pada masa akan datang. InsyaAllah..
    posted by KRJ TERENGGANU @ 1:20 pm   0 comments
    Lelaki vs Wanita
    Baguslah kalau kita sudah tahu akan perkara ini
    sekurang-kurangnya kita
    tidak cepat melenting jika berlaku apa-apa isu
    antara kaum ADAM dan HAWA dan
    saya juga ingin tambah iaitu betapa beratnya
    menjadi seorang lelaki,
    diantaranya adalah seperti berikut:-

    Lelaki

    1. lelaki bujang kena tanggung dosa sendiri
    apabila sudah baligh manakala
    dosa gadis bujang ditanggung oleh bapanya.

    2. lelaki berkahwin kena tanggung dosa sendiri,
    dosa isteri, dosa anak
    perempuan yang belum berkahwin dan dosa anak
    lelaki yang belum baligh.
    BERATKAN !

    3. Hukum menjelaskan anak lelaki kena
    bertanggungjawab keatas ibunya dan
    sekiranya dia tidak menjalankan
    tanggungjawabnya maka dosa baginya terutama
    anak lelaki yang tua, menakala perempuan tidak,
    perempuan hanya perlu taat
    kepada suaminya. Isteri berbuat baik pahala dapat
    kepadanya kalau buat tak
    baik dosanya ditanggung oleh suaminya.
    BERATKAN !

    4. Suami kena bagi nafkah pada isteri, ini wajib
    tapi isteri tidak. Walaupun
    begitu isteri boleh membantu. Haram bagi suami
    bertanya pendapatan isteri
    lebih-lebih lagi menggunakan pendapatan isteri
    tanpa izin ini. Banyak lagi
    lelaki lebih-lebih lagi yang bergelar suami perlu
    tanggung. Kalau nak di
    bayangkan beratnya dosa-dosa yang
    ditanggungnya seperti gunung dengan semut.
    Itu sebabnya mengikut kajian nyawa orang
    perempuan lebih panjang daripada
    lelaki. Lelaki mati cepat kerana tak larat dengan
    beratnya dosa-dosa yang
    ditanggung. Tetapi orang lelaki ada
    keistimewaannya yang dianugerah oleh
    Allah SWT. Ini orang lelaki kena tahu, kalau tak
    tahu kena jadi perempuan.
    Begitulah kira-kiranya.

    Wanita

    1. - wanita auratnya lebih susah dijaga berbanding
    lelaki.

    2. - wanita perlu meminta izin dari suaminya
    apabila mahu keluar rumah
    tetapi tidak sebaliknya.

    3. - wanita saksinya kurang berbanding lelaki.

    4. - wanita menerima pusaka kurang dari lelaki.

    5. - wanita perlu menghadapi kesusahan
    mengandung dan melahirkan anak.

    6. - wanita wajib taat kpd suaminya tetapi suami
    tak perlu taat pd isterinya
    (taat kepada ibunya).

    7. - talak terletak di tgn suami dan bukan isteri.

    8. - wanita kurang dlm beribadat kerana masalah
    haid dan nifas yg tak ada
    pada lelaki. Pernahkah kita lihat sebaliknya??
    Benda yg mahal harganya akan
    dijaga dan dibelai serta disimpan di tempat yg
    tersorok dan selamat. Sudah
    pasti intan permata tidak akan dibiar bersepah-
    sepah bukan? itulah
    bandingannya dgn seorg wanita. Wanita perlu taat
    kpd suami tetapi lelaki
    wajib taat kepada ibunya 3 kali lebih utama dari
    bapanya. Bukankah ibu
    adalah seorang wanita? wanita menerima pusaka
    kurang dari lelaki tetapi
    harta itu menjadi milik peribadinya dan tidak perlu
    diserahkan kepada
    suaminya, manakala lelaki menerima pusaka perlu
    menggunakan hartanya utk
    menyara isteri dan anak-anak. Wanita perlu
    bersusah payah mengandung dan
    melahirkan anak, tetapi setiap saat dia didoakan
    oleh segala haiwan,
    malaikat dan seluruh makhluk ALLAH di
    mukabumi ini, dan matinya jika kerana
    melahirkan adalah syahid kecil. Manakala
    dosanya diampun ALLAH (dosa kecil).

    Di akhirat kelak, seorang lelaki akan
    dipertanggungjawabkan terhadap
    4 wanita ini:

    Isterinya, ibunya, anak perempuannya dan
    saudara perempuannya.

    Manakala seorang wanita pula, tanggungjawab
    terhadapnya ditanggung oleh 4
    org lelaki ini: suaminya, ayahnya, anak lelakinya
    dan saudara lelakinya.

    Seorang wanita boleh memasuki pintu Syurga
    melalui mana-mana pintu

    Syurga yg disukainya cukup dgn 4 syarat shj:

    Sembahyang 5 waktu, puasa di bulan Ramadhan,
    taat suaminya dan menjaga
    kehormatannya. (betulkan jika saya tersilap).

    Seorg lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah tetapi
    wanita jika taat akan
    suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya
    kepada ALLAH akan turut menerima
    pahala seperti pahala org pergi berperang
    fisabilillah tanpa perlu
    mengangkat senjata.

    MasyaALLAH... sayangnya ALLAH pada
    wanita .... kan?

    Segala kebaikan itu datang dari Allah SWT dan
    segala kelemahan itu datangnya
    dari diri saya sendiri.
    posted by KRJ TERENGGANU @ 12:55 pm   0 comments
    Penundaan XPDC Mendaki Gunung Tebu
    Thursday, November 24, 2005
    Salam...

    Adalah dimaklumkan bahawa XPDC Mendaki GunungTebu Karisma/KRJ Terengganu telah ditunda kepada tarikh yang akan diberitahu kelak kerana musim tengkujuh telah tiba. Setelah menilai risiko mendaki dalam hujan dan mendapat nasihat daripada pihak yang bertanggungjawab, maka penundaan ini telah dibuat.

    Walau bagaimanapun, untuk mengisi kekosongan pada hari tersebut, maka Karisma Dungun menganjurkan majlis sambutan hari raya (BBQ Hari Raya) beserta daurah Karisma Dungun.
    Program tersebut bermula pada maghrib 25 November 2005 bermula dengan solat maghrib, kuliah, solat isya', BBQ Hari Raya, Qiam, solat subuh riadhah, dan pengisian daurah.

    Ana sebagai moderator program tersebut mengharapkan program tesebut mendapat sambutan, dan semoga usaha yang kecil ini dapat menyemarakkan aktiviti dakwah di Terengganu.

    Wassalam
    posted by KRJ TERENGGANU @ 9:00 am   0 comments
    Kem Sinar ExceL
    assalamualaikum wbt..Eid Mubarak..semoga segala amalan kita diterima dan dinilai ALLAH sebaik2nya...

    Kami JIM Seberang Perai Selatan akan menganjurkan Kem Motivasi di Kampus Kejuruteraan Universiti Sains Malaysia dgn kerjasama Pusat Islam USM bagi bakal pelajar PMR & UPSR.

    Dengan ini, kami menyeru dan berharap rakan-rakan KARISMA dapat menyumbangkan tenaga dan masa untuk bersama-sama menjayakan agenda tersebut sebagai fasilitator. Kemudahan penginapan dan pengangkutan akan disediakan kelak, insyaALLAH.

    Berikut adalah maklumat berkaitan:

    Kem Sinar ExceL
    Anjuran JIM SPS Penang & Pusat Islam Kampus Kejuruteraan USM
    17hb - 19hb Disember 2005
    3 hari 2 malam
    200 orang peserta (PMR & UPSR)
    Fasilitator diperlukan :
    20 lelaki & 20 perempuan
    (lebih ramai lebih seronok)

    bagi sesiapa yang berminat untuk menyumbangkan dan membangunkan generasi muda ISLAM...ayuh...marilah kita sertai program ini dan sertakan nama, no. telefon, alamat dan emel, kepada saya dengan seberapa segera.

    Jika ada sebarang persoalan, sila hubungi saya (Mohd Khairul Anuar Ramli) menerusi emel (mkhairul@eng.usm.my) atau lebih mudah telefon ditalian 019-5443873.


    Yang benar,

    b/p
    Dr Roslan Ahmad, YDP JIM SPS, P. Pinang.
    Adri Irwan Ahamad, Pengarah Kem Sinar ExceL

    Mohd Khairul Anuar Ramli
    Setiausaha Kem Sinar ExceL
    Anjuran JIM SPS P. Pinang & Pusat Islam Kampus Kejuruteraan USM.
    posted by Fakhrul Anuar Zulkawi @ 6:33 am   0 comments
    Majlis Hari Raya JIM Dungun
    Wednesday, November 23, 2005
    MAJLIS HARI RAYA JIM DUNGUN
    RABU 23 NOV 2005
    Assalamualaikum wrh wbk
    Sukacita dimaklumkan Majlis Hari Raya JIM Dungun akan diadakan seperti berikut:

    TARIKH : 23 November 2005 (Rabu )
    MASA : 8.00 MLM
    TEMPAT : SRI AL-AMIN DUNGUN
    SEMUA IKHWAH/AKHAWAT* & KELUARGA DIJEMPUT HADIR*
    TOLONG BAWA KUEH RAYA SUPAYA DPT DINIKMATI BERSAMA
    from Hj Abdul Karim bin Hj Awang Kechik
    YDP JIM DUNGUN
    posted by Fakhrul Anuar Zulkawi @ 5:51 pm   0 comments
    Mesyuarat JKPR JIM Negeri Sesi 2005-2007 No. 1
    Salam,

    Pengurus KRJ Daerah serta semua yang dijemput menerusi sms,

    cc. YDP JIM Negeri/Daerah


    Dimaklumkan sebagaimana yang diwar-war menerusi sms, satu Mesyuarat Jawatankuasa Pembangunan Remaja (JKPR) JIM Negeri yang pertama bagi sesi 2005-2007 akan diadakan seperti berikut :-

    Tarikh : 26 November 2005 (hari Sabtu)
    Masa : 3.00-5.00 petang
    Venue : Bilik Mesyuarat SRIAAD (Dungun)

    Agenda mesyuarat :-

    1.0 Reviu Perancangan, Aktiviti & Prestasi JKPR sesi lepas (rujuk Laporan MPN 2005 dan segala dokumentasi sebelum ini) - mohon akh Norfizam bawakan sekali.
    2.0 Reviu Big Picture JIM Pusat/Negeri

    3.0 Reviu Perancangan Strategik JKPR JIM Pusat (bertarikh 13 Ogos 2005) - dilampirkan sebagai rujukan.

    4.0 Perlantikan ahli jawatankuasa yang baru JKPR Negeri Sesi 2005-2007 (akan dimaklumkan barisan baru ke dalam mesyuarat JK JIM Negeri Sesi 2005-2007 kali ke-2 pada 24 Disember 2005)

    5.0 Muzakarah Pembangunan Remaja Negeri 2006 (tarikh dicadangkan 17 Disember 2005)

    6.0 Penentuan aktiviti teras Pusat/Negeri/Daerah serta takwim 2006

    7.0 Lain-lain Hal


    Moga dapat hadir untuk bersama melaksanakan tanggungjawab ini dengan jayanya, inshaAllah. Sila sahkan kehadiran ke mesyuarat ini menerusi emel atau sms. Jzkk .

    Yang diamanahkan,
    Fakhrul Anuar bin Zulkawi
    Pengarah
    JK Pembangunan Remaja JIM Negeri
    HP: 019-3591268
    http://krj-net.blogspot.com
    posted by Fakhrul Anuar Zulkawi @ 8:20 am   0 comments
    Kitab Yang Fantastik!
    Tuesday, November 22, 2005
    Kita mulakan dengan nama Allah yang Maha Pengampun Lagi Maha Penyayang. Kita telah dianugerahkan oleh Allah dengan sebuah kitab yang fantastik. Kitab itu ialah Al-Quran. Al-Quran merupakan wahyu Allah. Wahyu Allah yang terpelihara dan kesucian serta keasliannya tidak berubah dahulu hingga sekarang dan insyaallah sampai kebila-bila.

    Dalam surah Al-Isra' ayat 9, Allah swt berfirman yang bermaksud " Sesungguhnya Al-Quran ini membawa petunjuk kepada manusia ke jalan yang lebih lurus ". Yang lebih lurus dalam bahasa arabnya berbunyi "Akwam". Bila kita membuka kitab-kitab tafsir antaranya kitab Al-Jamik Li Ahkamil Quran oleh Imam Qartubi, beliau berkata, Kalimat Akwam dalam ayat ini bermaksud jalan yang paling benar, paling adil dan paling tepat. Maksudnya jika kita hendak menjadi golongan yang paling benar, adil dan tepat hendaklah kita memahami dan mendekati quran. Andakata kita hendak membuat satu polisi yang paling benar, adil dan tepat hendaklah polisi itu bertunjangkan Al-Quran. Jika kita nak berjalan menuju kesatu jalan yang paling benar, adil dan tepat hendaklah jalan itu disuluhi oleh Al-Quranul Karim. Bila kita insyaallah berjalan berpandukan Al-Quranul Karim insyaallah kita akan selamat.

    Tuan-tuan & puan-puan yang saya muliakan, umat sebelum kita cemerlang, gemilang dan terbilang kerana dirangsang oleh Al-Quran. Dr Gary Miller yang merupakan seorang pakar matematik disamping sebelum ini merupakan seorang tokoh dalam bidang ilmu Theology Kristian. Pada tahun 1978 beliau telah memeluk agama Islam. Beliau memeluk agama Islam selepas membaca terjemahan Al-Quran dalam bahasa Inggeris. Selepas membacanya beliau terkejut dengan isi-isinya. Beliau seorang pakar sains, pakar matematik dan tokoh dalam bidang ilmu kristian dan selepas membaca Al-Quran beliau memeluk islam.

    Ini menampakkan betapa hebatnya wahyu Allah dan agungnya Al-Quran. Selepas beliau memeluk islam, Dr Gary Miller telah menulis satu karangan yang bertajuk The Amazing Quran yang dalam bahasa Malaysia bermaksud Quran Yang Mengagumkan. Dalam tulisannya beliau mengatakan Al-Quran dapat kita buktikan bahawa ia adalah wahyu daripada Allah berdasarkan sains. Antara perkara yang beliau tulis ialah, seperkara yang mengejutkan golongan yang bukan islam selepas mereka mengkaji quran adalah ia tidak seperti apa yang mereka jangkakan. Bagi mereka quran merupakan sebuah kitab tua yang datang dari padang pasir Arab dan berumur lebih kurang 14 abad justeru mereka menjangkakan isi-isinya pasti tua dan lagi kuno seperti umurnya.

    Sebahagian daripada mereka pula menjangkakan oleh kerana ia datang dari padang pasir ia pasti banyak bercerita tentang padang pasir. Tiba-tiba mereka menyedari bahawa quran tidak seperti itu. Malah quran boleh dikaji secara saintifik kerana ia mengutarakan sesuatu yang tidak diutarakan oleh kitab-kitab agama lain secara amnya. Malah quran mampu menyahut cabaran semua ahli-ahli sains. Ini kenyataan oleh Dr Gari Miller selepas mengkaji quran dan memeluk islam.

    Tuan-tuan & puan-puan, rugilah kita yang menjadi umat yang beriman dengan quran tetapi tidak pernah mengaji quran. Ataupun umat yang beriman dengan quran tetapi tidak faham dengan quran. Tiba-tiba orang yang seperti Dr Gary miller dari barat yang memahami Al-quran. Malulah kita jika kita berterusan seperti ini. Jadi marilah sama-sama kita kembali membaca dan menghayati Al-Quran dengan memahaminya. Apa yang telah kita mulakan dimusim Ramadhan dengan bertadarus sebulan penuh dan ramai dari kita telah pun khatam quran alhamdulillah. Satu amalan yang baik. Allah berkati anda. Tetapi jangan berhenti sekadar itu. Jangan sampai dimusim ramadhan kita bertadarus, masuk syawal dan seterusnya kita tidak baca terus.

    Hendaklah apa yang kita mulakan dimusim ramadhan teruskan pada bulan-bulan selepas ramadhan. Paling penting kita mengaji dan faham. Hanya selepas itu kita akan merasai kehebatan islam dengan melalui Al-quran. Dengan itu kita akan cemerlang, gemilang dan terbilang insyaallah.


    Dipetik dari Dr. Danial bin Zainal Abidin dalam Motivasi Mutiara 21 November 2005, hari Isnin jam 7.30 pagi di Mutiara FM 95.7 Mhz Pulau Pinang (Dr Danial, mantan YDP JIM Pulau Pinang)
    posted by Fakhrul Anuar Zulkawi @ 4:28 am   0 comments
    Jemputan ke Majlis Hari Raya JIM Kemaman
    Thursday, November 17, 2005
    MAJLIS HARI RAYA JIM KEMAMAN-JUMAAT 18 NOV

    Assalamualaikum wrh wbk
    Sukacita dimaklumkan Majlis Hari Raya JIM Kemaman akan diadakan seperti berikut:
    TARIKH : 18 November 2005 (Jumaat )
    MASA : 12.00 TGH - 4.00 PTG
    TEMPAT : SMI AL-AMIN KEMAMAN CHUKAI
    SEMUA IKHWAH/AKHAWAT* & KELUARGA DIJEMPUT HADIR*
    TOLONG BAWA KUEH RAYA SUPAYA DPT DINIKMATI BERSAMA
    from HAB
    SU JIM KEMAMAN
    posted by Fakhrul Anuar Zulkawi @ 7:22 am   0 comments
    Pengumuman Awal X-REK
    From:
    "WaN aM"
    Date:
    Mon, 31 Oct 2005 07:34:46 +0000 (GMT)
    Subject:
    [aktivis-krj] X-ReK 2005 - reminder

    "...Jika diibaratkan sekuntum bunga, maka remaja adalah bunga yang sedang berkembang mekar. Warnanya indah menawan, baunya harum semerbak. Siapa memandang pasti akan terpesona..."

    (Ustazah Maznah Daud, Sayangi Masa Remaja,
    Perspektif, JIM, Jan-Feb 2005 : 23)

    ________________________________________________________________________________

    X-ReK
    X-ReK
    X-ReK
    X-ReK
    X-ReK


    23-26 DISEMBER 2005


    Sasaran peserta :

    6 orang ahli teras KRJ (3 lelaki, 3 perempuan) yang berada di dalam tingkatan tiga (PMR 2005)

    Nota : Definisi Ahli Teras KRJ (hasil Muzakarah JKPR 2005) ---> 1) Ikut program KRJ 60%, 2) Menjaga solat lima waktu, 3) Komited

    Dibawakan khas oleh
    Jawatankuasa Pembangunan Remaja (JKPR) JIM Pusat

    dengan kerjasama

    Kelab Remaja JIM (KRJ) Kuala Lumpur
    dan
    Karisma Fasilitator (K-Fasi)

    Nantikan hebahan selanjutnya!!!!!
    posted by Fakhrul Anuar Zulkawi @ 7:10 am   0 comments
    Program Cuti Sekolah !!!
    Daripada "Prog Cuti Sekolah" wannizar@streamyx.com

    PROGRAM CUTI SEKOLAH !!!!

    KRJ AMPANG JAYA

    dengan kerjasama

    KERSANI TRAINING CENTRE


    INSYAALLAH AKAN MENGADAKAN
    "English In Camp: I Love Science " Pelajar Ting 2 (4-17 DIS 2005)
    " Kem Tunas Remaja 2005" PelajarTahun 6 & Ting 1 (26-28 NOV 2005)
    "Kem Remaja Perkasa 2005" Pelajar Ting 3&4 (4-17 DIS 2005)
    "Madrasat-ul-Hayaah I" Pelajar Ting 5 (20 DIS 2005 - 20 JAN 2006)

    di
    KERSANI TRAINING CENTRE, SEGAMAT

    (penyertaan terbuka pada semua remaja diseluruh negara)
    DAFTAR SEGERA!!!!!! TEMPAT TERHAD!!!!!!!
    PENDAFTARAN SUDAH MELEBIHI 150 ORANG,ALHAMDULILLAH

    pastikan anak anda salah seorang darinya, mendapat menfaat dari program yang datang hanya sekali setahun !!!!!!!!!
    posted by Fakhrul Anuar Zulkawi @ 6:54 am   0 comments
    Kami mahu Guru Islah !
    Dipetik daripada jimtrg@yahoogroups.com :

    Askm w.b.t
    Para netter yang dihormati,
    Disertakan borang permohonan menjadi ahli Majlis Guru Islah (MGI). Diminta semua YDP Negeri dan Daerah, Ketua Wanita Negeri dan Daerah menggalakkan seberapa ramai para guru di jajahan masing-masing untuk mengisi borang tersebut. Boleh dikembalikan kepada email address sharuz89@streamyx.com. (Abaikan Tandatangan jika borang dihantar melalui email, terima kasih)

    PELANCARAN MAJLIS GURU ISLAH
    26 NOVEMBER 2005
    KULIYYAH ENGINEERING, UIAM

    Antara aturcara menarik yang menanti di majlis pelancaran...
    SESI BERSAMA
    YBhg Ustaz Alias Othman (AJK Pengasas Pendidikan JIM/ Mantan Timbalan Presiden JIM)
    Puan Siti Aisyah Ahmad (Ketua Wanita JIM Pahang
    Pengetua Sek Men. Seri Damai, Kuantan Pahang)
    Encik Arbain Pini (Pegawai Pendidikan Daerah Gombak)

    Jazakumullahu khairan kathiira
    PSU, AJK Penaja MGI
    posted by Fakhrul Anuar Zulkawi @ 6:47 am   0 comments
    Tahniah Buat Pelajar-Pelajar UPSR 2005 SRIAAD & SRIAAK
    Petikan tahniah untuk warga Al-Amin dipetik daripada jimtrg@yahoogroups.com :-

    Daripada Pengerusi MUSLEH Terengganu, Hj Zulkifli Ali : ali ibni ibniali2000@yahoo.com wrote:

    Tahniah kepada semua yang terlibat secara langsungatau tidak, semoga kecemerlangan akn berterusan. DiSRIAA Dungun keputusannya

    5A-4 orang ; 4A1B-2 orang ; 2A3B-2 orang ; 0A-2 orang.

    Wassalam

    Zul Ali

    Daripada Guru Besar Sekolah Rendah Islam al-Amin Kerteh, Puan Yusnani A Hamid yusnani11@yahoo.com wrote:

    Ingatkan nak tunggu SPPM keluar malam ini , baru nak> tulis dalam net. Tapi check tak keluar lagi. Maklumkan result UPSR dahulu. Alhamdulillah pencapaian bagi SRI Al-amin kerteh:
    5A - 6 orang ( 33.3% ) ; 4A - 5 orang ( 27.8% ) ; 3A - 1 orang ( 5.6% ) ; 2A - 1 orang ( 5.6% ) ; 1A - 4 orang ( 22.2% ) ; 0A - 1 orang ( 5.6% ) lulus - 100%
    calon seramai 18 orang. Kepada semua yang telah memberi sokongan (ALP, PIBG ikhwah dan akhawat), walaupun guru-guru asyik bertukar dan guru BM +Matematik baru tahun ini masuk mengajar tetapi masih boleh 100% kendali Kelas Tambahan 0leh guru-guru Al-Amin sendiri. Syabas. Wan Maizan KetuaUnit UPSR yang telah berpindah ke Bangi, we will all miss u. susah nak cari pengganti.wslm.

    Daripada Bendahari JIM Dungun, Puan Azmi Aminuddin aimpazmi@yahoo.com> wrote:

    Alhamdulillah pencapaian anak2 sulung UPSR SRIAAD: melalui perbualan telefon dengan Puan Guru Besar) 5A - 4 orang (40%) ; 4A - 2 orang (20%) ; 3A - ?> 2A - ?> 1A - ?> 0A - ? Jumlah - 10 orang je! Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada semua yang telah bertungkus-lumus memastikan kejayaan anak-anak SRIAAD. Semoga kejayaan serupa akan berulang di tahun2 mendatang!

    Kami daripada KRJ Dungun juga mengucapkan tahniah. Semoga meneruskan kecemerlangan ketika di sekolah menengah masuk 2006 nanti. Banyakkan bersyukur kepada Allah dan dan kepada ibubapa sertu guru2 yang sentiasa mendidik dan mendoakan anda semua.
    posted by Fakhrul Anuar Zulkawi @ 6:29 am   0 comments
    Aku Kenal Islam Sebelum Mengenal Muslim...
    Monday, November 14, 2005
    Tertarik membaca perkongsian Dr Hishamudin Alham dalam naqibnet tentang perkongsian beliau berdakwah kepada seorang pengusaha kedai cermin mata berbangsa Cina dan beragama Buddist. Jadi kita pun nak kongsi gak la...

    Pagi subuh Ahad 13 November, sengaja aku ke Masjid al-Kauthar Seksyen 4 Bandar Baru Bangi, kerana ingin mendengar kuliah fajar yang selalunya disampaikan oleh penceramah yang menarik...kalau tidak kunjunganku biasanya ke surau-surau berdekatan rumahku. Sebelumnya, tarbiah ramadhan masih terasa untuk aku terus bangkit menjadi 'mustaghfireena bil ashar'..dan terus berpagi-pagi ke rumah Allah. Moga terus istiqomah.

    Alhamdulillah...pilihan ku memang tepat agaknya..kali ini kuliah fajar diganti dengan satu sesi istimewa...perkongsian seorang saudara baru, Bilal namanya (seperti yang diperkenalkan imam selepas selesai solat & wirid)..seorang berbangsa Perancis yang tidak pula disebut nama asalnya..yang sedang bercuti di Malaysia dan akan kembali pulang ke tanahair beliau pada 18 November nanti..bekerja sebagai pemandu lori DHL di sana.

    Dalam bahasa Inggeris, beliau menyatakan di permulaan ucapan yang beliau cukup senang sekali berada bersama masyarakat Muslim di Malaysia...kerana beliau berpengalaman berada di negara-negara umat Islam yang lain seperti di Afrika. Beliau yang mempunyai dua orang adik beradik itu berlatarbelakangkan keluarga beragama Kristian Katolik tetapi tidak pernah diajar tentang agama sedari kecil. Malah beliau sendiri tidak ambil kisah tentang tuhan. Sehinggalah ketika usia remaja beliau sekitar 16-20 tahun, beliau mula bertanyakan beberapa persoalan asas tentang kehidupan. Ketika umur beliau 20 tahun sekitar tahun 1996, beliau berkesempatan bercuti di sebuah negara umat Islam di Senegal dan pengalaman yang tidak beliau lupakan ialah apabila beliau dihampiri oleh seorang tua yang menghadiahkan beliau senaskah al-Quran terjemahan bahasa Perancis. Sejak itu sekembali beliau ke negaranya, beliau mula membelek2 dan membaca makna-makna al-Quran hampir setiap hari sehingga semakin tertarik dengan makna-makna yang memberikan jawapan kepada persoalan-persoalan tentang kehidupan yang selama ini dicari beliau. Namun tiada siapa yang mengajarnya tentang Islam. Beliau mula berpuasa di bulan Ramadhan...(dengan nada jenaka, beliau kata 'saya kenali Islam dengan puasa terlebih dahulu sebelum syahadah kerana tidak tahu perlu bersyahadah terlebih dahulu). Suatu hari seorang Muslim yang beliau kenal tidak beramal dengan Islam(tidak solat) menyatakan kepada beliau bahawa buat apa berpuasa kalau anda tidak sembahyang!...lantas dia mula belajar solat dengan mempelajari daripada buku cara-cara solat yang dibelinya kerana tiada siapa yang mengajarnya cara yang sebenar...sehinggalah pada sekitar tahun 2001 beliau berkenalan dengan seorang Muslim yang kini menjadi rakan baik beliau yang mengajar beliau tentang Islam dan akhirnya beliau mengucap syahadah pada tahun yang sama...Bayangkan kata beliau, "saya mengambil masa hampir 5 tahun mengenali Islam tanpa mana-mana bantuan orang Islam yang lain".

    Ini mengingatkan kita juga sejauhmana kita berkongsi tentang Islam dengan orang-orang bukan Islam yang lain sedangkan kita setiap hari berinteraksi dengan mereka.

    Beliau menambah lagi tentang satu pengalaman menarik di Perancis khususnya bilangan peningkatan yang masuk Islam di kalangan rakyat Perancis. Kata beliau, ada seorang padri Kristian pemilik sebuah kedai buku, telah cuba untuk berdakwah kepada seorang Islam yang mengunjungi kedai beliau. Apabila berlaku perkongsian maklumat diantara keduanya, dengan izin Allah, paderi itu yang tertarik kepada Islam dan akhirnya memeluk agama Islam. SubhanalLah! Moga kita doakan agar beliau mampu berdakwah kepada keluarga beliau yang masih tidak boleh menerima hakikat beliau sudah masuk Islam terutama sekali ibu beliau.

    Sempat juga aku bertanyakan soalan kepada beliau (biasala orang Melayu....itulah the only soalan kepada beliau pagi tersebut) di penghujung sesi. Beliau merumuskan, mungkin kalau beliau mengenali orang Islam sebelum mengenali Islam, beliau tidak akan tertarik dengan Islam...dan ini kata beliau masalah yang begitu menebal yang menghalangi orang bukan Islam untuk tertarik kepada Islam!

    Jom kita kongsikan Islam dengan yang lain yang menanti-nantikan sentuhan iman kita!!
    posted by Fakhrul Anuar Zulkawi @ 3:36 am   0 comments
    Sembang-Sembang IPT 2005 (SS-IPT)
    Salah satu aktiviti yang telah dimulakan oleh KRJ Dungun dengan kerjasama KARISMA Dungun pada tahun 2005 ialah program Sembang-Sembang IPT. Program ala forum sekitar 2-3 jam ini amat mudah untuk dijayakan dengan kerjasama pihak sekolah dengan penglibatan siswa/i serta pensyarah IPT sebagai panelis forum untuk berkongsi maklumat dan pengalaman di IPT.

    Setakat ini SS-IPT ini telah diadakan dibeberapa buah sekolah termasuk SM Sultan Omar, SM Seri Rasau, SM Seri Paka, SM Teknik Dungun dan juga yang dijayakan oleh Wanita JIM Kemaman yang melibatkan pelajar-pelajar di sekitar Daerah Kemaman.

    Program ini juga bertambah menarik apabila penampilan siswa/i luar negara sebagai panelis seperti yang dijayakan bersama pimpinan pertubuhan pelajar Malaysia di Jepun iaitu Association of Malaysian Islamic Scholars (AMIR) pada penghujung bulan Ogos 2005 yang lalu.

    Para pelajar akan berkongsi pengalaman dan maklumat bersama para panelis tentang institusi pengajian tinggi, motivasi pembelajaran dan pengurusan diri, kursus-kursus pilihan, teknik-teknik belajar, pengalaman belajar di IPTA ataupun IPTS dan lain-lain lagi.

    Menerusi program ini juga, hubungan baik dengan pihak sekolah termasuk Pengetua, PKHEM dan Kaunselor dapat dilakukan. Ini penting bagi memastikan program-program susulan dapat dijayakan bersama pihak sekolah di masa akan datang.

    Semoga SS-IPT 2006 akan lebih menarik dan meluas lagi, inshaAllah.
    posted by Fakhrul Anuar Zulkawi @ 3:08 am   0 comments
    Latest Uploads
    Friday, November 11, 2005
    Untuk makluman, gambar-gambar aktiviti KRJ Dungun telah dimuat naik ke link berikut :

    Remaja Raikan Ramadhan (3R) 1426H

    Sembang-sembang IPT
    posted by KRJ TERENGGANU @ 5:30 am   0 comments
    Cabaran Mendaki Gunung Tebu
    Thursday, November 10, 2005
    Assalamualaikum.......

    Kelab Rakan Siswa Islah Malaysia (KARISMA TERENGGANU) akan menganjurkan program mendaki gunung tebu pada 25-26 November 2005 dengan mendapat kerjasama dari Kelab Remaja JIM Dungun. Seramai 40 orang peserta terdiri dari kalangan ahli-ahli usrah Karisma di Terengganu serta remaja-remaja dari KRJ akan dipilih untuk menyertai program ini.

    Ahli-ahli KRJ akan didedahkan dengan aktiviti membina kekuatan fizikal sebagai persediaan untuk menghadapi program Ekspedisi Remaja Kental (X-TREK 2006). Menghadapi cabaran mendaki gunung tebu adalah salah satu daripada 4 peringkat ujian fizikal untuk persediaan menghadapi X-TREK 2006.

    Mereka akan dibantu oleh peserta-peserta dari KARISMA serta jurulatih-jurulatih yang berpengalaman dari KRJ sendiri.

    Program ini juga bersifat serampang dua mata dengan mengumpulkan ahli-ahli usrah KARISMA di samping juga dapat membentuk ahli-ahli KRJ untuk menghadapi X-TREK 2006.

    Di harapkan, program yang dirancang ini dapat dijayakan dengan sempurna dan semoga dengan usaha-usaha kecil kita di jalan dakwah ini mendapat kebrkatan dari Allah SWT InsayaAllah..

    Wassalam
    posted by KRJ TERENGGANU @ 11:12 pm   0 comments
    perlukan cadangan
    Assalamualaikum...

    Diharapkan semua ikhwah dan akhawat yang melawat laman blogspot ini dapat memberikan cadangan untuk membaiki mutu persembahan laman ini...

    jzkk..
    posted by KRJ TERENGGANU @ 11:06 pm   0 comments
    Doa kami buat kalian...SPM/STPM 2005
    Wednesday, November 09, 2005
    Bagi semua warga KRJ dan capaian KRJ sekalian, kami ingin mengucapkan selamat menempuh peperiksaan SPM & STPM dengan jayanya..semoga Allah SWT melimpahkan ketenangan yang berpanjangan serta dipermudahkan menjawab soalan-soalan peperiksaan. Teruskan usaha sehingga ke hari yang terakhir!

    p/s Hari terakhir kita nanti...mesti jawab soalan2 hisab di akhirat dgn jayanya! So persediaan kena mula dari kelas dunia sebelum sampai ke dewan akhirat..
    posted by Fakhrul Anuar Zulkawi @ 9:20 am   0 comments
    Secebis Pengajaran Tiga Ghazwah di bulan Syawal
    Marilah kembalikan ingatan dan selawat kita kepada Rasulullah s.a.w pagi ini. Moga kecintaan kita kepada baginda menjadikan kita sentiasa tsabat dan istiqomah di atas jalan dakwah ilaAllah...jalan yang kita ingin ittiba' atau ikuti sepanjang hayat..(ali-Imran:31)..moga dengannya Allah al-Ghafur ar-Rahim ampuni segala dosa kita.

    Antara kitab Seerah yang pernah ku pelajari pernah menyebut supaya diajarkan kepada anak-anak(atau para remaja sekalian) akan ghazwah atau peperangan yang berlaku di zaman Rasulullah s.a.w. Dalam ingatanku, ada 3 buah ghazwah yang berlaku di bulan Syawal iaitu Perang Uhud, Perang Ahzab dan Perang Hunain. Ketiga-tiga ghazwah ini mempunyai latarbelakang dan peristiwa pengajarannya yang tersendiri.

    Perang Uhud sekitar 3 Hijrah mengingatkan kita akan kekalahan umat Islam di pusingan pertama hasil kealpaan mereka yang cintakan dunia....melihat tinggalan perang yang mengabui mata sehingga melupakan pesanan baginda ar-Rasul s.a.w. untuk tetap bertahan di bukit Uhud. Kesannya begitu tinggi kepada perjuangan umat generasi pertama mendirikan negara nubuwwah. Syahidnya As'adullah, mujahid Sayyidina Hamzah dan juga murabbi Mus'ab bin Umair serta kecederaan yang dialami oleh Rasulullah s.a.w. sendiri cukup meninggalkan kesan kepada umat Islam. Maksud firman Allah dalam :-

    ali-Imran:152 : "...diantara kamu ada yang mengkehendaki dunia dan diantara kamu (ada) pula yang mengkehendaki akhirat.."

    ali-Imran:153 : (ingatlah) ketika kamu lari dan tidak menoleh kepada sesiapapun, sedang Rasul(muhammad) yang berada di antara(kawan-kawan)mu yang lain memanggil kamu(kelompok yang lari), kerana itu Allah menimpakan kepadamu kesedihan demi kesedihan...."

    Begitu juga dengan Perang Hunain yang berlaku sekitar 8 Hijrah selepas Fathul Makkah...umat Islam hampir tewas di pusingan pertama dek kerana perasaan terlalu yakin dengan bilangan yang ramai iaitu sekitar 12,000 orang - peperangan pertama paling ramai disertai umat Islam..maka Allah jadikan sebagai satu tajribah tarbawiah buat umat...lihat surah Taubah:25 maksudnya :

    "Sungguh, Allah telah menolong kamu (mukminin) di banyak medan perang, dan (ingatlah) Perang Hunain, ketika jumlahmu yang besar itu membanggakan kamu, tetapi (jumlah yang banyak itu) sama sekali tidak berguna bagimu, dan bumi yang luas itu terasa sempit bagimu, kemudian kamu berbalik ke belakang dan lari tunggang langgang."

    Untuk melayakkan kita mendapat kemenangan daripada Allah SWT bukan hanya dengan kekuatan bilangan dan harta benda tetapi perlulah memenuhi syarat utama kejayaan iaitu keimanan dan ketaqwaan yang sebenar-benarnya kepada Allah SWT. Ini mengingatkan kita juga dengan kebimbangan Umar al-Khattab r.a. apabila beliau menasihati batalion tentera umat Islam ketika percubaan membuka bumi Mesir dimana beliau menyatakan, "Yang aku bimbang bukannya musuh-musuh kamu tetapi kekalahan disebabkan maksiat-maksiat yang dilakukan oleh kamu sendiri."

    Perang Ahzab pula atau juga dikenali sebagai Perang Khandak yang berlaku pada awal Syawal 5 Hijrah dan berlanjutan hingga ke bulan Zulkaeddah memperlihatkan kemenangan yang cukup strategik umat Islam berdepan tentera bersekutu kafir Quraisy dibantu kaum Yahudi yang telah diusir daripada bumi Madinah. Strategi ketenteraan yang diilhamkan oleh Salman al-Farisi r.a. ini cukup unik sekali sehingga tidak terjangkau oleh kafir bersekutu Quraisy...walaupun jumlah kecederaan dan kematian hanya sedikit, tetapi impak nya cukup besar apabila tentera bersekutu kafir diporakperanda oleh strategi licik umat Islam dan bantuan Allah SWT..hingga mereka terus mundur dari berperang (lihat al-Ahzab:25). Kemenangan ini jugalah menyebabkan dakwah Islam tersebar luas ke serata tanah Arab dengan misi-misi dakwah yang diutus oleh Nabi s.a.w. khususnya selepas berlakunya Perjanjian Damai Hudaibiah di tahun ke-6 Hijrah.

    Kerana itulah juga....kita perlu bersama-sama tadabbur tentang bait-bait takbir hari raya di 1 Syawal bagi merayakan kemenangan!

    ...Allahu Akbar Allahu Akbar walilLahilHamd.

    Kerteh, 7 Syawal 1426H.
    posted by Fakhrul Anuar Zulkawi @ 9:10 am   0 comments
    3R di SM Teknik Kemaman
    Sunday, November 06, 2005
    Terimakasih kepada Cikgu Wan Aishah di atas jemputan kepada KRJ Dungun untuk bersama menjayakan program 3R di Surau Sekolah Menengah Teknik Dungun pada 27-28 Oktober yang lalu. Program ini disertai seramai 500 orang pelajar asrama tingkatan 4 & 5 sekolah tersebut. Para fasilitator siswa dari UiTM Dungun & Politeknik Dungun seramai 9 orang turut hadir menjayakan program tersebut.

    Program ini menyediakan satu sesi ceramah multimedia oleh YDP JIM Kemaman iaitu Hj Zameran Jusoh, qiamullail pimpinan Ustaz Mazlan (AJK JIM Kemaman) dan kuliah subuh oleh Ustaz Idris Kassim (murabbi SMI Al-Amin Kemaman).

    Sambutan mesra oleh PKHEM sekolah iaitu Cikgu Helmi juga tidak dilupakan. Moga terus disusuli dengan program2 selanjutnya di tahun 2006 inshaAllah.
    posted by Fakhrul Anuar Zulkawi @ 10:42 am   0 comments
    Salam Eidul Fitri
    Saturday, November 05, 2005
    Salam,

    Saya bagi pihak warga Kelab Remaja JIM Dungun mengucapkan selamat hari raya dan maaf zahir batin kepada semua..

    Semoga segala bekalan yang didapati menerusi madrasah Ramadhan akan melonjakkan lagi usaha-usaha pembinaan remaja bersahsiah unggul!

    Bagi yang menduduki peperiksaan SPM & STPM, selamat maju jaya...doakan kami mengiringi kalian semua.

    Ikhlas daripada,
    Pengurus KRJ JIM Dungun
    posted by Fakhrul Anuar Zulkawi @ 10:49 am   0 comments
    Salam Lebaran
    Tuesday, November 01, 2005
    Semoga Syawal yang tiba membawa kegembiraan dalam kesyukuran atas limpahan rahmatNya
    "Sesungguhnya jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahkan nikmat-Ku kepada mu. Dan jika kamu mengingkari nikmat-Ku, maka sesungguhnya azab-Ku amat pedih" QS Ibrahim : 3
    posted by KRJ TERENGGANU @ 12:13 pm   1 comments
    JAWATANKUASA REMAJA KRJ NEGERI TERENGGANU 2008

    PENGERUSI : Muhammad Munzir Bin Muzahar (Sek Men Islam Al Amin Kemaman)

    TIMBALAN PENGERUSI : Muhammad Irfan Bin Bahrin (Sek Men Islam Al Amin Kemaman)

    NAIB PENGERUSI 1 : Humairaa' Bt Abdul Malek (Sek Men Islam Al Amin Kemaman)

    NAIB PENGERUSI 2 : Wan Hani Munirah Bt Wan Muhd Rosdi (Sek Men Keb Agama Tok Jiring Kuala Terengganu)

    SETIAUSAHA KEHORMAT : Nurul Najihah Bt Khairudin (Sek Men Islam Al Amin Kemaman)

    BENDAHARI : Hafizuddin Bin Mohd Ridzuan (Sek Men Islam Al Amin Kemaman)

    Alamat Pejabat KRJ Terengganu : No 5, Taman Seri Melor 4, Bt 6, 23000 Dungun, Terengganu Darul Iman

    TELEFON@SMS : 014-836 8371 (Penasihat JK Remaja KRJ Terengganu)

    Lagu KRJ Terengganu@mp3


    CARI ARTIKEL
    ARKIB KRJ
    PAUTAN KRJ
    LAMAN NASYID KONTEMPORARI
    SIARAN TELEVISYEN
    KREDIT


    BLOGGER




    © 2008 Kelab Remaja JIM Terengganu [Remaja Mithali Tunggak Kepemimpinan]Hak Cipta Terpelihara ; KRJ Terengganu.